You are on page 1of 8

TAJUK 3: JELASKAN LIMA ISU BERKAITAN DENGAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA AKIBAT MODENISASI DALAM BIDANG EKONOMI.

Konsep Modenisasi -Berkait rapat dengan masyarakat dan negara yang membangun. Modenisasi adalah suatu proses transformasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat yang harus dialami oleh semua bangsa atau

negara. Transformasi yang dirancang dengan begitu teliti disebut sebagai modenisasi atau pembangunan. Ianya melibatkan pembangunan ekonomi dan politik. Pembangunan Ekonomi Matlamat pembangunan ekonomi adalah untuk mencapai kemajuan melalui bidang perindustrian. Terdapat beberapa proses yang

dilaksanakan untuk pembangunan ekonomi. Di antaranya ialah: Pembangunan teknologi pengetahuan dan teknik serta kaedah tradisional diketepikan dan memberi laluan kepada kemasukan ilmu saintifik dan teknologi yang lebih canggih. Pembangunan pertanian Kegiatan pertanian lama iaitu sara diri ditukar kepada pertanian komersial. Industrialisasi proses pengeluaran yang dilakukan secara pukal menggunakan teknologi canggih di kilang-kilang Urbanisasi proses pemindahan penduduk ke bandar, pemusatan penduduk di bandar dan hidup dengan gaya bandar.

Modenisasi di Malaysia Proses modenisasi di Malaysia melibatkan beberapa komponen yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan pembangunan ekonomi di Malaysia.

Acuan Ekonomi Malaysia -hubungan timbal balik -etnisiti

Komponen Ekonomi pembangunan ekonomi -perindustrian -kadar pertumbuhan -Peningkatan kualiti hidup Komponen Politik -pembinaan Negara bangsa -dasar awam -penilaian pencapaian dasar awam -integrasi nasional

Proses Modenisasi di Malaysia

Ciri-ciri Etnik -majoriti demografi -politik -ekonomi

Perancangan Pembangunan Lima Tahun -Rancangan Malaysia Pertama hingga ke Rancangan Malaysia ke Sembilan

Dasar-dasar Awam -pertanian perindustrian -k-Ekonomi

RAJAH MENUNJUKKAN PROSES MODENISASI


3

1.Pertumbuhan dan Agihan

- Di Malaysia isu agihan pendapatan dilihat dari dua sudut yang berbeza iaitu kelas social yang berbeza dan kelompok etnik yang berbeza. - Orang Cina menguasai pelbagai bidang sewaktu British memerintah dan kini mereka bergiat hebat dalam perniagaan. - Isu agihan pendapatan cuba diatasi oleh DEB pada tahun 1971. - Apa yang diharapkan ialah jurang perbezaan pendapatan kaum Melayu dengan kaum Cina dapat dikurangkan. - Orang Cina telah diakui oleh Sir Francis Light sebagai asset terpenting untuk menjana pendapatan Tanah Melayu ketika itu. - Masyarakat India juga merupakan penyumbang kepada ekonomi negara dalam sektor perladangan getah dan kelapa sawit, bidang penyediaan prasarana dan tenaga professional.

2.Globalisasi - Proses yang berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal. - Pihak yang mempunyai modal besar, akan dapat manfaat proses globalisasi ini. -Sikap sesuatu kaum telah mencorakkan proses globalisasi mengikut acuan dan kehendak masing-masing. - Sebagai contoh, kaum Melayu dilihat menggunakan globalisasi untuk memiliki kehidupan yang penuh santai. Mereka menggunakan kecanggihan dunia tanpa

sempadan seperti kemudahan internet untuk mencapai kepuasan diri dengan melakukan kerja yang tidak mendatangkan faedah. - Kaum Cina mengambil peluang globalisasi ini untuk menjana pendapatan dan memajukan ekonomi diri dan keluarga.
4

3. Equality dan Equity - Merupakan isu kesamarataan dan keadilan dalam kalangan rakyat Malaysia. - Termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Fasal(8) Perkara(1). - Semua rakyat berhak dapat perlindungan yang sama rata dari segi undang-undang. - Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak harus dipertikaikan oleh kaum lain kerana sudah dipersetujui dalam Fasal( 153 ) Perlembagaan Malaysia. - Timbul rasa tidak puas hati masyarakat lain semasa dan selepas DEB tentang serampang dua mata tetapi dapat ditangkis oleh kaum majoriti yang memerintah. 4. Dasar Ekonomi Baru dan Hubungan Etnik - Digubal ekoran dasar pecah dan perintah di zaman British. - Dasar pecah dan perintah menyebabkan pembangunan tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar. -Kawasan penempatan dan pengagihan sektor ekonomi dilakukan di bawah dasar tersebut. Jadual menunjukkan kadar kemiskinan dan pendapatan purata mengikut etnik 1970 Kaum Melayu Kadar Kemiskinan (peratus) 64.8 Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM ) 172.00

