You are on page 1of 30

Al-Ibrashy(1976): Tujuan pendidikan bukanlah memenuhi otak pelajar dengan berbagai-bagai maklumat atau mengajar mereka dengan pelbagai

matapelajaran yang mereka tidak tahu sebelumnya, tetapi tujuan sebenarnya ialah mendidik mereka supaya berakhlak mulia, mendidik roh supaya halus dan sempurna, mengasuh mereka melakukan yang baik, terhormat dan mulia, membiasakan diri mereka dengan adab-adab yang mulia, membiasakan mereka dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalanamalan yang berfaedah

Soalan
1.1. Bincangkan sekurang-kurangnya tiga elemen fizikal dan tiga elemen psikososial yang dititikberatkan oleh pihak pentadbir serta guru-guru di sekolah yang anda lakukan PBS lepas dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

1.2. Pilih satu jenis permainan kognitif atau permainan sosial, kemudian anjurkan satu pertandingan. Buat pemerhatian selama 20 minit terhadap pelajar-pelajar yang sedang bermain. Berdasarkan pemerhatian tersebut, berikan tumpuan kepada aspek-aspek berikut: - Emosi, psikososial, sosial, moral, kognitif.

sesuatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

suasana persekitaran yang menggalakkan dan mempercepatkan perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang.

Tiga aspek utama alam belajar ialah: - fizikal, psikososial, komuniti pembelajaran

1.1. Berdasarkan pemerhatian di sekolah semasa menjalani program Pengalaman Berasakan Sekolah, pihak pentadbir serta gurur-guru di sekolah tersebut menitikkberatkan elemen-elemen berikut bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif:

Elemen Fizikal
Elemen Psikososial

Kedudukan Pelajar dalam Kelas

Elemen Fizikal

Persekitaran Fizikal Sekolah Kemudahan Infrastuktur Sekolah

Hubungan Guru dengan Murid

Elemen Psikososial

Hubungan Murid dengan Murid

Hubungan Murid dengan bahan bantu mengajar

Elemen Fizikal
Merujuk kepada persekitaran atau alam sekeliling seperti persekitaran rumah, prasarana tempat tinggal, kemudahan dan kelengkapan yg tersedia di sekeliling kanak-kanak Persekitaran fizikal yg sesuai memepengaruhi pembentukan, sikap serta personaliti seseorang, terutamanya kanak-kanak yang baru bermula untuk mencari jati diri. Kanak-kanak belajar berfikir, berkawan, membentuk serta mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui manipulasi alatan yg ada disekitarnya Komponen fizikal bilik darjah, bahan pelajaran, kemudahan persekitaran.

Kedudukan Pelajar dalam Kelas


Gaya auditorium

Gaya bersemuka

Gaya seminar

Gaya off-set

Gaya kluster / berkelompok

Persekitaran Fizikal Sekolah


Pihak sekolah amat menitik beratkan aspek kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah dan bilik darjah.

Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, cantik dan ceria.
Keceriaan dan kebersihan

Pokok-pokok bunga ditanam di sekeliling sekolah, taman serta pondok rehat menjadikan landskap sekolah lebih menarik. Terdapat Lukisan mural dan kata-kata hikmah di dinding-dinding sekolah.

Suasana dan persekitaran bilik darjah pula sentiasa : Bersih dan kondusif Pengudaraan yang baik Kedudukan bilik darjah strategik Pencahayaan yang sesuai/ baik

Pihak sekolah turut mengambil kira aksesoriaksesori untuk sentuhan peribadi (personel touch) seperti: pokok-pokok bunga, gambar-gambar, papan kenyataan.
Poster Carta pendidikan Hal-ehwal umum - Kata-kata hikmah - Sudut bacaan - Jadual waktu /bertugas

Padang

Bilik Darjah Kemudahan Infrastuktur Sekolah

Pusat sumber

Makmal

Bilik darjah
-kerusi dan meja mencukupi, berada dalam keadaan yang baik serta sesuai dengan tahap umur murid -terdapat kelengkapan bilik darjah seperti kipas. LCD juga digunakan di sekolah. - Terdapat sudut bacaan yang menyediakan pelbagai bahan bacaan.

Padang
Terdapat gelanggang permainan khas untuk permainan tertentu seperti: Badminton, bola jaring, bola sepak, ping pong dll. Keadaan padang baik dan bersih.

Peralatan bermain dipelbagaikan dan mencukupi.

Makmal - Peralatan makmal lengkap. - Kerusi, meja berada dalam keadaan yang baik dan tersusun. - Perkakas makmal disusun di tempat yang selamat. Pusat Sumber - Air conditioner turut disediakan - Pelbagai buku disediakan dalam pelbagai genre yang bersesuaian dengan kanakkanak.

Kepentingan Elemen Fizikal


Persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak membolehkan mereka berkembang dengan lebih baik. Persekitaran yang bersih dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar selain memberi keselesaan kepada mereka utnuk belajar depah penuh kosentrasi.

Kanak-kanak belajar berfikir, berkawan, membentuk peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitaran fizikal yang dihadapinya.

