You are on page 1of 16

Kandungan Perkara Profil Pelajar Pidato: Fungsi dan Peranan Muka surat 2 Bahasa 3

Melayu pada Abad ini Cerpen: Harga Sebuah Warga Analisis Gaya Bahasa Rujukan 6 15 17

Biodata Pelajar

Nama:

Kharin Anwar bin Mohd Ithnin

Nombor I.C:

920331-01-6595

Kelas:

1PISMP TESL 2

Subjek:

Bahasa Melayu Komunikatif 1

Mentor:

Cik Hameeda Begum bt. Wahidullah Khan

Alamat:

Pos 84,Parit Lapis Darat, Parit Jawa,84150 Muar, Johor

Nombor Telefon:

014-5115923

Pidato: Fungsi dan Peranan Bahasa Melayu pada Abad Ini Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, pensyarah-pensyarah dan hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya ingin menyampaikan pidato yang bertajuk Fungsi Bahasa Melayu dan Peranan Bahasa Melayu pada Abad Ini. Hampir semua rakyat Malaysia boleh menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara kita dan bahasa yang mudah digunakan dalam pelbagai urusan. Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, saya akan menerangkan beberapa fungsi dan peranan bahasa Melayu pada abad ini. Hadirin sekalian, Fungsi utama bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberikan fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara. Menurut Asmah Hj. Omar (1993), bahasa kebangsaan ditakrifkan sebagai bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Bahasa kebangsaan dipilih perlu mempunyai ciri-ciri kebangsaan negara berkenaan dan mampu untuk menyatupadukan pelbagai kaum yang tinggal dalam negara tersebut. Sebagai contoh, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia kerana bahasa ini merupakan bahasa tempatan dan telah lama digunakan sebagai bahasa perhubungan dalam kalangan penduduknya. Bahasa Melayu juga boleh dijadikan sebagai identiti rakyat Malaysia kerana kebanyakan rakyat Malaysia boleh menggunakan bahasa Melayu. Bak kata pepatah `bahasa menunjukkan bangsa. Jadi, gunakanlah bahasa kebangsaan untuk menunjukkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Hadirin sekalian, Selain itu, fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa ilmu dalam pendidikan di Malaysia. Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perkara ini bermakna bahasa Melayu telah berada pada tahap yang

tinggi seperti bahasa-bahasa utama di dunia. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang pelbagai untuk dipelajari oleh para pelajar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Para pelajar perlu mempelajari bahasa Melayu dan mengamalkan bahasa ini dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah Arab, ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah. Bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri utama iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektuan bahasa kata. dicapai melalui struktur tatabahasa bahasa pula dan perkembangan melalui

perbendaharaan

Kesempurnaan

dicapai

kestabilan,kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya. Oleh itu, bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu kerana mempunyai dua ciri tersebut. Hadirin sekalian, Antara peranan bahasa Melayu adalah sebagai lambang jati diri rakyat Malaysia. Merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Perkara ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Sebagai contoh, negara Perancis menggunakan bahasa Perancis dan negara Jepun menggunakan bahasa Jepun. Bahasa Melayu juga dijadikan sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia. Di negara lain, orang akan mudah mengenali kita sebagai rakyat Malaysia jika kita menerangkan serba sedikit bahasa Melayu kepada mereka. Oleh itu, gunakanlah bahasa Melayu sebagai jati diri kita. Hadirin sekalian, Selain itu, bahasa Melayu berperanan sebagai alat perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa di negara kita. Jika tidak ada perpaduan dalam sesebuah negara, maka musnahlah sebuah negara yang berdaulat. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini. Jadi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan negara kita berdasarkan majority kaum. Kita dapat melihat bahasa Melayu dijadikan alat
4

perpaduan melalui rutin harian yang dilakuan oleh kaum-kaum di negara kita. Mereka lebih menggunakan bahasa Melayu ketika berinteraksi dengan kaum lain. Oleh itu, bahasa Melayu wajar dikatakan sebagai alat perpaduan. Konklusinya, banyak fungsi dan peranan bahasa Melayu pada abad ini. Fungsi dan peranan tersebut boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian. Pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk mengekalkan bahasa Melayu di persada dunia. Bak kata pepatah, muafakat membawa berkat Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, kemungkinan bahasa Melayu akan dipinggirkan dan lenyap ditelan zaman. Sekian sahaja pidato saya pada kali ini dan saya ingin memohon maaf jika tersilap kata dan terdapat bahasa yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi. Sekian, terima kasih.

