You are on page 1of 5

Maksud PEDAGOGI ialah belajar melalui bermain adalah kaedah pembelajaran yang menawarkan skop perkembangan yang menyeluruh

untuk kanak-kanak,termasuk perkembangan kemahiran fizikal,sosial,emosi,intelek dan estatika,Ianya berbeza dari pendekatan akademik yang seriang tertumpu kepada pendidikan formal yang khusus. Di antara teori-teori yang menerangkan PEDAGOGI Piagets stagers of play,Vygotskys social play,Smilanskys socio-dramatic play dan Garveys language play.Para peyelidik di Pen Green juga telah menambahkan penggunaan konsep skema Piaget dan beberapa konsep perkembangan normal kanak-kanak ke dalam program mereka.Maka adalah besesuaian jika program Permata juga mengambil kira aspek skema Piaget dalam menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak di Malaysia. Dewasa ini, banyak sekali kita menjumpai anak-anak yang kehilangan waktu bermain kerana padatnya jadual belajar yang harus dilakukannya setiap hari, seperti mengikuti kegiatan belajar di sekolah, apatah lagi ditambah dengan berbagai kerja sekolah. Waktu anak-anak sudah habis digunakan untuk belajar dan terus belajar.

Ibu bapa sekarang ini sangat obses terhadap anak-anaknya, mereka ingin anaknya sepintar yang mungkin. Ibu bapa juga seringkali lupa atau tidak menyedari bahawa seorang anak bukan sahaja pintar dalam bidang akademik, seperti membaca, menulis dan mengira. Tetapi mereka sering lupa atau tidak terdedah untuk bersosial sesama keluarga,masyarakat malahan dengan ibu bapanya sendiri.

Dunia kanak-kanak adalah dunia bermain, dalam kehidupan anak-anak, sebahagian besar waktunya dihabiskan dengan aktiviti bermain. Mereka mengenal dunia dengan bermain, anak-anak belajar dengan bermain, dan anak-anak bersosial juga dengan bermain.

Bermain bagi anak-anak haruslah dimudahmkerana mampu menghilangkan stress dan tekanan.Proses pedagogi iaitu belajar sambil bermain menimbulkan perasaan yang meriah. Selain perasaan itu, mereka juga belajar banyak dari pedagogi iaitu belajar memahami dan mengikuti aturan yang disepakati, belajar menghargai orang lain, belajar untuk bersaing secara sehat dan jujur, belajar untuk mengenal orang lain dan sebagainya.

Pedagogi memberikan kesempatan pada anak untuk mengembangkan kemampuan emosi, fizikal dan sosial mereka. Melalui interkasinya dengan pedagogi., seorang anak belajar

meningkatkan toleransi mereka terhadap keadaan yang secara potensial dapat menimbulkan frustrasi.

Secara fizikal, pedagogi memberikan peluang bagi anak-anak untuk mengembangkan kemampuan fikiran. anak juga belajar berinteraksi secara sosial, berlatih untuk saling berbahagi dengan orang lain, meningkatkan tolerasi sosial, dan belajar berperanan aktif dalam kelompoknya. Dalam hal ini anak-anak juga menjalani proses pembentukan identiti diri dengan bercermin pada hal-hal yang ada di tengah masyarakat seperti tugas lelaki dan perempuan yang bersesuaian dengan jantina walaupun padagogi belajar didalam kelompok.

Melalui kelebihan Padagogi, anak-anak juga berkesempatan untuk mengembangkan kemampuan mereka, karana melalui permainan serta alat-alat permainan anak-anak belajar mengerti dan memahami suatu gejala tertentu. Kegiatan ini sendiri merupakan suatu proses mengasah bakat dan kelebihan di mana mereka memperoleh informasi dan pengetahuan yang kelak dijadikan landasan ketika mereka sedang membesar.Anak-anak boleh menonjolkan bakat dan kemampuan mereka supaya anak-anak tidak merasa bosan dengan belajar.

Apabila seorang pendidik berjaya menyediakan persekitaran yang bertujuan untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran,kanak-kanak yang berinteraksi dengan persekitaran itu akan mengalami sesuatu proses pembelajaran.Interasi yang spontan sangat digemari oleh kanak-kanak.Ditambah pula dengan minat yang lahir secara dalaman (intrinsic) adalah aspek penting yang perlu dipupuk supaya kanak-kanak belajar melalui bermain. Antara minat yang lahir secara dalaman dari segi bahasa adalah seperti menyampaikan ideaidea,menunjukkan kefahaman seseorang terhadap sesuatu fenomena atau idea orang lain,memahami dan mengingat urutan(sequence),menukar bahasa percakapan kepada bahasa symbol iaitu tulisan dan sebaliknya serta sebagai kemahiran yang penting dalam kemahiran brsosial kanak-kanak. Belajar melalui bermain bagi Math/sains ialah memahami konsep satu-dengan satu,memahami urutan sesuatu nombor atau objek seperti dari yang terpendek kepada yang terpanjang,mempelajari konsep set atau kumpulan,membentuk kefahaman mengenai ruang dan bagaimana sesuatu ruang boleh berubah dan memahami konsep konservasi sesuatu bahan.

