Discover millions of ebooks, audiobooks, and so much more with a free trial

Only $11.99/month after trial. Cancel anytime.

Holistic Reiki
Holistic Reiki
Holistic Reiki
Ebook136 pages1 hour

Holistic Reiki

Rating: 4 out of 5 stars

4/5

()

Read preview

About this ebook

Reiki merupakan sebuah energi asas yang dicipta oleh Tuhan (Allah SWT). Energi ini wujud dalam semua kehidupan dan benda didunia. Apabila Reiki digunakan dengan betul dan bijak segalanya dapat dicapai didunia ini.

Kita boleh menggunakan elektrik sebagai contoh untuk memahami Reiki. Elektrik yang sama sedang digunakan dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kegunaan. Elektrik yang sama berfungsi di Televisyen, radio, telefon, kipas, kereta, roket dan beribu lagi kegunaannya. Tenaga asal yang menggerakkan semua barang diatas adalah elektrik. Seumpama itu energi Reiki boleh digunakan dalam pelbagai kaedah demi menyelesaikan semua masalah manusia.

Segelintir Master Reiki menggunakan Reiki untuk merawat penyakit dan gangguan kesihatan sahaja, tetapi Reiki merupakan sebuah universal energi yang pintar. Reiki boleh digunakan dalam semua aspek kehidupan.

Sepertimana galaksi ini bukan milik sesebuah, agama, kepercayaan, bangsa, kaum, bahasa atau negara. Reiki juga bukan milik sesebuah, agama, kepercayaan, bangsa, kaum, bahasa atau negara. Reiki merupakan sebuah energi bebas tanpa sempadan.

Reiki sebenarnya wujud dalam semua agama dan tradisi. Kita pasti pernah dengar cerita bahawa wujudnya seseorang yang dapat merawat penyakit tanpa sebarang ubat. Pada zaman ini pun wujud ramai manusia yang dapat membantu dan merawat manusia tanpa sebarang bahan dan dengan hanya energi. Jika melihat sejarah, ramai manusia yang dapat merawat dan membantu manusia, dengan energi wujud pada zaman dahulu.

Mereka dapat membantu dan merawat manusia kerana mereka telah memahami kewujudan energi ini dan kaedah kegunaannya. Reiki digelar dengan pelbagai nama dalam pelbagai tradisi tetapi energi asas yang semua orang menggunakan, tetap sama. Reiki bukan sebuah amalan atau latihan yang baru tetapi ia hanyalah sebuah kaedah baru yang dipermudahkan supaya energi ini dapat digunakan oleh semua orang.

LanguageBahasa indonesia
Release dateSep 21, 2017
ISBN9781370049165
Holistic Reiki
Author

Raja Mohamed Kassim

Healer - Reiki Master - Acupuncturist - Writer - Author - Blogger

Related to Holistic Reiki

Related ebooks

Wellness For You

View More

Reviews for Holistic Reiki

Rating: 4 out of 5 stars
4/5

4 ratings0 reviews

What did you think?

Tap to rate

Review must be at least 10 words

    Book preview

    Holistic Reiki - Raja Mohamed Kassim

    Pengenalan kepada buku

    Buku ini merupakan sebuah buku panduan bagi sesiapa yang ingin mengenali ilmu Reiki. Buku ini boleh diguna pakai untuk mengenali dan memahami Reiki secara mendalam tetapi apabila ingin mengamalkan; melatih dan ingin mendapatkan manfaat yang sempurna; Reiki harus dilatih setelah menerima attunement daripada seorang Reiki Master.

    Buku ini merangkumi panduan bagi mengekalkan kesihatan, mengembalikan kesihatan pesakit, memperolehi ketenangan jiwa, mengekalkan energi, memulihkan aura, membaiki keadaan ekonomi, membaiki hubungan keluarga dan sebagainya.

    Sila baca buku ini berulang kali dan mengumpul ilmu yang berkaitan dari sumber-sumber yang lain. Mengamalkan latihan-latihan yang diberikan dalam buku ini. Memperhatikan perubahan yang berlaku dalam tenaga badan, minda, kesihatan, dan kehidupan anda. Kesedaran dan kefahaman tentang Reiki akan meningkatkan kehidupan anda ke tahap berikutnya.

