You are on page 1of 37

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, JALAN KOLEJ, KUCHING

________________________________________________________________________

PROGRAM DPLI j-QAF Mod LPBS AMBILAN JANUARI 2012 ___________________________________________________ LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDUVIDU KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 5/2012

NAMA

: MOHD SHUKRI BIN HUSIN

NO. KAD PENGENALAN : 870126-11-5137 NO MATRIK NO TELEFON KUMPULAN TARIKH TEMPAT PENSYARAH MENTOR : 201201162 : 017-5127945 : PENDIDIKAN ISLAM 2 : 7-10 MEI 2012 : KEM ROCK VIEW AGROTECH : EN. YUSUF BIN MIN

ISI KANDUNGAN

BIL
1 2 3 4 5 6 BIODATA PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF

PERKARA

MUKA SURAT
3 4 6 7 8 11 11 18 28 31 32 33 38

JADUAL PELAKSANAAN REFLEKSI KENDIRI 6.1 Laporan Refleksi 6.2 S.W.O.T PENILAIAN KENDIRI PENUTUP LAMPIRAN 9.1 aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kursus BIG 9.2 Salinan Surat Panggilan

7 8 9

1. BIODATA

NAMA JANTINA STATUS PERKAHWINAN KUMPULAN SEMESTER STESYEN & ALAMAT TEMPAT BERTUGAS

MOHD SHUKRI BIN HUSIN LELAKI BUJANG PENDIDIKAN ISLAM 2 SJK (C) CHUNG HUA LUNDU D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH LUNDU 94500 LUNDU SARAWAK NO. 133-A KAMPUNG SURA TENGAH

ALAMAT TETAP 23000 DUNGUN, TERENGGANU NO. TEL SEKOLAH NO. TEL PELAJAR NAMA WARIS TERDEKAT HUBUNGAN NO. TELEFON 082-735020 017-5127945 MOHD ASMAWI BIN HUSIN ABANG 013-9869186

2. PENDAHULUAN

Sebagai pembuka kata,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illah kerana dengan limpah rahmat-Nya, kami dapat menyempurnakan Kursus Bina Insan Guru (B.I.G) dengan jayanya tanpa mengalami sebarang masalah yang besar. Dan dengan taufik dan hidayahnya jugalah saya dapat menyiapkan portfolio ini. Kursus Bina Insan Guru Siri 5 telah diadakan di Kem Rock View Agrotech, Lundu pada 7- 10 Mei 2012. Seramai 68 orang guru pelatih DPLI j-QAF telah dipilih untuk menyertai kursus bagi siri ini. Ia terdiri daripada kumpulan Bahasa Arab 1 yang terdiri seramai 43 orang ahli manakala selebihnya daripada kumpulan Pendidikan Islam 2.Program yang dijalankan selama 4 hari 3 malam ini, memberi pelbagai pengalaman dan pengajaran baru dalam menjalani kehidupan sebagai insan guru. Kursus ini terdiri daripada 3 aktiviti induk iaitu aktiviti air ( berakit dan water confident), keduanya ialah aktiviti darat (jungle tracking dan abseiling) dan yang ketiganya ialah aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Untuk tugasan pertama saya, saya telah dilantik sebagai QM Peralatan untuk kumpulan 5, justeru itu, banyak perkara yang perlu dilakukan seperti menguruskan bahan mentah dan peralatan-peralatan untuk memasak, mendirikan khemah dan sebagainya. Selain itu, saya perlu memastikan juga peralatan yang dibawa itu mencukupi seperti mana yang tertera dalam senarai kelengkapan barang-barang. Setiap ahli kumpulan akan merasai setiap jawatan kerana terdapat pertukaran jawatan pada setiap hari.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan program B.I.G kali ini.Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya, terutamanya kepada fasilitator dan En. Yusuf Bin Min selaku mentor kumpulan pendidikan Islam 2, kerana telah banyak menyumbangkan perahan tenaga dari segi mental dan fizikal kepada kami untuk menjayakan sesuatu tugasan yang diberikan.

Justeru, saya akan mengaplikasikan semua ilmu yang saya dapat hasil daripada kursus ini dalam menambahbaikkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada demi melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan mendokong tema hari guru pada tahun ini,iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Saya ingin menyusun sepuluh jari sebagai tanda memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kecuaian yang telah saya lakukan semasa menyertai Kem B.I.G tersebut. Sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan samada sedar atau pun tidak .Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata saya yang tidak menyenangkan hati sesiapa yang mendengarnya samada yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh saya. Anggaplah semua itu adalah satu kepincangan dan kelemahan yang ada didalam diri saya. .