Murid dapat memahami dan menghayati nilai-nilai murni melalui mural yang terdapat di dinding sekolah serta mendorong mereka untuk mengamalkan nilai-nilai murni tersebut dan berakhlak mulia.

Murid dapat belajar dalam suasana yang selesa serta berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lancar dan sempurna.

Murid dapat menggunakan kemudahan yang ada dalam proses pembelajaran sekali gus mendapatkan pengalaman langsung yang lebih baik melalui penggunaan kemudahan tersebut.

Elemen psikososial
Psikososial ialah berkaitan dengan jiwa dan hubungan sesorang indivudu dengan individu lain. Antara komponen yang termasuk dalam psikososial ialah keselamatan, kesihatan, kebersihan dan perapatan atau kemesraan. Faktor psikososial yang baik akan membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah. Seseorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar, mudah didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan serta keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar. Komponen psikososial: keselamatan, kesihatan, kemeseraan, keceriaan, kawalan disiplin, dan lain2 unsur kemanusiaan.

Hubungan guru dengan murid

ELEMEN PSIKOSOSI AL DI SEKOLAH


Hubungan murid dengan bahan pembelajaran Hubungan murid dengan murid

Hubungan guru dengan murid


Guru-guru di sekolah tersebut sangat mengambil berat mengenai hubungan mereka dengan murid-murid. Mereka sentiasa: Menjaga hubungan yang mesra dengan murid - Mengambil berat soal kesihatan, kebajikan (masalah yang murid hadapi) serta prestasi murid dari segi akademik dan kokurikulum - menggunakan intonasi dan nada yang baik - memberi perasaan yang selamat kepada mereka Prihatian dan bertoleransi Memberi penghargaan kepada murid apabila mereka melakukan sesuatu dengan betul atau cemerlang. - memberi hadiah, pujian dan galakkan

MEMBINA HUBUNGAN GURU MURID


Guru perlu sentiasa mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang dihadapi mereka Guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid. Komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid. Guru yang menghormati dan peka dengan murid tetapi dalam masa yang sama tegas dan menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati oleh murid Mewujudkan suasana demokratik dalam bilik darjah Guru dan murid bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjah.

Tegas Tidak suara Tidak nyaring

Nada suara yang sesuai


Jenaka/ unsur kecindan Terima Kasih

Menyediakan Suasana kondusif

Berbudi bahasa

GURU
Wujudkan kemesraan Tidak menyindir

Bersopan

Tingkahlaku yang diterima

Berakhlak mulia

Kepentingan membina hubungan guru - murid


Kepada guru Menaikkan motivasi dan semangat guru Murid lebih senang dikawal Memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru Menaikkan imej guru Kepada murid Murid lebih minat belajar Murid lebih memberikan kerjasama kepada guru Meningkatkan pencapaian akademik murid Murid lebih bermotivasi untuk belajar

Strategi membina hubungan positif guru - murid


Ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing. Menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah. Agihkan tanggungjawab bersama. Tetapkan jangkaan yang realistik. Tunjukkan keprihatinan. Masukkan unsur kecindan dalam komunikasi

Hubungan murid dengan murid


Melalui pemerhatian sepanjang PBS, dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, guru-guru berusaha untuk mewujudkan yang baik antara murid dan cuba untuk membantu mereka berkawan. Guru cuba mengeratkan hubungan antara murid dengan melakukan aktiviti P&P secara berkumpulan serta menggalakkan murid untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Walaupun murid mampu untuk mewujudkan persahabatan mereka sendiri, namun, masih menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan mereka berhubungan dengan baik. Oleh tu, melalui aktiviti di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah, guru-guru berusaha utnuk memurnikan hubungan guru dengan murid dengan cara menerapkan nilai-nilai seperti: - semangat kerjasama, kekitaan, toleransi, berbaik sangka, maafmemaafi dll.

Cara menjaga hubungan murid-murid


Berikan bantuan kepada rakan Pilih rakan yang boleh dipercayai Sikap yang tulin dan asli

Kepentingan Hubungan murid dengan murid


komunikasi di dalam kelas memainkan peranan yang penting untuk membentuk konsep kendiri seseorang murid. Melatih murid mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal serta dapat berkomunikasi dengan baik dengan rakan sebaya semasa di dalam kelas mahupun di luar kelas. Seorang murid akan mempelajari sesuatu daripada rakannya yang lain untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Hubungan murid dengan bahan bantu mengajar


Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran.Walaupun murid-murid memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada BBM sama ada berbentuk bahan elektronik atau bukan adalah penting Oleh itu, guru di sekolah sangat mementingkan bahan bantu mengajar katika P&P Guru menyediakan pelbagai bahan bantu yang menarik dan bersesuaian dengan tajuk pengajaran.

Tepat dengan tajuk Saiz mudah dilihat dan menarik Kriteria pemilihan BBM Pelbagai penggunaan

Tahan lama/ekonomi

Mudah disimpan

You might also like