Professional Documents
Culture Documents
HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir sesi pembelajaran, pelajar dapat: 1. menyenaraikan 6 fasa yang terdapat dalam fasa pembangunan sistem maklumat mengikut urutan. 2. menerangkan secara lisan proses yang terdapat dalam setiap fasa dengan betul.
PELAKSANAAN PENGAJARAN
Isi Kandungan
1. Set induksi
2. Penerangan tentang fasa pembangunan sistem maklumat. i) Penerangan tentang perbezaan/perbandingan antara fasa pembangunan sistem maklumat, fasa pembangunan multimedia dan fasa pembangunan "programming" ii) Penerangan tentang 6 fasa yang terlibat dalam fasa pembangunan sistem maklumat mengikut urutan yang betul. iii) Pelajar dapat membezakan fasa-fasa yang
Analysis (Analisis)
i) Pelajar dapat memahami konsep yang terdapat dalam fasa pembangunan sistem maklumat.
ii) Pelajar dapat menyatakan 6 fasa yang terlibat fasa pembangunan sistem maklumat dengan betul.
terdapat dalam pembangunan sistem maklumat, pembangunan multimedia dan fasa pembangunan "programming".
Design (Rekabentuk)
Implementation (Pelaksanaan)
Testing (Pengujian)
Documentation (Dokumentasi)
Maintenance (Penyelenggaraan)
Catatan
Masa : 5 minit BBM : Video Nilai: i) Penyelesaian Masalah ii) Kerajinan
Perkembangan Pengajaran :
1. Guru bertanya kepada pelajar tentang konsep mneumonik "ADITDM". 2. Pelajar di pilih secara rawak untuk menjawab setiap perkataan mneumonik tersebut. 3. Guru menerangkan tentang konsep pembangunan sistem dengan menggunakan contoh set induksi dan mencatat di papan putih. 4. Guru menerangkan proses yang berlaku dalam setiap fasa secara ringkas. 5. Pelajar mendengar penerangan guru. 6. Guru menyoal pelajar tentang apa yang mereka lihat pada slide yang ditayangkan. 7. Pelajar memberi respons kepada pertanyaan guru tentang topik yang dipelajari. Masa : 10 minit BBM : Slaid Power Point Nilai: Ketekunan
Aktiviti 1: 1. Guru memberi lembaran kerja kepada pelajar. 2. Pelajar menjawab soalan dalam masa 3 minit.
Aktiviti 2: 1. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan (5 - 6 orang) 2. Ketua kumpulan diminta mengambil sampul dari guru 3. Guru menerangkan syarat permainan kepada pelajar terlebih dahulu. 4. Setiap kumpulan perlu menyusun dan "stapler" keratan-keratan yang terdapat di dalam sampul di tali yang telah disediakan mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-masing mengikut turutan dalam masa 5 minit. 5. Setelah masa tamat, guru meminta pelajar menggantungkan hasil kerja mereka di tempat yang disediakan oleh guru di papan putih. 6.Guru dan pelajar melakukan perbincangan bagi aktiviti 1 dan aktiviti 2. 7.Setiap kumpulan memperolehi ganjaran sebagai motivasi untuk pelajar
Penutup :
1. Guru bertanyakan kepada pelajar tentang 6 fasa pembangunan sistem maklumat. 2. Pelajar memberi jawapan. 3. Guru meminta 2 orang pelajar merumuskan pengajaran. 4. Guru merumuskan semula pengajaran berdasarkan rumusan yang diberi oleh pelajar. Masa: 4 minit
Tugasan :
1. Guru memberi pelajar tugasan mengenai fasa-fasa pembangunan sistem maklumat secara bercetak dan internet. Masa: 1 minit
Refleksi Kendiri :
Aktiviti
Pengesahan