Sekian terima kasih.

3. MATLAMAT

Matlamat BIG ini, adalah untuk menguji serta mencabar daya ketahanan fizikal, mental, emosi setiap individu yang bergelar seorang guru untuk digunakan 100% secara maksimum. Aktiviti ini juga, ingin mengenal pasti sifat kepimpinan seorang guru kepada anak-anak bangsa. Di samping itu juga, ia meningkatkan lagi jati diri, kayakinan serta keberanian diri seorang guru untuk menempuh cabaran-cabaran di era dunia tanpa sempadan ini. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan tali silaturahim di kalangan guru-guru dan juga pihak pengurusan IPG serta masyarakat sekeliling dari pelbagai bangsa, agama dan juga kepercayaan.

4. OBJEKTIF
i) Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran berkenaan ii) iii) Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak perguruan Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai iv) Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat dan menyelesaikan masalah. v) Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial. vi) Memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dalam kumpulan vii) Berupaya berfikir secara refleksif, kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri dan mengambil tindakan penambahbaikan.

5. JADUAL PELAKSANAAN
Kursus BIG ini telah dilaksanakan pada 7-10 Mei 2012 (Perkhemahan 4 hari 3 malam). HARI PERTAMA : 7 Mei 2012 (ISNIN)

Masa 0630 0830

Aktiviti yang dijalankan Berkumpul di hadapan Auditorium Tun Ahmad Zaidi IPG Kampus Batu Lintang Taklimat ringkas dan pembahagian bahan makanan. Membuat persiapan terakhir Perjalanan ke Kem Rock View Agrotech, Lundu. Taklimat Penyediaan tempat Mendirikan khemah Makan dan solat Mempelajari cara-cara mengikat rakit Mempelajari teknik-teknik berakit Mempelajari teknik-teknik Water Confident Pengurusan diri, solat dan tazkirah LDK

0830 1100 1100-1600

1600- 1800

1800-2030 2030-2230

HARI KEDUA : 8 mei 2012 (SELASA) Masa 0430 -0630 0630 0715 Aktiviti yang dijalankan Qiamullail, Solat subuh dan tazkirah Malaysia cerdas/menaikkan bendera/lagu negaraku dan lagu Ibu Pertiwi 0715-0800 0800-1600 1600-1700 Sarapan pagi Aktiviti Air Membina gajet untuk meletakkan peralatan dapur dan tempat memasak 1800-2030 2030-2230 Penyediaan makan malam Pengurusan diri,solat dan tazkirah LDK 2

HARI KETIGA : 9 mei 2012 (RABU) Masa 0530 -0630 0630 0715 Aktiviti yang dijalankan Solat subuh dan tazkirah Malaysia cerdas/menaikkan bendera/lagu negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku 0715-0800 0800-1600 1600-1800 Sarapan pagi Aktiviti kembara Abseiling
9

1700-2030

Pertandingan memasak Pengurusan diri dan solat Malam kebudayaan

2030-0030

HARI KEEMPAT:10 mei 2012 (KHAMIS) Masa 0530-0630 0630-0715 Aktiviti yang dijalankan Solat subuh dan tazkirah Malaysia cergas/menaikkan bendera/lagu negaraku dan lagu Ibu Pertiwi 0715-0800 0800-1000 1100-1200 1200-1500 1500-1530 sarapan Taklimat Refleksi majlis penutup makan, solat dan berkemas Adat istiadat penurunan bendera dan penyerahannya kepada Ketua Jurulatih Kem. 1530 Bertolak ke IPGK Batu Lintang

