You are on page 1of 11

BAB 1

PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji menyentuh tentang latar belakang, pernyataan masalah, objektif kajian, signifikan kajian dan batasan kajian. Pengkaji mengupas tentang kepentingan teknologi dalam pendidikan matematik selain menghuraikan juga tentang

perkembangan Geometers Sketchpad (GSP) di dalam dan luar negara melalui latar belakang kajian. Manakala pada bahagian pernyataan masalah pula, pengkaji menghuraikan sebab-sebab kajian ini perlu dijalankan. Objektif kajian pula menyatakan beberapa aspek yang ingin dikaji oleh pengkaji. Manakala, pengkaji memberitahu tentang kepentingan kajian ini dalam bahagian signifikan kajian. Di akhirnya, pada batasan kajian, pengkaji menghuraikan skop batasan kajian yang dibuat.

1.1

Latar belakang

Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang berketerampilan, celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi dalam pendidikan terutamanya dalam bidang pendidikan matematik, pelbagai perisian, Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berasaskan teknologi telah diimplementasikan secara berperingkat-peringkat dalam bidang ini.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik ini membolehkan guru dan pelajar meneroka sesuatu dengan lebih meluas dan spesifik. Secara tidak langsung, penggunaan teknologi ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar berkenaan sesuatu topik dalam matematik. Terdapat pelbagai perisian dan ABM yang telah mula diimplementasikan dalam konteks P&P matematik di negara ini. Antaranya ialah perisian Statistical Package for Social Science (SPSS), Minitab, Power Point, Systat, dan Geometers Sketchpad. Manakala ABM pula ialah seperti SMART Board dan Graphic Calculator.

Penggunaan pakej perisian matematik yang sesuai dilihat dapat membantu pelajar memperkembangkan keupayaan untuk memahami dengan lebih baik dan cepat tentang teori matematik yang diperlukan. Tugas untuk mengajar matematik kepada para pelajar boleh dilakukan dengan lebih baik jika wujud satu alat matematik yang dapat menyediakan suatu penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Pada hari ini terdapat pelbagai pakej perisian matematik yang berada di pasaran seperti Mathematica

(Wolfram Research Inc, 1991), Matlab (The Math Works Inc, 1992) dan Geometers SketchPad (Key Press Inc, 1995).

The Geometers Sketchpad merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang mampu membantu guru untuk menyampaikan isi pengajaran matematik dengan lebih berkesan. Geometers Sketchpad merupakan sebuah perisian yang digunakan dalam pengajaran kalkulus, geometri, algebra dan trigonometri.

Projek The Geometers Sketchpad yang pertama bermula apabila satu projek yang diberi nama Visual Geometry Project yang dibuat di Swarthmore College, Amerika menjalinkan kerjasama dengan Key Curriculum Press sekitar tahun 1980-an. Projek ini diarahkan oleh Drs. Eugene Klotz dan Doris Schatterschneider. Projek ini telah mendapat galakan dan sumbangan yang sepenuhnya daripada National Science Foundation Amerika (Bennett, Chanan, Fetter, Steketee & Morris, 2002).

Perisian GSP ini telah dibangunkan oleh Nicholas Jackiw yang merupakan salah seorang pelajar Eugene Klotz yang mahir dalam pembangunan perisian komputer (Scher, 2000). Versi pertama Sketchpad untuk Macintosh telah dilancarkan pada tahun 1987. Pada hujung tahun 1990, Jackiw menghasilkan versi beta sebagai versi 2.0 dan versi ini dilancarkan pada April 1992. Manakala, versi pertama Sketchpad untuk Windows dicipta pada tahun 1995 dengan nama versi 3.0. Dengan pembinaan versi ini, Sketchpad telah digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa dan telah mendapat pengiktirafan sebagai perisian yang paling berkualiti dan berjaya mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa (Key Curriculum Press, 2004).

