You are on page 1of 15

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

1.0

PENGENALAN Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) adalah sebahagian daripada pendidikan yang

menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan yang menekankan pembentukan sikap, pengetahuan, kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi. Konsep Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ialah menjadikan pelajar sihat, cergas dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Matlamat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ialah membantu mencapai pembangunan individu kepada tahap yang optimum, membangunkan kemahiran motor yang sesuai dari kemahiran asas hingga kemahiran sukan khusus dan akhirnya menitik beratkan sukan seumur hidup, membangunkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang sesuai untuk kesihatan dan memgajar akan kepentingan kecergasan serta bagaiman ianya mempengaruhi senaman. Di samping itu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berobjektifkan pembangunan fizikal di mana melibatkan pembangunan kuasa fizikal dengan membangunkan pelbagai sistem organan dalam tubuh badan individu seterusnya berobjektifkan pembangunan kognitif supaya dapat menjana tahap keupayaan berfikir dengan pengumpulan pengetahuan atau maklumat serta menginterpretasikan pengetahuan itu. Selain itu, pendidikan jasmani dan kesihatan berobjektifkan juga dari segi pembangunan sosial, emosi dan afektif demi membantu individu dalam menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai ahli masyarakat serta memberi kepuasan dan keseronokan semasa menyertai gerak kerja untuk melahirkan serta melepaskan perasaan sendiri. Seterusnya, pembangunan neuromuskular dan organik turut menjadi objektif kepada pendidikan jasmani dan kesihatan yang mana melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan, perlakuan pergerakan fizikal dengan sedikit tenaga dan bergerak dengan cekap dan indah.

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

2.0

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat

Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan

penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

2.1

KURIKULUM Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau

satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. 2.2 STANDARD Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yang dapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain. Terdapat beberapa sebab dan tujuan standard diwujudkan dalam kurikulum baru ini. Antaranya ialah memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Melalui adanya standard kandungan dan standard pembelajaran , guru dapat mengikuti garis panduan tersebut supaya murid dapat mencapai pembelajaran dengan lebih berkesan. Hal ini, sacara tidak langsung dapat mengatasi keciciran dalam pembelajaran murid di sekolah. Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur oleh guru terhadap murid adalah jelas. Perkara ini dapat dilakukan melalui pentaksiran yang akan dibuat kepada murid. Perlaksanaan yang dibuat adalah berasaskan sekolah. Staretegi penambahbaikan ( assessment for learning ) dapat dikenal pasti juga antara tujuan standard ini dibuat. Oleh yang demikian , guru dan murid akan meningkatkan diri masing-masing untuk mencapai lebih daripada yang telah ditetapkan. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunkan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahuun 2003 kerana dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
3

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab. 2.3 HASRAT KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut seperti insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial dan menjadi warganegara yang bertanggungjawab serta warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)

3.0

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sebagai tranformasi baharu kurikulum

sekolah. Konsep KSSM ini telah dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat JKP Bil.2/2010 pada 26 Oktober 2010. Standard kandungan bagi KSSM untuk pelaksanaan secara berperingkat bermula pada tahun 2014, sumber diperolehi daripada mesyuarat JKP Bil.3/2011 pada 9 Ogos 2011. Sekolah Menengah (KSSM) akan dilaksanakan pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan Negara merupakan kesinambungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ) yang telahpun bermula pada tahun 2011. Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum. Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (20122015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), merupakan salah satu tran formasi pendidikan di Malaysia. Pelaksanaan KSSM membawa transformasi kepada: Perubahan sukatan semua mata pelajaran. Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).
5

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

Mengurangkan fokus peperiksaan. Konsep Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah. Berasaskan prinsip KBSM yang sedia ada. Kesinambungan pendidikan rendah dan menengah Pendidikan umum untuk semua murid Penggunaan ilmu disiplin yang ada Kesepaduan antara unsure ( JERI ) Penekanan nilai-nilai murni Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia. Pendidikan sepanjang hayat. Perubahan Kurikulum Sekolah Menengah kepada: Reka bentuk kurikulum Organisasi kurikulum Kandungan kurikulum Penekanan kepada kemahiran abad ke-21 Kesan positif KSSM : Memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Memupuk sikap pelajar untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi. Menyerlahkan potensi pelajar. Membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan KSSM ini menunjukkan sedikit perubahan dari segi mata pelajaran yang ditawarkan di Peringkat Menengah Rendah di samping perubahan dari segi isi kandungan mata pelajaran tersebut. Berikut adalah mata pelajaran yang akan ditawarkan di peringkat Menengah Rendah beserta dengan jumlah waktu pembelajaran.