10

6. REFLEKSI KENDIRI
6.1 Laporan

Refleksi

Saya telah membahagikan penerangan ini kepada 3 peringkat iaitu : 1) Sebelum kursus 2) Semasa kursus 3) Selepas kursus Berikut merupakan faedah,pengalaman serta pengajaran yang saya perolehi sepanjang program ini dijalankan. 1. Sebelum kursus i. Persiapan awal Saya telah mengambil tindakan awal untuk memantapkan lagi stamina dari segi mental dan fizikal dengan membuat larian sebanyak 6 pusingan padang di stadium Lundu, 2 kali seminggu. Ini adalah penting untuk mengelakkan daripada sebarang kekejangan otot semasa aktiviti dilaksanakan. Pengalaman pertama saya ialah apabila dilantik sebagai QM peralatan untuk kumpulan 5 semasa taklimat sehari sebelum kursus dijalankan. Oleh kerana itu, tugas-tugas menyimpan, menyusun dan membungkus bekalan makanan dan kelengkapan-kelengkapan peralatan dijalankan bersama-sama ahli kumpulan dan penelitian dilakukan untuk mengelakkan daripada keciciran
11

barang. Selain itu,saya membantu ahli jawatankuasa induk bagi memastikan segala kelengkapan yang diperlukan disediakan, memindahkan peralatan ke dalam bas juga memerlukan kesabaran kerana kuantiti peralatan yang di bawa agak banyak dan berat. Jesteru itu, ia memerlukan kerjasama bukan sahaja daripada AJK peralatan tetapi juga daripada para peserta.

2. Semasa kursus Semasa berada di Kem Rock View Agrotech, Lundu ,banyak perkara baru yang telah saya pelajari. Pengalaman inilah yang akan saya gunakan sebagai seorang guru. Di antara pengalaman yang saya dapat ialah : i. Bekerjasama Setelah tiba di tapak perkhemahan, kami diarahkan untuk membina khemah untuk tidur dan khemah untuk memasak. Oleh kerana itu, kami telah membahagikan kepada 2 kumpulan kecil untuk menyiapkan tugasan ini. Manafaat yang kami perolehi daripada tugasan ini ialah kami melakukan tugasan ini dengan ikhlas, bertanggungjawab dan

bekerjasama. Ia melatih kita untuk ringan tulang dan mengelakkan daripada sikap malas dan ambil kesempatan atas usaha kawan-kawan kita dalam menyiapkan sesuatu perkara. Di sinilah tempat yang sesuai untuk saya belajar betapa perlunya semangat kerjasama antara semua pihak bagi meringankan bebanan tugas masing-masing.

12

ii.

Fleksible Kami dilatih supaya menjadi lebih fleksible dengan pengiliran jawatan yang telah ditetapkan oleh penyelaras kursus. Pada

permulaannya saya memegang jawatan sebagai QM Peralatan, hari berikutnya ialah QM Makanan, dan seterusnya setiausaha, kemudian ketua kumpulan. Saya memperolehi banyak pengalaman dalam

menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan jawatan yang disandang. Ia melatih kita untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan jawatan yang diberi, bersiap sedia menunaikan tanggungjawab dengan sokongan ahli kumpulan yang lain.

iii.

Pengurusan diri dan masa Di samping itu,kursus ini juga mengajar saya dan rakan-rakan kumpulan cara untuk menguruskan diri dengan lebih baik dan sistematik. Aspek pengurusan amat penting kerana sesuatu program itu tidak akan berjalan dengan lancar seandainya ia tidak diurus dengan elok. Bagaimana kita memaksimumkan penggunaan ruang khemah untuk digunakan untuk meletak beg pakaian dan mengaturkannya untuk tempat tidur 6 orang ahli khemah.

13

Selain itu,pengurusan masa juga perlu dititikberatkan dalam keadaan kekurangan sumber seperti ketiadaan jam tangan dan telefon bimbit. Kami dilatih untuk lebih peka dengan keadaan setempat, waktu boleh dihintung dengan melihat kedudukan matahari dan ukuran bayangbayang. Setiap kali perhimpunan ingin dilakukan, wisel akan dibunyikan oleh kem komander.

iv.

Pengalaman baru a) Aktiviti air 1) Water Confident Saya berpeluang mempelajari cara-cara menyeimbangkan badan, cara berenang yang betul serta cara-cara menyelamatkan mangsa lemas dalam air semasa aktiviti water confident. 2) Berakit Antara faedah yang memberi impak besar kepada saya ialah dapat belajar teknik-teknik membuat dan memasang rakit dengan betul. Dengan pemililihan jenis ikatan dan simpulan yang betul akan mengukuhkan ketahanan struktur rakit yang kita bina. Saya telah mempelajari 2 jenis ikatan yang terpenting iaitu ikatan simpul pengikat balak dan simpul manok . Kemudian kami melakukan aktiviti berakit yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Modul aktiviti ini merangkumi aplikasi teknikteknik mengayuh terus dan teknik membelok. Selain itu, kami diminta
14

