You are on page 1of 16

29 JUNE 2007 Dewan Rakyat: 200 aduan salah laku guru Berita Harian Laporan Magendran Rajagopal dan

Norliza Wasilan 81 kes termasuk jenayah syariah, hutang selesai dalam lima bulan KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh negara sejak Januari lalu hingga 15 Mei tahun ini. Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata daripada jumlah itu, 81 kes diselesaikan dengan mengenakan tindakan sewajarnya berdasarkan kesalahan. Antara kesalahan ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15 peratus), pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian (enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius (satu peratus). Noh berkata, daripada jumlah itu, 22 guru dibuang kerja, senamuak (22 kes), turun gaji dan lucut hak emolumen (masing-masing 17 kes), diberi amaran (10 kes), selesai secara pentadbiran (lima kes), dibebaskan (empat kes), turun pangkat (dua kes) dan tangguh gaji (satu kes). Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Mat Yasir Kasran (BN-Sabak Bernam) yang ingin mengetahui jumlah guru yang terbabit pelbagai kesalahan dan jenis tindakan.

Mengenai usaha kementerian memartabat profesyen perguruan, Noh berkata, menerusi Bahagian Sumber Manusia di Cawangan Kaunseling dan Keutuhan, pihaknya mengguna pakai Program 3P (Perkembangan, Pencegahan dan Pemulihan) bagi memastikan tahap profesionalisme guru. "Sehingga 30 April lalu, 88 pegawai dan kakitangan kementerian dirujuk kepada cawangan itu untuk tujuan kaunseling. Sesi itu membolehkan mereka membuat penyesuaian diri sebelum dibenarkan menyertai semula sistem organisasi," katanya. Menjawab soalan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) mengenai guru dari Semenanjung yang menolak untuk mengajar ke kawasan pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak, Noh berkata mereka yang enggan mengikut arahan dianggap sebagai ingkar perintah. "Guru tidak mahu bertugas apabila surat bertugas dikeluarkan dianggap ingkar perintah kerana membabitkan arahan bertugas, oleh itu, kita sedia maklum semua kakitangan, termasuk guru adalah penjawat awam yang perlu menurut perintah dan berkhidmat untuk negara," katanya. Mengenai jumlah guru di sekolah yang tidak seimbang, Noh berkata, kementerian berkuasa menentukan penempatan guru di sesebuah sekolah untuk mengajar. "Ada negeri yang guru lebih, ada yang kurang, ada daerah kurang dan ada yang lebih, ini mungkin disebabkan kita terlalu mengikut kehendak guru yang mahu kementerian membuat pertimbangan semula berhubung penempatan mereka sebelum ini. "Kementerian akan menentukan penempatan mereka kerana lebih tahu keperluan guru. Jika guru mempunyai masalah kesihatan dan keselamatan dalam keluarga dan membuat rayuan, kita sedia pertimbangkan," katanya. P OS TE D B Y C IV IL S ER V A N T A T 3 :06 P M

Kes berkaitan cikgu ganas dilaporkan akhbar sepanjang 2007 26 April 2007: KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja. Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk seorang pengawal keselamatan. 26 April 2007: KOTA BHARU: Akibat tidak tahan menjadi pemuas nafsu gurunya, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, membuat laporan polis kelmarin. Pelajar berusia 15 tahun itu mendakwa guru itu beberapa kali mencabul kehormatannya, termasuk di sekolah dan rumah suspek. 7 April 2007: SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh. Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan. Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu. 6 April 2007: PASIR GUDANG: Beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikan menjadi bukti penderaan di sebuah sekolah rendah di sini. Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku, dipercayai akibat dipukul guru terbabit, petang kelmarin. Perasaan itu hanya diluahkan menerusi tulisan di kertas selepas

aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan mereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah. 6 Mac 2007: BANTING: Seorang pelajar yang baru dua jam mendaftar diri pada hari pertama persekolahan di sekolah barunya, menghadapi kemungkinan buta apabila terkena pembaris kayu dilontar seorang guru. Ketika itu, pelajar tingkatan dua itu mengikuti mata pelajaran Sains berkaitan mata di sebuah sekolah di Pulau Carey di sini. 26 Februari 2007: KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dekat sini, menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kepala lapan murid dalam satu kelas, termasuk dua perempuan, didakwa diketuk guru wanita berkenaan selepas dikatakan tidak membawa buku latihan Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, hanya tiga murid lelaki terbabit yang mula-mula dipukul guru berkenaan mengalami pendarahan di kepala hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut. 14 Januari 2007: DUNGUN: Seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau, kira-kira 40 kilometer dari sini, mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan teman sekelasnya, Rabu lalu. Mohammad Nabill Iman Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak demikian kemungkinan sebagai hukuman berikutan dia tak membawa buku latihan. 10 Januari 2007: GUA MUSANG: Seorang bapa menganggap tindakan guru disiplin sebuah sekolah menengah di sini menggunting kolar baju anak lelakinya kerana didakwa tidak mengikut peraturan pakaian seragam, sebagai tidak bertamadun dan mengaibkan. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, guru itu sepatutnya merujuk kepada ibu bapa pelajar atau anaknya diberi amaran terlebih

dulu. "

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu guru muda tidak terlalu beremosi ketika mengendalikan masalah disiplin membabitkan pelajar hingga cenderung menjatuhkan hukuman di luar jangkaan. Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata guru berkenaan perlu profesional apabila menghadapi tekanan membabitkan disiplin pelajar supaya tindakan yang diambil tidak akan menjejaskan profesionalisme perguruan secara keseluruhan. Tidak dinafikan guru muda sekarang ada yang tidak sabar dan mahukan sesuatu perkara dengan cepat hingga kadang-kadang murid susah nak ikut. Kita juga perlu faham kerana kadangkala keadaan persekitaran sekolah boleh mendorong mereka bertindak seperti itu... sesuatu yang tidak dijangka (jatuhkan hukuman), katanya dihubungi semalam. Sebelum ini, akhbar melaporkan guru warden wanita Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan, Sibu, Wee Yim Pien, 27, merendam 200 pelajar perempuan dalam kolam hampir sejam berikutan seorang daripada mereka enggan mengakui kesalahan membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas. Bagaimanapun, guru terbabit dibenarkan kembali bertugas kelmarin dan terlepas daripada dikenakan tindakan disiplin selepas memohon maaf kepada ibu bapa pelajar berkenaan, selain 60 pelajar yang menghantar petisyen memaafkannya. Tindakan guru berkenaan mendapat liputan meluas apabila Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Jimmy Kiu mendedahkan gambar kejadian kepada media. Walaupun kebelakangan ini tindakan guru menjatuhkan hukuman luar jangkaan mendapat reaksi pelbagai pihak, Lok tetap mempertahankan guru secara keseluruhan kerana yang terbabit hanya segelintir.

Bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, Lok berkata, guru muda perlu bijak menangani masalah membabitkan pelajar supaya golongan itu tidak menjadi sasaran kecaman. RUJUK AN

http://www.teo-education.com/teophotos/albums/userpics/131_Dasar_dan %20Pelaksanaan_Sistem%20Pendidikan%20Kebangsaan.pdf

http://eprints.utm.my/1486/1/JT38E%5B5%5D.pdf

TUGASAN 3 1(a) huraikan satu isu yang melanggar etika profesion perguruan. Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion)sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman,akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuahkerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dansebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpujidan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan, 2002)Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugassebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 keskeruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008)termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, gurumenyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum sertamenguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru bolehmengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yangmenyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya gurukepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara.Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlakudi sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang

kitalihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara

bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antaraciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yangmendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi sertaada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etikakeguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salahlaku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugatmartabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akanmembincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jamtidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid muriddan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru disekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebihmenjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendungisu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak

menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan olehkementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa disekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan

dengan pendidikan misalnya melayarifacebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malamhari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinyadalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi.Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapamasalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaituguru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurangkomitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikapini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakantiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh -sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apayang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dankurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini.Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi lebih beraniuntuk masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-murid. Antara kesan yang bolehdilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin

dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. Menyedari akan kesan yang akanmenimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir,rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahanini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasaterhadap prestasi kerja guruguru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan,maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepadaguru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebutkepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas denganmemberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalahyang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru guru akan sedar akankesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan

sejawat juga perlu memainkan peranandalam maenangani masalah ini yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guruyang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasamuhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dankelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampumenjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai

seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapatdilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa.Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli bukuaktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpamengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiranyang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapasebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskanwang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikaptamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasaidiri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkankepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guruyang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannyauntuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wangyang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayatikod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kejayanya

