You are on page 1of 1

Antara estim kendiri rendah yang wujud di kalangan remaja adalah: Mempunyai perasaan rendahdiri: Aku tidak pandai

lah! Dipres dengan keadaan yang dialami: Tidak ada guna lagi aku hidup di dunia ini. Semuanyatidak bererti lagi padaku . Mudah kecewa: Aku sedih. Aku sudah tidak ada harapan lagi hendak masuk universiti. Terdedah kepada kritikan orang lain: Dia ingat dia sahaja yang pandai? Dia siapa? Aku tidaksuka dia komen aku . Mudah terpengaruh: Betul juga katanya. Aku perempuan. Perempuan memang tidak sesuai jadi jurutera. Tidak ada kawalan internal: Aku tidak peduli apa orang lain kata. Aku hendak tumbuk cikgu itu.Aku sudah geram ni! Sentiasa bimbang: Eh, eh Kalau aku gagal dalam peperiksaan nanti apa orang kata? Lari daripada situasi sosial: Mintak maaf lah, saya tidak sihat hari ini. (Sedangkan remaja inisihat) .Terlibat dengan hal delinkuen: Kita adalah kumpulan black-metal dan kita mesti ada undang-undang sendiri dan kita akan bertindak apabila ada pihak berkuasa menghalang kita. Jelassemua? Daripada contoh-contoh di atas, jelaslah estim kendiri yang rendah menyebabkan remaja itumempunyai perasaan negatif pada dirinya. Ini mempengaruhi persepsinya pada orang lain.

You might also like