Nicholas Jackiw meneruskan rekaannya dan menghasilkan versi 4.0 pada November 2001. Versi baru ini ditambah dengan pelbagai ciri baru yang sekaligus meningkatkan lagi kualiti Sketchpad ini. Antara ciri yang ditambah dan ditingkatkan ialah label, skrip, jadual, plot data pada graf, pautan, JavaSketchpad, pindah data ke program lain dan banyak lagi (Product Update, 2005). Versi Sketchpad 4.05 adalah versi untuk lesen Sketchpad yang dijual kepada negara-negara yang berminat. Contohnya, versi 4.05M adalah versi khas untuk kegunaan dalam Malaysia dan versi 4.05C adalah versi khas dalam negara Kanada sahaja.

Semua sekolah, universiti awam, institut pendidikan guru dan kolej komuniti di Malaysia pula mula menggunakan GSP sekitar tahun 2004 apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperoleh lesen dari Key Curriculum Press untuk menggunakan perisian GSP ini bagi kegunaan dalam P&P matematik dan lain-lain mata pelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Pihak KPM juga telah melantik Southeast Asian Ministers of Education Organisation (SEAMEO) dan Regional Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM) untuk meluaskan penggunaan perisian GSP ini di sekolah seluruh Malaysia. Satu kursus berkenaan penggunaan GSP untuk bakal guru telah dibuat pada September 2003 bertempat di RECSAM, Pulau Pinang. Kursus ini dikendalikan oleh 3 orang pakar Sketchpad dari Amerika Syarikat iaitu Scott Steketee, Stevan Rusmussen dan Nicholas Jackiw (Teoh Boon Tat & Lau Tik Koon, 2004).

Menurut Nor Hayati Mat Ali (2002), perisian GSP ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, antaranya ialah GSP

berupaya untuk meneroka pelbagai rajah baru tanpa perlu memadam atau melukis semula rajah berkenaan. Selain itu, pengguna juga boleh melukis sebuah segitiga dengan hanya memberi arahan secara mengklik pada menu bar yang bersesuaian. Pengubahsuaian ke atas bentuk segitiga yang dibina boleh dilakukan dengan menyeret salah satu bucu segitiga tersebut tanpa perlu melukis rajah segitiga yang baru. Perisian GSP juga secara automatik boleh membuat pengiraan kepada sudut, panjang sisi, mencari nisbah dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa dengan hanya mengubah angka-angka atau pun rajah-rajah yang telah dilukis. Selain itu, perisian ini dilengkapi dengan fungsi menyimpan skrip yang membolehkan pengguna merekod apa-apa yang telah dihasilkan dan mengulanginya secara automatik apabila diperlukan.

1.2

Pernyataan Masalah

Untuk melaksanakan proses P&P matematik dengan lebih berkesan, guru-guru hendaklah bijak mengintegrasikan teknologi terutamanya perisian GSP ini dalam proses P&P mereka. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai oleh guru-guru dalam usaha mereka mengimplementasikan perisian GSP ini dalam proses P&P. Namun begitu, ketiadaan pengetahuan dan kekurangan maklumat berkenaan kaedah yang sesuai untuk diintegrasikan dengan perisian GSP ini menyebabkan kebanyakan guru-guru kurang terdorong untuk menggunakan perisian GSP ini dalam proses P&P mereka (Nuranira Deraman, 2005). Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan untuk menentukan pandangan bakal-bakal guru berkenaan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai dalam menggunakan perisian GSP dalam P&P matematik.

GSP adalah suatu perisian yang mempunyai kelebihan dalam pengiraan dan komputasi di dalam geometri, dan secara langsung ianya seperti sebuah kalkulator untuk digunakan apabila melaksanakan operasi dalam geometri dan ia juga dapat mencetuskan pemahaman konsep di sebalik geometri yang dipelajari. Selain itu perisian ini disediakan secara mesra pengguna (user friendly) disamping mudah untuk digunakan semasa belajar bersendirian atau pada bila-bila masa tanpa kehadiran guru. Pengguna atau pelajar tidak memerlukan apa-apa modul untuk menggunakan perisian ini (Marzita Puteh & Rohaidah Masri, 2002). Selain itu juga, perisian GSP ini mempunyai pelbagai kelebihan lain yang dapat memberi manfaat kepada guru khususnya dan pelajar amnya. Oleh itu, kajian ini perlu dilakukan untuk menentukan pandangan bakal-bakal guru tentang kelebihan perisian GSP ini dalam P&P matematik.

