You are on page 1of 40

HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menganalisis kepentingan program perpaduan
dan integrasi ke arah keharmonian masyarakat
2. Menganalisis pelan tindakan serta strategi ke arah mewujudkan masyarakat berintegrasi di Malaysia 3. Menjelaskan peranan kerajaan, masyarakat dan NGO dalam membentuk integrasi nasional. 4. Menjelaskan konsep integrasi menurut pandangan Islam

KANDUNGAN
Pengenalan Pelan Tindakan Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Berintegrasi Peranan Masyarakat Peranan NGO Integrasi Menurut Perspektif Islam

PENDAHULUAN
Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai keturunan, bangsa, agama dan suku kaum.
Dalam masyarakat pelbagai etnik, integrasi diperlukan untuk mencapai keamanan dan keharmonian bermasyarakat. Semangat nasionalisme Malaysia perlu bagi menyatupadukan seluruh negara.

PELAN & STRATEGI INTEGRASI


Usaha mengukuhkan hubungan etnik secara holitik amat mencabar kerana gagasan yang retorik dan simbolik semata-mata hanya menghasilkan impak yang kurang berkesan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengukuhkan lagi hubungan sosial pelbagai etnik di negara ini serta membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur sosial dan ekonomi. Oleh yang demikian, strategi integrasi perlu dilaksanakan semua pihak iaitu kerajaan, masyarakat dan NGO bersesuaian dengan peranan yang diperlukan.

PELAN TINDAKAN DAN DASAR KERAJAAN

RUKUN NEGARA

WAWASAN 2020

DASAR EKONOMI BARU


JABATAN PERPADUAN NEGARA

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NASIONAL Bermula sebagai Jabatan Perpaduan Negara yang ditubuhkan pada 1 Julai 1969 selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kemudian pada 23 Feb 1971 digantikan dengan Majlis Penasihat Perpaduan Negara untuk memupuk/memelihara perpaduan antara kaum Pada tahun 2004 diwujudkan JPNIN dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

RUKUN NEGARA
Dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Malaysia (MAGERAN) berdasarkan pindaan Draf Rukun Negara yang terbentuk melalui Majlis Perundangan Negara (MPN) Ia adalah ideologi nasional Malaysia yang menjadi panduan untuk merencana program dan dasar negara Ia digunakan sebagai instrumen mengatasi garis pemisah antara etnik untuk membina masyarakat Malaysia yang bersatupadu Iamenjadi peraturan dan norma hidup kepada masyarakat di Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat mewujudkan perpaduan antara etnik di negara ini.

WAWASAN 2020
Diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1991 dengan meletakkan matlamat pembentukan negara maju menjelang 2020 Wawasan 2020 bertujuan: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur Mewujudkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang jauh kedepan Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Diperkenalkan melalui Akta Pelajaran 1961 untuk mewujudkan masyarakat yang harmonis. Antara program : Sekolah Wawasan Bertujuan menyediakan satu ruang sosial bagi pelajar dari pelbagai kumpulan etnik berinteraksi dan menjalin hubungan yang harmoni. Matapelajaran Elektif Tamil dan Mandarin Penawaran matapelajaran Tamil dan Mandarin di sekolah aliran kebangsaan sebagai bahasa kedua menjadi pemangkin proses interaksi dan integrasi antara kaum Pelan Pembangunan Pendidikan Bertujuan mewujudkan masyarakat yang saksama melalui peningkatan taraf hidup serta mengurangkan jurang sosio ekonomi antara etnik dan kawasan.

DASAR EKONOMI BARU


Bermatlamat mencapai perpaduan negara dengan: Memperbetulkanketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah Mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan

PLKN
PLKN bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dikalangan generasi muda, menyatukan golongan muda dari pelbagai kaum dan menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara
Program kurus latihan yang mula dilaksanakan sejak 2004 Setiap tahun 18% daripada remaja berumur 18 tahun pada tahun latihan dipilih untuk menyertai PLKN. Objektif PLKN:
Menanam semangat patriotisme dan cintakan negara Mempertingkat perpaduan kaum dan integrasi nasional Membentuk perwatakn positif melalui nilai-nilai murni Menanam semangat kesukarelaan

1MALAYSIA
Merupakan pendekatan baharu bagi menempa sebuah zaman baharu demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakn prestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia ialah integriti, kebolehan dan kesaksamaan Matlamat 1Malaysia adalah mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian etnik dalam masyarakat Malaysia 1Malaysia merupakan wadah bagi pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

Diperkenalkan pada 2009 dengan slogan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

RUKUN TETANGGA

PERANAN MASYARAKAT

RUMAH TERBUKA DIFUSI BUDAYA

RUKUN TETANGGA
Diperkenalkan pada 1975 Bermatlamat memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara Rukun Tetangga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka.

