You are on page 1of 2

ANALISA GADJET Nama : Pemacu Kilat USB PEMACU KILAT USB iaitu peranti storan ingatan kilat Kapasiti

64 MB 128 GB dengan penambahbaikan berterusan dengan saiz dan harga bagi setiap Gigabit

Jangka hayat dalam jaminan pengekalan data selama 10 tahun menggunakan penyambung USB 1.1 @ USB 2.0

Kelebihan: Tidak terjejas oleh kesan calar, hakisan ataupun habuk yang sering menjadi masalah pada storan magnetik dan optikal serta tahan lasak.

Saiz yang lebih kecil, lebih pantas, boleh menyimpan lebih banyak data daripada sekeping DVD (4.7 GB), dan lebih tahan daripada cakera liut

Sesetengah model pemacu kilat adalah serbaguna dan boleh juga digunakan sebagai pemain audio. menggunakan piawaian alat storan massa USB dengan sokongan pengendali Window, Mac OS X dan Linux sistem

Boleh digunakan pada mana-mana komputer yang dilengkapi port USB. Kebanyakan komputer pada masa sekarang mempunyai sekurang-kurangnya 2 port hub USB, manakala tidak semua komputer mempunyai perakam CD/DVDRW. Disokong oleh semua sistem pengoperasian terkini.

Kitar tulis-padam yang lebih tinggi. Sekeping CD-RW dan DVDRW mempunyai kitar tulis-padam sehingga 1,000 kali manakala DVD-RAM pula mempunyai kitar bacapadam sebanyak 100,000 kali. Sebuah pemacu kilat USB lazimnya mempunyai kitar tulis-padam sehingga melebihi setengah juta kali sebelum gagal.

Kelemahan: Mudah hilang kerana rekabentuk yang kecil. Walaupun harga pemacu kilat semakin murah, kos spesifik penyimpanan data di dalam pemacu kilat masih lebih tinggi daripada DVDRW.

Kebanyakan model pemacu kilat tidak dilengkapi ciri keselamatan seperti suis lindung-tulis ataupun perisian kata laluan, maka lebih mudah berdepan risiko dijangkiti virus. Boleh dirosakkan akibat pendawaian port USB yang tidak betul pada komputer.

Kegunaan: Menyimpan dan mengangkut data - kegunaan paling utama. Kerja membaiki komputer - pemacu kilat USB boleh digunakan sebagai peranti sandaran (backup) bagi pengangkutan pemulihan ataupun boleh mengangkut sesetengah antivirus bagi memulihkan PC yang dijangkiti virus. Pentadbiran sistem - pemacu kilat USB boleh menyimpan konfigurasi sistem serta perisian utiliti bagi tujuan penyelenggaran sistem komputer. Pembawa aplikasi - pemacu kilat USB boleh membawa perisian aplikasi yang tidak memerlukan pemasangan agar dapat digunakan pada mana-mana komputer tanpa pemasangan. Pemain audio - banyak syarikat yang mengeluarkan pemain audio digital peribadi dalam bentuk pemacu kilat USB, misalnya Creative Labs MuVo dan beberapa model Walkman oleh Sony. Memulakan sistem pengoperasian - pemacu kilat juga boleh digunakan bagi tujuan memulakan sistem pengoperasian, jika BIOS pada sesetengah papan induk membenarkan pemacu kilat digunakan sebagai peranti pemula sistem pengoperasian. Dalam permainan komputer - sesetengah permainan membolehkan pemain menyimpan markah, imej skrin dan sebagainya di dalam pemacu kilat.

Media rakaman muzik - kini terdapat set hi-fi rumah serta set audio kereta yang turut menyertakan port USB, membolehkan lagu-lagu daripada pemacu kilat USB dimainkan secara terus. Selain itu, terdapat juga artis seperti Kanye West , Nine Inch Nails dan Ayumi Hamasaki yang turut menjual album mereka dalam bentuk pemacu kilat USB.

You might also like