You are on page 1of 6

TUGASAN INDIVIDU

Nama : Judy Seow Sau Peng K/P : 650702-04-5006

Kursus : PGSR Sains (Nov. 2008 Dis 2012)

MENGANALISIS TIGA PERANAN ANDA SEBAGAI AGEN MORAL DALAM PROSES SOSIALISASI INDIVIDU DI TEMPAT ANDA Konsep sosialisasi adalah satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh

seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok masyarakat dengan mempelajari kebudayaan kelompok itu termasuk nilai, sikap dan peranan yang sesuai. Setiap individu akan menjadi anggota dari satu atau lebih kelompok sosial di dalam masyarakat dan menjalankan peranannya yang bersesuaian dengan kedudukan di dalam kelompoknya. Dalam proses sosialisasi, ia mengembangkan keperibadian melalui interaksi dengan setiap individu di dalam kelompok tersebut. Sosialisasi menyedarkan seseorang tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkahlaku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih berganti. Jadi, kelompok merupakan media sosialisasi dalam membentuk keperibadian seseorang. Kelompok inilah yang melaksanakan proses sosialisasi. Dalam sosiologi, kelompok ini dinamakan agen sosialisasi.

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan kepada anakanak murid. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup sahsiah berfikiran yang kritis dan dan mempunyai mematuhi daya kreatif. Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga menanam sikap, nilai dan sempurna peraturan masyarakat. Masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologi sekarang sedang mengalami perubahan sosial yang pesat. Dalam dunia pendidikan, terdapat pelbagai jenis guru yang mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri. Ada guru yang bersifat autokratik, demokartik dan laissezfaire. Guru yang autokratik tidak bersedia mendengar pandangan dan pendapat murid. Oleh itu murid akan menjadi pasif dan suasana emosinya yang dipenuhi ketegangan tidak menggalakkan interaksi guru dan murid. Guru yang demokratik pula akan memberi kesan yang positif kerana pelajar-pelajarnya diberi peluang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara terbuka. Ini dapat menggalakkan perkembangan yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial. Guru yang laissez-faire akan memberi kebebasan penuh kepada pelajar untuk berfikir dan menyusun aktiviti mereka dan kurang memberi idea dan inisiatif terhadap aktiviti yang dijalankan. Ini akan menyebabkan pengurusan bilik darjah yang longgar dan suasana pembelajaran dan pembelajaran terganggu oleh masalah disiplin. Seseorang guru yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti ingin membaca untuk menambah ilmu, berupay6a berfikir secara kritis, ingin berlajar dan menitik beratkan pendidikan seumur hidup. Guru juga hendaklah mempunyai personality yang sesuai dengan profesion perguruan dan memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku pelajarnya. Sebagai seorang guru kita perlulah memainkan peranan kami sebagai agen sosialisasi.Walaupun kanak-kanak diajar cara bertingkah laku mengikut budayanya namun nilai-nilai yang baik dan buruk dirumah, sekolah atau masyarakat turut mempengaruhi mereka. Guru perlu menjadi penyebar ilmu kemasyarakatan kepada anak murid supaya anak muridnya mengetahui cara-cara menyesuaikan diri dengan masyarakat kelak. Seseorang guru perlu memberi peluang kepada pelajarnya untuk

menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat. Guru juga perlu memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Guru perlu mengubah cara hidup seseorang pelajar dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat. Sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan komuniti sekolah dan seterusnya dalam masyarakat. Guru memegang peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang pelajar. Guru lebih memahami perasaan seseorang pelajar dan sifat empati yang terdapat dalam pelajar tersebut untuk membentuk emosi yang sihat. Gurulah yang memudahkan pelajar menyesuaikan diri kerana dia menghormati perbezaan individu. Seseorang guru itu sepatutnya sedar yang setiap pelajarnya adalah individu yang berlainan dan perlu menggunakan kaedah atau teknik yang berbeza untuk mengatasi setiap masalah. Selain daripada mendidik pelajarnya mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran, guru haruslah menerapkan norma dan nilai sosial yang baik kepada pelajarnya. Nilai yang diterapkan akan dapat membantu pelajarnya bersosialisasi dengan lebih baik dalam masyarakatnya. Guru juga diibaratkan sebagai ibu atau bapa di sekolah. Maka, guru yang cemerlang adalah guru yang mampu memberikan mutiara ilmu dan menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajarnya serta mampu untuk membimbing pelajarnya ke jalan yang betul. Sebagai seorang guru yang menjadi agen sosialisasi sepatutnya menunjukan nilai-nilai sosial yang baik pada dirinya. Guru sepatutnya menjadi role model kepada pelajarnya. Dengan demikian barulah guru itu boleh menjadi teladan kepada pelajarnya. Kalau seseorang guru itu sendiri tidak dapat menyesuaikan diri dengan norma dan nilainilai sosial masyarakat di sekitarnya, bagaimanakah beliau hendak mendidik pelajarnya ke arah yang betul. Bagaikan peribahasa Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Oleh itu seseorang guru itu patutnya memupuk nilai-nilai sosial yang baik untuk dijadikan teladan kepada pelajarnya.

APAKAH REFLEKSI ANDA TERHADAP DUA ISU MORAL DI PERINGKAT

SEKOLAH ANDA? Sekolah merupakan tempat dimana kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari. Oleh kerana pelajar-pelajar di sebuah sekolah adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, maka ia tidak dapat melarikan diri daripada menghadapi isu-isu moral. Begitulah juga dengan sekolah saya, iaitu SJK(C) Nan Kwang yang terletak di Tajar, Alor Setar, Kedah. Sekolah saya adalah terletak di tengah-tengah kawasan sawah padi dan pelajarpelajarnya kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan sederhana dan golongan petani. Oleh itu, taraf pendidikan ibubapa adalah rendah dan mempunyai pemikiran yang cetek. Disebabkan itu, maka timbullah beberapa isu moral di sekolah saya. Salah satu isu moral yang sering dihadapi oleh pihak sekolah saya adalah masalah pornografi. Terdapat beberapa orang pelajar yang sering menonton filem-filem lucah dirumah. Mereka melakukannya samada bersama keluarga ataupun tanpa pengetahuan ibubapa. Bila seseorang pelajar itu menonton filem-filem lucah ini, mereka mempunyai pengaruh yang negatif pada dirinya dan juga pada rakan sebayanya. Mereka akan melakukan atau menunjukkan tingkah laku yang tidak seronoh dan mengeluarkan kata-kata lucah di hadapan kawan-kawan mereka. Murid-murid ini tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran mereka dan akibatnya keputusan mereka merosot. Bila pihak pentadbiran sekolah menemubual pelajar-pelajar ini, didapati mereka menonton filem-filem lucah ini semasa ibu bapa mereka tidak berada di rumah dan ada juga yang mencuri menontonnya semasa ibubapa mereka menontonnya. Semasa pihak sekolah menemui waris pelajar-pelajar ini, mereka tidak menunjukkan aksi yang terkejut mengenai tingkah laku atau perbuatan anak mereka. Mereka berpendapat ini adalah normal dan tidak perlu dibuat kecoh. Sikap ibubapa ini sungguh menyedihkan hati saya dan saya berasa kasihan juga kepada pelajar-pelajar saya kerana mereka tidak mendapat didikan yang betul dari keluarga mereka. Bagaimanakah mereka akan menghadapi masa hadapan mereka dengan sikap yang sedemikian. Ibubapa mereka