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

4.0

IMPLIKASI KSSR DAN KSSM TERHADAP MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia

melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak, Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Pendidikan Jasmani mempunyai banyak matlamat yang boleh menggalakkan para remaja melalui aktiviti fizikal, sosial, psikologikal dan perkembangan akhlak. Ini bertepatan dengan Matlamat Falsafah Pendidikan dalam membangunkan para pelajar dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah (JERIS). Terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh dengan melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani yang dirancang seperti membina keyakinan, bersosialisasi, bekerjasama dan sebagainya. Mata pelajaran ini telah dibentuk di dalam sistem pendidikan negara bagi melahirkan warganegara yang sihat dan cergas di samping menguasai kemahiran sukan dan penerapan aspek pertandingan apabila terpilih menyertai pasukan sukan.

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

Pada pandangan saya, subjek pendidikan jasmani merupakan subjek yang sangat penting di sesebuah sekolah. Langkah bijak yang dicatur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya sangat tepat kerana dengan adanya subjek pendidikan jasmani, murid dapat berinteraksi dengan manusia, berinteraksi dengan alam sekitar dan melakukan pelbagai aktiviti fizikal sekaligus memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani kehidupan yang sihat sejahtera. Selain itu, pendidikan jasmani juga antara subjek yang bertepatan dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan modal insan yang seimbang pada masa akan datang dari segi JERIS iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial yang juga sama dengan objektif subjek pendidikan jasmani itu sendiri.

Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang bertujuan mendidik pelajar untuk bersukan, berekreasi, bersosial dan menjaga kesihatan. Selain dari itu, pelajar juga beroleh kemahiran untuk bertindak semasa kecemasan dan mengaplikasikan gaya hidup sihat. Sasaran Pendidikan Jasmani adalah untuk menggalakkan pelajar untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang aktif. Pendidikan Jasmani mempunyai banyak matlamat yang boleh menggalakkan para remaja melalui aktiviti fizikal, sosial, psikologikal dan perkembangan akhlak. Ini bertepatan dengan Matlamat Falsafah Pendidikan dalam membangunkan para pelajar dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah (JERIS). Terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh dengan melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani yang dirancang seperti membina keyakinan, bersosialisasi, bekerjasama dan sebagainya. Mata pelajaran ini telah dibentuk di dalam sistem pendidikan negara bagi melahirkan warganegara yang sihat dan cergas di samping menguasai kemahiran sukan dan penerapan aspek pertandingan apabila terpilih menyertai pasukan sukan.1

Nilai yang terdapat dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan di bentuk atas prinsip bahawa manusia telah di jadikan sebaik-baik makhluk. Menghargai, memelihara dan meningkatkan keadaan kesihatan diri dan masyarakat. supaya dapat meningkatkan produktif dan kesejahteraan hidup. Menghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dan kesihatan.

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

Menghargai pentingnya mengikut prinsip-prinsip latihan. Menyedari pentingnya rehat dan rekreasi serta mengamalkannya. Mengamalkan lakuan gerak badan yang baik dan sempurna dalam kegiatan harian. Mementingkan langkah-langkah keselamatan dalam sebarang kegiatan harian. Berkeyakinan dalam menyusun program latihan kecergasan dan melakukannya bagi keperluan diri sendiri. Memelihara serta menghargai keadaan tubuh badan yang sihat dan cergas. Bertimbang rasa terhadap orang lain yang menghadapi masalah kesihatan dan bersedia membantu sejauh mana yang boleh. Bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin, bertoleransi serta bersemangat persahabatan, kepimpinan dan kesukanan dalam segala kegiatan sukan dan kegiatan harian.

Perlaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani perlulah di fahami oleh semua pihak terutama pihak sekolah, pihak kerajaan, masyarakat mahupun dari pihak keluarga sendiri. Hal ini sangat penting bagi memudahkan lagi sesi pembelajaran di sekolah, dan pihak ibu bapa juga perlulah memahami kenapa perlunya pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah. Apabila semua pihak sudah memahami kepentingan dan kewajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan di laksanakan di sekolah, ini akan memudahkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran pelajar dan guru di sekolah. Walaupun terdapat pelbagai implikasi atau kesan yang positif terhadap perlaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan di sekolah namun terdapat juga kesan negative hasil dari perlaksanaannya. Terutamanya dari segi aspek keselamatan pelajar itu sendiri. Sebagaimana yang diketahui, pendidikan jasmani melibatkan aktiviti fizikal di kalangan pelajar dan lebih berisiko berlakunya kecederaan jika guru gagal untuk mengambil langkah keselamatan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Kefahaman berkenaan keselamatan dalam pendidikan jasmani amat penting bagi mencegah berlakunya kecederaan terhadap murid melalui cara pengajaran atau latihan yang lebih baik (Wee Eng Hoe, 1994: m.s. 89). Ia juga dapat melindungi pihak sekolah daripada tindakan undang-undang yang tidak perlu akibat kecederaan yang ringan. Pengawasan yang cekap merupakan tanggungjawab setiap guru pendidikan jasmani. Mereka bukan sahaja dijangka cekap dalam setiap aktiviti yang dikendalikan, malah mereka diharap berkeupayaan untuk mengawasi murid dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru
10

