You are on page 1of 14

Minit Mesyuarat Pengurusan Pejabat Daerah Kubang Pasu Kali 5/2012 Tarikh:10 Oktober 2012 (Rabu) Masa:8.

30 pagi Tempat:Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kubang Pasu Kehadiran:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Puan Amirah Khairiah bt Abdul Latip, BCK., Ketua Penolong Pegawai Daerah [Pembangunan] Encik Hussain bin Omar, PCK., BKM. Penghulu Mukim Jerlun Encik Azizi bin Haji Abdullah Penghulu Mukim Jeram Tuan Haji Mohamad Ali Mustaza bin Mohamed, PCK., BKM. Penghulu Mukim Naga/Malau Encik Nor Afdzal bin Ahmad, PCK., Penghulu Mukim Keplu/Pering Encik Mohamad Amin bin Hj Yahya Penghulu Mukim Sanglang Encik Mohd Hashim bin Abu Hassan, PCK. Penghulu Mukim Bukit Tinggi/Pelubang/Wang Tepus Encik Mohd Amran bin Hanafiah Penghulu Mukim Padang Perahu Encik Mohd Zamkhoshari bin Ahmad Penghulu Mukim Putat/Ah Puan Sharifah Salmah bt Sharif Harun Setiausaha Pejabat Encik Diyaodin bin Hj Shaari, PCK. Ketua Pembantu Tadbir [Pembangunan] Encik Hasri bin Osman Ketua Pembantu Tadbir [Pentadbiran]
1

Pengerusi

13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27.

Encik Mohd Zaini b Rashid, PCK. Juruteknik Kanan Puan Hajjah Rogayah binti Haji Baharom Pembantu Tadbir [KUP] Encik Ahmad Sobri bin Abd Razak, PCK. Pembantu Tadbir [KUP] Puan Noraini binti Hashim Pembantu Tadbir [KUP] Puan Kasma binti Bakar Pembantu Tadbir [KUP] Encik Anuar bin Ahmad Pembantu Tadbir [KUP] Encik Subri bin Othman Juruteknik Encik Jamili bin Che Nor Juruteknik Encik Yusuf bin Ismail Pembantu Tadbir Encik Anwar bin Mat Isa Pembantu Tadbir Encik Afiffuddin bin Ismail Juruteknik Komputer Puan Norzita binti Marzuki Pembantu Tadbir [Kewangan] Puan Marsita binti Abidin Pembantu Tadbir [Kewangan] Puan Rosmina bt Abu Bakar Pembantu Tadbir Puan Siti Muniroh bt Man Pembantu Tadbir

28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43.

Puan Roslina bt Abu Pembantu Tadbir Puan Faridah bt Othman Pembantu Tadbir Puan Siti Maryam bt Ariffin Pembantu Tadbir Puan Hasnah bt Awang Kechik Pembantu Tadbir Puan Jumuni bt Che Ani Pembantu Tadbir Puan Fatin Syamimi binti Jamaluddin Pembantu Tadbir Cik Sabariah bt Shafiee Pembantu Tadbir Encik Ilias bin Darus Pembantu Tadbir Encik Abdul Mutalib bin Hashim Pembantu Tadbir Encik Azizan bin Mat Pembantu Tadbir Encik Subri bin Ismail Pembantu Tadbir Puan Azura binti Ahmad Pembantu Tadbir Puan Anizah bt Arshad Pembantu Tadbir Puan Salmah bt Hj Hassan Pembantu Tadbir Puan Siti Hajar binti Jamaludin Pembantu Tadbir Encik Zainon b Zakarya Pemandu Kenderaan
3

44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53.

Encik Che Omar bin Ismail Pemandu Kenderaan Encik Zahrul Shafri bin Zakaria Pemandu Kenderaan Encik Mohd Yusri Naim b Yusoff Pembantu Am Pejabat Encik Ismail bin Din Pembantu Am Pejabat Encik Zainol bin mat Pekerja Rendah Awam Encik Farmizie bin Ani Pekerja Rendah Awam Puan Nor Hasila bt Yaakob Pekerja Rendah Awam Encik Mulya Arfan Puan Raihan Fitri Agustina Puan Noraini binti Sudin Penolong Pegawai Tadbir (Eksekutif) Pencatat Minit

1.0

BACAAN DOA Bacaan doa disampaikan oleh Encik Hussain bin Omar, Penghulu Mukim Jerlun.