Belajar bermain melalui kemahiran dan sikap pula adalah kemahiran motor kasar seperti kebolehan melompat,menendang bola dan memanjat,kemahiran motor halus seperti memegang pensil,koordinasi mata dengan tangan dan menyulam tikar. Selain itu sikap positif terhadap guru dan pusat jagaan menjadikan kanak-kanak riang dan ingin selalu berada disana dan sikap gemar belajar melalui pelbagai media dan cara. Belajar bermain dari sudut estetika ialah kanak-kanak yang berada dalam persekitaran bersih,cantik dan teratur dengan bimbingan pendidik akan dapat membentuk pengayatan terhadap nilai-nilai estetika. Selain itu juga persekitaran yang mempunyai bunyi-bunyi yang berbeza membolehkan kanak-kanak menghargai irama dan muzik dan nilai estika yang berkait dengan pergerakan seperti tarian dan senaman,yoga atau tai chi juga boleh dipupuk dalam diri kanak-kanak. Belajar bermain dari sudut sosial pula adalah kanak-kanak belajar erti berkongsi,bertolak ansur dan bekerjasama. Selain itu kanak-kanak juga belajar bagaimana memahami orang dewasa apabila mereka berlakon (main peranan) sebagai guru atau doktor. Seterusnya kanakkanak juga belajar memahami rakan apabila mereka menukar peranan semasa bermain dan akhir sekai kanak-kanak juga belajar saling membantu(berkolaborasi) dalam usaha menjayakan sesuatu objektif. Pedagogi terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pedagogi Konstruktivis dan Pedagogi berasaskan kepelbagaian kecerdasan.Maksud Pedagogi konstruktivis ialah kaedah konstruktivis adalah cara mengajar yang menggunakan kerangka pembelajaran yang disediakan oleh pendidik sebagai konteks untuk meneroka dan terlibat melaksanakan aktiviti tersebut. Dalam menyediakan kerangka pembelajaran,pendidik perlu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada kanak-kanak(the childs background or prior knowledge) yang disebut oleh Piaget sebagai skema dan minat mereka. Pedagogi ini membolehkan kanak-kanak belajar daripada satu sama lain,dalam persekitaran sosial yang dirancang mengikut minat dan berkebolehan mereka. Pedagogi ini juga dikenali sebagai konstruktivis-sosial (Bronfenbrenner,1979). Pedagogi ini sangat sesuai untuk aktiviti kurikulum Pertama yang melibatkan sesuatu projek,atau aktiviti yang mempunyai elemen penerokaan alam persekitaran. Kaedah pengajaran ini menjadi lebih berkesan apabila digabungkan dengan strategi-strategi yang bertujuan (scaffold) pembelajaran.

Pedagogi berasaskan kepelbagaian kecerdasan adalah teori kepelbagaian kecerdasan oleh Howard Gardner telah diterima pakai dalam sistem pendidikan masa kini yang merangkumi kecerdasan Linguistik(Bijak belajar),Logik matematik(Bijak nombor),Ruang (visualspatial)(bijak gambar),kinestetik-badan(Bodily-kinesthetic)(Bijak pergerakan badan),Muzikal(Bijak muzik),Naturalis(Bijak alam semulajadi),interpersonal dan Intrapersonal. Ini memperakukan bahawa setiap individu mempunyai beberapa jenis kecerdasan yang boleh dikembangkan. Kaedah mengajar ini menggalakkan pembelajaran mengikut bidang minat dan kecerdasan kanak-kanak yang berbagai. Kanak-kanak boleh memilih aktiviti pembelajaran yang mereka minati dan pendidik adalah sebagai sebagai penyokong yang menggalakkan kanak-kanak terus membina kemahiran dalam bidang yang mereka pilih. Pendidik haruslah berperanan dalam melaksanakan padalogi ini. Setiap pendidik juga mestilah dapat mengenalpasti kebolehan kanak-kanak dibawah jagaannya kerana setiap kanak-kanak mempunyai semua kecerdasan tetapi dalam kadar dan kekuatan yang berbezabeza. Pendidik tidak perlu memaksa kanak-kanak untuk menjadi bijak dalam semua kecerdasan tersebut. Padagogi ini sesuai digunakan kerana ia memberi perhatian kepada sifat dan kebolehan kanak-kanak yang berbeza-beza. Kemahiran muzik,kecerdasan berbahasa atau bercerita dan yang berkaitan dengan kecerdasan intuitif,interpersonal dan intrapersonal,praktikal dan estetika,holistic dan analitik,emosional dan fizikal intelektual semuanya ada dalam diri seseorang kanak-kanak dalam kadar yang berbeza. Melalui proses pengajaran yang menitikberatkan keunikan minda setiap kanak-kanak,setiap dari mereka itu akan mempunyai peluang untuk menyerlah dalam bidang kecerdasan masing-masing. Penumpuan terhadap akademik tidak sepatutnya menjadi faktor penting dalam kurikulum. Melihat berbagai manfaat daripada padagogi, maka sudah seharusnyalah kita memberikan kesempatan pada anak untuk bermain walaupun dalam proses pembelajaran. Jangan terlalu ambisius dan terobsesi untuk menjadikan anak pintar secara akademik saja, sehingga membebani anak dengan jadwal belajar yang padat, tanpa memberikan kesempatan untuk bermain. Menyadari bahwa dunia anak yang sesungguhnya adalah dunia bermain, maka potensinya akan dapat berkembang dengan optimal bila anak diberikan haknya untuk bermain. Namun demikian, keterlibatan yang tepat dari orangtua masih tetap diperlukan, terutama dalam hal menyediakan sarana permainan yang aman, nyaman dan efektif. Juga

dalam hal membangun hubungan emosi yang positif dengan anak, memotivasi dan membimbing anak agar dapat memanfaatkan kegiatan bermainnya seoptimal mungkin serta menyeimbangkan waktunya dalam melakukan kegiatan-kegiatan selain bermain. Sebagai contoh, kurikulum permata digubal agar bersesuaian dengan konteks proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah semasa bermain bersama kawan atau guru,semasa atau selepas mengalami sesuatu keadaan sebenar,semasa menyiasat sesuatu kejadian atau objek,semasa rutin dan transisi dan semasa guru menjalankan pengajaran secara berfokus.

You might also like