untuk mempraktikan kaedah water confident seperti seimbang badan, berenang dan teknik memanjat rakit. b) Aktiviti darat 1) Jungle tracking Dalam aktiviti kembara, saya juga berpeluang mempelajari caracara mengenal pokok-pokok dan tanaman-tanaman hutan ataupun bahasa saintifik flora dan fauna yang banyak khasiat dan faedahnya. Selain itu, aktiviti ini juga menguji kesabaran dan kemahiran berfikir.Aktiviti ini mengisafkan saya supaya menjadi orang yang bersyukur dengan nikmat Allah. Alhamdulillah,rasa syukur saya panjatkan kepada Allah kerana Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tidaklah sesukar yang saya gambarkan.Walaupun kepenatan terasa di setiap sendi

badan,namun berbekalkan semangat yang sukar untuk mengalah,saya gagahi juga kaki melangkah mengharungi lorong-lorong kecil,semaksamun,bukit dan curam yang kurang mencabar.Bagi memudahkan lagi aktiviti kembara kami,telah disediakan dua orang penunjuk jalan supaya tidak tersesat sewaktu mengembara. Semangat berkumpulan tetap utuh walaupun keadaan cuaca yang sangat panas pada waktu itu.Perjalanan ke destinasi menjadi mudah dan lancar dengan adanya semangat berkumpulan dan patuh pada arahan. Pengalaman memasak di dalam hutan merupakan pengalaman baru bagi saya apabila kami bertungkus-lumus untuk menghidupkan api dengan menggunakan ranting-ranting kayu dan hanya berbekalkan
15

peralatan yang terhad iaitu dengan memasak dengan menggunakan mes tin yang kecil dan berbentuk segi empat tepat. Di samping itu, pengalaman tidur dalam khemah amat menyeronokkan dan memberi kesedaran kepada saya bahawa ada orang yang lebih susah dari kita.Kenangan selama 4 hari ini akan saya abadikan sebagai kenangan manis dalam hidup saya. 2) Abseiling Ia merupakan aktiviti menuruni cerun bukit dengan menggunakan peralatan khas dan tali. Saya begitu teruja untuk melakukannya kerana ia merupakan pengalaman pertama saya. Banyak yang dapat saya belajar tentang teknik-teknik melompat sambil melepaskan tali secara perlahanlahan,penggunaan kod arahan seperti Bellay On, Repair On dan Pulling.

v.

Kreativiti Program ini juga menguji daya kreativiti seseorang individu khususnya aktiviti sisipan semasa aktiviti air iaitu mebina Istana Impian. Kami terpaksa memikirkan bentuk istana yang mempunyai kelengkapankelengkapan yang sempurna, jenis-jenis bentuk,ukiran, keselamatan dan sebagainya. Kemudian kami diprovokasi oleh pensyarah tentang harga istana, kelebihan, ciri-ciri keselamatan dan sebagainya. Pendek kata, aktiviti ini telah mengasah dan mengembangkan lagi kreativiti saya agar mencapai ke tahap yang maksimum.
16

vi.

Kesyukuran Ia melahirkan perasaan bersyukur terhadap Pencipta Alam apabila kami menyusuri hutan rimba dan laluan air bukit.. Kami berpeluang mengenali beberapa jenis tumbuhan yang boleh dikaitkan dengan profesion keguruan antara yang kami pilih ialah pokok kapal terbang, dan daun bertam yang mempunyai banyak kegunaan kepada manusia. Daripada batang hinggalah kepada daunnya, sungguh banyak

kegunaannya kepada manusia.Begitu juga dengan guru,banyak bakti dan jasa telah di curahkan kepada anak murid mereka. Semua aktiviti dijalankan dalam kumpulan.Ini dapat meningkatkan kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.Dengan cara ini saya akan jadi lebih rapat lagi dengan ahli kumpulan. Selain itu latihan dalam kumpulan ( LDK ) membuatkan saya yakin pada diri sendiri untuk bercakap di kalayak ramai. Dengan adanya aktiviti sebegini,sedikit sebanyak dapat membuka minda dan menghasilkan buah fikiran. Selain itu,saya dapat berkejasama dan berkongsi pendapat dengan ahli kumpulan serta dapat belajar bagaimana cara mengawal emosi di dalam pelbagai situasi.