Cina

26.0

394.00

India

39.2

304.00

Lain-lain

44.8

813.00

Sumber: Young,Bussink, dan Hassan,Malaysia:Growth and Eqiuty in a Multiracial Society.1980: 104


5

-Berdasarkan jadual, kadar kemiskinan yang melanda adalah disebabkan oleh kadar pemilikan antara kelompok etnik yang tidak seimbang. -Kaum Melayu mencatat peratus kemiskinan yang paling tinggi berbanding kaum-kaum lain. Pendapatan purata keluarga juga paling rendah iaitu sebanyak RM172.00 sahaja. -Kadar kemiskinan kaum Cina hanya 26.0% sahaja dan pendapatan purata keluarga juga tinggi iaitu RM394.00 sebulan. -Kemiskinan merupakan faktor yang mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Keadaan seperti yang terdapat dalam jadual boleh menggugat perpaduan

antara kumpulan etnik.

Jadual menunjukkan Kadar Pemilikan Modal Saham dalam Syarikat Berhad Berdasarkan Kelompok Etnik 1970

Pemilikan
Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah

Jumlah Pemilikan (RM Juta)


279.6

Peratus
4.3

a.Bumiputera Perseorangan

168.7

2.6

b.Agensi Amanah

110.9

1.7

Bukan Bumiputera

2233.2

34.0

Warganegara Asing

4051.3

61.7

Jumlah

6564.1

100.0

Sumber:Young, Bussink, dan Hassan, Malaysia: Growth and Multiracial Society, 1980.

-Berdasarkan jadual di atas, pembahagian pekerjaan mengikut kelompok etnik menunjukkan ketidakseimbangan. Dalam sektor pertanian misalnya, etnik Melayu

merupakan majoriti dengan meliputi 67.6%, etnik Cina meliputi 19.9% manakala etnik India berjumlah 11.5%. -Kaum Cina mendominasi sektor perlombongan iaitu sebanyak 58.7% manakala etnik Melayu 32.1% dan India sebanyak 8.5%. -Ketidakseimbangan tersebut menimbulkan sifat ketidakpuasan hati sehingga

tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969. - Maka DEB diperkenalkan pada tahun 1971. -DEB bertujuan mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan ekonomi yang sama rata tanpa mengira kaum melalui serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.. - Melalui DEB,kaum Melayu dibela dan diberi peluang membangunkan ekonomi yang tidak seimbang itu. -Kerajaan telah menyalurkan bantuan, subsidi, mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera, menambahkan peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup dan kualiti hidup. - Akhirnya DEB dianggap sebagai suatu dasar yang mencerminkan diskriminasi kaum.

5.Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi -Masalah utama yang dihadapi oleh negara berbilang kaum ialah menentukan bahasa kebangsaan. -Bahasa penting kerana berkait rapat dengan ideologi, nasionalisme, integrasi nasional dan identiti nasional. -Usaha kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mendapat tentangan oleh sesetengah pihak terutama tahun 60-an.

-Mendapat tentangan kerana dirasakan bahawa bahasa Melayu boleh menghapuskan bahasa, budaya dan kepentingan pendidikan etnik bukan Melayu. -Akhirnya, majoriti penduduk Malaysia menerima Dasar Bahasa Kebangsaan kerana bahasa-bahasa lain boleh digunakan dengan bebas kecuali urusan rasmi kerajaan. -Isu pendidikan semakin kompleks apabila kerajaan melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. -Rasional PPSMI ialah bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di mata dunia. Terdapat pihak yang bertegas hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang juga bernilai tinggi. -Akhirnya pertembungan dua bahasa ini dileraikan melalui dua dasar iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan. -Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sektor awam dan sektor swasta manakala bahasa Inggeris digunakan secara meluas di sektor swasta. -Kini kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada sekolah-sekolah di Malaysia untuk melaksanalkan dasar MBMMBI iaitu memartabatkan Bahasa Melayu dan

memperkasakan Bahasa Inggeris.

Rajah menunjukkan lima isu yang berkaitan dengan hubungan etnik akibat modenisasi dalam bidang ekonomi.

Dasar Ekonomi Baru

Pertumbuhan dan Agihan

ISU-ISU EKONOMI Equality dan Equity Globalisasi

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti


9

You might also like