You are on page 1of 4

Sains & Teknologi LGM

41

Ke Arah Mencapai Konsep Sisa Kepada Nilai Bagi Industri Pemprosesan Lateks
Devaraj Veerasamy & Zairossani Mohd. Nor
Pengenalan Lateks mentah dikumpul dan diangkut didalam tangki pukal dari ladang ke kilang pemprosesan getah. Larutan ammonia 0.1% ditambahkan ke dalam lateks agar ia kekal dalam bentuk cecair sehingga sampai ke kilang pemprosesan lateks. Di kilang, kepekatan lateks dinaikkan daripada kandungan getah kering (KGK) 30% kepada lateks pekat dengan 60% KGK. Letaks pekat merupakan bahan mentah utama dalam penghasilan produk-produk seperti sarung tangan getah, kondom, dan benang lateks. Proses pengemparan (centrifugation) merupakan kaedah yang utama dalam pemprosesan lateks mentah menjadi lateks pekat di mana lateks skim dihasilkan sebagai produk sampingan. Pemprosesan lateks skim membabitkan perolehan semula getah kering sebanyak 4 5% melalui pembekuan dengan asid sulfurik gred rendah. Apabila proses tersebut telah selesai, efluen yang terdiri daripada serum yang mengadungi asid sulfurik dengan kandungan BOD (Biological Oxygen Demand) yang tinggi dilepaskan ke dalam kolam elfuen anaerobik. Kilang-kilang yang tidak mempunyai kaedah penjagaan kolam-kolam anaerobik dengan betul boleh mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar, seperti bau busuk akibat pelepasan gas hidrogen sulfida dari kolam efluen tersebut. Pemprosesan getah mentah juga menggunakan kuantiti air yang banyak. Kolam rawatan efluen mengambil sejumlah besar efluen yang dilepaskan semasa pemprosesan dijalankan. Perbelanjaan yang tinggi diperlukan untuk memastikan sistem rawatan biologi menepati piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) adalah tinggi. Teknik Pemprosesan Untuk Menghasilkan Produk Tambah Nilai Perubahan harus dilakukan dalam pemprosesan lateks mentah dan sistem rawatan bagi efluen yang dihasilkan. Untuk itu, teknologi penghasilan yang lebih efisien harus dibangunkan untuk mengurangkan bahan buangan dan bagi menghasilkan produk tambah nilai dari bahan buangan tersebut. Kitaran semula efluen dan sistem rawatan efluen yang lain juga harus dikaji dengan lebih teliti. Penggunaan sistem rawatan biologi semata-mata mungkin tidak mencukupi untuk menepati standard dan peraturan yang ditetapkan oleh JAS. Kualiti air yang sudah dirawat harus sesuai untuk kegunaan harian dikilang. Pada masa akan datang, semua produk getah dan yang berasaskan getah dijangka perlu menepati kriteria bagi audit dan penilaian kitaran hidup product (Life Cycle Assessment) melalui siri ISO 14000. Pengurangan dan penggunaan bahan buangan dan efluen harus dieksploitasi sepenuhnya bagi menghasilkan bahan tambah nilai, seterusnya mencapai sasaran sisa sifar dan memaksimumkan pendapatan industri pemprosesan lateks pekat. Teknologi Pemisahan Membran untuk Pemprosesan Lateks Mentah Proses pemisahan membran semakin menjadi kaedah pemprosesan yang utama, dan ia mempunyai potensi untuk menjadikan pemprosesan lateks lebih mesra alam. Ini adalah bertujuan untuk mencapai pembangunan berterusan (sustainable developement) dalam industri getah, di samping memastikan bahawa apa-apa peraturan baru yang berkenan dengan alam sekitar yang mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang dapat dipatuhi dengan segera. Kerja-kerja R&D telah dijalankan bagi menilai dan mengapplikasi teknologi pemisahan membran untuk pemprosesan lateks mentah, rawatan efluen dan menghasilkan produk tambah

