You are on page 1of 28

Jenis Hukuman Buat Wanita Di Akhirat Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis maka dia

datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan. Aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun- ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. *Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. *Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. *Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana dia shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. *Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi. Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah. Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie (pendakwah) Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid. Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya CINTA ALLAH CINTA ABADI Wanita solehah sebagai penentu bicara kerana wanita solehah lebih berharga dari segalagalanya. Wanita solehah semestinya bukan sembarangan insan yang mampu mencintainya. Bukan sebarangan insan dapat dicintainya..

. Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali
Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan memperelok sahsiah diri. Amin

Nota Ringkas Tentang Dandanan (Tabarruj)

Ya Allah, kasihani dia dan kasihani kami dari murka-Mu. Kasih sayang-Mu jauh lebih luas daripada kemurkaan-Mu. Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi Dr. Amru Abdul Karim Sadawi di dalam bukunya Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi telah memuatkan gagasan besar Prof. Syeikh. Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang tema penting yang berserakan dalam berbagai buku, ceramah, khutbah, fatwa, tesis dan disertasi beliau. Pandangan tentang Islam dan wanita disampaikan ke tengah-tengah masyarakat dengan pandangan yang moderat dan komprehensif, jauh dari sikap fanatik yang membabi-buta. Beliau berusaha menyeimbangkan antara ketetapan syariat Islam dengan perubahan zaman, mempertahankan hal-hal lama yang bermanfaat dan menyambut hal-hal baru yang maslahat. Tabarruj Dalam Fiqih al-Qaradhawi Firman Allah SWT yang bermaksud: dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang jahiliah dahulu. (Al-Ahzab: 33). Akhlak wanita muslimah berbeza dengan wanita bukan muslimah atau wanita pada masa sebelum Islam. Wanita muslimah mempunyai akhlak menjaga diri, menjaga kehormatan, dan mempunyai rasa malu. (Akhlak lelaki muslim juga seharusnya begini). Sebaliknya akhlak wanita nonmuslimah dan wanita jahiliah berdandan tanpa batas dan tanpa aturan moral. Erti berdandan di sini ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.

Ilustrasi makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:

1. Bercampur dengan lelaki 2. Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit 3. Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.

Wanita-wanita pada zaman ini ramai yang melakukan tabarruj ini sama dengan wanita-wanita jahiliah pertama dahulu sebelum datangnya Islam. Tabarruj Pada Pandangan Ulama-ulama Lain Tabarruj pada pandangan ulama-ulama yang lain pula ialah: Syeikh Az-Zamakhsyari: Hakikat tabarruj ialah sengaja menampakkan apa yang seharusnya ditutup. Untuk wanita, yang dimaksud tabarruj wanita ialah wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram. Mujahid: Maksud tabarruj ialah, Wanita yang keluar dari rumahnya berjalan di tengah kumpulan lelaki. Qatadah: Yang dimaksudkan dengan tabarruj ialah, Jalan berlenggang-lenggok dan genit. Muqatil: Tabarruj ertinya mengenakan tudung penutup kepala tetapi tidak merapatkannya sehingga menampakkan kalungnya, anting-antingnya dan lehernya. Agar Tidak Disebut Tabarruj Jahiliah Yang Pertama Agar tidak disebut wanita mutabarrijah (wanita yang bertabarruj), wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal di bawah ini:

a) Menundukkan pandangan. (Lelaki juga harus begini). Firman Allah SWT, Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya. (An-Nur: 31). b) Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis, sebagaimana yang terlihat di filem-filem, di university, tempat-tempat pertemuan dan kenderaan-kenderaan umum pada masa sekarang. c) Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu:

a. Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. b. Tidak nipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian. c. Tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, sebagaimana yang dikenakan wanita-wanita Barat saat ini. Pakaian mereka tidaklah nipis tetapi ketat sehingga menampakkan hamper semua bahagian tubuh mereka. Seakan mereka telanjang bulat. Pakaian seumpama ini lebih menimbulkan fitnah daripada pakaian yang nipis dan pendek. d. Tidak mengenakan baju dan celana lelaki seperti yang suka dilakukan oleh wanita zaman sekarang. Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya. e. Tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir, Yahudi dan penyembah patung.

d) Hendaklah menjaga kewibawaannya, tenang dalam berjalan dan bersahaja dalam berbicara. Tidak dengan sengaja menarik perhatian kaum lelaki dengan minyak wangi atau (sengaja melunak-lunakkan) suara. Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakainya. Perbuatan ini haram sebagaimana dalam firman-Nya kerana ia membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya. Perbuatan ini juga menunjukkan wanita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.

