You are on page 1of 5

BAHASA PERTAMA: PEMEROLEHAN FONOLOGI MELIBATKAN FAKTOR DALAMAN (ENDOGENOUS FACTORS)

ABSTRAK Pemerolehan fonologi tidak berlaku melalui peniruan semata-mata. Ini kerana struktur bahasa manusia begitu rumit. Walaupun begitu, ianya tetap teratur dan terbatas. Kerumitan, keteraturan dan keterbatasan unsur-unsur bahasa manusiaini membuktikan bahasa itu pasti dibentuk oleh sesuatu alat biologis nurani manusia itu sendiri dan kemudian tumbuh dan diperoleh dengan pertolongan alat biologis nurani manusia itu sendiri. Contohnya, walaupun bahasa yang dituturkan masyarakat sekeliling kadangkala tidak lengkap, tetapi kanak-kanak masih boleh memperoleh bahasa dengan cara yang tersendiri. Ini membuktikan ada sesuatu yang mampu mengatur bahasa itu. Untuk kajian ini, kami telah mengkaji pemerolehan bahasa kanak-kanak berusia 11 tahun yang tinggal di kampung iaitu Sungai Besar. Ini bertujuan untuk menganalisis kebenaran teori yang disampaikan oleh Noam Chomsky iaitu pelopor teori tansformatif generatif.

PENDAHULUAN Sebelum kita pergi jauh, lebih elok kita mengetahui lebih mendalam mengenai linguistik atau bahasa itu sendiri. Sapir ( 1921:8) linguistik adalah suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi dan keinginan melalui ciptaan simbolsimbol yang lahir secara sedar. Menurut Bloch & Trager dalam Outline of Linguistic Analysis (1942:2) bahasa ialah satu simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial bekerjasama. Bagi Hall dalam Essay on Language (1968:158) menegaskan bahawa bahasa ialah institusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbolsimbol lisan-pendengaran yang arbitrari mengikut tabiat.

Menurut Noam Chomsky (Syntatic structures (1957:13) ), semua bahasa asli, sama ada dalam bentuk pertuturan atau tulisan, adalah bahasa dari segi pengertian definisinya. Ini adalah kerana setiap bahasa mempunyai jumlah bunyi yg terhad dalam abjad atas andaian bahawa bahasa-bahasa itu mempunyai sistem tulisan abjad dan walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat yang tidak terhad jumlahnya dalam sesuatu bahasa, setiap ayat tersebut boleh diwakili oleh suatu urutan bunyi yang terhad jumlahnya. Teori linguistik Noam Chomsky terutamanya menyangkut sepasang penutur pendengar yang ideal di dalam sebuah masyarakat ucapan yang betul-betul merata dan sama. Kedua-dua penutur dan pendengar ini harus mengetahui dan menguasai bahasanya dengan baik. Terjadinya perilaku ucapan atau perlakuan lingusitik memerlukan interaksi daripada beragam-agam faktor, iatu kecekapan linguistik penuturpendengar sebagai penyokong penuturan tadi hanyalah merupakan satu faktor sahaja. Sehubungan dengan ini, Noam Chomsky membuat perbezaan asas di antara kecekapan, iaitu pengetahuan.

KERANGKA TEORI TRANSFORMATIF GENERATIF Mengikut Noam Chomsky, iaitu pelopor nahu transformatif-generatif, kanak-kanak mempunyai peraturan bahasa dalam kepalanya sejak lahir. Peraturan pembentukan ayat itu wujud dalam bentuk rumus yang terpendam dalam keupayaan batinnya, dan melalui beberapa proses, rumus yang abstrak itu diwujudkan sebagai bahasa yang dituturkan. Dengan itu, dalam analisis transformasi-generatif timbullah apa yang dikenali sebagai struktur batin dan struktur lahir.(Aspek Bahasa dan kajiannya-Asmah Haji Omar:Dewan Bahasa dan Pustaka,KL,1991,13) Seperti yang dikatakan Noam Chomsky dalam bukunya Reflections of Language: bahasa manusia merupakan satu sistem yang luar biasa rumitnya,. Menguasai bahasa manusia akan menjadi satu pencapaian intelektual yang luar biasa bagi makhluk yang diciptakan khusus untuk menguasai tugas ini. Kanak-kanak normal memperoleh pengetahuan ini dengan hanya sedikit pendedahan tanpa pendedahan

