You are on page 1of 3

Aktiviti : Sehari Dalam Kehidupan Saya 1. Objektif : 1.

1 Pelajar dapat mengenal pasti apa yang mereka lakukan dalam sehari. 1.2 Pelajar dapat mengenal pasti jenis aktiviti yang dilakukan 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 1 (Format PDF). 2.2 Pelajar menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru. 2.3 Guru membantu pelajar mengenal pasti aktiviti harian mereka. Contoh : i. Belajar iv. Ulangkaji Aktiviti : Aktiviti Saya 3. Rumusan : 1. Objektif : 3.1 Pelajar sensitif pada masa 3.2 Perlunya disiplin kendiri yang kuat dalam menentukan pengurusan masa yang 1.1 Pelajar dapat melihat pembahagian masa mereka dalam sehari. berkesan. 1.2 Pelajar dapat mengenal pasti masa mereka yang memberi faedah dan yang tidak 3.3 Pelajar yang tidak sensitif pada masa akan terus ketinggalan. berfaedah 1.3 Mengelak pelajar membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 2 (Format PDF). 2.2 Pelajar menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru. 2.3 Pelajar mengira jumlah masa yang digunakan bagi setiap aktiviti berdasarkan Borang PM 1. 2.4 Selepas mengira, pelajar diminta melakarkan dalam rajah yang disediakan dalam Borang PM 2. 3. Rumusan : 3.1 Pelajar mesti boleh membahagi masa mereka dalam sehari secara sistematik. 3.2 Pelajar perlu mengenal pasti aktiviti yang boleh memberi faedah kepada mereka. 3.3 Pelajar perlu menambah masa untuk belajar dan membuat kerja rumah / ulang kaji untuk mencapai kejayaan. Aktiviti : Menentukan Jenis Aktiviti Pengurusan Masa 1. Objektif : 1.1 Pelajar dapat mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang perlu diberi keutamaan untuk dilaksanakan. 1.2 Pelajar dapat membezakan antara aktiviti penting, tidak penting, perlu disegerakan dan tidak perlu disegerakan. 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 3 (Format PDF). 2.2 Pelajar dikehendaki menulis beberapa aktiviti berdasarkan 4 kuadran tersebut. 2.3 Guru membimbing pelajar mengisi Borang PM 3 dan memberi contoh-contoh yang bersesuaian. 3. Rumusan : 3.1 Dalam kehidupan kita, ada banyak perkara penting yang perlu dilaksanakan segera dan ada juga yang tidak perlu disegerakan. Kadang-kadang ada perkara yang tidak penting perlu disegerakan. ii. Rehat v. Riadah / Bermain iii. Kerja rumah / ulangkaji

Aktiviti : Apa Yang Saya Hendak Lakukan Pada Minggu Ini 1. Objektif :

1.1 Pelajar dapat mengenal pasti aktiviti penting yang hendak dilakukan dalam tempoh seminggu. 1.2 Pelajar dapat mengingat aktiviti penting yang hendak dilakukan sekiranya ia dicatat dalam satu buku catatan. 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 4 (Format PDF). 2.2 Pelajar dikehendaki menulis semua aktiviti yang hendak dilakukan dalam tempoh seminggu. 2.3 Guru membimbing pelajar mengisi Borang PM 4. 3. Rumusan : 3.1 Pelajar mesti mencatat semua aktiviti yang dirancang supaya aktiviti tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna. 3.2 Pelajar dapat mengurus masa dengan lebih berkesan jika diagih dengan cara yang sistematik. Aktiviti : Kontrak Belajar 1. Objektif : 1.1 Pelajar dapat mengenal pasti waktu mata pelajaran yang perlu diberi keutamaan / perhatian. 1.2 Pelajar dapat menentukan kekerapan belajar setiap mata pelajaran. 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 5 (Format PDF). 2.2 Pelajar dikehendaki melengkapkan Borang PM 5 dengan bimbingan guru / fasilitator. 2.3 Pada akhirnya guru membuat rumusan. 3. Rumusan : 3.1 Pelajar perlu menentukan mata pelajaran yang penting atau mata pelajaran yang mereka lemah supaya dapat memberi peruntukan masa yang lebih untuk mata pelajaran berkenaan. 3.2 Pelajar dapat mengagihkan jumlah masa belajar bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan. 3.3 Pelajar dapat mengamalkan budaya belajar yang konsisten dan sistematik. Aktiviti : Jadual Waktu Belajar 1. Objektif : 1.1 Pelajar boleh membina jadual belajar secara terancang dan sistematik. 1.2 Pelajar dapat mengagihkan mata pelajaran dalam jadual berdasarkan kekuatan dan kelemahan diri. 2. Langkah : 2.1 Guru meminta pelajar merujuk borang PM 6 (Format PDF). 2.2 Pelajar menyenaraikan semua mata pelajaran mengikut keutamaan sama ada dari segi kepentingannya atau ikut kelemahan pelajar. 2.3 Pelajar mengagihkan masa bagi setiap mata pelajaran. Mata pelajaran yang penting dan sukar hendaklah diperuntukkan masa yang lebih. 2.4 Pelajar memasukkan nama mata pelajaran dalam jadual mengikut kesesuaian dan mengikut kemampuan masing-masing. 2.5 Setelah selesai rujuk Borang PM 7. (Format PDF) 3. Rumusan : 3.1 Pelajar perlu mengagihkan semua mata pelajaran dalam jadual supaya pelajar dapat belajar secara konsisten dan sistematik. 3.2 Jadual belajar sangat penting bagi semua pelajar. 3.3 Apa yang paling penting ialah mematuhi jadual belajar yang telah dirancang

You might also like