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir.Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guruguru menjadi lebih berani untuk menggelapkanwang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolahyang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butirbutir perbelanjaan untuk kepentingan diri. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, makalangkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlumempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagimengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah.Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yangdibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapiterhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling-pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa kesemasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengancara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan

yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telahdilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaanwang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapatterus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengantegas.Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada

kodetika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaanmasa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianyamembawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masadepan anak bangsa.Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain ituterdapat kes di mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini bertentangan dengan tanggungjawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaranyang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18September 2008). Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui kodetika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruandipandang mulia. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskanTatasusila Profesion Perguruan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dandihayati oleh para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan

memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana gurukomited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhioleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan.Isu pada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah pencabulan danrogol terhadap murid di kalangan guru lelaki. Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar etika dalam profesion perguruan. Gejala ini haruslah dibendung demi menjaga nama baik profesion perguruan di mata masyarakat. Kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar mengenaiisu ini. Kebiasaannya, murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guruini kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan jenayah yangtelah mereka lakukan. Perbuatan terkutuk ini haruslah dipandang serius oleh setiap lapisanmasyarakat supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama baik.Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri dimana guru-gurutidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan

sebagaiseorang guru. Selain itu juga, guru-guru yang bermasalah seperti ini kurangnya pendedahanagama yang kuat serta tidak mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka.Mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar unutk mengajar didalam kelas. Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan yangcemerlang serta melahirkan satu golongan yang berjaya di masa hadapan. Profesion guru bukanuntuk disalah guna dengan menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah danmenyenangkan. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua

aspek kehidupan. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah kepada anak didiknya, bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran kepada anak didik mereka.KUALA LUMPUR: Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukupmemalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan. Setiausaha Agung KesatuanPerkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng, berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar, bukan sebaliknya.Kejadian ini amatmemalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan, oleh itu jika terbukti guru terbabit bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa yangdilakukannya terhadap mangsa, katanya. Semalam, Harian Metro melaporkan mengenaitindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaanakan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya.Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif terhadap profesion perguruan. Isu ini merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika profesion perguruandi mana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat kepada pesalah yang melakukan jenayah ini. Justeru itu, jenayah rogol atau pencabulan yang dilakukanoeleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan dipandang serius. Semua golongantermasuk ibu bapa, masyarakat, kementerian pelajaran serta pihak berkuasa juga bertanggungjawab dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada terus berleluasa dimasa akan datang dan dikalangan guru-guru di Malaysia.

1(b) huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterimaoleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra denganorang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakanmempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah lakudevian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengannorma masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalamkonteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunansahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budayadalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dannegara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah PendidikanKebangsaan.Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya denganindividu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dancara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil(1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuanmanusia.Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumicara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee AhMeng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individusecara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,cita-cita dan nilainilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasidinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku danfikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmahdan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusiaitu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahanyang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni.Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku denganmatlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir etal. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan samaada dalaman atau luaran.Isu yang telah dikupas tersebut iaitu jenayah rogol dan

pencabulan yang seringdiperkatakan dan terpapar di ruang akhbar pada masa sekarang memberikan kesan atau impak yang besar serta menyeluruh dalam segala aspek. Aspek yang terlibat dan akan mendapat kesanadalah aspek profesion perguruan itu sendiri, dimana guru merupakan individu yang dianggapmulia oleh ibu bapa serta masyarakat. Oleh kerana isu ini dilakukan oleh guru, maka profesion

