You are on page 1of 7

Teori Konstruktivisme Jean Piaget

Biodata Jean Piaget Dilahirkan di Neuchtel, Switzerland, pada 9 Ogos 1896. Jean merupakan anak pertama kepada ibu bapanya. Bapanya Arthur Piaget merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah manakala ibunya bernama Rebecca Jackson. Pada tahun 1923, beliau berkahwin dengan Valentine Chtenay dan mempunyai tiga anak. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau merupakan seorang yang berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang amat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Geneva, Switzerland. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh dalam bidang Psikologi.

Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada tahun 1940, Beliau menjadi ketua Experimental Psikologi, Pengarah makmal psikologi, dan presiden Masyarakat Psikologi Switzerland. Pada tahun 1942, ia memberikan serangkaian kuliah di College de France, selama pendudukan Nazi di Perancis. Kuliah ini menjadi The Psychology of Intelligence. Pada akhir perang, beliau diangkat sebagai Presiden Suruhanjaya Switzerland UNESCO. Pada akhir kerjayanya, beliau telah menulis lebih dari 60 buku dan ratusan artikel.

Teori Konstruktivisme Jean Piaget Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka ini, Jean Piaget, melihat kanakkanak sebagai murid aktif yang belagak seperti saintis kecil. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai soalan epistemology. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat. Pemikiran secara kualitatif. Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori

penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia berfungsi.

Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.

Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan empat prinsip konsep antaranya adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalah matematik dan lain-lain.

Adaptasi Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi. Asimilasi Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data y ang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster sebagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang. Akomodasi. Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi yang baru. Ia melibatkan perubahan skema sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan dengan pemikiran kita.Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.

Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

Biodata Lev Vygotsky Vygotsky lahir pada 17 November 1896 di Orsha, sebuah bandar kecil yang terletak di Belorussia dan dibesarkan di Gomel, sebuah bandar kira-kira 400 batu dari Moscow. Lev Vygotsky membesar dalam sebuah keluarga kelas pertengahan. Ibunya merupakan seorang guru namun tinggal di rumah sahaja kerana mendidik anakanaknya. Vygotsky turut mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Setelah menerima pendidikan awal di sekolah swasta, Vygotsky pergi ke sebuah Gymnasium Yahudi untuk meneruskan pengajian peringkat menengah. Beliau merupakan pelajar yang baik dan sering digelar sebagai professor kecil kerana selalu memimpin diskusi mahasiswa pada topik berkenaan falsafah atau budaya yahudi, teater dan sastera. Beliau menamatkan pengajian sekolah menengah dengan anugerah medal emas kemudian melanjutkan pelajaran ke Moscow State University dan tamat pengajian pada 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat antaranya Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan

di Moscow, Lerningrad, dan Kharkow. Beiau telah menulis buku tentang Pemikiran dan Bahasa dan Fikiran masyarakat.

Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky


Lev Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu. Perkembangan kognitif kanakkanak terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum matang. Terdapat dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak menurut Les vygotsky iaitu interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Menurut vygotsky lagi, perkembangan kognitif berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat sosial yang mana maklumat yang diperolehi hasil daripada interaksi antara dua individu seperti ibu bapa, rakan-rakan, dan jiran. Peringkat yang kedua ialah peringkat individu iaitu kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Zon perkembangan proksimal merupakan idea Vygotsky yang paling dikenali. Vygotsky menerangkan tentang kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Dalam zon perkembangan proksimal terdapat had atas dan had bawah. Had atas ialah Kemahiran yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir manakala had bawah bermaksud Kemahiran yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Konsep perancah (scaffolding) juga merupakan teori yang diasaskan oleh Vygotsky. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perencah untuk mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik.

Menurut vygotsky, berkomunikasi dengan diri sendiri juga boleh dijadikan salah satu perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana dapat mengawal tingkah lakunya sendiri. Malah kanak-kanak yang sering bercakap dengan diri sendiri lebih cekap dalam kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap sendiri. Hasil kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang bercakap dengan diri sendiri akan memberikan impak positif terhadap diri mereka kelak.

You might also like