You are on page 1of 2

JEA1058 SMK DATO USMAN AWANG JALAN LAYANG, TAMAN PERLING 81200 JOHOR BAHRU N0.

TEL : 07-2416481 NO. FAX : 07-2416772

Kepada, Pengetua, SMK Bandar Baru Uda, Jalan Padi Ria 1, 81200 Johor Bahru (U.P : En Abd. Rahman Bin Ngah)

Rujukan Kami : JEA1058/1/2010 Tarikh : 31 MEI 2010

Tuan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH TEKNIK DAN BENGKEL MENJAWAB SOALAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Program Kem Bahasa Melayu khas untuk murid-murid Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 3. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid menjawab soalan-soalan peperiksaan khasnya soalan Kertas 1 Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Seterusnya sebagai persediaan kepada murid-murid dalam menghadapi peperiksaan SPM. 4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput seorang daripada pegawai tuan seperti nama di atas untuk menjayakan program berkenaan seperti butiran di bawah: Tarikh : 26 Jun 2010 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi 12.30 tengah hari Tempat : Dewan SMK Dato Usman Awang Peserta : 150 orang murid (4 kelas) 5. Semoga program yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran diri untuk menghadapi peperiksaan kelak. Segala kerjasama dan kesudian daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas, .

You might also like