3. Selepas Setelah kami berada selama 4 hari 3 malam di Kem Rock View Agrotech, Lundu, tibalah masanya untuk persiapan bertolak pulang. Dalam keadaan kepenatan, kami kuatkan semangat mengangkat peralatan yang digunakan ke dalam bas. Ini menguji kesabaran dan ketahanan fizikal kerana cuaca yang agak
17

panas dan peralatan yang agak berat, ditambah pula dengan keadaan yang kepenatan setiap peserta. Namun kami gagahi juga kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

6.2 S.W.O.T
S.W.O.T memberi makna 1) Kekuatan 2) Kelemahan 3) Peluang 4) Ancaman. Oleh itu, saya telah merungkaikan inti pati aktiviti ini menggunakan kretiria-kretiria di atas dalam memberi penjelasan yang terbaik untuk sesuatu aktiviti yang dijalankan dalam tempoh kursus dijalankan. 1) AKTIVITI AIR I. Water confident

TARIKH MASA

7&8 Mei 2012 7 Mei 2012 (1730-1815) 8 Mei 2012 (0800 1600)

TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN

Pantai berdekatan Retreat, Lundu Water Confidence Suka akan aktiviti air 1) pertama kali terlibat dengan aktiviti ini

18

2) Tidak tahu berenang 3) Laut yang tenang 4) Kurang gelombang untuk memberi cabaran. PELUANG 1) mempelajari kemahiran menyeimbangkan badan 2) menguasai teknik-teknik menyelamatkan mangsa lemas 3) mempelajari teknik berenang dengan betul ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN tiada 1) Aktiviti ini perlu dijalankan pada musim berombak 2) Kerapkan membuat gelombang untuk menguji peserta kursus.

19

II.

Berakit 7&8 Mei 2012 7 Mei 2012 (1600 1730) 8 Mei 2012 (0800-1600)

TARIKH MASA

TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN

Pantai berdekatan Retreat, Lundu Berakit Suka akan aktiviti air 1) pertama kali terlibat dengan aktiviti ini 2) Tidak tahu berakit 3) Tidak tahu teknik mengikat dan membuat rakit 4) Laut yang tenang 5) Kurang gelombang untuk memberi cabaran.

PELUANG

1) mempelajari kemahiran berakit seperti teknik mendayung, memanjat rakit ketika berada di dalam air 2) mempelajari teknik ikatan dan simpulan seperti Ikatan Pengikat Balak dan Ikatan Manok 3) mempelajari teknik berenang dengan betul

20

ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

tiada 1) Aktiviti ini perlu dijalankan pada musim berombak 2) Kerapkan membuat gelombang untuk menguji peserta kursus.

2) AKTIVITI DARAT I. Kembara Hutan/Jungle Tracking/ Orientering 9 Mei 2012 0930 - 1600 Kawasan hutan berdekatan Kem Rock View Agrotech Orientering Pernah meredah hutan 1) Kurang mahir dengan teknik-teknik menghidupkan api untuk memasak. 2) Hutan terlalu dekat dengan kem PELUANG 1) mempelajari teknik menghidupkan api di dalam hutan 2) Dapat menunaikan solat berjemaah di dalam hutan 3) Mengenapasti flora dan fauna setempat
21

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN

ANCAMAN

1) Kurang mahir menggunakan kompas 2) Terdedah dengan ancaman serangga berbisa

PENAMBAHBAIKAN

1) Bermalam di hutan untuk merasai kehidupan di hutan. 2) menambahkan lagi aktiviti lain semasa slot Kembara Hutan dijalankan.

II.

Abseiling 9 Mei 2012 1600-1800 Kawasan hutan berdekatan Kem Rock View Agrotech Abseiling 1) Mudah memahami teknik-teknik yang diajar 2) Tidak gayat dengan tempat tinggi

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN

KELEMAHAN

1) Pertama kali terlibat dengan aktiviti ini 2) Bukit tidak curam

PELUANG ANCAMAN

1) mempelajari teknik-teknik abseiling 1) Terdedah dengan kecederaan disebabkan kesukaran menyeimbangkan badan semasa menuruni lurah bukit

22

2) Tanah bukit yang mudah mengelongsor menyebabkan daya cengkaman dan geseran berkurangan. PENAMBAHBAIKAN 1) Mencari tempat yang sesuai untuk aktiviti ini, seperti tembok batu yang tinggi. 2) Menyediakan alatan keselamatan yang di khaskan untuk aktiviti ini.

3) LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN 7&8 Mei 2012 2030 2200 Dewan Serba guna, Kem Rock View Agrotech Latihan dalam Kumpulan 1) Penglibatan aktif diri 2) bekerjasama KELEMAHAN 1) Kengkangan masa yang terhad 2) Kurang berkeyakinan 3) tidak membuat persiapan awal dengan rapi terutamanya ketika melakukan pembentangan.

23

PELUANG

1) Menonjolkan diri dengan lontaran idea-idea 2) Mengetengahkan isu-isu semasa dan benar

ANCAMAN

Kumpulan yang tidak memahami situasi dengan baik

PENAMBAHBAIKAN

1)Penambahan masa perbincangan dan pembentangan hasil dari perbincangan.

4) SESI TAZKIRAH TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN 7/8/9 Mei 2012 0530 0615 (sesi pagi), 1915 2000 (sesi malam) Surau Kem Rock View Agrotech tazkirah Mempunyai ilmu dan kefahaman asas mengenai topik yang dibincangkan KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN Mudah mengantuk Menambah pengetahuan sedia ada tiada 1) Memberi sedikit masa kepada peserta untuk

24

berehat terutama selepas selesai aktiviti air dan darat pada waktu petang. 2) Memberi peluang kepada peserta untuk memberi tazkirah.

5) MALAYSIA CERGAS

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN

8/9/10 Mei 2012 0630 - 0715 Dataran perhimpunan, Kem Rock View Agrotech Malaysia Cergas (Senaman Pagi) Semangat kesukanan yang tinggi 1) Kurang aktiviti 2) Masa yang singkat 3) Aktiviti yang kurang sesuai

PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

Meningkatkan tahap kecerdasan Kengkangan masa 1) Menambah masa untuk malaysia cerdas

25

2) mempelbagaikan aktiviti senaman pagi 3) Melantik seorang jurulatih yang pakar dalam bidang senaman.

6) MALAM KEBUDAYAAN / MALAM PERSEMBAHAN TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN 9 Mei 2012 2030 - 0015 Dewan Serba guna, Kem Rock View Agrotech Persembahan Kumpulan 1) Boleh berhadap dengan penonton 2) spontan KELEMAHAN 1) masa perbincangan yang kurang 2) Sikap sambil lewa perserta PELUANG ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN Mengetengahkan bakat persembahan dan nyanyian Persembahan yang hambar 1) undian untuk tajuk dan giliran persembahan hendaklah dilakukan lebih awal untuk memberi peluang kepada para peserta untuk membuat persediaan
26

7) PERTANDINGAN MEMASAK

TARIKH MASA TEMPAT AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHAN

9 Mei 2012 1800-2000 Khemah memasak, Kem Rock View Agrotech Pertandingan Memasak Berpengetahuan dalam penyediaan masakan 1) kehabisan stok bahan2 masakan 2) Masa pertandingan yang kurang sesuai disebabkan oleh aktiviti sebelumnya iaitu abseiling mengambil masa yang panjang dan tersasar.

PELUANG

Belajar menu baru masakan dan menghias makanan.

ANCAMAN PENAMBAHBAIKAN

Kekangan masa 1) Peruntukan masa yang sesuai 2) Tentukan menu pertandingan masakan

27

PENILAIAN KENDIRI Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Kursus Bina Insan Guru Siri 5 di Kem Rock View Agrotech ialah: 1) Water 2) Berakit 3) Kembara Hutan/Jungle Tracking/ Orientering 4) Abseiling 5) Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 6) Sesi Tazkirah 7) Malaysia Cergas 8) Malam Kebudayaan/ Malam Persembahan 9) Pertandingan Memasak Semua aktiviti ini mempunyai manafaat dan faedahnya kepada kami, bakal guruguru yang akan mencorakkan generasi akan datang, sesungguhnya aktiviti-aktiviti ini mempunyai pertalian dan perhubungan dengan kehidupan seorang guru. Aktiviti air seperti Water Confident dan berakit mengingatkan saya kepada kepayahan yang dialami oleh saya, bakal guru dalam mendepani cabaran yang mendatang. Dengan berbekalkan tenaga yang terpedam ini, saya gagahi jua dengan menolak padel mencecah ke permukaan laut dengan kuatnya. Rakit yang agak besar merupakan amanah yang saya pikul terpaksa saya gagahi sehingga sampai ke
28