    Senarai tajuk

    1. Pengenalan kepada buku

    2. Pengasas Reiki

    3. Reiki di Tokyo, Japan

    4. Reiki di barat

    5. Apa itu Reiki?

    6. Maksud perkataan Reiki

    7. Kenapa harus belajar Reiki

    8. Reiki merupakan tenaga pintar

    9. Kegunaan Reiki

    10. Prinsip hidup asas Reiki Usui

    11. Holistic Reiki

    12. Prinsip hidup Holistic Reiki

    13. Badan manusia

    14. Apa Itu chakra?

    15. Chakra dan fungsinya

    16. Tenaga Kundalini

    17. Aura

    18. Energi (Tenaga)

    19. Energi Reiki

    20. Jenis energi (tenaga)

    21. Bagaimana Reiki berfungsi

    22. Kaedah menerima energi positif

    23. Punca manusia menerima energi negatif

    24. Menyedari kewujudan energi di badan

    25. Falsafah (philosophy) Yin Yang

    26. Reiki itu sayang - (Love)

    27. Sayangi musuh kamu

    28. Attunement

    29. Kaedah memberi dan menerima attunement

    30. Kaedah attunement

    31. Menghantar dan menerima energi dengan tepat dan sempurna

    32. Selepas attunement Holistic Reiki

    33. Etika melatih Reiki

    34. Latihan Energi Reiki

    35. Sifat bersyukur

    36. Meditasi

    37. Latihan pernafasan

    38. Kaedah meditasi

    39. Kaedah latihan pernafasan (breathing exersice)

    40. Pantang larang meditasi

    41. Karma

    42. Kiraan Karma

    43. Jenis Karma

    44. Rawatan Reiki

    45. Panduan merawat dengan Holistic Reiki

    46. Merawat diri sendiri

    47. Rawatan jarak jauh

    48. M.engembalikan dan mengekalkan kesihatan

    49. Kaedah merawat penyakit

    50. Ketenangan jiwa

    51. Kebocoran Aura

    52. Merawat Aura

    53. Kaedah mengekalkan dan memulihkan energi

    54. Memenuhi kehendak

    55. Perawat yang sebenar

    56. Grounding / membuang energi

    57. Kata pengakhir

    58. Like and follow our facebook page

    59. Blog

    Pengenalan kepada Sejarah Reiki

    Pengasas Reiki

    Dr. Mikao Usui merupakan pengasas latihan Reiki. Beliau lahir di Taniai, Japan, Pada 15 Ogos 1865. Pada 1920-an beliau telah melatih sejenis latihan rohani Jepun yang digelar Yama iaitu berpuasa dan meditasi, selama 21 hari, di gunung Kurama, Japan. Latihan Yama memerlukan disiplin diri yang kuat, berpuasa dan latihan yang teratur. Semasa melatih Yama, beliau menyedari kewujudan Ki dan fungsinya. Setelah menyedarinya beliau mula menggunakan Ki untuk merawat dan membantu menyelesaikan masalah manusia di sekelilingnya.

    Pada pendapat saya seorang manusia tidak dapat mencapai tahap yang tinggi dalam rohani dengan hanya melatih selama 21 hari. Tetapi beliau telah mencapai ketinggian ini dalam rohani hanya kerana disiplin hidup, kawalan minda, berpuasa dan latihan secara teratur yang diamalkan sepanjang hidupnya.

    Sepanjang hayat beliau telah berjaya melatih lebih kurang 2000 orang anak murid. Seramai 16 orang dari anak muridnya telah mencapai tahap Shinpiden, iaitu tahap master ataupun tahap ketiga dalam Reiki barat. Beliau meninggal dunia pada 9 Mar 1926.

    Reiki di Tokyo, Japan

    Dr. Chujiro Hayashi merupakan anak murid Dr. Mikao Usui. Beliau lahir pada 15 September 1880 di Tokyo, Japan. Beliau telah mempelajari Reiki daripada Dr. Mikao Usui

    Enjoying the preview?
    Page 1 of 1