Penggunaan perisian GSP ini juga mempunyai beberapa kekangan dan masalah, Norhayati Mat Ali, (2002) dalam kajiannya mengutarakan bahawa antara masalah dan kekangan berkaitan dengan penggunaan perisian GSP ini ialah masalah bahasa bahasa inggeris yang digunakan dalam perisian ini yang menyukarkan pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa tersebut untuk memahami tatacara penggunaannya. Masalah lain ialah tahap penguasaan kemahiran dalam bidang Information Technology (IT) yang agak rendah dalam kalangan sesetengah pelajar.

Malah, hasil kajian beliau juga menunjukkan bahawa terdapat guru-guru yang turut menghadapi masalah dalam proses pengajaran dengan menggunakan perisian GSP ini. Antara masalah yang dikemukakan oleh guru ialah beberapa orang pelajar terpaksa berkongsi komputer dan ini menyebabkan sesetengah pelajar agak sukar untuk

menyelesaikan masalah secara individu. Masalah lain ialah tempoh masa setiap sesi pengajaran adalah terhad dan ini menyebabkan pelajar kekurangan masa untuk menggunakan komputer bagi menjawab beberapa soalan secara persendirian. Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengetahui pandangan bakal-bakal guru berkenaan dengan kelemahan penggunaan perisian GSP ini.

Terdapat guru-guru yang kurang berkemahiran untuk mencari topik matematik yang bersesuaian dengan konteks teknologi (Fakharudin Shahudin, 2010). Masalah ini telah menyebabkan mereka lebih suka menggunakan kaedah konvensional untuk mengajar topik tertentu berbanding kaedah terkini yang lebih canggih dan sistematik seperti penggunaan GSP ini. Selain itu, kajian Marzita Puteh & Rohaidah Masri (2002), menunjukkan bahawa sememangnya terdapat beberapa topik dalam kurikulum Matematik yang memerlukan animasi dan visualisasi seperti yang terdapat dalam perisian GSP ini untuk membantu mempertingkatkan pemahaman dan pengertian pembelajaran yang hendak disampaikan. Oleh itu, kajian ini perlu dilakukan untuk menentukan pandangan bakal-bakal guru berkenaan topik yang sesuai dalam penggunaan GSP dalam P&P matematik.

1.3

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana persediaan bakal-bakal guru di UPSI untuk menggunakan perisian GSP dalam proses pengajaran mereka kelak. Persediaan ini meliputi aspek-aspek seperti kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai dalam menggunakan perisian GSP dalam P&P matematik, kelebihan penggunaan GSP dalam P&P matematik, kelemahan penggunaan GSP dalam P&P matematik dan topiktopik matematik yang bersesuaian dalam penggunaan GSP.

Oleh itu, secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan pelajar-pelajar semester 7, sesi 2010/2011, program Sains (Matematik) dengan Pendidikan daripada aspek-aspek berikut : 1) kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai dalam menggunakan perisian GSP dalam P&P matematik ; 2) 3) 4) kelebihan penggunaan GSP dalam P&P matematik ; kelemahan penggunaan GSP dalam P&P matematik ; dan topik-topik matematik yang bersesuaian dalam penggunaan GSP.

1.4

Kesignifikan kajian

Adalah menjadi harapan agar hasil penyelidikan ini dapat memberi panduan kepada bakal-bakal guru dalam usaha mereka mengimplementasikan perisian GSP dalam proses P&P mereka terutamanya apabila mereka mengajar kelak. Diharapkan bakal guru matematik menjadi lebih berkeyakinan dan berani dalam mengendalikan perisian berteknologi seperti GSP ini. Disamping itu juga, kajian ini boleh dijadikan panduan kepada bakal-bakal guru matematik yang mungkin tidak pernah tahu tentang GSP ini untuk turut sama mempelajari penggunaan perisian GSP ini dan seterusnya mengimplementasikan pengggunaan perisian ini dalam proses P&P mereka. Bagi bakal-bakal guru yang tahu menggunakan GSP, diharapkan dengan adanya kajian ini, mereka lebih berkeyakinan dan berusaha untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran dalam mendalami perisian ini untuk keberkesanan proses P&P.