Sains & Teknologi LGM


42

nilai dari barang buangan kilang pemprosesan lateks. Kaedah Alternatif Untuk Memproses Lateks Mentah Kaedah alternatif untuk memekatkan lateks mentah bagi menghasilkan lateks pekat dan serum yang jernih sebagai produk sampingan telah diselidik. Penyelidikan telah dijalankan selama 3 tahun untuk mengkaji kemungkinan penapisan ultra (ultrafiltration) boleh digunakan sebagai kaedah alternatif dalam pemekatan lateks mentah, seperti dalam Rajah 1. Lateks yang telah dipekatkan dengan jayanya akan mengalami kenaikan KGK dari 30% ke 50%, dengan serum jernih diperolehi sebagai bahan sampingan. Serum jernih yang diperolehi hasil dari proses penapisan ultra dikaji dengan lebih menyeluruh bagi pengekstrakan bahan biokimia. Komponen serum lateks yang terbesar adalah karbohidrat terlarut iaitu quebrachitol yang merupakan bahan mentah atau bahan permulaan yang digunakan bagi sintesis bahan farmasutikal. Komponen utama yang lain dalam serum termasuklah protein yang boleh diproses menjadi media kultur atau bahan makanan bagi haiwan dan komponen-komponen lain yang masih lagi di peringat kajian. Halangan Dalam Menggunakan Pengasingan Membran Untuk Pemekatan Lateks Berdasarkan senario masa kini, penukaran proses pemekatan lateks
SUAPAN

ALIRAN TERTAHAN (Latex concentrate/Skim latex concentrate)

Membran Penapisan Ultra

ALIRAN TELAPAN (Serum)

Rajah 1: Pengunaan proses pemisahan membran untuk memekat lateks mentah dan lateks skim dengan penghasilan lateks pekat atau lateks skim pekat sebagai produk utama
LATEKS SKIM PEKAT YANG TAMBAH NILAI (KGK 30%) LATEKS SKIM

GETAH MENTAH (KGK 30%) Proses Pengemparan LATEKS PEKAT (60% DRC) AIR

Proses Penapisan Ultra


SKIM SERUM Penapisan Ultra & Osmosis Songsang PRODUK TAMBAH NILAI DARI SERUM SKIM

Rajah 2: Pemeketan latex skim berterusan dengan teknik pemisahan

mentah dari teknik pengemparan ke pengasingan membran masih kurang mendapat sambutan. Ini adalah kerana kilang pemekatan lateks yang sedia ada telah banyak melabur dalam pembelian mesin pengempar yang harganya mencecah RM200,000.00 setiap satu yang menyebabkan penukaran kepada peralatan pemekat lateks membran tidak ekonomikal. Tambahan pula, pembuat sarung tangan lateks lebih biasa kepada ciri-ciri produk berasaskan lateks yang dihasilkan melalui proses pengemparan. Lateks dari proses pengemparan terdiri daripada saiz partikel lateks yang mempunyai julat terhad di mana saiz partikel yang lebih kecil serta kebanyakan

bahan-bahan bukan getah diasingkan ke dalam pecahan lateks skim. Di dalam proses pengasingan membran, kesemua partikel lateks diasingkan dengan ciri-ciri yang berbeza dari lateks pekat komersial. Walaupun ciriciri lateks tersebut boleh dinilai tetapi adalah amat sukar untuk mengubah persepsi pemilik kilang produk berasaskan lateks serta para pengguna. Tambahan pula, masalah-masalah alam sekitar di kilang lateks pekat adalah berpunca daripada pemprosesan lateks skim. Sehubugan itu pilihan yang paling sesuai adalah mengubah kaedah pemprosesan lateks skim semasa. Memandangkan masalah alam sekitar di dalam kilang

COPYRIGHT MALAYSIAN RUBBER BOARD

Sains & Teknologi LGM


43

PEMPROSESAN SERUM SKIM

PENAPISAN ULTRA SERUM SKIM Pengekstrakan Protein

Aliran Telapan (Karbohidrat) OSMOSIS SONGSANG Karbohidrat Pengekstrakan Quebrachitol NILAI SIFAR

skim boleh diproses untuk menghasilkan lateks skim pekat, serbuk protein, quebrachitol serta air sebagai produk sampingan. Ini merupakan pendekatan yang ideal bagi mencapai kosep sisa sifar di mana bahan buangan terakhir adalah air yang boleh diminum. Carta keseluruhan pemprosesan semula lateks skim menggunakan teknik pemisahan membran ditunjukkan di dalam Rajah 2 dan Rajah 3. Lateks Skim Pekat Sebagai Bahan Mentah Baru