RUMAH TERBUKA
Rumah terbuka tidaklah bertujuan mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Amalan rumah terbuka memberi kefahaman kepada rakyat bukan Islam tentang nilai hidup ajaran Islam yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia. Amalan rumah terbuka ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, telah mendorong menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita.

Rumah Terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia.

DIFUSI BUDAYA
Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Difusi penyerapan budaya melalui pedagangpedagang berlaku secara sukarela yang tidak disedari. Difusi budaya juga berlaku melalui unsur kesenian dan keagamaan. Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem.

RAKAN COP
PERANAN NGO SUHAKAM ALIRAN

RAKAN COP

Dilancarkan pada 9 Ogos 2004 oleh Kuala Lumpur. Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis (CCC) yang beroperasi 24 jam (hotline, SMS, MMS e-mail dan website) Rakan Cop adalah bersifat Community Oriented Policing dan Smart Partnership Rakan Cop membolehkan polis dan masyarakat saling mengembeleng tenaga dengan lebih berkesan memerangi jenayah dan apa jua masalah keselamatan

Hak Asasi Manusia seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia termasuklah :
Hak untuk bersuara Hak untuk bergerak Hak untuk berhimpun

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam) ditubuhkan pada tahun 1999 melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999.

Antara fungsi SUHAKAM:


untuk mempromosikan kesedaran dan memberikan pendidikan yang berkaitan dengan hak asasi manusia untuk menasihat dan membantu Kerajaan dalam merumuskan undang-undang dan prosedur dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berhubung dengan perjanjian dan dokumen antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia; untuk menyiasat aduan tentang pelanggaran hak asasi manusia.

Aliran Kesedaran Negara (Aliran) adalah gerakan pembaharuan multi-etnik yang pertama di Malaysia yang memperjuangkan keadilan, kebebasan, dan perpaduan. Pendekatan Aliran dipandu oleh nilai-nilai spiritual yang universal, dan fokus pada membina kebersamaan hakiki dengan menjunjung tinggi martabat manusia dan mempromosikan keadilan sosial bagi seluruh Malaysia. Aliran adalah suatu gerakan yang bebas dan autonomi, serta tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan atau persatuan masyarakat awam. Aliran mengamalkan konsep bekerjasama secara aktif dengan kumpulan lain mengenai isu-isu tertentu dengan tujuan khusus.

ALIRAN

INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM


Dalil al-Quran
Firman Allah SWT bermaksud : Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai (Ali Imran 3 : 103) Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya serta janganlah kamu berpecah belah. Maka jika kamu gagal (dan berpecah belah), maka hilanglah kehebatan kamu (Al-Anfal, 8 : 46)

INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang, tolong menolong dan kemesraan sesama mereka adalah seumpama satu badan di mana apabila satu anggota sakit, maka anggota lain juga turut sakit dan demam (Riwayat al-Bukhari)
Sesiapa yang menyakiti kafir zimmi maka sesungguhnya dia menyakitiku, dan sesiapa yang menyakitiku, maka dia menyakiti Allah. (Riwayat Tabrani)

Dalil al-Hadis

INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM


Pandangan Sarjana Islam (1)
Ibn. Khaldun Perpaduan berperanan menyatupadukan pelbagai kaum dan bangsa serta membentuk kekuatan untuk membina peradaban. Jamaluddin al-Afghani Umat Islam perlu bersatu dan berkerjaama bagi menghadapi kolonial Barat. Kejayaan umat islam lampau adalah kerana semangat perpaduan dan integrasi sesama mereka

INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM


Pandangan Sarjana Islam (2)
Abul Ala al-Maududi Umat Islam perlu memahami dan mengamalkan konsep perpaduan berdasarkan al-Quran dan al-Hadis Nik Mustafa Nik Hasan Islam sebagai agama yang sesuai dengan kejadian manusia meletakkan tiga asas penting dalam mencari formula integrasi negara iaitu asas kebenaran, nilai keadilan dan bersifat tolak ansur dan saling bekerjasama

INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM Asas-Asas Integrasi Islam


Ketakwaan kepada Allah Bersumberkan ajaran al-Quran dan alSunnah Bermatlamatkan keridhaan Allah

INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM Kesan Pengabaian Integrasi


