You are on page 1of 28

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan folio Kajian LuarGeografi Tingkatan 2 dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohd Sabrie bin Shafie, guru Geografi Tingkatan 2 Az-Zahrawi kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Md Yusoff bin Haron dan bonda Maznah bt Ibrahim turut membantu untuk menyiapkan kerjakerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerjakerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi,usaha, buah fikiran dan wang ringgit.Terima kasih juga diucapkan kepada adik-beradik saya serta rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk Kampung Lahar Yooi kerana banyak membantu saya dengan memberi maklumat terkini tentang keadaan petempatan di kawasan ini. Sekian terima kasih. Salam hormat dari saya, ......................................... (Najidah binti Md Yusoff)

PENDAHULUAN
Saya Najidah binti Md Yusoff, murid Tingkatan 2 Az-Zahrawi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad. Saya telah menjalankan kajian saya secara individu. Saya telah menjalankan kajian bertemakan petempatan dan perkembangannya.Tajuk kajian saya ialah Petempatan dan Pengangkutan di Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tujuan saya memilih kawasan Kampung Lahar Yooi kerana kawasan ini merupakan tempat tinggal saya. Ekoran daripada itu, ia dapat memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini dan kos kajinya murah kerana saya tidak perlu menaiki bas untuk ke kawasan kajian sebaliknya saya cuma menaiki basikal. Selain itu, saya juga berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang petempatan dan perkembangan di kawasan ini. Di samping itu, sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah mesra. Tempoh kajian yang diberikan kepada saya adalah selama 4 bulan. Saya mula menjalankan kajian ini bermula pada bulan Jun. Masa yang diberikan sudah memadai kerana saya mempunyai banyak masa lapang. Saya telah menemu ramah beberapa responden yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang punca, langkah dan juga kesan pencemaran. Kerjasama yang telah diberikan dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja saya bagi melengkapkan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti pola petempatan di kawasan kajian.

Mengenal pasti tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian.

Menyatakan kajian antara petempatan dan perkembangan kawasan kajian dengan penerapan nilai murni dan patriotisma.

Merekod dan mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual dan peta lakar.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya terletak dalam Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Nama kampung yang saya kaji ialah Lahar Yooi. Lahar ialah lubang manakala Yooi ialah tanah yang mendap ke dalam. Dari sinilah wujudnya nama Lahar Yooi. Kawasan kajian saya terletal di selatan Sekoah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad. Kampung Lahar Yooi terletak di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kedudukan kampung ini terletak berhampiran tebing Sungai Jarak. Di sebelah tenggaranya terletak pusat bandar Tasek Gelugor. Jarak di antara kampung Lahar Yooi dengan pusat Bandar Tasek Gelugor ialah kita-kira tiga kilometer. Luas kawasan Lahar Yooi ialah satu perpuluhan lima kilometer persegi. Terdapat kira-kira seratus buah rumah di kawasan ini. Terdapat banyak sawah padi dan juga kebun getah yang diusahakan oleh penduduk di sini. Kebanyakan daripada mereka beragama Islam. Saya memilih kampung Lahar Yooi sebagai kawasan kajian kerana terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya. Oleh itu, ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Peta Malaysia

Peta Pulau Pinang

Peta Seberang Perai Utara

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yg saya gunakan dalam menjalankan tugas ini ialah :

Pemerhatian Melalui pemerhatian, saya dapat mengenal pasti jenis dan pola petempatan di kawasan kajian.

Temu Bual Saya telah menemu bual 20 responden untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian. Begitu juga untuk mengetahui masalah penduduk serta langkah-langkah menyelesaikannya.

Rujukan Internet Melalui internet, saya memperoleh maklumat tentang Kampung Lahar Yooi secara khusus.

HASIL KAJIAN
o Jenis dan pola petempatan di Kampung Lahar Yooi. Jenis petempatan di kawasan kajian saya ialah petempatan luar bandar. Antara pola petempatan di kawasan kajian saya ialah : Petempatan berkelompok Pola petempatan ini bermaksud bangunan atau rumah dibina rapat-rapat di kawasan yang kecil seperti simpang jalan raya, landasan kerata api, dan sebagainya. Di kawasan kajian saya, penduduk di sini tinggal dalam petempatan berkelompok di likuan sungai.

Petempatan berpusat Pola petempatan ini bermaksud rumah-rumah atau bangunan-bangunan dibina rapat-rapat di kawasan yang luas seperti di bandar raya, bandar, pekan dan persimpangan jalan raya dan landasan kereta api. Penduduk di sini lebih tertumpu pada sekolah, surau dan persimpangan jalan.

Petempatan berjajar Pola petempatan ini bermaksud bangunan atau rumah dibina berderet-deret di sepanjang jalan raya, landasan kereta api, sungai, parit dan terusan. Di kawasan kajian saya rumah penduduk dibina satu deretan atau barisan di sepanjang jalan.

o Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian

Melalui pemerhatian, saya mendapati bilangan penduduk di kawasan kajian semakin bertambah, Ini bermakna, pasti ada daya penarik atau faktor yang mempengaruhi mereka untuk berbuat demikian. Jika tidak, pasti tiada siapa pun yang ingin tinggal di sini.

