You are on page 1of 1

CONTOH KARANGAN 7 TAJUK : Sekolah Saya. Sekolah saya ialah Sekolah Menengah Chung Hwa.

Sekolah saya terletak di Jalan Berangan. Sekolah saya sangat besar dan cantik. Di

CONTOH KARANGAN 8 Tajuk : Sambutan Hari Jadi Saya Saya lahir pada 15 September 2000. Pada 15 September 2006 yang lalu, ibu saya telah mengadakan satu majlis sambutan hari jadi untuk saya. Majlis itu telah diadakan di rumah saya. Pada ketika itu saya menyambut hari jadi yang ke-8 tahun. Ibu telah menempah sebiji kek yang berbentuk bulat. Selain daripada kek ada juga makanan yang lain seperti mi goreng, ayam goreng, keropok dan minuman. Majlis hari jadi saya dihadiri oleh saudara-mara dan kawan-kawan saya. Mereka datang membawa hadiah. Saya sangat gembira kerana dapat menyambut hari jadi saya. Saya telah mendapat banyak hadiah seperti kereta mainan, kotak pensel, buku cerita dan sebagainya. Saya berharap dapat menyambut hari jadi saya pada setiap tahun. ( 107 patah perkataan )

sekeliling sekolah saya ada banyak pokok bunga. Sekolah saya ada tiga bahagian iaitu bahagian sekolah menengah, rendah dan tadika. Jumlah pelajarnya lebih kurang dua ribu orang. Jumlah gurunya pula kira-kira dua ratus orang. Sekolah saya ada banyak kemudahan seperti bilik komputer, perpustakaan, dewan, kantin, padang dan sebagainya. Pengetua sekolah saya bernama Puan Kho Guik Lan. Saya sangat gembira dapat bersekolah di sini. Saya akan selalu menjaga nama baik sekolah saya. (82 patah perkataan )

You might also like