tidak sedar cara mereka mendidik anak-anak mereka adalah silap dan ini akan menyebabkan anak-anak mereka melakukan seks rambang kelak. Pada usia yang muda ini, pelajar-pelajar ini tidak sedar mereka telah melakukan kesalahan menonton filem-filem lucah ini dan apakah kesannya pada diri mereka. Sebagai guru, saya cuma boleh menasihati ibu bapa dan pelajar-pelajar saya sahaja. Saya dapat merasakan nasihat saya bagaikan mencurah air ke atas daun keladi. Saya berasa sungguh sedih kerana usaha saya tidak membawa apa-apa perubahan yang positif. Isu moral kedua yang dihadapi oleh sekolah saya adalah masalah ponteng kelas dan sekolah. Terdapat beberapa orang pelajar di sekolah saya yang sering ponteng sekolah. Mereka akan ponteng sehari dua dalam seminggu dan ada yang ponteng aktiviti ko-kurikulum yang diadakan di sekolah. Alasan yang diberi oleh pelajar-pelajar ini adalah bangun lewat, ketinggalan bas sekolah dan juga sakit. Sikap selalu ponteng sekolah ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam kelas dan tidak dapat mengikuti pelajaran sekolah. Keputusan peperiksaan mereka merosot dan akhirnya mereka tidak berminat untuk belajar. Guru kaunseling dan guru-guru lain dalam sekolah saya turut membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Banyak nasihat telah diberikan dan guru-guru juga tidak berhenti-henti untuk membimbing pelajar-pelajar ini ke arah yang betul. Kami sedar masalah ini tidak akan selesai sekiranya pihak ibubapa tidak bekerjasama dengan kami. Untuk cuba menyelesaikan masalah ini, pihak sekolah telah berjumpa dengan keluarga pelajar-pelajar ini. Sikap dan pandangan ibubapa mereka terhadap kes ini adalah tidak memberangsangkan. Ada ibubapa yang mengatakan anak-anak mereka sukar hendak bangkit pada waktu pagi dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Malah ada juga ibubapa yang mengatakan pihak sekolah tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap anak-anak mereka kerana mereka tidak ponteng untuk banyak hari dalam seminggu. Ibubapa ini tidak memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tetapi mencari alasan untuk memihak kepada anak-anak mereka.

Akhirnya, kami cuba untuk mendenda dan menghukum pelajar-pelajar ini. Namum semua amaran dan hukuman yang dijalankan keatas pelajar-pelajar ini tidak membawa apa-apa kesan dan masalah ini tetap berterusan. Peraturan yang ditetapkan oleh kementerian juga tidak membolehkan pihak sekolah mengambil apa-apa tindakan yang berat lagi. Jika masalah ini berterusan, saya pasti pelajar-pelajar ini akan ketinggalan dalam pelajaran mereka dan merekan berkemunginan besar akan menjadi murid tercicir bila sampai ke sekolah menengah kelak. Saya berpendapat pelbagai isu isu moral akan sering berlaku di sekolah dan sesetengahnya tidak dapat diselesaikan disebabkan oleh situasi yang diluar kawalan. Pihak ibubapa haruslah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah sekiranya didapati anak-anak mereka bermasalah. Mereka tidak harus memberi alasan dan melarikan diri. Tindakan mereka ini akan menjejaskan masa hadapan anak-anak mereka dan mungkin akan membawa masalah yang lebih besar kelak. Pihak ibubapa tidak boleh mengharapkan pihak sekolah dan guru-guru sahaja untuk mengubah sikap anak-anak mereka. Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mendidik dan mengajar anak-anak mereka untuk menjadi seorang insan yang baik, berguna dan mempunyai norma dan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat. Saya berasa jika ibubapa juga diberi kaunseling, mungkin mereka akan mengubah pemikiran mereka. Disebabkan pemikiran ibubapa yang cetek dan tidak dapat membezakan betul dan salah, maka mereka tidak dapat mendidik anak mereka dengan cara yang betul. Sekiranya semua pihak bekerjasama dengan satu sama lain, saya percaya isu-isu moral yang berlaku di sekolah pasti dapat di atasi. Dengan itu barulah akan lahir satu masyarakat yang boleh hidup dengan aman dan makmur.

You might also like