destinasi yang dituju. Deruman ombak yang tidak menentu akan kelajuan arusnya diibaratkan sebagai murid-murid yang kadang-kadang berperangai elok dan kadangkadang tidak. Manakala bongkah batu dan kayu yang menghalangi perjalanan saya merupakan cabaran-cabaran lain yang akan saya selesaikan dengan mengelakkan agar tidak dirempuh rakit yang saya naiki itu. Manakala aktiviti darat seperti kembara hutan yang hanya berbekalkan dengan kompas menguji tahap pemikiran agar lebih kreatif dan kritis dalam mendepani cabaran untuk sampai ke destinasi yang dituju. Begitulah kita, hanya berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar, kita mendidik dan mengajar dengan ilmu yang benar tanpa menyesatkan murid-murid dengan ilmu songsang dan sebagainya. Andai kompas menunjukkan ke arah 260 ke arah Timur, maka di situlah tempat yang ditujui tanpa melencong ke arah lain agar kita tidak sesat di dalam hutan. Selain itu, kita juga boleh belajar hidup di dalam hutan yang telah terdapat bahan mentah untuk digunakan untuk membuat tempat rehat seperti penggunaan daun bertam untuk dijadikan atap dan bumbung. Batangnya digunakan sebagai joran dan daun pisang sebagai pinggang untuk makan. Manakala tumbuhan-tumbuhan lain mempunyai khasiat tersendiri seperti untuk mengubati luka seperti daun senduduk dan daun ulat bulu. Manakala Aktiviti LDK melatih kita untuk berdepan dengan sebarang tohmahan, fitnah dan soalan-soalan yang datang dari luar contohnya masalah yang dibawa oleh ibu bapa yang tidak memberi kerjasama dengan guru-guru. Ini kerana, semasa pembentangan LDK ,pensyarah-pensyarah melontarkan provokasi yang begitu sentimen ke atas peserta-peserta kursus dengan tujuan untuk melasakkan jiwa n

29

mengentalkan semangat supaya tidak pudar. Di sini, kita kena memikirkan jawapanjawapan yang bernas untuk menangkis segala masalah yang dihadapi. Malam kebudayaan pula melatih saya untuk menjadi lebih fleksible dengan tugasan guru yang diberi luar daripada kebolehan kita, seperti membuat persembahan dan menyanyi selain membuang sifat malu berhadapan dengan orang ramai. Walaupun masa yang diberi tidak mencukupi dan terhad tetapi aksi-aksi spontan perlu diluahkan untuk menyempurnakan persembahan itu. Ia juga melatih kita untuk lebih tangkas dan cepat berfikir untuk menyelesaikan masalah-masalah. Sebagai kesimpulannya, semua aktiviti yang dilaksanakan dalam kursus ini mempunyai kaitan dengan guru dalam mendepani cabaran dan halangan yang di hadapi oleh guru.

30

PENUTUP

Secara kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana berpeluang mengikuti Program Bina Insan Guru (Siri 5). Pengalaman yang saya dapat akan saya gunakan semasa berada di lapangan kerja kelak sebagai seorang guru.Dengan adanya program sebegini,kelemahan yang ada pada diri boleh diatasi dan keyakinan yang selama ini pudar sedikit sebanyak boleh menguasai diri. Justeru itu,segala aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam diri saya untuk terus berkhidmat sebagai guru j-QAF serta telah meningkatkan semangat saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.gemilang dan terbilang.

31

LAMPIRAN

32

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMASA KURSUS BINA INSAN GURU. 7 Mei 2012 Ketika bertolak dari IPGK Batu Lintang menaiki bas ke Kem Rock View Agrotech

Memunggah barang kelengkapan ke khemah memasak

Aktiviti LDK

33

9 Mei 2012 Kembara Hutan

Memasak di dalam hutan menggunakan mes tin

Kena hukum rendam dalam air

34

Aktiviti abseiling

Aktiviti malam kebudayaan / persembahan

Persembahan daripada pensyarah

35

10 Mei 2012 Malaysia Cergas

Majlis penutup

Majlis penerimaan hadiah oleh para peserta

36

Bergambar dengan semua peserta kursus dan pensyarah

37

You might also like