Kajian ini juga dapat menjadi panduan kepada penyelidik-penyelidik lain yang terbabit secara langsung dalam pembangunan guru-guru matematik untuk berhadapan dengan cabaran dunia pendidikan di era globalisasi masa kini selain dapat memupuk budaya dan amalan pelajar sebagai penyelidik. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada golongan pelajar tentang kepentingan penggunaan teknologi dalam P&P. Selain itu, dengan adanya kajian ini, diharapkan bakal guru matematik ini dapat mengubah persepsi dan tanggapan negatif mereka terhadap penggunaan GSP dalam proses P&P. Diharapkan bakal-bakal guru ini dapat menggunakan teknologi dalam proses P&P mereka apabila mereka menjadi pendidik kelak dan berupaya mengenal pasti kelebihan GSP dan seterusnya menggunakannya dalam P&P untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dalam bidang geometri terutamanya dan konsep matematik yang lain. Selain itu juga, dengan adanya kajian ini, diharapkan ia dapat menyumbangkan maklumat kepada pihak-pihak tertentu seperti pelajar, guru-guru, pihak Universiti, Pegawai Pendidikan Daerah dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tentang penggunaan perisian GSP ini dalam kalangan bakal guru matematik. Dengan adanya maklumat seperti ini, diharapkan pihak yang berkenaan dapat membuat perancangan yang lebih teliti dan merancang strategi yang sepatutnya bagi memperbaiki serta memperlengkapkan guru matematik dengan kemahiran-kemahiran yang patut ada pada seseorang guru selari dengan cabaran dunia pendidikan masa kini. Sudah menjadi tanggungjawab guru untuk mengubah persepsi pelajar serta memperbaiki cara pengajaran supaya pelajar lebih berminat untuk belajar. Maka guru seharusnya lebih bersikap proaktif dan mengambil inisiatif bagi meningkatkan

10

kemahiran dan menghasilkan teknik-teknik pengajaran yang lebih berkesan menggunakan perisian yang sedia ada seperti GSP.

1.5

Batasan kajian

Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa program Sains (Matematik) dengan Pendidikan, semester 7, sesi 2010/2011 yang mengikuti pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Partisipan diutamakan kepada pelajar yang pernah mengikuti kursus Teknologi dalam Pengajaran Matematik (TMP 3063) atau pernah mengikuti kursus penggunaan perisian GSP sama ada di dalam atau luar universiti. Ini kerana pelajar yang pernah mengikuti kursus TMP 3063 atau kursus penggunaan GSP ini mempunyai idea dan pandangan terhadap perisian ini berbanding mereka yang tidak pernah mengenali GSP. Kajian ini juga terbatas kepada mata pelajaran Matematik sekolah menengah sahaja. Segala huraian atau persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah berdasarkan mata pelajaran ini sahaja. Kaedah juga merupakan batasan bagi kajian ini. Kajian ini terbatas kepada kaedah temu bual separa berstruktur sahaja. Instrumen yang digunakan juga terbatas kepada soalan-soalan temu bual. Dapatan bagi kajian ini merupakan rumusan yang bersumberkan jawapan yang telah diberikan oleh partisipan. Kejituan kajian ini bergantung kepada sejauh mana partisipan menjawab soalan itu dengan jujur. 1.6 Definisi istilah

Berikut adalah definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini.

11

1.6.1

Geometers Sketchpad (GSP)

The Geometers Sketchpad merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang mampu membantu guru untuk menyampaikan isi pengajaran matematik dengan lebih berkesan. GSP merupakan sebuah perisian yang digunakan dalam pengajaran kalkulus, geometri, algebra dan trigonometri.

1.6.2

Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran adalah merujuk kepada metod atau strategi yang digunakan oleh bakal-bakal guru dalam proses P&P matematik dengan menggunakan perisian GSP ini. Kaedah yang diguna pakai oleh bakal-bakal guru ini mungkin berbeza dari segi pendekatan. Mungkin ada yang menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar, berpusatkan guru atau berpusatkan bahan atau alat.

You might also like