You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMBAK 1 JALAN SEMARAK 54100 KUALA LUMPUR CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

KALI PERTAMA SESI 2009


Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 20 Januari 2009 (Selasa) : 1.00 tengahari : Bengkel Kemahiran Hidup :

1. En. Nadzrolizam bin Nazir (Ketua Panitia) 2. En. Azmajisham bin Nor 3. En. Mohammad Faisal bin Abdul Rachman Isnadi
4. Cik Noor Halila binti Mansor Tidak Hadir : -

BIL
1. UCAPAN PENGERUSI

AGENDA / PERKARA

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca surah Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua


ahli jawatankuasa. Tindakan : Makluman PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Pencadang : En. Azmajisham bin Nor Penyokong : En. Mohammad Faisal bin Abdul Rachman Isnadi Tindakan : Semua AJK PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit 4. Tindakan : Tiada ANALISA PKSR 2 (2008)

2.

3.

4.1 Pengerusi menyatakan bahawa analisa PKSR 2 2008 bagi Tahun 4 hingga 6 Adalah seperti carta di bawah : Tahun 4 5 6 Bil Calon 93 orang 97 orang 95 orang Lulus 93 orang 100% 94 orang 96.9% 94 orang 98.9% Gagal 3 orang 3.1% 1 orang 1.1%

4.2 Pengerusi meminta AJK menyenaraikan beberapa sebab mengapa terdapat murid yang gagal dalam ujian tersebut. Antaranya: a) Tidak memahami kehendak soalan semasa menjawab b) Kurang mengulangkaji pelajaran dan membaca buku c) Tidak menyiapkan projek dengan sempurna 4.3 Pengerusi mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar. Antaranya: a) Memberi latih tubi menjawab soalan b) Memastikan murid dapat menyiapkan projek dengan sempurna dan kemas Tindakan : Semua AJK PANDUAN PERLAKSANAAN RPH

5.

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa perlaksanaan RPH perlu diselaraskan bagi


setiap AJK dengan menulis Bidang, Tajuk, HP iaitu Aras dan Aktiviti atau Strategi.

5.2 Bahagian impak juga perlulah ditulis seperti kemahiran murid dan projek yang
dilaksanakan Tindakan : Semua AJK PENGURUSAN BENGKEL 6.1 Pengerusi menyarankan agar bengkel dipastikan bersih dan kemas selepas digunakan.

6.

6.2 Pengerusi juga mencadangkan agar alatan dan bahan yang digunakan

perlulah dibersihkan dan disusun di tempat asalnya semula. Tindakan : Semua AJK PENGGUNAAN BENGKEL

7.

7.1 Pengerusi memaklumkan tentang penggunaan Jadual Bengkel, Rekod


Penggunaan Bengkel dan Rekod Kecederaan Murid 7.2 Bahagian catatan pada rekod kecederaan juga perlu ditulis oleh guru sekiranya terdapat murid yang mengalami kecederaan atau luka semasa kerja-kerja amali dilakukan. Tindakan : Semua AJK PERANCANGAN PROGRAM PANITIA 2009

8.

8.1 Pengerusi mencadangkan agar projek amali diselaraskan bagi Tahun 4, 5


dan 6 di mana 2 projek akan dilaksanakan pada semester 1 dan projek Buku Skrap bagi semester 2.

8.2 Bagi Program Bumi Hijau, pengerusi mencadangkan agar tanaman yang
ditanam adalah daripada sayuran yang cepat dan mudah ditanam.

8.3 Melalui perbincangan, aktiviti bagi Bulan Patriotisme telah ditetapkan di mana
untuk Tahap Satu, aktiviti yang akan dijalankan adalah membentuk objek dengan menggunakan Plasticine. Untuk Tahap Dua, aktiviti yang akan dijalankan membina model Jalur Gemilang. Tindakan : Semua AJK PENGGUNAAN BENGKEL 9.1 Pengerusi meminta agar projek-projek terbaik yang dihasilkan oleh murid disimpan di bengkel untuk dijadikan sebagai contoh kepada pelajar-pelajar lain. Tindakan : Semua AJK UCAPAN PENANGGUHAN

9.

10.

10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK. Diharap semua guru
akan menjalankan tugas dengan berdedikasi. Komitmen yang berterusan

amatlah diharapkan agar semua aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan jayanya.

10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 tgh.


Tindakan : Makluman

Disediakan oleh, . (CIK NOOR HALILA BINTI MANSOR) Setiausaha, Panitia Kemahiran Hidup, SK Padang Tembak 1, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur.

Disemak oleh, .. (EN NADZROLIZAM BIN NAZIR) Ketua, Panitia Kemahiran Hidup, SK Padang Tembak 1, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur.

You might also like