2.0

ALUAN PENGERUSI Puan Pengerusi mengucapkan salam serta terima kasih kepada semua yang dapat hadir ke mesyuarat pada pagi ini. Ahli mesyuarat seterusnya dipinta supaya mengambil sikap proaktif terhadap isu yang timbul dalam minit mesyuarat.

3.0

SOROTAN SEMINGGU 1.1 Aktiviti Seminggu Yang Lalu Seperti lampiran A berkelat. 1.2 Aktiviti Program Akan Datang Seperti lampiran B berkelat.

4.0

MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Minit Mesyuarat Pengurusan Kali 4/2012 bertarikh 3 Oktober 2012 yang lalu dicadang sah oleh Tuan Haji Mohamad Ali Mustaza bin Mohamed, Penghulu Mukim Naga/Malau dan disokong oleh Encik Ahmad Sobri bin Abd Razak.

5.0

LAPORAN BAHAGIAN 5.1 Bahagian Pembangunan 5.1.1 Penghulu Mukim Jitra Kejadian ribut pada 13 September 2012 melibatkan kejadian rumah runtuh, kepunyaan Encik Jamaludin bin Ali di Kg Sungai Baru, Mukim Jitra. Surat bertarikh 23 September 2012 telahpun dihantar kepada Y.Bhg Dato Setiausaha Zakat Negeri Kedah, kelulusan peruntukan belum diterima. Mengenai hamper, mesyuarat diberi maklum bahawa J/Kuasa yang dibentuk dikalangan Penghulu Mukim mengenai CSR tidak berhasrat untuk meneruskan aktiviti ini kecuali melibatkan pembaikan sahaja, Juruteknik Kanan PDKP akan membuat anggaran kos dan peruntukan akan dipohon. Walau bagaimanapun kepastian akan diperolehi terlebih dahulu daripada Pejabat ADUN yang berkenaan sekiranya tiada mana-mana pihak yang akan membaikinya. Akan diadakan mesyuarat bagi membentuk J/Kuasa dikalangan Penghulu Mukim bagi merealisasikan CSR. Tindakan:Ketua Penghulu [Penghulu Mukim Jitra].
5

5.1.2. Penghulu Mukim Jerlun 2 buah rumah di Mukim Jerlun terlibat dalam kejadian ribut. Mesyuarat diberi makluman bahawa anggaran kos telah disediakan dan peruntukan telah dipohon kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Belum terima peruntukan. Akan diadakan mesyuarat bagi membentuk J/Kuasa dikalangan Penghulu Mukim bagi merealisasikan CSR. Tindakan:Ketua Penghulu [Penghulu Mukim Jitra] 5.1.3 Penghulu Mukim Pering/Keplu Terdapat 2 buah rumah untuk pembaikan yang diluluskan peruntukan, Bukit Kalong Chik binti Daud dan Kg Stesyen, Mukim Keplu, Othman bin Abdullah belum dapat dilaksanakan lagi. Pembaikan dibawah gotong royong yang tidak dapat dilaksanakan dan dipindah ke PDKP untuk dilaksanakan oleh kontraktor. Mesyuarat diberi maklum bahawa inden kerja telah dikeluarkan. Kerja-kerja pembaikan dalam proses. Tindakan: Penghulu Mukim Keplu Permohonan pembaikan rumah oleh Encik Ahmad Zambri bin Napiah kepada PDKP. Anggaran kos untuk pembaikan ialah sebanyak RM12,000, permohonan peruntukan telah dipohon kepada UPEN dan telah daftar e-Sinar. Kelulusan peruntukan belum diperolehi. Mesyuarat diberi maklum supaya perkara ini disusuli Tindakan:Ketua Pembantu Tadbir[Pembangunan]