Air Minum

Program-program R&D sedang dijalankan untuk menilai Perimeter Ujian Lateks Mentah Lateks Skim Lateks Skim Pekat keberkesanan menukarkan lateks Jumlah Kandungan Pepejal (%) 31.2 7.68 31.2 skim pekat (LSP) sebagai bahan KGK (%) 31.2 5.13 30.2 mentah baru. Analisis ciri-ciri Kelikatan (mPascal) 32.3 11.2 36.1 lateks LSP adalah seperti yang pH 6.7 9.60 9.6 ditunjukkan dalam Jadual 1, dimana Saiz patikal (mean) 0.86 m 0.532m 0.61m ia mempunyai purata saiz partikel Jadual 1: Analisis kandongan dan sifat-sifat lateks skim pekat (LSP) dengan yang lebih kecil dan pengagihan perbandingan untuk lateks mentah dan lateks skim yang lebih terhad berbanding lateks pekat adalah berpunca KGK lateks skim dinaikkan dengan lateks mentah yang daripada pemprosesan lateks skim daripada 5% kepada kira-kira 30% mempunyai KGK yang sama iaitu menggunakan penggumpalan asid, (sama dengan nilai KGK lateks 30%. Ini menjadikan LSP bahan penghapusan penggumpalan lateks mentah) dengan serum diperolehi mentah ideal yang memerlukan skim menggunakan asid sulfurik sebagai produk sampingan kelembutan dan saiz partikel sekata merupakan pilihan yang paling dari proses membran. Serum yang membolehkannya digunakan sesuai. Pilihan yang lebih praktikal ini kemudian diproses dengan untuk produk-produk khas saperti adalah menambahkan nilai kepada menggunakan teknik pengasingan membran lateks. Kajian selanjutnya lateks skim dengan memekatkannya membran untuk dipisahkan terhadap LSP sedang dijalankan menggunakan proses pengasingan kepada pecahan karbohidrat dan melibatkan penggunaanya sebagai membran. protein. Pecahan karbohidrat bahan untuk menghasilkan seperti kemudiannya dipekatkan lagi Getah Terepoksida (Epoxidised Pemprosesan Lateks Skim Secara dengan menggunakan proses Natural Rubber) dan Getah Cecair Efektif dan Mesra Alam pengasingan membran yang sesuai (Liquified Natural Rubber). untuk menghasilkan quebrachitol Beberapa operasi sistem membran disamping bahan sampingan yang Kelebihan Perolehan Semula (Rajah 1) dijalankan untuk terhasil iaitu air yang berkualiti dan Lateks Skim memekat lateks skim yang boleh diminum. Serbuk protein diperolehi sebagai bahan sampingan dihasilkan daripada bahagian Perolehan semula lateks skim daripada proses pengemparan. pecahan protein. Oleh itu, lateks melalui proses pemisahan ultra

Rajah 3: Penghasilan produk nilai tambah dari serum lateks dengan air bersih sebagai bahan terakhir untuk mencapai siza-sifar dalam, industri pemprosesan lateks

Sains & Teknologi LGM


44

dapat mengurangkan kos rawatan efluen tanpa kos untuk membeli asid sulfurik bagi penggumpalan lateks skim. Tiada efluen yang mempunyai kandungan sulfat yang tinggi akan dibebaskan, serta tidak terdedah kepada kemungkinan penghasilan gas hidrogen sulfida dan baunya yang merbahaya. Pendapatan kilang akan bertambah hasil daripada penjualan lateks skim pekat yang berkualiti, serta produk-produk yang mempunyai nilai tambah yang diperolehi daripada serum skim. Pertambahan pendapatan sebanyak RM70 juta setiap tahun (berdasarkan nilai penghasilan lateks pekat pada tahun 2005) adalah dijangkakan untuk industri pemprosesan lateks. Pilihan untuk menggunakan semula air yang dahulunya dianggap sebagai air kumbahan akan dicapai, justeru membawa kepada pencapaian konsep sizasifar dalam pemprosesan lateks. Penutup