perguruan itu sendiri akan mendapat kesan di mana ibu bapa berasa curiga dan ragu untuk menghantara nak mereka di persekolahan. Selain itu juga, masyarakat juga akan memandangserong serta mencurigai apa yang dilakukan oleh guru terhadap anak-anak murid di persekolahan. Keraguan dan perasaan tidak mempercayai lagi akan profesion perguruan inimenyebabkan timbulnya isu profesion perguruan pada masa sekarang tidak lagi efisien danmenitik beratkan maruah serta tanggungjawab yang tinggi dalamprofesion perguruan. Isu iniakan mencalarkan nama baik guru yang dari dulu lagi profesion ini adalah satu profesion yangmulia.Apabila kita menyebut guru, kepercayaan dan kemuliaan seorang guru itu terpancar jelasdaripada raut wajag seorang guru, tetapi pada masa sekarang, guru tidak lagi dianggapsedemikian kerana isu rogol dan pencabulan ini yang menyebababkan ia nya berlaku pada masasekarang. Oleh hal yang demikian, ia memberikan kesan kepada Kementerian PelajaranMalaysia kerana mengeluarkan produk (guru) yang tidak lagi mempunyai kriteria yang baik dan jiwa sebagai seorang pendidik. Kementerian Pelajaran akan dipersalahkan dan masyarakat sertaorang awam akan menunding jari tepat kepada Kementerian Pelajaran kerana tidak efisien dalammenghasilkan dan membentuk profesion perguruan. Wujud persoalan di kalangan orang awamyang mengambil serius akan jenayah ini dimana mereka bertanyakan bahawa adakahKementeriana Pelajaran Malaysia melahirkan penjenayah atau melahirkan para pendidik yang berwibawa?. Persoalan seperti ini akan memberikan impak yang besar kepada KementerianPelajaran Malaysia sendiri. Oleh hal yang demikian, nama baik serta integriti KementerianPelajaran Malaysia itu sendiri menjadi tercalar dan akan dipandang negatif serta dikecam hebatorang masyarakat. Selain daripada itu, kesan kepada pembangunan sahsiah guru di mana sahsiah inimerupakan keperibadian, sikap dan tingkah laku guru. Apabila isu ini berlaku, keperibadianseorang guru itu boleh disangkalkan. Sikap serta tingkah laku guru haruslah sentiasa positif danmenjurus kepada pembangunan dan kejayaan modal insan murid-murid bukannya kepada satusikap yang negatif. Isu tersebut akan memberikan impak kepada sahsiah guru-guru yang lain dimana keperibadian, sikap dan tingkah laku yang dilakukan oeleh guru dipersekolahan akan terusdianggap negatif oleh semua lapisan masyarakat. Ini akan mengakibatkan pembangunan sahsiahguru tidak akan meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa kerana anggapan negatif dan pandangan

serong masyarakat serta orang awam terhadap apa sahaja tingkah laku guru yangdilakukan. Apabila steriotaip ini menjadi kebiasaan dan melekat di minda masyarakat, perfesion perguruan tidak lagi menjadi satu profesion yang mulia lagi di masa akan datang. Ini akamenjejaskan kejayaan dan pembangunan dalam bidang pendidikan di negara lita. Oleh hal yangdemikian, isu pencabulan dan rogol ini haruslah dipenadang seriusa dan dititik beratkan supaya profesion perguruan tidak akan dianggap satu profesion yang tidak efesien seperti dahulu. Gurudiibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk kejayaan anak didiknya, bukanmenjadi duri dalam daging yang akan memberikan kehancuran dan kemusnahan kepada anak didik mereka

RUJUKAN Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT diMalaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama PeringkatKebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan perkembangan . Petaling Jaya: Longman.Cloninger, S. (2008). Theories of personality: Understanding persons (5th Ed.). New Jersey:Pearson Education Inc.Ee Ah Meng (1996). Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Schultz, D & Schultz, S.E. (2009 ). T heories of personality . (9th ed.). Australia: WadsworthCengage Learning.Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang . Kuala Lumpur: InstitutKefahaman Islam Malaysia.Simanowitz, V. & Pearce, P. (2003). Personality development : Core concepts in therapy . GreatBritain: MPG Books Ltd, Bodmin, Cornwall.

http://www.scribd.com/doc/62061109/Etika-dalam-profesion-Guru

http://www.utem.edu.my/praktis_utem/doc/tatatertib.pdf http://www.google.com.my/#hl=en&gs_nf=1&pq=statistik%20pelanggaran %20peraturan %20perguruan&cp=0&gs_id=2h&xhr=t&q=pelanggaran+peraturan+perg uruan&pf=p&s

You might also like