You are on page 1of 13

Kata-kata inspirasi selepas mengalami sesuatu kegagalan

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu. Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda. Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain. Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu. Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.kegagalan itu sendiri tidak dikira. Anda tidak gagal.anda hanya menemui cara yang tidak berkesan. Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu. Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar. Anda tidak harus berkata kenapa saya? Anda seharusnya bersyukur kerana anda telah dipilih. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai. Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguhsungguh.kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya. Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?fikirkanlah!. "lulus" dan "gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.cara baru ialah "pengetahuan" dan"kejahilan". Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.seluruh kehidupan adalah satu ujian. Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang. Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut! Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut gagal!! Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri. Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana. Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari. Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu. Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya. Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa. Hanya orang yang berani gagal dengan teruk mempunyai harapan untuk berjaya dengan hebat sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu. Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat. Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa. Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut. Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan. Terseradung bukannya terjatuh. Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak. Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal. Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah. Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang. Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna. Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan. Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci. Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih. Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki. Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya. Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia. Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu. Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba. Anda bukannya gagal.anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.

Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya. Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi. Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar. Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri. Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini. Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.katakan kegagalan itu adalah pengajaran. Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan. Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam. Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

"bila seseorang mengatakan 'tewas', fikirkan kejayaan. Bila seseorang menyebut "kalah", ingatlah mengenai kemenangan. Jika seseorang menyatakan anda "tidak akan mampu", katakan kepada mereka anda sudah tentu boleh! Dengan sikap anda yang positif, tidak ada gunung yang terlalu tinggi untuk didaki, tidak ada lautan yang terlalu dalam untuk direnangi." nasrudin mohammed, uitm shah alam

"berbanggalah sekadarnya mengenai betapa jauh sebenarnya anda berjalan sehingga tiba di sini; dan yakin serta percayalah pula akan sejauh mana anda boleh meneruskan perjalanan." nasrudin mohammed, uitm shah alam Sesuatu yang diduga mengerah minda fikir. Sesuatu yang difikir, menduga tahap akal. nasrudin mohammed, uitm shah alam

Antara kebaikan dan keburukan, jarang-jarang ada perkongsian kepercayaan yang jelas antara keduanya meskipun setiap orang mengakui kebaikan itu sememangnya baik dan tidak akan memburuk, manakala keburukan itu ada potensi menjadi baik. Cuba renung pemikiran yang dikandung oleh kefalsafahan peribahasa cina ini: "syurga mempunyai jalan, tetapi tiada seorang pun melaluinya; neraka mempunyai pintu masuk, tetapi manusia berebut-rebut menggali-gali bumi untuk memasukinya." (peribahasa cina)

Sekiranya merancang untuk setahun, tanamlah padi. Sekiranya merancang untuk sepuluh tahun, tanamlah pohon; dan sekiranya merancang untuk 100 tahun, didiklah manusia." (peribahasa cina)

Ada suatu peribahasa arab yang menyingkap soal kepemimpinan berkesan. Bunyinya: "suatu bala tentera biri-biri yang dipimpin seekor singa akan menumbangkan suatu bala tentera singa yang diketuai seekor biri-biri." "jika anda bersabar cukup hanya pada satu detik sewaktu dalam kemarahan, anda melepasi dan melangkaui seratus hari kesedihan." Kata aristotle, "sebenarnya amatlah mudah untuk marah - sesiapa pun boleh melakukannya. Namun untuk berasa atau bertindak terhadap orang yang sepatutnya, pada tahap yang betul, pada masa yang tepat, dengan cara yang sesuai dan kena, ia tidaklah semudah itu. Bukan setiap orang mampu melakukannya. Untuk melakukan semua itu adalah sesuatu yang sangat jarang, namun terpuji dan amat mulia." Saya pernah terbaca kata-kata yang indah, dicatatkan nama penulisnya corita kent, antara lain berbunyi, "cintailah setiap detik waktu itu. Bunga mekar dari celah kegelapan malam. Setiap detik waktu itu sentiasa penting dan diperlukan. Ia mempengaruhi keseluruhannya. Hidup adalah peralihan dan penggantian detik-detik waktu seumpama itu. Maka kejayaan adalah pada setiap saat kita menghidupkan setiap detik itu." Kata al-ghazalli, kurang lebih, "untuk memahami, anda perlu mempercaya." "nama baik atau reputasi adalah apa yang orang ketahui mengenai saya. Kemuliaan dan penghormatan adalah apa yang saya sendiri mengerti mengenai diri saya sendiri."

