You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2012

28 APRIL 2012,8.00 PAGI BILIK GERAKAN SK MINDEN HEIGHT, GELUGOR, PULAU PINANG AGENDA :

1.

UCAPAN ALUAN Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.

2.

PENGESAHAN MINIT Minit diterima dan disahkan tanpa pindaan.

3.

PERKARA BERBANGKIT

Kebitaraan Sekolah Melalui ICT (5.1) 3.1 Pihak sekolah akan membuat perancangan baru untuk ICT untuk : Guru menggunakan ICT dalam P & P, pengurusan dan ko kurikulum. Murid membudayakan ICT dalam pelajaran secara formal dan tidak formal. Untuk Tindakan dan Makluman Semua 3.2 SKT Utama SKMH 2012 (6.1) Program Coaching & Mentoring merupakan sebahagian SKT sekolah akan diadakan sepanjang bulan Jun hingga November 2012. Untuk Tindakan dan Makluman Semua

3.3 Takwim Sekolah ( 7.1) Undian dibuat memutuskan Sukan Tahunan akan diadakan pada 14 Jun 2012 waktu petang. Tarikh Sukan Tahunan diubah pada 14 Jun 2012 (Khamis) dan cuti peristiwa diubah kepada hari Jumaat. Sesi pagi berjalan seperti biasa untuk persediaan sukan dan kehadiran murid perlu ditanda seperti biasa. Tarikh Peperiksaan turut diubah. Untuk Tindakan dan Makluman Semua

3.4 Jawatankuasa Pengurusan (8.1) Jawatankuasa SBT belum ditubuhkan .Pengurusan Kewangan diuruskan oleh jawatankuasa ini nanti. Setiausaha Sukan akan berubah selepas Sukan Tahunan. Untuk Makluman Semua

MAKLUMAT TERKINI

4.

Konsep Guru Penyayang

4.1. Guru perlu sambut ketibaan murid ke sekolah. Perlu menjadi Caring teachers dan ucapkan Selamat Hari Jadi. 4.2 Perlu buat satu pelan Tindakan/Pelan Operasi/Pelan Tindakan

Untuk Tindakan dan Makluman Semua

5.

KESELAMATAN SEKOLAH

5.1 Jawatankuasa Keselamatan . 5.1.1 Penyediaan tempat parkir guru. 5.1.2 Parkir untuk pentadbir terletak berhampiran kantin. 5.1.3 Kawasan parkir lapang untuk semua guru. 5.1.4. Tempat parkir bagi sesi petang di kawasan kabin . 5.1.5 Semua guru perlu parkir di luar sekolah dahulu dan selesai perhimpunan boleh parkir di kawasan sekolah . 5.1.6 Permintaan guru sesi petang agar pihak ibubapa tidak menghantar anak terlalu awal ke sekolah dan masa yang sepatutnya pada pukul 12.30 tengah hari. 5.1.7 Laporan Jemaah Nazir daripada pelaporan PPDTL secara keseluruhannya tidak puashati ketidakhadiran guru. MC bukan cuti.

Untuk Tindakan dan Makluman Semua 6. 6.1 PENGISIAN ONLINE Latihan Dalam Perkhidmatan

6.1.1 TNA hanya 18 orang belum siap lagi.Kursus yang telah dihadiri perlu diisi dan akan disahkan oleh SU LDP/ GB. 6.1.2 SGM 100% telah siap diisi. 6.1.3 Pengumuman/Maklumat yang ada dalam sistem tiada rahsia. Pihak JPNPP mengingatkan para guru agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan politik dalam FB, twitter atau laman sosial.

Untuk Tindakan dan Makluman Semua 7. 7.1 7.1.1 DISIPLIN Perhimpunan Kemerosotan yang sangat ketara semasa perhimpunan dijalankan. Program tidak berkesan dan post mortem perlu dibuat segera. 8. 8.1 PENGURUSAN SEKOLAH ( GPK 1) Penubuhan 2 buah Jawatankuasa

8.1.1 Jawatankuasa MBM/MBI Setiausaha : Encik Hazali AJK : Pn Kiftiah,Pn Rosnani (BM).Pn Kalavathy (BI),Pn Marini (SC),Pn Ivy (BI) dan Pn Liew (MT) 8.1.2 Jawatankuasa Permata Pintar Setiausaha : En Wan Mohd Azam AJK : Semua guru kelas aliran Baiduri. 8.1.3 8.1.4 e SPLG mesti jawab online sebelum 30 April 2012. Mesyuarat Kurikulum akan diadakan pada hari Isnin ,12.30 tgh di Bilik Gerakan. PENYELIA PETANG 8.1.5 Kedatangan ibubapa dan anak di kantin terlalu awal sehingga keadaan menjadi sesak. Kawalan awal perlu dilakukan di kantin.

Untuk Tindakan dan Makluman Semua

9.

HAL-HAL LAIN

Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(PN ROHAYA BT MOHAMAD) SETIAUSAHA MESYUARAT GURU SK MINDEN HEIGHT

(EN ILIAS B TAJUDIN) GURU BESAR, SK MINDEN HEIGHT

You might also like