TREND TAQRABU AZ-ZINA SEBELUM BERNIKAH

Analogi Harimau dan Nyamuk

Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!! Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus. Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita. Nggg!!! Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor. Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada

perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai? Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk? Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya. Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
: : (( ) ))(58) ( Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari. (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini: : : (( )))(58) ( Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburukburuk jalan. (Surah al-Isra: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya. Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologiteknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat. Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam

Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram. Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah. Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing. Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, aldarurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat. Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebasbebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya. Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, Dah makan ke? Tengah buat apa tu? Esok nak pakai baju warna apa?

Dah tidur ke? Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan? Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. Sabda Rasulullah SAW,

: (( . : (( )). . e : ( : . : )) .
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim) Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar

dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan alDaarimie dengan isnad yang baik). Cinta Fitnah Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat. (Rujuk buku Wanita dalam Fikih alQaradhawi). Katanya lagi, Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius. Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan: ) (

Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli. (Riwayat Ahmad). Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang berat-berat terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ringan-ringan dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina. Ingat pesan Nabi,

)( Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),

Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya), Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat), Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat), Hati itu berhawa dan berangan-angan, Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali. Allah SWT mengingatkan kita, )76 : ( Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa. Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insyaAllah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah. Sabda Rasulullah SAW,

) ( Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)

Bila Ujian Cinta Menjalar, Di Mana Panduannya?

Menduakan Cinta-Nya Salahkah bercinta? Allah yang hadirkan cinta secara fitrah, tak kan tak boleh layan? Kalau tak bercinta, macam mana nak kenal bakal pasangan? Kasihan remaja kita. Banyak persoalan di minda belum terjawab. Siapa yang akan menjawabnya? Pengalaman orang-orang dewasa di sekeliling mereka yang akan menjawabnya? Mungkinkah logik minda mereka sendiri akan menjawab semuanya? Mungkinkah penangan media massa yang akan mengilhamkan jawapan untuk mereka? Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang masum (terpelihara) iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Bukan mencari fatwa di dalam majalah-majalah hiburan, kisah cinta picisan, drama lakonan dan perbincangan kosong di alam maya. Beruntunglah remaja yang mendapat didikan yang benar daripada al-Quran dan al-Sunnah. Bukan membiarkan diri

dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran. Al-Quran dan al-Sunnah, dua sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban ke dalam kesesatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Aku meninggalkan kamu dua perkara, tak kan sesat siapa yang berpegang kepada keduanya, kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. (Hadis riwayat Malik). Ujian cinta itu berat. Jika ujian cinta itu menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, tak kan dua sumber yang agung ini tidak memberi panduan tentangnya? Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya. Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah? Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha Allah. Remajaku sayang, Belek-beleklah panduan Al-Quran dan Al-Sunnah. Alam remajamu akan menjadi lebih indah terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju ke masa

depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu merasa dinaungi cinta yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah. Di mana harus dicari panduan-panduan yang praktikal? Agar cinta sesama manusia akan dapat memancing cinta Allah sekaligus. Insyallah, di sini, di Solusi salah satu jalannya. Selain mengutip panduan daripada bahan-bahan bacaan yang berfaedah, kau akan ketemuinya di bibir guru-guru yang beramal, orang-orang soleh, di majlis-majlis ilmu, forum-forum, ceramah-ceramah, masjid-masjid, blog-blog yang dipercayai, laman web para ulama dan sebagainya. Ini adalah jalan-jalan untuk kita lebih memahami Al-Quran dan Al-Sunnah. Banyak dan mudah, bukan? Jika hendak seribu daya. Jika tak hendak, doa-doalah biar hati jadi lunak. Tunduk dan menyerah kepada apa yang Allah kehendaki.

