You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS 2 SESI 2012

TARIKH HARI MASA TEMPAT

: : : :

22 Mei 2012 Selasa 3.00 petang Bilik Dokumentasi Sekolah

KEHADIRAN 1. 2. 3. 4. 5. Pn. Paula@Paulawati bt Jolhiri (Ketua Panitia Sains) Pn. Syamimi bt Mohamed Cik Norhedayah bt Mohd Jani Pn. Hellen Nawie Rekan Pn. Kittie ak Abang

TIDAK HADIR BERSEBAB 1. Pn. Zuridah bt Din

1.0

UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan selamat petang dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke Mesyuarat Panitia Sains Sesi 2 tahun 2012. Pengerusi mengharapkan agar semua cikgu sains dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan penilaian baru yang diperkenalkan oleh kementerian pelajaran iaitu PBS. Makluman

1.2

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SESI 1 TAHUN 2012 2.1 Minit Mesyuarat Panitia Sains Sesi 1 Tahun 2012 dicadang untuk disahkan oleh Pn Hellen Nawie Rekan dan disokong oleh Pn. Kittie Abang. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya minit Mesyuarat Panitia Sains Sesi 1 Tahun 2012 disahkan. Makluman

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1

Pn Syamimi membangkitkan tentang isu penandaan PEKA bagi semua subjek sains yang tidak begitu jelas bagi guru-guru baru. Ini berikutan tiada skim pemarkahan yang terkini serta jelas untuk cikgu membuat rujukan. Beliau memohon agar akan ada program bagi cara penandaan PEKA dilaksanakan. Tindakan : Pengerusi

3.2

Pengerusi memberi nasihat dan pandangan mengenai cara menulis buku rancangan mengajar. Buku rancangan mengajar bagi semua subjek sains untuk tingkatan empat seeloknya dapat dibuat dengan menggunakan bahasa melayu. Makluman

3.3

Pn Hellen membangkitkan tentang minit mesyuarat lepas berkaitan beliau masih belum menerima surat tentang status fail PEKA pelajar yang tercicir ketika berpindah masuk ke sekolah ini. Ini menyukarkan kerja semakan fail PEKA apabila pelajar sudah berada di tingkatan tiga. Pn. Hellen menyarankan agar pelajar yang berpindah masuk ke sekolah ini harus mempunyai senarai semak bagi semua fail yang berkaitan untuk memudahkan tugas guru. Tindakan : Pengerusi

3.4

Pengerusi menjelaskan tentang isu yang dibangkitkan oleh Pn. Hellen iaitu permohonan kerusi baru, langsir dan cat untuk makmal. Pengerusi sudah mengajukan permohonan tersebut kepada pengetua dan kini masih lagi menunggu jawapan. Tindakan : Pengerusi

3.5

Pn Hellen membangkitkan isu nombor 5.5 minit mesyuarat lepas berkaitan tentang beban tugas beliau sebagai ketua warden yang mengganggu tugas hakiki beliau sebagai seoarang cikgu. Beliau memohon maaf jika fail PEKA lewat ditanda. Makluman

3.6

Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa jadual pencerapan untuk semua cikgu sains sudah sedia dan aktiviti pencerapan akan dilaksanakan tidak lama lagi. Makluman

3.7

Pengerusi memberitahu bahawa majlis penyampaian hadiah sempena Bulan Sains sudah dirancang dan akan disempurnakan oleh pengetua pada perhimpunan hari jumaat bersamaan 25 Mei 2012. Makluman

4.0

PROGRAM PROGRAM AKADEMIK

4.1

Pn Hellen memaklumkan bahawa beliau akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan sukatan subjek sains tingkatan tiga mengikut tempoh yang ditetapkan. Ini bagi memberi laluan untuk panitia merancang program akademik yang sesuai untuk murid tingkatan tiga menjelang peperiksaan PMR. Tindakan : Pengerusi

4.2

Pengerusi membangkitkan mengenai program akademik sesuai yang patut dijalankan untuk murid tingkatan tiga dan tingkatan lima sebelum peperiksaan. Ini bagi meningkatan semangat dan daya usaha pelajar dalam bidang akademik. Pengerusi memohon pandangan semua guru untuk merangka program tersebut. Tindakan : Semua guru

4.3

Pengerusi memberikan cadangan berkaitan pertandingan sudut sains harus diberi perhatian untuk menarik minat pelajar mengenai sains dan pertandingan tersebut wajar dilaksanakan sepanjang tahun jika tiada kekangan. Makluman

5.0

HAL HAL LAIN 5.1 Pengerusi mengingatkan semua guru sains untuk mengisi buku rekod masuk dan keluar makmal sains, buku rekod penggunaan LCD bagi tujuan kemas kini. Tindakan : Semua guru

6.0

PENUTUP 6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(Cik Norhedayah bt Mohd Jani) Guru Panitia Sains

(Pn Paula@Paulawati bt Jolhiri) Guru Kanan Sains dan Matematik

You might also like