Cerpen: Harga Sebuah Warga Oleh Abdul Razak Bin Husin 2011/08/14 Tekad dan Janji Sejak ayah meninggal akibat penyakit asma kronik, ibunya dibawa tinggal bersamanya di rumah sewanya di Taman Amaniah. Waima ibunya rasa berat hati meninggalkan rumah kampungnya tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kehendak takdir. Takkan hendak mengharapkan Mak Long untuk menguruskan ibunya pula. Sebagai anak, itu sudah menjadi tanggungjawabnya. Sebelum meninggalkan rumah tua itu tempoh hari, dia berjanji akan membawa ibunya pulang ke kampung pada setiap bulan. Sekurangkurangnya dapat juga melepaskan rindunya pada kampung halaman. Tugas menjaga rumah pula diserahkan kepada Mak Long. Keputusan untuk membawa ibu di bandar tidak pun dibantah oleh Mak Long. Rumah kampung yang dibina hampir 15 tahun itu ditinggalkan juga. Ayam itik yang tinggal beberapa ekor itu diserahkan kepada Mak Long untuk dibela. Mal akan jaga ibu, janganlah ayah risau, janjinya kepada ayah ketika terlantar hampir sebulan di hospital. Dadanya berombak kencang. Nafasnya tersekat-sekat. Tubuh kurus ayahnya dipeluk erat. Keesokan paginya sebelum azan Subuh berkumandang, dia menerima panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia pasrah. akan ketentuan-Nya. Razman, abangnya pulang, itupun setelah tiga hari jasad ayahnya disemadikan. Manikmanik jernih berjurai lesu di pipi ibu yang berkedut mengiringi kepulangan abang kali ini. Setelah hampir seminggu di kampung, abang pulang semula kerana tidak dapat cuti lama. Ikmal tidak akan memujuk abangnya. Ibu tidak mampu berkata apa-apa. Niat abang tidak dapat dibantah. Keputusannya muktamad. Katanya, khidmat baktinya diperlukan di negara luar. Lagipun gajinya lebih lumayan berbanding di tanah air sendiri. Ikmal faham benar perangai abangnya. Kehendaknya jangan dibantah. Katanya

lagi, keadaan yang tidak menentu di Malaysia menguatkan keazaman abang untuk terus bekerja di sana. Itu kata abangnya yang tidak mampu untuk dipujuk lagi. Di mana pun abang berada, abang tetap orang Melayu dan Islam. Abang tetap orang Melayu walaupun abang tidak berada dalam kelompok orang Melayu, kata Razman sambil menepuk-nepuk bahu Ikmal. Ada sesuatu yang dilafazkan oleh abang yang membuatkan Ikmal berfikir panjang. Ikmal tahu apa yang sangat dirisaukan oleh emaknya tentang keislaman abang di bumi asing. Adakah keislaman abang juga akan menipis senipis kulit bawang. Dia yakin abangnya tetap akan pulang nanti. Keyakinan itu terus terbenam dalam benaknya. Jaga ibu baik-baik, Mal, abang kena pergi dan mencuba nasib di tempat orang, ujar Razman sebelum meninggalkan Ikmal. Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA menjadi saksi terhadap janjinya pada abangnya. Ikmal mengangguk lesu. Dia menahan kolam air mata daripada retak walaupun keretakan itu sudah lama terasa. Dia perlu kuatkan semangat. Dia tidak pula menyalahkan abangnya, Razman yang terus mengambil keputusan menetap di Auckland, New Zealand. Pada mulanya dia hanya mahu bekerja di Auckland selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang perakaunan dan kewangan di University of Auckland, universiti itu menduduki tangga ke -50 universiti terbaik di dunia. Alangkah bangganya ibu dan ayah, apabila abang ditawarkan melanjutkan pelajarannya ke sana. Anak jati kampung Tanjung ini berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Setelah menamatkan pengajiannya, abang terus disambar oleh majikan tempatnya menjalani latihan. Abang terus diambil bekerja di bandar Auckland. Sakitnya Hati Keluar kata-kata sinis daripada Mak Long yang menuduh Razman sengaja ingin lepas tangan. Razman dituduh mementingkan diri sendiri. Razman anak yang tidak bertanggungjawab. Razman dituduh warga yang tidak mengenang budi waima