khusus(1976:4)(Bahasa Natural dan Tatabahasa sejagat: John Lyons, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, 1995,3) Noam Chomsky beranggapan otak manusia bukanlah wadah kosong yang hanya menunggu kesan dan data untuk mengisinya dari luar. Beliau menganggap otak secara genetik dianugerahi dengan program yang kaya dan agak terperinci untuk menerima, mentafsir, menyimpan dan menggunakan maklumat serampang yang diberi oleh deria. Beliau beranggapan pemerolehan bahasa pertama sebagai aktiviti dan keupayaan khusus, tidak seperti bentuk pembelajaran yang lain, dan bergantung pada komponen mengikut genetik dan pemikiran atau otak, (LAD) Language Arquisition Device khususnya merupakan aspek tatabahasa universal.(R.H. Robins:Linguistic dalam abad ini, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, 1993) Dengan lahirnya teori linguistik Noam Chomsky, maka terjadilah satu revolusi dalam linguistik, terutamanya dalam psikolinguistik. Agar kita dapat menghasilkan tatabahasa daripada bahasa yang hidup perlulah ada suatu teori umum mengenai apa yang membentuk tatabahasa itu. Maka Noam Chomsky mengusulkan bahawa tatabahasa sesuatu bahasa seperti satu teori ilmiah yang didasarkan pada sejumlah pengamatan-pengamatan tertentu dari satu korpus ungkapan-ungkapan yang diterbitkan penutur peribumi itu dan dirakam oleh linguis berkenaan. Tujuan pengamatan ini adalah untuk menemukan kesimpulan atau generalisasi yang juga dapat meramalkan semula ujaran yang dituturkan oleh seseorang penutur bahasa itu. (Pengantar Psikolinguistik Moden) Menurut Noam Chomsky dalam bukunya Chomsky, Tatabahasa generatif merupakan sistem rumus-rumus yang tepat dan jelas yang dapat dipakai dalam gabungan-gabungan baru dan belum pernah dicuba untuk membentuk ayat-ayat baru. Dengan pengertian ini dapatlah kita faham dengan jelas bahawa bahasa adalah sejumlah ayat-ayat yang terbina daripada sejumlah unsur-unsur yang terbatas yang diatur oleh rumus(Pengantar Psikolinguistik Moden,51-52). Noam Chomsky juga memperkenalkan konsep kemampuan bahasa dan perlakuan bahasa. Kemampuan bahasa seseorang itu memperkatakan tentang

kebolehan generatif yang ada pada dirinya iaitu menggunakan keupayaan yang ada pada dirinya dari segi penggunaan bahasa. Tetapi kebolehan ini tidak terlaksana seratus peratus oleh sebab faktor yang mempengaruhi bahasa seseorang seperti batuk, keletihan, ditimpa tekanan emosi dan sebagainya. Demikian juga yang mendengar tetap memahami, walaupun terdapat bahagian-bahagian yang hilang atau tidak kedengaran langsung. Lantaran itu apa yang dituturkan(perlakuan bahasa) tidak harus dianggap sebagai mewakili pengetahuannya(kemampuannya) terhadap bahasa(Nik Safiah Karim, Linguistik Transformatif Generatif,Dewan Bahasa dan Pustaka,KL,2-3) Untuk pemerolehan bahasa, Noam Chomsky memberi perhatian kepada unsur yang terpendam dalam diri manusia. Manusia sejak lahir sudah berkebolehan menguasai sistem perhubungan iaitu bahasa. Kebolehan inilah yang dipanggil (Language Acquisition Device-LAD). Noam Chomsky berpendapat kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa mempunyai keupayaan semulajadi untuk merumus dan membentuk hukum nahu bahasa. Sekiranya tiada pendedahan, LAD tidak dapat memproses bahan dan penguasaan bahasa tidak berlaku(Zamri Mahamod, Karisma Publication, 2007, Shah Alam,Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertama dan kedua,3) Kanak-kanak juga mempunyai ciri khas iaitu keinginannya yang kuat untuk menjadi ahli dalam masyarakat sekelilingnya. Dia tidak mahu kelihatan berlainan dalam cara berpakaian, berperilaku, dan berbahasa. Namun menurut Noam Chomsky, penguasaan bunyi bahasa tidak berlaku menerusi peniruan semata-mata, tetapi dianggap melibatkan organisasi-organisasi minda. Golongan ini menekankan faktor dalaman (endogenous) seperti alat pemerolehan Karisma bahasa semulajadi 2007, yang Shah diperkenalkan kedua,10) Dari apa yang telah dinyata oleh Noam Chomsky dan golongan mentalis yang lain, dapatlah disimpulkan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak walaupun terdedah dengan gejala bahasa yang kadang-kadang tidak lengkap, tetapi mereka beliau(Zamri Mahamod, Publication,

Alam,Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertama dan

masih dapat memperoleh bahasa dalam cara mereka sendiri. Ini kerana mereka mempunyai peraturan pembentukan ayat dalam diri mereka. Peraturan pembentukan ayat itu wujud dalam bentuk rumus yang terpendam dalam keupayaan batinnya, dan melalui beberapa proses, rumus yang abstrak itu diwujudkan sebagai bahasa yang dituturkan.

ANALISIS KAJIAN

You might also like