You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TOMANI

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI Ke-2 2012 Tarikh Hari Masa Tempat : 9.5.2012 : Rabu : 1.30 tengah hari : Bilik Guru

Kehadiran 1 2 3 4 5 6 En. Ikas Rukag Puan Siti Aminah Cik Jenny Emot En. Andiwee Pn. Abang Man Cik Michele Lee Penolong Kanan Pentadbiran Ketua Panitia Sains Setiausaha Panitia Sains AJK AJK AJK

AGENDA

10 Ucapan Aluan-aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia Sains kali ke-2 ini.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit mesyuarat kali pertama 2012 disahkan: Dicadangkan oleh : Cik Michele 2.2 Disokong oleh : En. Andiwee

30 Perkara Berbangkit 3.1 Buku-buku rujukan Sains untuk guru-guru belum diperolehi lagi tetapi untuk murid-murid sudah dapat. Diharap pihak pentadbir menghubungi pembekal yang terbabit bagi menghantarkan buku-buku tersebut. 3.2 Murid-murid yang ponteng kelas SBT perlu diambil tindakan tatatertib agar mereka tidak mengulanginya lagi.

40 Taklimat Pengerusi 4.1 En. Ikas Rukag mengucapkan terima kasih kepada Ketua Panitia Sains, Setiausaha dan AJK Panitia Sains kerana telah mengemaskinikan fail panitia.
4.2 Analisis daripada e-Pantau bulan April yang lalu menunjukkan peratus pencapaian pelajar yang lulus dalam subjek Sains masih sederhana. Oleh itu, guru-guru sains perlu pertingkatkan lagi usaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik.

4.3 Headcount Sains Tahun 1 hingga Tahun 6 telah siap dan diharap pelajar kita dapat mencapai tahap seperti yang tertera dalam headcount tersebut.

4.4 Perlaksanaan Buddy Sistem menunjukkan perkembangan yang positif kerana guru-guru PPSMI dapat berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat dalam meningkatkan P&P Matematik dan Sains.

50 Taklimat Ketua Panitia 5.1 Puan Siti Aminah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia Sains kali ke-2 ini. 5.2 Sukatan Pelajaran Tahunan dan Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6 telah disimpan dalam fail panitia sebagai rujukan guru-guru Sains.
5.4 Makmal Sains telah dibersihkan secara berkala dan diceriakan lagi dengan info-info Sains yang terkini. Terima kasih kepada semua guru sains yang telah bekerjasama.

5.5 Jadual Penggunaan Makmal Sains telah dibuat bagi memudahkan lagi penggunaannya oleh setiap kelas agar tidak bertindih. 5.5 Dalam Makmal Sains ada kemudahan LCD dan speaker, jadi diharap guru-guru sains menggunakannya dengan sebaik yang mungkin. 5.6 Jikalau guru-guru ingin mengajar subjek lain di Makmal Sains, rasanya tidak sesuai kerana mengganggu P&P Sains guru-guru lain. Dicadangkan kepada guru tersebut menggunakan makmal komputer. 5.8 Guru-guru boleh menggunakan buku-buku latihan murid yang baru sampai bagi memantapkan lagi kefahaman mereka.

60 Hal-hal lain
6.1 Cik Michele memaklumkan agar Ketua Panitia mengemaskini inventori barang-barang sains bagi memudahkan guru-guru sains untuk memesan barang yang masih kekurangan.

6.2 AJK PPSMI perlu pergi ke setiap kelas bagi memastikan apakah kerosakan pada barangan PPSMI supaya ianya cepat diatasi.

6.3 Bilik PPSMI yang baru akan dibuat di blok bawah iaitu di pejabat yang lama dulu.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..................................................................

.....................................................................

(Cik Jenny Emot)


Setiausaha

(Puan Siti Aminah)


Ketua Panitia Sains)

You might also like