You are on page 1of 27

MENULIS KARANGAN SATU KEMAHIRAN

Mengapakah murid memerlukan kemahiran?

Apakah kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid?


Apakah peranan kita dalam membantu murid mencapai kecemerlangan dalam penulisan?

Mengapakah murid memerlukan

kemahiran?

Kemahiran membolehkan murid menghasilkan karangan yang berkualiti.

- Menjana idea yang tepat.


- Mengolah idea dengan baik.

Apakah kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid?


Contoh murid diberi tajuk: Gotong Royong. Apa kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid? Cuba anda bincang dan senaraikan kemahiran itu.

Proses Menghasilkan Karangan

Peringkat Persediaan

Langkah/Kemahiran Memahami tajuk dan kehendak soalan mengumpul idea/isi (sumber maklumat) menyusun idea

Penulisan

menulis perenggan pendahuluan mengembangkan isi membuat kesimpulan/rumusan dalam perenggan penutup
5

Peringkat

Langkah/Kemahiran

Penyemakan menyemak ejaan dan tanda baca menyemak tatabahasa dan struktur ayat menyemak jumlah perkataan

Kemahiran Asas dalam Penulisan Mentafsir/memahami kehendak tajuk Mendapatkan maklumat melalui pecambahan idea Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber Mengaitkan idea/maklumat dengan tajuk Menyusun atur/mencerakin isi dengan kemas (pertalian/pertautan idea antara baris dan perenggan) - Membina idea melalui ayat yang baik dengan perkataan yang tepat dan sistem bahasa yang baik dalam bentuk perenggan. - Menyemak/mengedit hasil penulisan . Ejaan, Tatabahasa, Pembinaan ayat dan penggunaan kosa kata/peribahasa
7

Kelemahan murid menghasilkan karangan yang baik


kurang kemahiran mentafsir/memahami kehendak tajuk - isi kurang menepati kehendak tajuk dan kurang mencukupi. - tidak berjaya mengembangkan idea utama - kurang berjaya membentuk ayat yang menarik/kreatif - kurang berjaya mengolah isi yang baik/kurang idea Pengenalan kurang menarik dan kurang meyakinkan - kurang berjaya membentuk ayat dan mengeluarkan idea yang dapat meyakinkan pembaca tentang perkara yang dipersembahkan/disampaikan - pengenalan tidak menggambarkan tentang tajuk - penggunaan kosa kata yang kurang tepat dan kurang menarik
8

Contoh pengenalan untuk tajuk: Gotong-Royong tahun 6.

Gotong-royong ialah amalan bantu membantu dalam menghasilkan sesuatu kerja. Semangat bergotong-royong memang baik diamalkan supaya kerja yang berat boleh dihasilkan dengan mudah secara beramairamai bak kata pepatah .berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

a. Bolehkah murid tahun 6 menulis karangan begini?


b. Jika tidak sesuai mengapa? c. Buat satu pengenalan yang baik dan rancangkan aktiviti untuk melatih murid menghasilkan pengenalan yang baik.

Kelemahan murid menghasilkan karangan yang baik Tidak mengikut format bagi karangan berformat rasmi. Isi tidak disusun dengan baik. Tiada pertautan idea antara idea pertama dengan idea yang seterusnya. Pengulangan isi kerana kurang idea atau kurang faham kehendak karangan. Gaya persembahan yang kurang menarik kerana tidak kreatif atau kurang mahir dalam sistem bahasa.

10

Ciri-ciri karangan yang baik isi yang tepat dengan kehendak tajuk pengenalan diolah dengan baik idea disampaikan dengan teratur dan ada kesinambungan penggunaan kosa kata dan pembentukan ayat yang baik dan menarik dengan penggunaan sistem bahasa yang tepat serta gramatis dan puitis.

Semua ini memerlukan murid menguasai kemahiran dan apakah peranan kita?
11

Apakah peranan kita dalam membantu murid mencapai kecemerlangan dalam penulisan?

sebagai pembimbing

sebagai penggalak (motivator)


sebagai pembekal maklumat

12

Bagaimanakah cara untuk membimbing murid menguasai kemahiran dalam penulisan?


menjalankan latih tubi memahami kehendak

tajuk, mengembang dan memeringkatkan idea, menstruktur ayat yang baik. mengadakan perbincangan cara mendapatkan isi penting meneroka internet/media lain mengumpul maklumat tentang isi membuat lawatan - mengumpul maklumat tentang isi sumbangsaran mendapatkan isi dan mengembangkan isi
13

Ayat

Subjek (Pelaku) Watak

Predikat (Perlakuan) Kata Kerja Transitif Tak Transitif

KNA

KNK siti

KGND Memperluas Ayat dia

Budak itu

Ayat Keterangan Sebab Alasan Cara Masa Tempat 14

Peluasan idea dalam penulisan (pengembangan idea/isi dan pemeringkatan idea)