Dijajah dan ditindas musuh Mencemarkan imej Islam Umat akan mundur dan memberi kesan negatif kepada pembangunan negara

INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM Langkah Mengintegrasikan Ummah

Pendidikan Persekitaran yang baik Memastikan hak-hak sosio ekonomi dan politik dipenuhi Memperkukuhkan hubungan ulamak dan umarak

INTEGRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM Kepentingan Integrasi Dalam Islam


Keperluan hidup masyarakat Asas pembangunan ummah Meningkatkan syiar Islam Tanda kesempurnaan akidah

PENGUKUHAN
Jelaskan TIGA (3) tanggungjawab masyarakat dalam

memastikan perpaduan etnik sentiasa terpelihara Bincangkan TIGA (3) strategi mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia. Bincangkan TIGA (3) pendekatan integrasi etnik yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk merealisasi agenda perpaduan negara. Buktikan TIGA (3) kejayaan sistem pendidikan dalam mengintegrasikan etnik di Malaysia. Huraikan EMPAT (4) peranan Rukun Negara untuk memupuk perpaduan nasional. Huraikan EMPAT (4) strategi bagi menangani integrasi antara kaum di Malaysia.

TAZKIRAH (8) Petunjuk & Kekuatan Dari Allah

Alam ini ada sunnah dan ketetapan Kehidupan kita di dunia ini juga ditetapkan oleh Allah Dunia ini adalah tempat ujian untuk Dia melihat siapakah di antara kita yang lebih baik Maksud Firman Allah :
Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

Banyak ujian yang perlu dilalui untuk menuju jalan kebenaran. Kita terpaksa bertarung dengan kehendak hawanafsu dan godaan syaitan. Jiwa kita yang lemah perlukan KEKUATAN untuk : Membuka minda dan melihat cahaya petunjuk. Menolak halangan yang menarik untuk terus leka. Memegang erat petunjuk dan pasrah kepada petunjuk Allah

PETUNJUK PERTAMA Kadang-kadang Allah bagi petunjuk dan tegurannya kepada kita seorang, maka kita sahut seruan dan kita menjana kekuatan secara individu dan bukan atas dorongan orang lain. Dengan itu, kita berubah kerana kesedaran dari diri kita sendiri.

PETUNJUK KEDUA Kadang-kadang, Allah bagi petunjuknya kepada keluarga dan orang-orang yang terdekat dengan kita. ContohnyA Allah turunkan bencana kepada ahli keluarga kita. Bezanya ini, eolah-olah kita berubah setelah mendapat bala' dan kita seolah-olah terpaksa

PETUNJUK KETIGA Kadang-kadang Allah bagi petunjuknya melaui insan lain yang menegur kita. Maka kita pun menyahut seruan, aku perlu menjadi lebih kuat.
PETUNJUK KEEMPAT Kadang-kadang Allah bagi petunjuk melalui persekitaran, dunia, harta benda kita dan lainlainnya. Apabila kita ditimpa musibah, maka kita merasakan kita perlu menjadi lebih kuat untuk menghadapi mihnah tersebut Petunjuk-petunjuk tersebut ada turutannya sehingga turutan yang paling akhir supaya kita

Petunjuk terakhir ialah KEMATIAN/MAUT Tapi bezanya pada ketika itu, kita bukan sahaja tidak mampu menjadi kuat, bahkan sudah terlambat. Itu adalah kerana kita melengah-lengahkan untuk menyahut seruan fitrah daripada Allah. Seruan kelesuan jiwa yang meronta-ronta dan mengabaikan suara hati yang ingin kembali kepada Allah. Maka benarlah maksud sabda Nabi saw : Cukuplah dengan maut itu sebagai nasihat / teguran.

PETUNJUK TERAKHIR

Justeru ayoh kita sama-sama untuk membuka mata, memegang tali petunjuk dengan seutuhnya dan menolak kebatilan yang sentiasa memperdayakan kita. Kemudian, apabila kita sudah beroleh petunjuk, kita nanti pula menjadi asbab untuk memberi kekuatan kepada keluarga dan sahabat kita agar mereka bersama-sama kita beroleh kekuatan untuk mendapat petunjuk Allah yang boleh menyelamatkan kita, di dunia dan

Ya Allah, sesungguhnya kami amat memerlukan petunjuk dariMu yang kadang-kadang merupakan teguranMu untuk kami memperbaiki keadaan diri kami dan meluruskan jalan hidup kami. Kurniakan kami kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat... Amin Ya Rabb

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain... janganlah pula anda menambah dukanya....

Sekian Wassalam

You might also like