You are on page 1of 2

Implikasi penggunaan objek 3D Penggunaan bahan maujud seperti 3Dimensi ini sangat memberi kesan kepada murid.

Ini kerana bentuk 3dimensi yang menampakkan reality dan boleh dipegang sangat bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid akan cepat memahami pelajaran ini yang berkaitan ruang kerana murid boleh memegang, menyentuh dan melihat objek secara realiti. Oleh itu, murid juga dapat membezakan antara teori dan praktikal. Ini kerana guru hanya menerangkan bentuk objek secara teori manakala apabila telah ada bahan maujud ini, murid dapat memahami dengan jelas pengajaran pada hari itu. Selain itu, bentuk 3Dimensi dan 2D sangat berbeza. Bentuk 3D boleh dipegang dan disentuh manakala bentuk 2D tidak menampakkan realiti berbanding 2D. Oleh itu, murid akan lebih cepat memahami dan dapat membezakan bentuk ini. Disamping itu, murid juga dapat menggambarkan bentuk yang sebenar dengan bentuk 3Dimensi seperti menara Berkembar Petronas. Menara ini menggabungkan bentuk silinder dan kon. Oleh itu, murid dapat mengaplikasikan pembelajaran bentuk 3D ini ke dalam kehidupan seharian. Murid juga dapat mempelajari lipatan sebenar bentuk 3D ini. Oleh itu murid dapat membuat lipatan berdasarkan bentuk yang ingin dibuat tanpa melakukan kesalahan. Lipatan juga menggabungkan konsep 2D kerana melibatkan bentuk segi tiga, segi empat, bulat dan banyak lagi. Selain itu, murid juga dapat mempelajari sesuatu yang baharu seperti proses membuat objek 3D ini. Oleh itu, murid akan semakin bersemangat untuk melakukan kajian lanjut serta kestabilan Sesutu objek. Stabiliti merupakan elemen penting untuk mengukuhkan sesuatu struktur binaan objek. Murid juga dapat mempelajari sesuatu sifat objek seperti bahan yang paling susuai untuk pembinaannya, pergerakan sesuatu objek sama ada semakin stabil atau kurang. Oleh yang demikian, guru dapat membantu murid untuk membetulkan sesuautu struktur dan menerangkan segala fakta yang berkaitan tajuk tersebut.

Permainan Permainan yang disediakan adalah bertujuan untuk melatih dan meningkatkan tahap kognitif murid. Permainan ini sangat sesuai dijalankan kepada murid kerana dapat melihat bagaimana murid dapat menghasilkan sesuatu objek 3D setelah diberi bentuk lipatan. Murid akan menggunakan pemikiran untuk menentukan bentuk yang sesuai dihasilkan daripada lipatan yang telah diberi. Permainan ini sangat menguji ketangkasan murid dan kecekapan dalam menghasilkan bentuk yang sesuai. Permainan berteknologi ini juga dapat memberi sedikit perbezaan kepada murid tentang reality dan fantasi. Permainan di dalam komputer lebih melibatkan fantasi di mana murid lebih memerlukan kognitif untuk menghasilkan bentuk. Permainan di alam reality memerlukan fizikal dan mental untuk bergerak. Selain itu, kita juga dapat melihat tahap perkembangan kognitif murid yang berbeza. Murid yang pantas akan dapat menghasilkan bentuk dalam masa yang singkat manakala yang lemah perlu dibantu. Setiap permainan yang dihasilkan mempunyai bentuk yang semakin susah untuk murid memikirkan hasilnya. Ini penting untuk meningkatkan kognitif murid supaya semakin berkembang. Soalan yang disediakan perlulah berbeza supaya murid tidak berasa semakin mudah untuk bermain. Sistem pemarkahan juga penting supaya murid akan lebih bersemangat. Guru akan membantu murid untuk menyiapkan permainan yang dilaksanakan dan memberikan ganjaran kepada murid yang mendapat markah yang paling tinggi di dalam permainan ini.

You might also like