sepanjang empat tahun pengajiannya ditanggung oleh kerajaan. Kata-kata Mak Long, pesara guru itu langsung tidak berberkas di hati Ikmal. Aku risaukan Razman tu, manalah tahu tiba-tiba dia berubah fikiran nak jadi rakyat New Zealand pulak, jelas Mak Long, lantang menangkap pendengarannya. Ikmal pulang keseorangan tanpa membawa isterinya Sumiyah, bertujuan untuk membawa ibunya tinggal bersamanya. Dibiarkan Mak Longnya membebel seorang diri. Ibu yang kelihatan uzur hanya mendiamkan diri. Pandangan kosong ibu dilemparkan ke luar jendela yang terbuka luas. Ibu langsung tidak mengendahkan tanggapan kakak sulungnya itu. Dia pasti anaknya masih teguh jati dirinya. Kesetiaannya masih basah pada negaranya sendiri. Mereka anggap di luar negara yang terbaik. Selepas kerakyatan dilepas dan setelah menjadi warga negara lain, baru sedar bahawa kehidupan di negara baru tidak seindah yang diharapkan. Masa tu baru nak menyesal. Kerajaan akan terus menutup pintu kepada mereka yang tidak setia kepada negara ini, leter Mak Long panjang sekali. Ingin sekali Ikmal membantah tapi dibiarkan saja. Ikmal tahu, pengalaman luas Mak Long sebagai pesara pegawai pendaftaran negara itu cukup luas dan matang apabila membicarakan tentang hal kewarganegaraan. Kita perlu ingat Mal, walaupun kita diberi layanan istimewa di negara asing tapi hakikatnya kita hanya diberi layanan kelas kedua dan sukar untuk kita mengambil bahagian dalam apa-apa juga peluang ekonomi yang ada, sambung Mak Long sambil memperkemas simpuhnya. Matanya dijegilkan ke arah Ikmal yang buat-buat tak dengar celoteh Mak Longnya. Kenapa pulak dirinya pula menjadi sasaran leteran Mak Long? Mungkin Mak Long beranggapan roh Razman ada dalam diri Ikmal. Sebab itu dia dijadikan sasaran leteran sengalnya. Terlajak kenderaan boleh diundur, tetapi jika dah terlanjur menyerahkan kerakyatan, mereka yang terbabit perlu menanggungnya seumur hidup.