Faktor-faktor Keselamatan Bentuk muka bumi Sumber air Tanih Jadual 1

Bilangan Respons 20 13 10 6

Jadual dan graf di atas menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi peempatan di Kampung Lahar Yooi. 20 respons mengatakan faktor utama ialah keselamatan. Ini kerana loeh biasanya penduduk di kampung tidak begitu berani melakukan kes-kes jenayah. Jadi, keselamatan mereka akan lebih terjamin. Jadi, tidak hairanlah jika mereka lebih memilih untuk tinggal di luar bandar atau lebih khusus di Kampung Lahar Yooi. 13 respons pula mengatakan salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian ialah bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi disini adalah rata dan mudah bagi penduduk untuk mendirikan rumah.

10 respons mengatakan sumber air sebagai faktor yang mempengaruhi petempatan. Hal ini adalah kerana, sebahagian daripada mereka ialah pesawah padi. Oleh itu, air sangat penting.

Enam respons pula memberi faktor yang mempengaruhi petempatan ialah tanih. Ini kerana, mereka merupan pengusah kebun getah. Oleh itu, tanih sangat penting untuk kesuburan pokok.

o Masalah yang berkaitan petempatan di kawasan kajian

Walaupun hidup penduduk di kawasan kajian ini senang, namun tetap ada masalah yang masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Masalahmasalah yang dikemukan kepada saya tidaklah begitu serius sehingga tidak dapat diselesaikan.

Masalah-masalah Pencemaran udara Keselamatan pelajar Gejala sosial Lain-lain Jadual 2

Respons 18 17 10 4

Berdasarkan graf dan jadual di atas, 18 respons bersetuju bahawa masalah utama di kampung ini ialah pencemaran udara. Hal ini kerana, perbuatan mereka sendiri yang sewenang-wenangnya membakar sampah secara terbuka pada setiap petang. Aktiviti ini akan menghasilkan asap yang tidak menyenangkan. Orang di sekelilingnya pasti akan terhidu asap yang dapat membahayakan diri ini. Selain itu, pencemaran udara ini disebabkan oleh kenderaan berenjin yang akan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia seperti edama, lelah, pendarahan pulmonary dan sebagainya.

17 respons pula berpendapat bahawa masalah keselamatan pelajar menjadi salah satu masalah bagi mereka. Hal ini adalah kerana, tiada lampu isyarat disediakan untuk pelajar menyeberang jalan dengan selamat untuk pergi ke sekolah agama. Para pelajar akan pulang dari sekolah agama dan menyeberang jalan dengan bantuan para pejabat. Oleh itu, keadaan ini akan merisaukan hati ibu bapa mereka tentang keselamatan anak mereka.

10 respons pula memilih masalah gejala sosial. Masalah ini lebih tertumpu kepada remaja. Mengikut pemerhatian saya, setiap hari pasti ada remaja yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Lebih teruk lahi, ada antara mereka yang tidak mempunyai lesen memandu.

Akhir sekali, empat respons mempunyai lain-lain masalah berkaitan petempatan di kawasan kajian. Mungkin seperti kemudahan awam yang sering kali rosak dan sebagainya.

o Langkah mengatasi masalah berkaitan

Setiap masalah yang menimpa pasti ada jalan keluarnya yang mesti kita fikirkan. Pepatah juga ada menyebut mahu seribu ada, tak mahu seribu dalih. Masalah ini harus ditangani dengan segera sebelum masalah ini menjadi lebih teruk.

Masalah utama di kawasan kajian saya adalah pencemaran udara. Bagi menyelesaikan masalah ini ialah dengan penguatkuasaan undangundang di kawasan kajian. Manakala, penduduk mestilah bekerjasama untuk mengelak daripada berlaku kejadian seperti ini. Mereka hendaklah menasihati antara satu sama lain. Badan-badan kerajaan mahupun swasta bolehla dipanggil untuk mengdakan kempen kesedaran tentang bahayanya pencemaran udara kepada makhluk di bumi.

Selain itu, masalah keselamatan pelajar dipilih menjadi masalah kedua. Saya berpendapat bahawa satu lampu isyarat patut dibina di setiap sekolah. Jika pelajar ingin melintas jalan, mereka hanya perlu menggunakan lampu isyrat itu. Oleh itu, ibu bapa akan berasa kurang risau tentang keselamatan anak mereka.

Seterusnya, masalah gejala sosial di kalangan pelajar. Saya sarankan supaya ibu bapa lebih mengambil berat dan memantau aktiviti anak mereka. Nasihatlah anak mereka supaya berubah. Jika tidak dapat ditangani, saya rasa ketua kampung perlu mengambil tindakan. Contohnya, ketua kampung perlu penguatkuasaan undang-undang di kampung Lahar Yooi.