Shakespeare kata, "orang yang bebal berasa dirinya pandai dan bijak, sedangkan orang yang bijak berasa dirinya bebal." Janganlah bergundah-gulana sekiranya mendapat kesusahan. Buangkanlah airmata barang sedikit, namun usahlah berpanjangan. Yang tenang, tetap dan bersih,

seseorang yang benar tidak akan peduli sama ada keseluruhan nilai dirinya musnah daripada hati-hati manusia semata-mata atas niat untuk memperbaiki hatinya sendiri. Dia tidak ingin manusia melihat walau sekecil manapun kebaikan dirinya, dan dia tidak kisah sekiranya keburukan atau kekurangannya diketahui oleh orang lain, kerana sekiranya sebaliknya, ia akan dilihat meninggikan dirinya di mata orang lain, dan itu adalah terkeluar daripada sifat-sifat orang yang siddiqin. Harith al-muhasibi (r.a) "biarkan dunia fana mengenalimu sebagai dirimu sendiri, bukannya mengikut apa yang engkau rasa dan mahu percaya segalanya mengenai dirimu itu." (fannie brice)

"bukankah tidak ada balasan bagi amalan yang baik, melainkan balasan yang baik juga?" (ar-rahmaan, 55:60)

Kata-kata francis bacon agak menarik mengenai membaca, "bacalah, bukan untuk menyanggah dan mengeliru; pun bukan untuk terus mempercaya dan kemudian tidak ambil endah; dan bukan juga untuk semata-mata mencetuskan perbualan dan wacana; sebaliknya untuk menilai dan mempertimbang." Kata hazrat ali bin abu talib, "bertanyalah untuk memahami sesuatu, dan janganlah menyoal kerana ingin mencari kesalahan; kerana tentunya orang yang tidak mengetahui itu ingin menjadi seorang yang berpengetahuan; dan tentunya seorang yang berpengetahuan tetapi cuba menyulitkan keadaan itu adalah merupakan orang yang bebal yang hanya ingin mencari kesalahan."

Semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang Akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak. Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis Untuk dikenang. Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh, tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan. Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata; renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan; renung perbuatanmu, ia menjadi amalan; renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, Yang tinggal hanyalah kenangan. Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat Dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka Tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka. Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk Berjaya kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan. Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur. Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan Orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita. Pujian adalah makanan minda dan ia meransang otak. Otak yang teransang Hasil daripada pujian yang tulus menjadikannya lebih kreatif. Memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yang diletakkan sendiri Didalam rumah. Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara: 1. Teguh menjaga kehormatan 2. Redha menerima apa yang sedikit 3. Berbuat kebaikan setiap hari 4. Memelihara lidah dari perkataan keji Kita akan meras bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan Mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri. Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan tindakanTindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah. Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di Kelopak mata kita.. Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus Mengemukakan dalil kepada orang bodoh adalah mudah tetapi menyakinkannya Amat sukar. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana Keadaan kita semasa hidup. Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu itu.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Hanya orang yang bodoh sahaja akan terhantuk kepada batu yang sama buat Kali ketiga, apabila hantukan yang pertama itu tidak diambil peduli. Kesilapan itu adalah peluang untuk membuat kejayaan yang lebih cemerlang. Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan dan tiada tandingannya bagi Orang yang benar-benar ikhlas mencarinya Angan-angan yang panjang itu adalah salah satu daripada kerosakan dalam Mencapai kejayaan ilmu. Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan allah Lalai sesaat adakalanya mencucurkan air mata setahun- peribahasa belanda

Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda bersiaplah untuk Mengalah demi persahabatan kalian. Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci; lidahnya selalu basah dengan zikrullah; matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa); sabar terhadap perkara yang dihadapi dan mengutamakan akhirat berbanding dunia. " usah dituruti reaksi emosi, lantaran implikasi tak serasi dengan Apa yang diimaginasi " Wanita/perempuan diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah, bukan daripada rusuk bawah untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan

dengan tangan bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang. " jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (la roche) "kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" " hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan" " hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( harieta wahab) Hadiah terbaik kepada kawan - kesetiaan kepada musuh - kemaafan kepada ketua - khidmat kepada yang muda - contoh terbaik kepada yang tua - hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - cinta dan ketaatan kepada manusia - kebebasan " kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki. ( a.l alek wong) " jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya." "usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan" " berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan" " hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain." " dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat" "akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

"selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( saidina ali) " cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (saidina ali) "ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." " lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" "orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri" "seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan." "kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya." "kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada." "apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya." "fikirkan hal-hal yang paling hebat,dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapaiyang tertinggi." "dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang." "kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada ilahi." "rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma." "kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." "mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul." "kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik." "jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan." Koleksi mutiara kata 3 1) jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 2) dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 3) hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. 5) hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. 6) dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 7) ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. 8) kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit engan ikhlas pula lebih mulia! Dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata

yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. 11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. 12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. 13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. 14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong. 17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. 18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa. 19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. 20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri

dilahirkan dari sebuah kemesraan. 21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. 22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. 23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya ayak dibuat kayu api. 25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan. 26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah. 27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita me! makainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. 28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok

yang pastikan mendatang. 29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi . 30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. 31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. 32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati... 33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa" 34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. 36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." 37)"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" 38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" 39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan" 40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. 41) Hadiah Terbaik : -> Kepada kawan - Kesetiaan -> Kepada musuh - Kemaafan -> Kepada ketua - Khidmat -> Kepada yang muda - Contoh terbaik -> Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. -> Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan -> Kepada manusia - Kebebasan 42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan" 43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain." 44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat" 45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". 46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" 47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek

moyang" 48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." 49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika elok menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika

membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

You might also like