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

pendidikan jasmani seharusnya mempunyai panduan am yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Kecederaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani sering berlaku disebabkan guru tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aktiviti yang dijalankan ditambah pula kegagalan merancang pengajaran dan latihan dengan berhati-hati. Oleh itu guru seharusnya menetapkan dan menerangkan peraturan keselamatan untuk kemudahan pendidikan jasmani kepada pelajar sebelum melakukan aktiviti. Guru juga seharusnya mempunyai rancangan pengajaran atau program latihan yang teliti meliputi: 1) 2) 3) Menolong pelajar peka terhadap kemalangan yang mungkin berlaku. Perancangan dan pengetahuan tentang bahan yang diajar. Pengetahuan tentang tahap kebolehan pelajar atau pelatih.

Terdapat sebahagian guru yang mengajar pendidikan jasmani tidak memakai pakaian yang sesuai dan hanya membiarkan pelajar bermain di padang tanpa pengawasan yang rapi. Pelajar yang berada di bawah pengawasan guru pendidikan jasmani seharusnya sentiasa boleh dilihat agar dapat diawasi. Guru juga tidak boleh membiarkan pelajar menggunakan kemudahan pendidikan jasmani tanpa pengawasan guru pendidikan jasmani. Seperti contoh ialah penggunaan bilik kecergasan atau gimnasium seharusnya ada seorang penjaga yang dapat mengawasi perjalanan aktiviti pelajar. Dalam keadaan yang tiada pengawasan, tempat-tempat sebegitu seharusnya dikunci. Namun terdapat pentadbir sekolah yang meletakkan guru tidak berkelayakan dan berkebolehan untuk mengendalikan kelas pendidikan jasmani. Ini telah meningkatkan lagi risiko berlakunya kecederaan akibat kekurangan pengetahuan dan kefahaman guru tersebut untuk mengendalikan kelas pendidikan jasmani. Oleh itu, guru yang ditugaskan untuk mengajar pendidikan jasmani tetapi kurang pengetahuan seharusnya memberitahu pihak pentadbir tentang tahap kebolehannya. Guru pendidikan jasmani seharusnya mengambil langkah-langkah tertentu untuk mempertingkatkan kebolehan diri kerana guru tidak seharusnya mengajar aktiviti tanpa pengetahuan yang mencukupi. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi mencegah kemalangan semasa sesi pendidikan jasmani. Bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan sukan, guru harus memastikan peralatan sukan yang digunakan adalah sentiasa selamat. Alat-alat pencegah kemalangan mesti diwajibkan kepada pelajar seperti pelindung muka untuk penjaga gol hoki dan
11

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

mesti sentiasa dalam keadaan yang baik. Pelajar diwajibkan untuk memakai pelindung dalam apaapa keadaan sekali pun. Sebagai contoh yang lain ialah pelajar mesti memakai shin-guard dalam hoki dan penjaga lutut dalam bola tampar.

Bagi aktiviti tertentu, pelajar tidak dibenarkan melakukannya secara bersendirian dan perlu kepada pembantu atau penyokong. Seperti aktiviti gimnastik dalam pendidikan jasmani dan aktiviti angkat berat atau latihan beban mesti menggunakan penyokong untuk membantu pelajar melakukan aktiviti. Guru boleh mengajar pelajar cara menyokong dan setiap pelajar mesti diajar untuk berbuat demikian. Jika perlindungan atau langkah keselamatan gagal disediakan, aktiviti perlulah diubahsuai mengikut kreativiti guru agar lebih selamat.