5.1.4 Penghulu Mukim Jeram Peruntukan diluluskan tetapi tidak dapat dilaksanakan yang mana perlaksanaan kelulusan ditarik balik 2 orang sebanyak RM5,000 [pembelian mesin jahit]. Catatan: Peruntukan Projek TAHAP [infrastruktur] untuk pembelian bekalan [tidak dibenarkan]. Mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa pembelian ini akan diambil kira melalui J/Kuasa yang akan dibentuk [ CSR ]. Tindakan:Ketua Penghulu [Penghulu Mukim Jitra] 5.1.5 Penghulu Mukim Naga Y.Bhg Dato Pengerusi menyarankan supaya ditubuhkan J/Kuasa Bencana diperingkat mukim, supaya dapat memberi pelajaran/pendidikan kepada penduduk supaya dapat berdikari semasa banjir/bencana berlaku. Modul Pengurusan diimplementasikan. Menghadapi Banjir juga boleh

Selain daripada itu J/Kuasa Bencana Peringkat Mukim juga berperanan dalam menyediakan maklumat [laluan aliran air banjir] dalam bentuk slide dan juga menyenaraikan Pusat Pemindahan mangsa banjir. Puan Pengerusi menyarankan supaya ditambah baik slide yang dipertontonkan supaya lebih kemas dari segi:a) Nama sungai dalam peta; b) Senarai Pusat Pemindahan mengikut lokasi; dan c) Slide secara keseluruhannya. Tindakan: J/Kuasa Bencana Daerah Mesyuarat dimaklumkan bahawa Penghulu Mukim Naga telah menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai penutupan jalan mini tar dan pemindahan laluan elektrik di Kg Baru, Tanjung Pauh, telah dimajukan kepada Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu. Tindakan:Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu

5.1.6 Penghulu Mukim Padang Perahu Program untuk baiki 2 buah rumah secara gotong royong di Kg Pulau Tok Ubin dan Kg Imam dalam proses perlaksanaan. Mesyuarat dimaklumkan dilaksanakan. bahawa kerja-kerja sedang

Tindakan:Penghulu Mukim Padang Perahu 5.1.7 Penghulu Mukim Ah/Putat Kerosakan jalan kampong Pida 4 perlu dibaiki melibatkan jalan sepanjang 1 km. Mesyuarat dimaklumkan bahawa permohonan peruntukan telah dipohon daripada UPEN, kelulusan peruntukan belum diterima. Isu tidak sesuai diturap dengan tar jalan ladang yang dilalui oleh kenderaan dan juga mesin pembajak/menuai. Puan Pengerusi mengarahkan supaya diadakan rundingan antara PPK/MADA untuk membincangkan jalan penyelesaian sebelum diturap baru. Tubuh J/Kuasa asing bagi membincangkan perkara ini. Tindakan:Ketua Pembantu Tadbir[Pembangunan] 5.1.8 Penghulu Mukim Temin Pembelian bekalan berupa 2 buah mesin pertukangan kayu belum dapat dilaksanakan lagi walaupun telah bermesyuarat [TAHAP] sebanyak 2 kali pada tahun ini. Mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa pembelian ini akan diambil kira melalui J/Kuasa yang akan dibentuk [ CSR ]. Tindakan:Ketua Penghulu [Penghulu Mukim Jitra]

5.1.9 Penghulu Mukim Bukit Tinggi/ Wang Tepus/Pelubang Banjir kilat pada 13-14 September 2012 yang lalu melibatkan Kg Paya Kerchut dan Taman Tunku Anum, sudah maklum kepada MDKP, lawatan telah dilakukan oleh Pegawai Perancang MDKP. MDKP telah pohon peruntukan, selepas kelulusan kerja-kerja akan dilaksanakan. mendapat

