You are on page 1of 2

myMetro | Bahaya Sindrom X

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BahayaSindromX/Article...

Sertai komuniti myMetro


login|daftar

Layari Isnin, 01 Oktober 2012

Versi Mobile RSS 1klassifieds iMetro Akhbar Digital Team Metro

UTAMA

BERITA

EKSTRA

METROPLUS

GIGS

HATI

RAP

VARIASI

TANYA PAKAR

BIMBINGAN

KOLUMNIS

ARKIB SEMINGGU

VIDEO

myMetro

Setempat

IKLAN

Bahaya Sindrom X
Oleh Dr Norman Mohd Norawi

SEMAKIN umur kita meningkat naik, kita mula menyedari bahawa berat badan kita semakin susah hendak turun. Masalahnya semakin hari semakin naik. Anda menyalahkan diri anda kerana dah tua, stres, makan banyak, terlalu sibuk bekerja hingga tidak bersenam. Senaman adalah salah satu puncanya, tetapi ada satu lagi perkara yang kita tidak sedari. Pemakanan seharian kita yang terlalu tinggi dengan karbohidrat menyebabkan sindrom metabolik atau juga dikenali sebagai Sindrom X. Ia berlaku apabila kita mengambil makanan terlalu banyak karbohidrat yang tidak berkadaran dengan jumlah penggunaan tenaga atau kalori keperluan seharian kita.

Kita selalunya peka dengan pengambilan lemak atau minyak berlebihan dalam makanan setiap hari, tetapi setiap hari kita makan makanan yang tinggi karbohidrat tanpa rasa bersalah. Akibatnya kita mengalami masalah Sindrom X tanpa kita sedari kerana kita tidak memahami bahawa karbohidrat dikelaskan mengikut kadar kepantasan ia ditukarkan kepada glukosa dalam darah sewaktu proses penghadaman. Kadar kepantasan pertukaran ini diberi istilah oleh saintis sebagai Indeks Glisemik atau GI. Apa itu Indeks Glisemik? Pada tahun 1981 satu laporan ditulis dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) mengenai konsep Indeks Glisemik ini sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah.

Laporan itu mengklasifikasikan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindak balas kepadanya. Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk yang dipanggil Indeks Glisemik (GI). Ia diberi satu sistem pernomboran dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan. Makanan yang cepat dihadamkan dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi dengan nilai GI lebih daripada 70. Makanan yang lebih lambat menjadi glukosa pula dipanggil GI Rendah dengan nilai GI kurang daripada 55.

Nilai GI di antara 56 dan 69 pula dipanggil GI Sederhana atau Medium. Makanan yang tinggi nilai GI menyebabkan kenaikan paras glukosa dalam darah dengan cepat. Sebaliknya, makanan rendah nilai GI menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur.

Artikel Lain
Duit sendiri bina kedai 100 bantah pindah Pasangan pengantin pilu naik pelamin Berbalas tembak Sembur lada curi RM448,000

Mutakhir

Pilihan tertinggi

Secara umumnya jika sesuatu makanan itu mempunyai GI yang tinggi maka kita patut makan sedikit sahaja dan jika ia mempunyai GI yang rendah maka kita patut makan lebih banyak.

Banjir di Pendang beransur surut 12:22:00 PM ALOR SETAR: Banjir yang melanda 10 buah kampung di Pendang semakin surut namun 206 orang mangsa ...

Makanan berkarbohidrat yang tidak sihat adalah mempunyai nilai GI yang tinggi seperti, gula pasir (sukrosa) mempunyai GI 75 berbanding karbohidrat daripada buah-buahan (fruktosa) mempunyai GI 19 saja. Oleh itu makan buah-buahan adalah lebih sihat dan akan membantu menurunkan berat badan berbanding mengambil makanan atau minuman manis. Kerana itu tidak hairanlah jika seseorang yang sangat suka makan makanan yang manis-manis akan lebih mudah mendapat penyakit kencing manis. Kementerian Kesihatan sibuk menjalankan kempen kurangkan gula untuk mengurangkan masalah ini.