Saya harap masalah ini dapat ditangani dengan secepat mungkin. Hal ini juga untuk kebaikan penduduk di Kampung Lahar Yooi dan kita bersama.

o Penerapan Nilai Murni dan Patriotisma

Setiap manusia mestilah mempunyai semamgat petriotisma dalam diri masing-masing. Contohnya, cinta akan tanah air mahupun cinta akan kediaman sendiri.

Saya sebagai salah seorang penduduk di Kampung Lahar Yooi amat bersyukur dengan nikmat kawasan kediaman yang selesa dan aman ini. Walaupun ada beberapa masalah yang dihadapi di sini namun masalh itu hanyalah masalah kecil yang dapat ditangani.

Saya juga amat berbangga dengan kawasan kediaman saya ini. Hal ini kerana, banyak perkembangan yang telah berlaku di sini. Walaupun nama kampung ini agak unik, namun unik itulah istimewa.

RUMUSAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa perkembangan petempatan yang tidak terancang boleh menimbulkan pelbagai masalah. Tambahan pula dengan sikap penduduk yang tidak bertanggungajawab. Namun, saya menyedari betapa bertuahnya penduduk Kampung Lhar Yooi, kerana kawasan kediaman mereka mempunyai banyak keistimewaan.

Kampung ini mempunyai petempatan dan perkembangan yang baik. Kawasan ini berpontensi untuk dimajukan.

Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang terjadi sudah pun diselesaikan dengan baiknya. Saya yakin dengan adanya kerjasama daripada semua penduduk di Kampung Lhar Yooi, masalah-masalah dapat diselesaikan.

Surat Kebenaran Ibu Bapa Md Yusoff bin Haron, No 4209 Lahar Yooi, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pokok Sena, 3220 Kepala Batas, Pulau Pinang. Tel: 04-5736878

Tuan/Puan,

Menjalankan Kerja Kursus Geografi Tempatan

Merujuk perkara di atas, saya Md Yusoff bin Haron membenarkan anak saya Najidah binti Md Yusoff. Tingkatan 2 Az-Zahrawi untuk menjalankan kajian kursus Geografi bagi memenuhi sukatan pelajaran. Saya faham semasa menjalankan kajian, jika sesuatu tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian terima kasih, Yang Benar, ................................. (Md Yusoff bin Haron)

Surat Kebenaran Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, 13220 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tel: 04-5731237 Tarikh: 19 Sept 2012 KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Tuan/Puan, Kajian Geografi Tempatan (KGT) Perkara di atas adalah dirujuk. 2.Adalah dimaklumkan bahawa Najidah bt. Md Yusoff (No. K/P 980519-07-5110) adalah murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad. Murid ini dikehendaki menjalankan kerja lapangan untuk memenuhi kehendak Sukata Pelajaran Geografi KBSM di Tingkatan Dua. 3.Pihak sekolah ingin meminta jasa baik tuan/puan untuk membenarkan murid ini menjalankan temu bual dan memperoleh maklumat yang berkenaan daripada pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ............................................. (TN. HJ. MD. RADZI BIN BAHARI) Pengetua, SMKA AL-IRSHAD, Pokok Sena.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, 13220 Pokok Sena, Pulau Pinang.

Borang Temu Bual 1. Nama Murid: 2. Tingkatan: 3. Nama Respoden: 4. Jantina: 5. Umur: 6. Pekerjaan: 7. Tarikh: 8. Faktor-faktor:

Keselamatan Bentuk Muka Bumi Sumber Air Tanih

Tandatangan,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, 13220 Pokok Sena, Pulau Pinang.

Borang Temu Bual 1. Nama Murid: 2. Tingkatan: 3. Nama Respoden: 4. Jantina: 5. Umur: 6. Pekerjaan: 7. Tarikh: 8. Masalah:

Pencemaran udara Keselamatan pelajar Gejala sosial Lain-lain

Tandatangan,

RUJUKAN
1. Abdul Aziz Bin Abdul Rahaman, Lin Jin Choon & Ratnam Karuppiah Servai 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan Dua. 2. Chong Mui Sen, 2008. Nexus Xpress PMR Geografi Tingkatan 1, 2, 3. Petaling Jaya: SASBADI SDN. BHD. 3. Laman Web. -http://www.scribd.com/doc/3497377/Mohamad-Helfy-Folio-Geografi-Ting-2. 4. Orang Sumber.

Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan isi kandungan Rujukan Lampiran

Isi Kandungan

Tajuk Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Kerja Kursus Geografi Tingkatan Dua (Perkembangan dan petempatan di Kampung Lahar Yooi)

Nama: Najidah binti Md Yusoff Kelas: 2 Az-Zahrawi No. Kad Pengenalan: 980519-07-5110 Guru Pembimbing: Encik Mohd Sabri bin Shafie

You might also like