Tindakan:MDKP Bagi Kg Tepi Alor dan Jalan Kg Naga, pihak JKR akan menambah pembentung bagi mengatasi masalah banjir kilat dikawasan tersebut. Tinjauan telah dibuat oleh JKR, permohonan peruntukan telah dilaksanakan, sedang menunggu peruntukan. Tindakan:JKR Isu- Sinar Harian 9 Oktober 2012 Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk untuk penagih dadah di Wang Tepus penduduk dipukul oleh penghuni pusat tersebut. Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk ini dibiayai daripada yuran yang diterima daripada penghuninya untuk rawatan dan juga pembiayaan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan sebanyak 2 kali dalam setahun. Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk ini beroperasi berdasarkan kepada kebenaran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Tindakan:Makluman 5.1.10 Penghulu Mukim Sungai Laka Terdapat pemaju perumahan yang menambak tanah untuk projek perumahan melebihi aras jalan di Kampong Padang Pasir yang mana ini akan mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan berdekatan. Y.Bhg Dato Pengerusi menyarankan supaya Penghulu Mukim Sungai Laka mengadakan satu sesi perjumpaan diantara pemaju dengan orang-orang kampung supaya

pemaju menerangkan struktur perparitan yang akan dibina kelak dalam projek perumahan tersebut. Selain daripada itu Y.Bhg Dato Pengerusi juga pohon supaya Penghulu mencari maklumat mengenai komponen yang terdapat dalam pembangunan Kota Perdana sebagai auto city. Penghulu Mukim Sungai Laka juga dipinta supaya menyediakan maklumat mengenai kejadian banjir yang mana menjejaskan operasi ACM Composite Bukit Kayu Hitam pada bulan Jun 2012 yang lalu. Tindakan:Penghulu Sungai Laka 5.1.11 Penghulu Mukim Tunjang Laporan dalam akhbar Sinar Harian pada 11 September 2012 supaya dipasang lampu jalan di Pida 3 dan juga jambatan yang senget disebabkan oleh jalan runtuh [kawasan tanah mendapat]. Perkara ini telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kubang Pasu. Lawatan tapak [jambatan] telah dilaksanakan oleh PDKP. JKR perlu membuat kajian tanah terlebih dahulu sebelum peruntukan [jambatan] dipohon daripada UPEN. Lawatan kerja KPPD[Pembangunan] pada 2 Oktober 2012 ke Mukim Tunjang:a) Setuju mendirikan sebuah rumah untuk orang miskin Othman bin Puteh di Kg Pida 4. b) Setuju membeli stall burger kepada Rohaya binti Ramli di Kg Pida 4. c) Setuju diberi peruntukan kepada Ahmad Sobri bin Mahmad Yusup [back ridden] untuk membeli lampin pakai buang dan tambang teksi bagi rawatan susulan. Tindakan:KPPD[Pembangunan]

10

5.1.12 Penghulu Mukim Hosba/Kubang Pasu Terdapat kerosakan jalan di Wang Perah yang belum lagi dibaikpulih. Mesyuarat dimaklumkan bahawa surat beserta gambar kerosakan telah dihantar kepada Y.Bhg Dato Pegawai Daerah Kubang Pasu. Y.Bhg Dato Pengerusi meminta supaya Penghulu Mukim bersama agensi yang terlibat dalam program mempromosi buah limau bali dpat mencari kaedah supaya limau bali dapat dijadikan sebagai produk yang boleh dikomersialkan. Contoh:saiz buah yang semakin kecil. Perkara ini akan dipanjangkan Pembangunan Mukim dalam Mesyuarat

Tindakan:Penghulu Mukim Hosba/Kubang Pasu 5.1.13Penghulu Mukim Binjal Pencerobohan tanah ditapak pejabat Penghulu Mukim Binjal oleh PPK. Perbincangan diantara Puan KPPD [Pembangunan], Penghulu Mukim dan wakil LPP Asun telahpun diadakan pada 2 Oktober 2012. Mesyuarat memutuskan pihak LPP membersihkan keseluruhan kawasan tapak pejabat tersebut tanpa membayar ganti rugi. Tindakan:KPPD[Pembangunan] 5.1.13 Penghulu Mukim Sanglang Penghulu Mukim Sanglang menerima aduan daripada MKK mengenai jalan daripada Pida 13 ke Pida 9 yang rosak yang mana sering berlaku kemalangan. Pohon dibaiki semula jalan tersebut lawatan teknikal telah diadakan pada 30 September 2012. Pohon peruntukan daripada UPEN. Kelulusan belum diterima. Pohon lampu jalan untuk jalan utama Kg Sanglang Tindakan:KPPD[Pembangunan]
11

