You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MAHADI, TAMAN KLANG JAYA, 41200 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Kertas Kerja Cadangan Program Ibu Bapa Cemerlang 2011


ANJURAN PERSATUAN BAHASA TAMIL DAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMKRM

TARIKH : 16 JUN 2011 (KHAMIS) MASA : 7.45 PETANG 11.00 MALAM

TEMPAT : DEWAN TERBUKA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MAHADI, Taman Klang Jaya, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.

KERTAS KERJA CADANGAN CERAMAH TEKNIK MEMBACA BERKESAN DAN KECERDASAN MINDA 1.0 PENGENALAN Program Teknik Membaca Berkesan bertujuan untuk menjelaskan kepentingan, pengertian, tujuan, bagaimana pelajar boleh meningkatkan mutu pembacaan, kualiti pembaca yang baik serta bagaimana pembacaan yang luas dan banyak boleh membawa kejayaan kepada pelajar. Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama. Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. - Kamus Dewan Edisi Baru, (1991). Oleh itu, penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman yang mantap. Oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaannya - terhadap apa yang dibaca

agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat pada apa yang dibaca. Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran pelajar menjadi sukar, malah minat pelajar untuk membaca juga boleh menurun. Namun, sekiranya pelajar mahir dan cekap membaca, proses pembelajaran pelajar bukan sahaja akan menjadi lebih lancar, malah pelajar akan lebih pantas pula faham serta mengingati fakta-fakta penting dari bahan yang pelajar baca itu. Ini secara tidak langsung pula akan meningkatkan lagi minat pelajar untuk membaca. Pelajar juga akan dapat menjimatkan masa serta membuat lebih banyak aktiviti pembelajaran. Program ini juga bertujuan menyampaikan kepada para pelajar bagaimana menjaga kesihatan minda agar sihat dan cerdas kerana minda yang sihat dan cerdas akan memudahkan pemprosesan maklumat melalui otak dan menguatkan daya ingatan. Kesannya akan membantu pelajar untuk memahami dan mengingati apa yang dibaca dan dipelajari di kelas.

2.0

RASIONAL Golongan remaja merupakan generasi yang bakal menerajui negara dan menjadi harapan negara.

Oleh itu, usaha untuk meningkatkan kualiti kecemerlangan para pelajar perlu dijalankan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah terutama para guru, ibu bapa dan masyarakat untuk memastikan golongan remaja mendapat pendidikan yang sebaiknya. Kemahiran ataupun teknik membaca yang berkesan perlu diajarkan kepada pelajar supaya mereka dapat menjadi pelajar yang berkualiti dan berilmu tinggi kerana membaca merupakan cara seseorang itu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan seterusnya menjana kecemerlangan.

3.0

OBJEKTIF Pada akhir program ini, pelajar akan dapat : i. ii. iii. iv. Mengetahui teknik membaca yang berkesan. Mengetahui kepentingan teknik membaca yang berkesan. Menggalakkan dan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan pelajar. Mengetahui cara menjaga kesihatan minda supaya sihat dan cerdas serta meningkatkan kefahaman dan daya ingatan yang kuat.

4.0

KUMPULAN SASARAN 100 orang pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi (SMKRM)

5.0

PENCERAMAH Dr. Nazatul Shiha Bachtiar Jawatan: Doktor dan Pensyarah Perubatan di Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

6.0

TARIKH DAN TEMPAT Tarikh Tempat Masa : 28 April 2011 (KHAMIS) : Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi : 9.00 pagi - 10.25 pagi

7.0

JAWATANKUASA PELAKSANA Jawatankuasa Pelaksana Ceramah Teknik Membaca Berkesan & Kecerdasan Minda SMK Raja Mahadi Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Raja Mahadi

Pengerusi Timbalan Pengerusi 1 Timbalan Pengerusi 2 Naib Pengerusi

: Tn. Hj. Muhammad Hamin Bin Dorani : Pn. Hjh. Puziah Bt. Sirat : Pn. Azizah Bt. Daud : Pn. Hjh. Fadzilah Bt. Darus En. Shukri Bn Zakaria

(Pengetua) (Pen. Kanan 1) (Pen. Kanan HEM) (Pen. Kanan Kokurikulum) (Pen. Kanan Petang) (Guru Kaunseling) (Guru Kaunseling) (Guru Kaunseling Pelatih) (Guru Kaunseling Pelatih) (Guru Kaunseling) (Guru Kaunseling) (Guru Kaunseling) (Guru Kaunseling)

Penyelaras

: 1. Pn. Chandra Kanda Annamalai 2. Pn. Vanaja Subramaniam

Setiausaha Penolong Setiausaha Ahli Jawatankuasa

: Cik Humairah Binti Zakaria : Cik Naiamah Bt. Yaacob : Puan Farshiah Binti Adan En. Mohd Khaizir Bin Dawami Cik Norshabaini Bt. Yusof Pn. Aznorawati Bt. Rafar

8.0

ANGGARAN BELANJAWAN 1) Jamuan makan pelajar (100 x RM1.60) RM 160.00

JUMLAH PERBELANJAAN = RM 160.00

SUMBER KEWANGAN Peruntukan dari PCG kaunseling RM 160.00

9.0

PENUTUP

Diharapkan program Ceramah Teknik Membaca Berkesan dan Kecerdasan Minda dapat membantu para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi memperoleh pengetahuan mengenai teknik membaca berkesan dan mengaplikasikannya seterusnya dapat meningkatkan kualiti pembelajaran yang berkesan di kelas. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada para pelajar.

Disediakan oleh, _________________

Disemak oleh, _______________________

Disahkan oleh _______________________

You might also like