Contoh: Aminah ialah anak Encik Ahmad. Idea dalam penulisan boleh dikembangkan/diperluaskan. Terdapat beberapa cara untuk mengembangkan isi. Salah satu daripadanya ialah dengan mengaplikasikan tiga prisip pengembangan idea iaitu: - pengubahsuaian (modification and subordination) - penjalinan (coordination) - penggantian(substituting)
15

melakukan pengubahsuaian pada ayat dengan menukar atau menambah perkataan yang dapat menyokong idea asal untuk menambah baik susunan ayat. Perkataan yang boleh ditambah dapat menyokong cerita supaya lebih lengkap dan menarik. Kita boleh menambah perkataan seperti kata adjektif dan sebagainya yang menerangkan cara, alasan dan sebab. - menambah perkataan seperti kata adjektif, peluasan idea melalui kosa kata untuk menerangkan sebab, cara atau tempat dan masa. Contoh: Aminah ialah anak manja Encik Ahmad.
16

Satu lagi cara ialah dengan menjalinkan ayat/ mengkoordinasi ayat dengan perkataan lain yang dapat memantapkan idea yang hendah disampaikan. Contoh: Aminah ialah anak manja dan anak kesayangan Encik Ahmad dan Puan Saodah. Biasanya jalinan boleh dibuat pada subjek atau predikat untuk membentuk ayat majmuk.

17

Satu cara lain ialah dengan menggantikan (substitution) - menggantikan sesuatu perkataan atau rangkai kata dengan perkataan atu rangkai kata lain. Kita juga boleh menggunakan peribahasa atau ayat puitis yang lebih menarik. contoh: Aminah ialah anak emas dan anak manja Encik Ahmad dan Puan Saodah.

18

Latihan yang boleh diberi kepada murid


Gunakan tiga prisip pengembangan idea untuk menambah baik ayat melalui prinsip berikut :

- pengubahsuaian (modification and subordination) - penjalinan (coordination) - penggantian(substituting) Amin bermain bola Noramalina ialah pelajar pintar Ibu tenang menerima berita itu. Pasar malam itu sibuk Saya pergi berkelah Waktu rehat aku ke kantin
19

Sumbangsaran Percambahan idea/perluasan idea menggunakan soalan


Apa ada di situ Berapa jauh Di mana pasar itu

Apa kejadian menarik Siapa pergi

Pasar Malam

Apa yang kita buat

Bagaimana susana di situ Bagaimana perasaan semasa dan selepas

20

Latih tubi membuat Rangka penulisan/Menyusun atur idea


Pengenalan Apa ada di pasar malam/apa dijual Isi Pengalaman pergi ke pasar malam - bila - dengan siapa - di mana pasar itu Suasana - pembeli - tempat - penjual Apa yang dibuat di situ - siapa beli apa - mengapa beli Penutup Perasaan - selepas pulang - harapan selepas itu

21

Latih tubi membuat Kesinambungan/Pertautan Idea dalam Penulisan Penghasilan karangan yang baik seharusnya ada pertautan idea atau kesinambungan idea antara perenggan. Pertautan idea antara ayat dengan ayat atau perengaan dengan perenggan biasanya dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana Antaranya:

Idea yang menampakkan ada perbandingan antara dua ayat: contoh: Dia seorang yang kaya dan ternama. Meskipun begitu, kehidupannya adalah secara sederhana sahaja. - walaupun - biarpun begitu - malahan

22

Mengaitkan dua ayat atau perenggan yang ada kesinambungan: Contoh: Puteri itu sungguh cantik dan disenangi oleh hamba rakyat. Tambahan pula, sikapnya yang merendah diri dan berjiwa rakyat membuatkan rakyat menyayanginya. apalagi sebagai menyambung juga sekali lagi dengan perkataan lain
23

Mengaitkan dua ayat atau perenggan yang menampakkan kesan dan akibat.

Contoh: Dia sering mengingkari nasihat ibunya. Akibatnya, dia telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri itu dan kehilangan kedua-dua belah kakinya.
- oleh itu - untuk itu

24

Mengaitkan dua ayat atau perenggan dengan Penggulungan isi-isi. Contoh: Untuk mengakhirinya, saya suka menegaskan di sini bahawasanya tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. akhirnya untuk menggulung bicara sebagai penutup pada keseluruhannya

25

Rumusan
Kemahiran perlu ada pada murid untuk menghasilkan karangan yang baik. Terdapat beberapa cara untuk mengembangkan idea dalam penulisan karangan. Latihan perlu untuk murid mengembangkan idea dalam karangan. Tugas guru ialah membimbing, menggalakkan dan membekalkan maklumat kepada murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik. Galakkan murid membaca buku cerita berbentuk ilmiah untuk membolehkan mereka mendapat banyak ilmu yang boleh dijadikan input dalam penulisan mereka.
26

Sekian, semoga berjaya membentuk murid yang boleh menulis karangan yang baik.
Pembimbing

Guru Pembekal maklumat

motivator

27

You might also like