Syirik Cinta Selalu kita diingatkan agar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan Allah. Menyembah selain Allah. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah.

Mengambil sesuatu yang selain daripada Allah SWT sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti menggantikan tempat Allah SWT dengan selain-Nya. Allah SWT mendedahkan kepada kita di dalam Al-Quran, Dan diantara manusia ada orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). (Surah Al-Baqarah: ayat 165). Para ulama ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirkul mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada Allah dengan makhluk seangkatan dengannya. Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada Allah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehinggakan melupakan Allah? Semakin besar

cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan. Ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundahgulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba tak kena. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Hati menjuih tatkala mendengar kebenaran. Aduhai hati, takutlah pada syirik cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tak sanggup memiliki hati yang mati.

Menterjemahkan Cinta dengan Jalan-jalan Taqrabu azzina?

Ya, bukan Allah tak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhaiNya. Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakah caranya? Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu wahai remaja. Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajaran kan? Dirimu belum bersedia untuk berumag tangga kan? Dirimu sedang mempersiapkan diri kan? Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih urgensi kan? Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan

mujahadah. Apabila angau bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud, Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina,kedua mata itu berzina dan zinanya adalah melihat,kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan, mulut juga berzina dan zinanya adalah mencium dan hati itu berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari perzinaan tersebut. (Hadis riwayat Ahmad).

Gentarlah pada firman-Nya, Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Al-Isra: ayat 32) Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah SWT: Janganlah kamu mendekati zina, maknanya lebih dalam daripada perkataan : Janganlah kamu berzina yang ertinya : Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina. (Tafsir Al-Qurthubiy, Juz 10 hal. 253) Yakni : Janganlah

kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina. (Tafsir Ruhul Maaaniy Juz 15 hal. 76-68 Al-Imam Al-Aluwsiy Al-Baghdadi. Tafsir Bahrul Muhith Juz 6 hal. 33.) Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? Sms bertali arus tanpa keperluan. Call siang malam tanpa urusan. Chatting kosong tanpa isi. Dating bertemankan syaitan. Pandang-pandang tanpa pagaran. Khalwat di tempat-tempat sunyi. Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan. Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilah adik angkat, abang angkat. Dan banyak lagi.

Inikah bukti cintamu? Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?

Lelaki yang dirindui Dulu, Bila disebut lelaki Wanitanya mendongak megah Lelaki kami Asadullah, Saifullah Tokoh ramai tak terkira Kini, Bila disebut lelaki Wanitanya menunduk lemah Tokoh kami sedikit sekali Ramainya boneka Yahudi Dulu, Bila disebut lelaki Wanitanya tenang di hati Lelaki kami menjaga, melindungi Kini, Bila disebut lelaki Wanitanya mahu cabut lari Lelaki khianat , perogol bersiri Dulu, Bila seorang wanita teraniaya Sepasukan kuda putih membela Al-Mu'tasim kebanggaan wanita Kini, Ramai wanita suci dipenjara Diperkosa minta dibela Lelaki tunduk tak bertenaga Dulu, Bila wanita di bawah jagaannya Lelaki memagari sehabis daya Tiada siapapun berani menggoda Kini, Bila wanita di bawah jagaannya

Lelaki tak kisah auratnya terbuka Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu, Lelaki menggadai harta dan nyawa Untuk mengangkat kemuliaan agama Kini, Lelaki menggadai ketinggian agama Demi nafsu , dunia dan seisinya Dulu, Lelaki bermatian mencipta sejarah Kental berjihad , tekun berdakwah Kini, Lelaki hanya menyanjungi sejarah Diri bermalasan, tenaga tak dikerah Dulu, Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh Kini, Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya Hingga sanggup membunuh Dulu , Lelaki bersatu menghadapi musuh Angkatannya kuat dan teguh Kini, Lelaki berpuak dan berpecah Sesama sendiri saling bertelingkah Kembalilah lelakiku Pada kelelakianmu Kami rindukan lelaki dulu Acuan Madrasah Rasul

You might also like