Ada benarnya kata-kata itu, malah Ikmal masih ingat Fasal 24 dan 25 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan jelas memperkatakan hal tersebut. Ikmal akur akan kebenaran kata-kata Mak Longnya. Dia percaya mereka yang mengambil keputusan untuk berhijrah mungkin berasakan negara lain lebih sesuai untuk mereka hidup mencari rezeki. Memang fenomena penghijrahan ini berlaku di mana-mana negara dan tindakan menyerah kerakyatan bukan sesuatu yang luar biasa. Kata-kata guru Sejarahnya dulu masih mekar dalam ingatannya. Subjek sejarah amat diminatinya. Guru sejarahnya mengajar bagai seorang penglipur lara menjadikan mata pelajaran sejarah ialah mata pelajaran yang mengujakannnya. Bayangkan jika orang luar begitu berminat untuk tinggal di negara ini, mengapa penduduk tempatan pula mahu berhijrah? Pertanyaan Cikgu Norliza itu kepadanya dan rakan-rakannya apabila isu tentang kewarganegaraan dan pendatang asing ditimbulkan oleh salah seorang rakannya. Ikmal sedar tentang peluang pekerjaan diwujudkan sehingga negara ini dibanjiri pekerja asing. Malah, ramai juga rakyat asing yang mahu terus bermastautin di sini, tetapi tidak semua mendapatkan status itu kerana perlu melalui tapisan begitu ketat. Dia teringat warga Pakistan penjual karpet yang pernah berkunjung ke rumah sewanya. Sangat sulit tidak mempunyai kerakyatan. Undang-undang tidak banyak yang memihak kepada kita, kata Jehan Khan yang agak fasih berbahasa Melayu ketika dia sengaja menanyakan taraf kewarganegaraannya setelah hampir lapan tahun menikmati kemewahan di Malaysia. Penjual karpet itu sama sekali tidak akan menyerahkan kerakyatan Pakistan yang dimiliki sejak lahir, walaupun telah mengahwini warga tempatan. Ikmal harap abangnya juga begitu. Dia ingin terus melontarkan jauh-jauh kerisauan Mak Longnya. Dia tahu ibunya yang berpura-pura tidak risau itu sebenarnya sudah mula menampakkan garisgaris kebimbangannya pada wajah. Tapi ibu tetap tenang. Kadang-kadang Ikmal hairan dengan sikap ibunya yang sentiasa bersikap tenang. Sikap ini yang tidak diwarisi daripada ibunya. Begitu juga dengan abangnya.

Ikmal sempat menjeling ke arah Saleha, yang duduk bersimpuh sopan di dapur. Saleha bakal guru prasekolah itu balik bercuti di kampung. Katanya dia cuti seminggu. Entahlah, jodohnya bukan dengan Saleha yang dianggap macam adiknya sendiri. Ikmal mengakui Saleha persis peserta akhir pencarian Gadis Melayu yang pernah dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan dulu. Aku harap si Razman tu tak derhaka pada tanah airnya sendiri, ujar Mak Long lagi. Ikmal buat endah tak endah. Apatah lagi ibunya. Apa yang sedang difikirkan oleh ibunya, Ikmal tidak dapat menerka. Bagi Ikmal, Mak Long hanya mengeringkan tekak. Sudah hampir setahun abangnya menabur bakti di bumi asing itu. Bukan Razman terus melupakan mereka, setiap bulan kiriman wang tidak pernah dilupakan. Mak Long tidak tahu, wang kiriman kepada ibunya setiap bulan sudah tersimpan puluhan ribu di bank. Malah setiap minggu dia menerima SMS dan MMS daripada abangnya. Nasihatkan abang kau tu sikit Ikmal, balik kerja di sini, pesan Mak Long sebelum kereta nasional edisi khas yang dipandu oleh Ikmal meninggalkan dua beranak itu. Rezeki Kami MAK, jangan lupa tutup pintu, pesan Ikmal dekat di gegendang telinga ibu sebelum keluar bekerja pagi itu. Ibu yang kian pikun diciumnya pada pipi yang sudah dimamah usia. Ibu yang rengsa duduk di kerusi malas yang diletakkan di bilik tidur menyambut ciuman anaknya. Isterinya, Sumiyah telah mendahului keluar bekerja. Sumiyah yang menjadi isterinya tiga tahun lalu bertugas sebagai kerani di sebuah bank di Kuala Lumpur terpaksa keluar lebih awal. Ketika dia menghantar isterinya di stesen LRT Wangsa Maju, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut sudah mula bersesak-sesak seawal pukul 7.00 pagi lagi. Pemandangan biasa di stesen-stesen utama dan Ikmal sudah tidak kisah dengan perkara itu. Kadang kala terdengar juga rungutan isterinya yang terpaksa berasak-asak ketika menaiki LRT sebaik sahaja pulang dari pejabat. Kalau abang ada duit, abang beli satu gerabak untuk Su, guraunya petang ini sehingga satu cubitan hinggap di peha kirinya. Pernah juga dia menyuarakan
10