Mesyuarat dimaklumkan bahawa bumbung pejabat Penghulu Mukim Sanglang telah dibaiki semula oleh kontraktor. Tindakan:Makluman 5.2 Bahagian Pembangunan Unit Perolehan Bekalan 5.2.1 Ketua Pembantu Tadbir melaporkan mengenai:5.2.2 5.2.3 Pembayaran Elaun MKK/Komuniti Daerah Kubang Pasu telah selesai dibayar pada 4 Oktober 2012 yang lalu.

Lantikan Pengerusi/Setiausaha MKK/Komuniti dilanjutkan selama setahun lagi mulai 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013. Sekiranya terdapat maklumbalas untuk tarik diri/meninggal dunia, Pusat Khidmat DUN perlu mengemukakan maklumbalas jika terdapat perubahan kepada PDKP sebelum dikemukakan kepada pihak UPEN. Tindakan: Pembantu Tadbir MKK/Komuniti 5.3 Bahagian Pentadbiran/Kewangan 5.3.1 Puan Penolong Pegawai Tadbir [Eksekutif] melaporkan mengenai prestasi perbelanjaan mengurus seperti lampiran C berkelat. 5.3.2 Baki peruntukan untuk Kod OBKL 21000 RM105.85 dan Kod OBKL 29000 RM14,441.19 Pihak Pejabat Kewangan Negeri Kedah akan mengeluarkan waran peruntukan bagi kelulusan tambahan gaji. Setelah mendapat kelulusan, pindah peruntukan akan dilakukan ke Kod OBKL 21000. Puan Pengerusi memaklumkan supaya menyediakan kontigensi bagi kursus yang akan diadakan dalam Bajet 2014 nanti.
12

5.4

Hal-Hal Lain 5.4.1 Pembelian Trunk Radio [Walkie Talkie] Maklumat daripada Pembantu Tadbir Aset pendaftaran 1 unit RM100, Lesen RM40 untuk setiap unit dan harga setiap unit trunk radio ialah RM1,500.00 5.4.2 Taklimat Penubuhan Komputer Emergency Respond Team. Pusat Teknologi Maklumat minta lantik: a. CIO [Pegawai Daerah/KPPD] b. CSO [Juruteknik Komputer] Pohon surat perlantikan dihantar ke Pusat Teknologi Maklumat dengan kadar segera. Tindakan:Ketua Pembantu Tadbir[Pentadbiran] 5.4.3 Badan Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan PDKP akan mengadakan pertandingan sukan [dalaman/padang] sepanjang bulan Oktober 2012. Tindakan:Makluman 5.4.4 3 orang pelajar praktikum UUM akan tamat tempoh latihan pada 28 Oktober 2012. 5.4.5 Baju Korporat Juruteknik Kanan mengenai tarikh siap baju korporat. membangkitkan

Tindakan:Bendahari Badan Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan PDKP 5.4.6 Pembantu Tadbir Penghulu Mukim Pelubang membangkitkan mengenai ketiadaan bilik air/tandas untuk Pejabat Penghulu Mukim Pelubang/Wang Tepus. Tindakan:KPPD[Pembangunan] 5.4.7 Mesyuarat dimaklumkan mengenai kenderaan baru PDKP -Nissan Frontier dengan nombor pendaftaran KCJ 9777. Tindakan:Makluman

13

6.0

PENANGGUNAHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguh jam 10.15 pagi


Minit mesyuarat dicatat oleh:Puan Noraini binti Sudin Minit mesyuarat disemak oleh:Encik Afizudin bin Dato Paduka Mohd Saad

14

You might also like