Bagi setiap pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru harus bijak memilih aktiviti kepada pelajar. Risiko kecederaan dalam pendidikan jasmani akan meningkat jika guru gagal memilih aktiviti yang sesuai dengan pelajar berdasarkan umur, saiz dan tahap keupayaan atau kemahiran pelajar. Aktiviti mestilah dirancang dengan rapi dan mengikut prinsip ansur maju. Arahan yang diberi mestilah jelas terutamanya bagi aktiviti yang baru diperkenalkan untuk mengelakkan kesilapan yang mungkin mendatangkan kecederaan. Guru mesti memastikan semua pelajar memahami dengan jelas setiap arahan yang diberikan sebelum memulakan aktiviti fizikal.

Aktiviti yang dipilih mestilah sejajar dengan kebolehan pelajar. Pemilihan aktiviti yang sesuai amat penting untuk mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar dan memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani tercapai. Guru tidak boleh memaksa pelajar melakukan aktiviti di luar kemampuan atau keinginan pelajar tersebut seperti pelajar dengan kaki yang sakit tidak boleh dipaksa untuk melompat.

Aktiviti yang dipilih mestilah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar dan menyediakan program yang berperingkat demi mementingkan ciri-ciri individualistik pelajar. Pelajar yang berkebolehan rendah mestilah melakukan aktiviti yang mengikut tahap kebolehannya. Dougherty (1981) melaporkan bahawa kecederaan yang melibatkan aktiviti sukan berbentuk sentuhan mencapai tahap 50% dan aktiviti sukan tanpa sentuhan sebanyak 10% daripada jumlah kos

12

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

kecederaan yang telah dilaporkan secara rasmi. Dalam usaha mengurangkan kecederaan, langkah pencegahan seharusnya diwujudkan dalam program pendidikan jasmani. Menurut Gray (1991), proses pengurusan bahaya dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut : 1) Mengenal pasti bahaya yang berkaitan dengan sukan dan aktiviti fizikal. 2) Menilai bahaya untuk menentukan kebarangkalian berlakunya dan ketenatannya jika bahaya berlaku. 3) Memilih kaedah yang sesuai untuk menguruskan setiap bahaya termasuk pengangkutan, pengelakan, pengurangan dan pengekalan. 4) Melaksanakan prosedur pentadbiran yang sesuai untuk menggerakkan pelan pengurusan bahaya. .

Implikasi pendidikan kesihatan seperti ada guru yang malu untuk mengajar berkaitan dengan pendidikan seksual. Terdapat juga pihak sekolah yang menetapkan guru bukan option untuk mengajar subjek pendidikan kesihatan. Sekiranya proses pembelajaran tidak berlangsung secara terperinci, kemungkinan pelajar tidak akan memahami secara tepat berkaitan tentang pendidikan kesihatan. Selain itu, pihak luar juga banyak yang mendesak bagi memberhentikan proses pengajaran berkaitan pendidikan seksual di peringkat sekolah rendah. Hal ini mereka beranggapan, seusia pelajar di peringkat sekolah rendah tidak sesuai untuk mempelajari hal berkaitan seksual, di khuatir murid sekolah rendah akan terdedah dengan gangguan seksual dan kemungkinan muridmurid akan mengamalkannya.

Sebenarnya, pendidikan kesihatan bukan bermakna mengajar tentang berkaitan pendidikan seksual sahaja, ia merangkumi pelbagai aspek, dari sudut pemakanan, penyakit, masalah obesiti dan sebagainya. Pendidikan kesihatan di laksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan awal kepada murid sekolah rendah dan menengah akan kepentingan kesihatan diri. Hal ini kerana, masalah yang terlalu ketara di alami oleh rakyat Malaysia adalah berkaitan dengan kesihatan, oleh sebab itulah kerajaan mengambil langkah untuk melaksanakan pendidikan kesihatan die sekolah rendah dan menengah.

13

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

5.0

PENUTUP

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah( KSSM ) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Semoga bermula dari tahun 2011 ini, industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan terbaru dalam bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan contoh modal insan dalam kalangan masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana. Oleh itu, peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka. Bagi pelaksanaan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan die sekolah pula, semua pihak perlulah bertanggungjawab mengalas hasrat kerajaan bagi melahirkan modal insan yang seimbang berpaksikan JERIS seperti yang di sebut di atas. Pihak sekolah terutamanya bertanggungjawab memikul amanah ini, pihak sekolah juga tidak boleh memandang enteng terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan di sekolah, kerana terdapat beberapa sekolah yang beranggapan pendidikan jasmani dan kesihatan ini tidak penting berbanding dengan mata pelajaran teras yang lain. Oleh itu, pihak sekolah sendiri perlu
14

ZULKIFLI BIN CHE SHAARI D20101039276

memartabatkan dahulu mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan ini bagi memenuhi hasrat kerajaan iaitu melahirkan modal insan yang seimbang.

15

You might also like