You are on page 1of 6

MISKONSEPSI DALAM WANG.

PENDAHULUAN

Pengajaran matematik sekolah rendah amat menekankan kepada penguasaan dalam wang. Penekanan terhadap asas wang bukan sahaja memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid, tetapi jauh lebih penting adalah mewujudkan pengalaman bermakna kepada murid-murid. Melalui pengalaman bermakna muridmurid akan membina makna terhadap wang dan seterusnya berupaya

mengaplikasikannya dalam situasi yang baru dalam kehidupan mereka. Oleh itu, penguasaanpengetahuan isi kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge atau PCK) amat diutamakan demi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai..Seseorang guru seharusnya bukan hanya

menganggap pengetahuan isi kandungan atau konsep sahajalah penting untuk pembelajaran berkesan, malah sama pentingnya ialah strateg iatau kaedah pengajaran yang sesuai. Konsep dan miskonsepsi dalam pengajaran perlu diambil kira di samping pengetahuan isi kandungan pedagogi.

Kesukaran dan Miskonsepsi Dalam Pengajaran Topik Wang

Dalam mempelajari matematik murid menghadapi pelbagai kesukaran samada memahami atau mengetahui langkah penyelesaian. Tetapi kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid banyak berpunca daripada kecuaian dan miskonsepsi. Kesukaran berpunca daripada kecuaian murid agak mudah dikesan oleh guru tetapi kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi agak mencabar dan lebih sukar diatasi. Begitu juga semasa mempelajari topik wang,murid-murid menghadapi pelbagai kesukaran dan miskonsepsi di dalam bilik darjah.Pengajaran tentang wang ini harus dilihat daripada dua aspek yang berbeza. Pertamanya ialah, operasi matematik yang melibatkan wang dimana dalam aspek ini murid bukan sahaja perlu menguasai operasi matematik asas yangbiasa digunakan seperti +, -, x dan tetapi juga

operasi dan konsep wang seperti nilai sesuatu unit wang dan penggunaan wang.Keduanya ialah kemahiran penyelesaian masalah melibatkan wang.Berlaku banyak miskonsepsi semasa mengajar topik wang kepada murid Antaranya ialah;

RM 1 50 sen = 105sen atau 000sen.

Dalam ayat matematik tersebut murid memberi jawapan yang salah kerana dia menghadapi miskonsepsi kekeliruan nilai wang.Inj adalah kerana pelajar-pelajar keliru dengan nilai wang RM 1 dan 50 sen. Murid murid perlu memahami yang RM 1 adalah bersamaan dengan 100sen. Murid-murid juga perlu mengetahui nilai keduadua wang ini. Cara mengatasi masalah ini boleh dijalankan seperti keadah kaedah dibawah. Langkah 1 1. Guru membekalkan RM 1 dan wang syiling 10 sen sebanyak 10. Pelajar-pelajar mengira duit sepuluh sen sehingga RM 1. Baru mereka akan memahami yang RM 1 adalah bersamaan dengan 100 sen.

10 sen 10 sen

10 sen

10 sen

10 sen

10 sen

10 sen

10 sen

10 sen

10 sen

Langkah 2 1. Guru mengajar untuk menggunakan konsep tangan terutama sekali untuk pelajar pelajar tahap satu dimana penolakan wang dalam linkungan seratus. Misalnya RM 150 sen , pelajar mengeluarkan sepuluh jari dimana setiap satu jari mewakili 10 sen dan

10 jari mewakili 100 sen.

Rm 1 bersamaan dengan 100sen. Pelajar-pelajar boleh

menolok nilai yang ditolak dengan menggunakan jari. Dari 10 jari itu, pelajar menolak 5 jari iaitu 50 sen dan bakinya ialah 5jari iaitu 50 sen. Penggunaan jari adalah untuk nilai yang kecil sahaja.

