You are on page 1of 2

PBS 2012

SMK METHODIST (ACS) KLANG JALAN RAYA BARAT 41000 KLANG, SELANGOR

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

NAMA : ___________________________________________ TINGKATAN : ___________________ KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS MENULIS 3 Memahami dan memberikan respon kepada maklumat yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis. B3 DT1 Menulis ayat dalam perenggan. B3 DT1 E2 Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam perenggan.

ARAHAN : Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isikan tempat kosong dalam petikan itu dengan penanda wacana yang sesuai. Tiba-tiba Sebenarnya Seterusnya Di samping itu Akhirnya Akibatnya Sebenarnya Selain itu

Semasa waktu rehat, saya, Dass dan Kum Meng ke bawah pokok angsana di tepi padang. Kami duduk di situ sambil makan bekalan kami. (1) __________________ , kami berbual-bual tentang perlawanan bola sepak petang semalam. Perlawanan antara sekolah kami dengan SMK Teluk Gadong itu sungguh hebat. (2) ____________ , kedua-dua pasukan sama kuat dan bermain dengan baik. Setelah pasukan lawan mendapat gol yang pertama, pasukan kami membalas dalam masa lima minit kemudian. (3) __________________ , pada waktu rehat kedua-dua pasukan seri dengan 1-1. (4) __________________ , dalam babak kedua permainan menjadi lebih hebat. Bola dibawa turun naik dari gol ke gol tetapi tiada jaringan dapat dibuat. Kedua-dua pasukan mencuba beberapa kali. (5)__________________ , dalam dua minit yang terakhir kekasaran berlaku di depan pintu gol lawan. Ayam tambatan pasukan kami, Azrul, ditumbuk ketika dia hendak menanduk bola ke dalam gol lawan. Kejadian itu mencetuskan pergaduhan. (6) __________________ , pengadil melayangkan kad merah kepada dua orang pemain pasukan lawan. (7) __________________ , pengadil juga member tendangan penalty kepada pasukan kami. Azrul seperti biasa menyudahkan tendangan itu dengan mudah. Pasukan kami menang dengan jaringan dua gol. (8) __________________ , itulah kali pertama pasukan kami dapat mengatasi pasukan SMK Teluk Gadong. Sudah lima tahun kami kalah atau seri sahaja dengan pasukan mereka. Perbualan kami terhenti apabila loceng berbunyi. Kami pun berlari ke kelas kami. NK @ 2012 PBS BMT1 | B3DT1E2-R

PBS 2012

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

JAWAPAN : 1 Di samping itu 2 - Sebenarnya 3 Akhirnya 4 Seterusnya 5 Tiba-tiba 6 Akibatnya 7 Selain itu 8 Sebenarnya

NK @ 2012 PBS BMT1 | B3DT1E2-R

You might also like