dihasilkan. Ganjaran dari segi kewangan yang baik bagi pekebun kecil jika sanggup menjadi lebih inovatif, mengubah persepsi serta sanggup melalui paradigm shift dengan menghasilkan lateks berbanding dengan cuplumps. Rujukan
1. DEVARAJ, V., ZAID, I., and ZIN, M. K. (2003) Overview of Waste Management and Recycling Activities of Malaysian Rubber Industries, Proceedings of the 17th Symposium of Malaysian Chemical Engineers 2003, 29-30 December 2003, Penang, Malaysia. 2. DEVARAJ, V., (2004) Membrane Separation Technology for Natural Rubber Processing, Brain Storming Seminar of Department of Technology and Engineering, Malaysian Rubber Board, 16-19 December 2004 , Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia 3. DEVARAJ, V., MERIAM, N.S., NAMBIAR, J. AND YUSOF, A., (2003) Concentartion of NR field latex using Tubular Cross Flow Ultrafiltraion System, Journal of Rubber Research,

(2005)

Environmentally

Friendly

Natural Rubber Latex Concentration by Membrane Separation, Technical Brochure distributed at the 33rd International Exhibition of Inventions, New Techniques and Products, 6-10 April 2005 , Geneva, Switzerland. 7. DEVARAJ, V.,(2004) Concentration of Natural Rubber Field Latex by Ultrafiltration, M. Eng. Sc. Thesis, Department of Chemical Engineering, University of Malaya 8. HARUN, Y., MERIAM, N., S., DEVARAJ, V., and AROUA, M. K., (2004) Ultrafiltration for Treatment of Natural Rubber Effluent Using Gas Sparging Technique, Journal of Rubber Research, 7(4), (2004), P. 220-238 9. DEVARAJ, V., YUSOF, A. and MERIAM, N.S., (2005) Recovery of Waste Latex (Skim Latex) via Membrane Separation, Technical Brochure distributed at the 16th International Inventions, Design and Technology, 19-21 May 2005, Kuala Lumpur Malaysia. 10. DEVARAJ, V., ZAIROSSANI, M., N. (2005) The use of Membrane Separation Technology to Achieve Environment Friendliness in Natural Rubber Processing International Rubber Conference, Yokohama Japan 24-28th of October 2005 11. DEVARAJ, V., ZAIROSSANI, M., N. (2006) Alternative and Environment friendly Skim Latex Processing for Value added Products Recovery, Malaysian Rubber Board Latex Seminar, 18 May 2006 Kuala Lumpur, Malaysia.

Program R&D untuk kaedah 6(1), (2003), P.13-35. alternatif pemprosesan lateks 4. LAU. C. M., (1996) Quebrachitol dengan teknik pemisahan membran an additional role for Hevea latex, ini telah berjaya membangunkan Rubber Developments, Vol. 49, (1996), kaedah untuk memberikan nilai P.11-13, Malaysian Rubber Research premium bagi semua jenis lateks and Development Board, Kuala yang dihasilkan daripada pokok Lumpur. getah tanpa menghasilkan bahan 5. DEVARAJ, V., MERIAM, N.S., buangan. Pemprosesan lateks NAMBIAR, J. and YUSOF, A., (2003), mentah, perolehan semula lateks Environmentally Friendly Natural skim dan produk-produk yang Rubber Latex Concentration via mempunyai nilai tambah daripada Membrane Separation Technology, serum dengan air yang dikitar Proceedings of the 5th International sepenuhnya melalui teknologi Membrane Science and Technology pengasingan membran. Pendapatan Conference, 10-14 November 2003 daripada keseluruhan pemprosesan University of New South Wales, Sydney, lateks akan bertambah jika seluruh Australia. produk tambah nilai dapat 6. DEVARAJ, V. and MERIAM, N.S.

Devaraj Veerasamy

Zairossani Mohd. Nor

You might also like