Miskonsepsi yang kedua pula semasa melakukan operasi penambahan yang melibatkan lima sen. Contohnya : 35 sen + 5 sen = 85 sen 20 sen + 5 sen = 70 sen Ini adalah kerana mereka menganggap yang 5 sen adalah bersamaan dengan 50 sen. Bagi mengatasi masalah ini guru perlu menunjukkan duit syiling sebenar atau / duit syiling contoh kepada pelajar pelajar tersebut supaya mengetahui perbezaan nilai diantara dua syiling itu. Selain itu guru juga menyuruh pelajar-pelajar untuk menambah 10 sen dengan 5 sen dan menjumlahkanya. Murid-murid perlu menulis ayat matematik berkenaan. Ia diiikuti dengan 20 sen tambah lima sen , 30 sen + 5sen, 40 sen+ 5sen , 50 sen + 5sen dan seterusnya. Ini membolehkan pelajar pelajar mengetahui nilai duit syiling tersebut.

10 sen

5 sen

10 sen + 5 sen

= 15 sen

sen

20 sen

5 sen

20 sen + 5 sen

= 25 sen

sen

50 sen

5 + sen

50 sen + 5 sen = 55 sen

sen

Miskonspsi yang ketiga ialah,banyak atau sedikit kepingan atau helaian wang juga boleh mempengaruhi murid dalam menentukan nilai wang. Dalam hal ini terdapat murid-murid terutama di peringkat awal persekolahan yang menganggap 2 helai duit RM1.00 adalah lebih berharga daripada 1helai RM5.00. Untuk mengatasi miskonsepsi ini, guru hendaklah mengadakan aktiviti yang melibatkan muriddengan wang. Murid diberi wang contoh seakan-akan wang sebenar. Murid diminta menelitiwang berikut dengan mencatat butiran wang seperti warna, berat, nombor yang ditulis danukiran di belakang syiling. Murid dibimbing untuk mengisi jadual yang disediakan olehguru.Contoh jadual :

Jenis duit syiling

Saiz duit syiling

Catatan pada permukaan duit syiling Depan Belakang

5 sen 10 sen 20 sen 50 sen

Miskonsepsi yang keempat yang dapat dilihat semasa mengajar topik ini ialah murid menghadapi kesukaran menulis nilai mata wang dengan tempat perpuluhan yang betul semasa membuat operasi tambah mahupun tolak.Contohnya,

RM 7 + 80 sen = -------------------------

Sebagai langkah penyelesaiannya, murid menulis ayat matematik tersebut seperti, RM 7 + RM 80 ----------------------atau RM 7 + 80 sen -----------------------

Untuk menyelesaikan masalah seperti ini guru perlu banyak membimbing murid cara menulis nilai wang sen dan ringgit di tempat perpuluhan yang betul.murid-murid perlu diberi penekanan untuk meletakkan sifar di tempat ringgit atau sen sekiranya nilai bagi tempat tersebut adalah kosong.Contohnya; RM 7 ditulis sebagai RM7.00 manakala, 80 sen ditulis sebagai RM 0.80.

Miskonsepsi yang kelima ialah,murid murid cuai semasa menjawab soalan,iaitu mereka silap memahami kehendak soalan dimana mereka menggunakan operasi tambah bagi ayat matematik tolak dan menggunakan operasi tolak untuk ayat matematik tambah.Contohnya,guru memberi 4 soalan yang meliputi operasi tambah diikuti dengan 4 soalan lagi yang meliputi operasi tolak.Apabila murid menggunakan operasi tambahsahaja untuk masa yang panjang maka mereka terus mengaplikasi operasi tambah untuk menyelesaikan soalan penolakan.Murid-murid tidak peka terhadap simbol tolak yang diletakkan pada soalan. Sebagai langkah penyelesaian ,murid murid perlu diberi penekanan supaya meneliti simbol-simbol matematik yang terdapat dalam soalan.Murid-murid juga perlu diberi penekanan untuk membaca kehendak soalaanya lebih dari sekali.

You might also like