pandangan agar isterinya itu memandu saja kereta ke tempat kerja, tetapi Sumiyah tidak sanggup memandu ke pusat bandar yang mengalami masalah kesesakan teruk terutama pada waktu pagi dan petang. Barangkali kerana kepenatan dan mengalami stress menyebabkannya sukar untuk mengandung. Itu menurut kata doktor pakar sakit puan yang pernah dibacanya melalui surat khabar arus perdana. Tapi Ikmal percaya mungkin belum ada rezeki lagi. Hari ini dia kelewatan ke tempat kerja. Bukan disengajakan. Dia terlewat bangun pagi. Selepas bersembahyang Subuh pagi tadi, dia terlelap seketika. Petang semalam dia menebas lalang belakang rumah yang kian memanjang sehingga hampir-hampir menghalang pandangan belakang dapurnya. Bajunya lencun dek peluh jantan yang keluar dari liang-liang roma. Teguran jiran sebangsa dan seagama yang jarang-jarang ditemui dilunaskan petang itu. Berdesing telinganya lewat petang semalam apabila jiran yang masih belum dikenali namanya, malahan tidak mengetahui dengan mendalam tentang isi rumahnya, menyuruhnya membersihkan belakang rumah sewanya. Rumah jiran yang sentiasa berpagar berkunci telah menjarakkan hubungan kejiranannya. Takut juga tetamu tidak diundang seperti ular tedung menjengah ke ruang dapurnya. Kalau tidak, jirannya itu akan mengupahkan orang Bangladesh pemotong rumput itu membersihkannya. Nasib baik dia sempat bersembahyang Isyak hari itu. Ini semua kerana kealpaannya. Dia tidak kisah kalau Encik Darus memarahinya. Dia akan pekakkan telinga. Dia akan angguk-anggukkan kepala tanda bersalah. Umpama pesalah di mahkamah yang akan menerima hukuman. Dia tidak kisah kalau ada rakan-rakan sepejabat yang menjeling tajam ke arahnya. Dia tidak berasa hairan. Apa yang lebih penting, ibu perlu diuruskan terlebih dulu. Lampin pakai buang ibunya perlu diganti. Ibu yang kian lemah itu tidak terdaya lagi ke bilik air. Kakinya agak lemah untuk melangkah. Ibunya sendiri meminta supaya dirinya dipakai saja lampin pakai buang. Dia tidak mahu menyusahkan anaknya yang terpaksa membersihkan najisnya pula. Ikmal patuh akan kehendak ibunya. Apa sangatlah khidmat yang telah diberikan olehnya terhadap ibu berbanding jasa ibu yang telah melahir dan membesarkannya sehingga umurnya menjangkau angka 26 itu. Ibu