Seorang lelaki ditemui mati dengan dua kesan tembakan 11:33:38 PM Tembakan disangka mercun 01:48:02 AM Peluang petani baiki rumah 00:08:38 AM
lagi berita
IKLAN

Pengambilan gula di kalangan masyarakat Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia kerana itulah jumlah pesakit yang menghidap masalah kencing manis semakin meningkat setiap tahun dan situasi ini amat membimbangkan kerajaan.

Makanan seperti kentang mempunyai GI 85 dan roti sandwic putih mempunyai GI 75 dan untuk nasi mempunyai GI 64. Makanan berasaskan tepung gandum yang diproses secara umumnya mempunyai GI yang tinggi. Ironinya ramai di kalangan kita yang memilih untuk makan lebih banyak roti dan meninggalkan makan nasi untuk menguruskan badan.

Hakikatnya, makan nasi boleh menurunkan berat badan jika dimakan dengan kuantiti yang sesuai dan juga dengan pengambilan sayur-sayuran dan ulam-ulaman ketika makan nasi.

Dengan cara ini boleh menurunkan lagi GI hidangan itu sehingga di bawah 55. Makan makanan dengan dua nilai GI yang berbeza (iaitu satu tinggi dan satu rendah) akan menurunkan nilai GI hidangan tersebut secara purata.
Tutup Ikla

1 of 2

1/10/2012 3:36 PM

myMetro | Bahaya Sindrom X

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BahayaSindromX/Article...

GI sederhana dan rendah bantu turun berat badan Dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (Jama) pada edisi Mei 2002 melaporkan lebih daripada 311 kajian berkenaan GI dijalankan dan teori bahawa karbohidrat yang mempunyai nilai GI tinggi adalah salah satu punca kepada masalah kegemukan dan kencing manis dibuktikan secara saintifik.

Makan makanan berkarbohidrat dengan GI tinggi seperti gula pasir akan menyebabkan kenaikan paras glukosa dalam darah yang memuncak. Insulin dirembeskan oleh tubuh untuk menurunkan paras glukosa dengan segera.

Sebahagian dapat digunakan sebagai tenaga dan selebihnya disimpan sebagai lemak. Tubuh akan mula berasa lapar semula apabila paras gula turun mendadak dan ini menyebabkan rasa lapar yang berulang-ulang (craving) walaupun baru sekejap kita makan sebelumnya.

Lemak simpanan terus disimpan dan berkumpul semakin lama semakin banyak. Lemak berkumpul di abdomen dan di sekeliling organ dalaman manusia yang menyebabkan masalah buncit. Kajian sains perubatan membuktikan perut buncit atau saiz pinggang sangat berkaitan dengan risiko serangan jantung yang tinggi. Di Amerika Syarikat, NCEP (National Cholesterol Education Program) ATP (Adult Treatment Panel) pada 2001 memberikan beberapa kriteria Sindrom X ini.

Sindrom X menyebabkan keadaan pradiabetik, darah tinggi, meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dan kolesterol berlebihan. Dengan pengambilan makanan dengan GI rendah akan membantu mencegah Sindrom X dan menurunkan berat badan secara mudah. Kita perlu mengurangkan pengambilan gula, kurangkan minuman yang manis, kurangkan makan makanan proses, kurangkan pengambilan makanan berasaskan tepung gandum dan makanan segera. Banyak makan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan mempunyai kandungan serat yang tinggi dan minum air kosong. Penulis Pengamal Perubatan Am (Aesthetik, Anti Aging & Perubatan Regeneratif) Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/01

Kongsi artikel ini menerusi media sosial Kongsi Artikel | Facebook MySpace Google Twitter

+2 Recommend this on Google

UTAMA

BERITA

EKSTRA

METROPLUS

GIGS

HATI

RAP

VARIASI

TANYA PAKAR

BIMBINGAN

KOLUMNIS

ARKIB SEMINGGU

VIDEO

MAKLUM BALAS Hantarkan sebarang pendapat, aduan atau komen anda mengenai laman web Harian Metro ke hmonline@nstp.com.my

PENGIKLANAN Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam akhbar dan laman web Harian Metro.

2012 Harian Metro


Dapatkan tajuk-tajuk berita utama & ikuti perkembangan terkini Harian Metro melalui Twitter

Tutup Ikla

2 of 2

1/10/2012 3:36 PM

You might also like