You are on page 1of 1

HUBUNGAN ANTARA AMALAN PENILAIAN PENSYARAH DENGAN KEPUASAN KERJA PENSYARAH DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Umi Hani binti Abdul Rahman Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti Bandar Penawar

ABSTRAK

Penilaian pensyarah adalah pendekatan terpenting dalam program perkembangan profesionalisme dan peningkatan kemahiran serta ketrampilan pensyarah kolej komuniti. Laporan penilaian ke atas pengajaran pensyarah diperoleh melalui aktiviti pencerapan dalam bilik kuliah dan pengedaran borang soal selidik kepada pelajar. Namun, masih terdapat kelemahan dalam proses penilaian pensyarah hingga menimbulkan persoalan tentang keberkesanan proses tersebut yang dibuat dalam Penilaian Prestasi Tahunan Sistem Saraan Baru. Penilaian yang dijalankan tidak dapat dijadikan sebagai pendekatan untuk membantu pensyarah kolej komuniti dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran. Justeru, timbul persoalan di mana sama ada amalan penilaian pensyarah yang dilaksanakan di kolej komuniti benar-benar dapat meningkatkan kemahiran dan ketrampilan pensyarah sekaligus meningkatkan motivasi serta kepuasan kerja pensyarah. Kajian ini akan dijalankan untuk mengetahui hubungan antara amalan penilaian pensyarah dan kepuasan kerja pensyarah di kolej komuniti. Kajian yang akan dijalankan ini adalah kajian kuantitatif digunakan untuk menganalisis hubungan antara amalan penilaian pengajaran pensyarah dengan kepuasan kerja pensyarah di Kolej Komuniti Bandar Penawar. Sampel kajian terdiri daripada pensyarah yang akan dipilih secara rawak dan mempunyai pelbagai latar belakang. Instrumen kajian yang akan digunakan adalah borang soal selidik yang akan diedarkan untuk mengumpul data daripada pensyarah. Manakala data yang telah dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan hasil dapatan kajian yang tepat, mudah dan mampu menjawab persoalan utama tujuan kajian yang ditetapkan.

Kata Kunci: Penilaian Pensyarah, Amalan Penilaian Pensyarah

You might also like