11

perlu dimandikan atau tidak sempat tubuh tua itu perlu dilapkan. Dia hendak pastikan kebersihan ibunya dijaga. Beg kecil kusam warna hijau terus digalas di bahu. Motosikal Kriss yang ditunggang oleh Ikmal terus membelah suasana pagi yang dingin. Mentari sudah mula galak menyimbahkan cahayanya. Keadaan jalan raya mulai sesak. Wayu pagi berhembus menerpa wajah. Motosikalnya mencelah-celah antara deretan kereta yang mula berjajar menuju destinasi masing-masing. Bunyi hon kereta sempat juga mencuit gegendang telinganya. Dia hampir-hampir juga bergesel dengan sebuah kereta Viva yang dipandu oleh seorang pemuda. Dia mengangkat tangan tanda meminta maaf daripada pemandunya. Dia ingin cepat ke tempat kerjanya Dia tiba di bangunan dua tingkat yang terletak di Bandar Baru Selayang. Dia memarkirkan motosikalnya di hadapan bangunan itu. Anak tangga bangunan itu terus didakinya pantas. Langkah kakinya dipercepat menuju ke ruang pejabat. Beberapa orang temannya menjeling ke arahnya. Ikmal faham benar jelingan itu. Dia lantas ke mejanya. Berselerak sana sini. Dia menyusun beberapa fail yang tidak disusun kemas sebelum pulang semalam. Kedinginan ruang pejabat waktu itu tidak terasa olehnya. Lambat?, pertanyaan Fauzi, rakan yang duduk di meja sebelahnya tidak diendahkan. Fauzi sedang menyelak-nyelak fail jualan syarikat penerbitan buku itu. Pen mata bola warna hijau menari-nari di atas kertas yang dikepilkan di dalam fail. Kerja mengira stok buku terbitan syarikat Bumiputera itu diuruskan pagi itu. Syarikat yang beroperasi hampir sepuluh tahun itu kian berkembang maju. Setiap bulan, pasti ada buku-buku terbitan syarikat tersebut yang menembusi pasaran tempatan. Siapa kata warga Malaysia tidak suka membaca. Ikmal pernah bertugas di Pesta Buku Antarabangsa tahun lepas. Banyak juga buku yang diterbitkan oleh syarikat majikannya yang terjual. Selesai saja melunaskan tugasnya pagi itu, Ikmal mencapai surat khabar yang terletak di ruang pejabat itu. Tiba-tiba retina matanya terus melekat kepada satu laporan akhbar. 79,199 Melayu lepaskan kerakyatan.
12

Hatinya mula diusik kebimbangan dan kerisauan. Dia teringatkan abangnya. Adakah abangnya juga tersenarai dalam jumlah yang ramai itu? Fikirannya mula berkecamuk. Tangkai hatinya mula dicengkam rasa cemas yang memuncak. Pantas wajah Mak Longnya menerpa ingatan. Wajah ibu yang sentiasa tenang mula nampak kocakan kegusaran. Telefon bimbitnya tiba-tiba berlagu. Berkumandang lagu Ayah dan Ibu dendangan Sudirman menandakan ada sistem pesanan ringkas yang masuk. Ikmal mencapai telefon bimbit. Nama abangnya terpapar pada dada skrin. Abang akan balik pada hujung minggu ini. Abang dah dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Kita jaga emak sama-sama. Itulah pengorbanan abang. Ikmal menangis kegembiraan. Dia melepaskan

kelegaannya dalam-dalam. Dia sudah membayangkan keceriaan wajah ibunya.

13

Analisis Gaya Bahasa 1)Peribahasa: Waima ibunya rasa berat hati meninggalkan rumah kampungnya tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kehendak takdir. 2) Personifikasi: Dadanya berombak kencang. 3) Diksi (penggunaan bahasa Arab): Keesokan paginya sebelum azan Subuh berkumandang, dia menerima panggilan kecemasan dari pihak hospital. 4) Ambiguiti: Ada sesuatu yang dilafazkan oleh abang yang membuatkan Ikmal berfikir panjang. 5) Metafora: Adakah keislaman abang juga akan menipis senipis kulit bawang. 6) Hiperbola: Dia menahan kolam air mata daripada retak walaupun keretakan itu sudah lama terasa. 7) Konotatif: Anak jati kampung Tanjung ini berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. 8) Denotatif: Razman dituduh warga yang tidak mengenang budi waima sepanjang empat tahun pengajiannya ditanggung oleh kerajaan.

14

9) Kiasan: Guru sejarahnya mengajar bagai seorang penglipur lara menjadikan mata pelajaran sejarah ialah mata pelajaran yang mengujakannnya. 10) Simile: Takut juga tetamu tidak diundang seperti ular tedung menjengah ke ruang dapurnya. 11) Imejan: Takut juga tetamu tidak diundang seperti ular tedung menjengah ke ruang dapurnya. 12) Paradoks: Ikmal menangis kegembiraan.

15

Rujukan Aziz, S. H. (2009). Bahasa Melayu ii Siri Pendidikan Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Husin, A. R. (2011, August 14). Berita Harian Online. Retrieved March 19, 2012, from http://www.bharian.com.my: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cerpen_HargaSebuahWarga/Article Omar, A. H. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

You might also like