You are on page 1of 2

myMetro | Hijrah atas kerelaan hati

http://www.hmetro.com.my/articles/Hijrahataskerelaanhati/Article

Sertai komuniti myMetro


login|daftar

Layari Isnin, 24 Disember 2012

Versi Mobile RSS 1klassifieds iMetro Akhbar Digital Team Metro

UTAMA

BERITA

EKSTRA

METROPLUS

GIGS

HATI

RAP

VARIASI

TANYA PAKAR

BIMBINGAN

KOLUMNIS

ARKIB SEMINGGU

VIDEO

myMetro

Rap

IKLAN

Hijrah atas kerelaan hati


Oleh Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

TAHUN 2012 menyaksikan ramai artis terutamanya wanita berubah dengan imej baru iaitu bertudung. Mereka melakukannya atas kerelaan sendiri demi menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT. Antara mereka yang tampil dengan baru ini, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross, Liza Hanim, Ramlah Ram, Noorkhiriah Ahmad Shapie, Raja Farah Raja Aziz, Farah Diana Anuar (Farah AF2), Irma Hasmie Ibrahim, Haryati Hamzah (Yatt), Arbaieyah Abdul Manan (Abby Abadi), Farah Asyikin Zulkifli, Siti Nordiana Mohd Alias, Natasha Hudson, Nurdiyana Amir Hashim (Diana Amir), Siti Fazurina, Noryn Aziz, Sharifah Sofia Syed Hussein, Alliza Abdullah (Enot), Nuremy Ramli, Ana Raffali dan Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid. Jika artis wanita tampil bertudung, artis lelaki juga sudah ramai yang mendalami ajaran Islam seperti Pierre Andre, Iqram Dinzly, Airel Zafrel dan Adam AF. Sempena menyambut kedatangan 2013, Sharifah Sofia, Yatt Hamzah, Natasah Hudson, Farah Asyikin dan Shila Amzah sudi berkongsi pengalaman penghijrahan mereka dengan pembaca RAP.

Artikel Lain
Reza & Marsha serasi Bukan ahli FDAM Soseh Soseh: Rupanya kereta pinjam

Perubahan yang dilakukan mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi ia lahir daripada kesedaran sendiri dan semoga perubahan itu menjadi ikutan peminat kerana adalah kewajipan wanita Islam terhadap Allah SWT.

Sharifah Sofia Sejak dipertemukan jodoh dengan suaminya, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali, Sofia bukan saja menjalani pengalaman baru sebagai isteri bahkan dia juga mendapat hidayah untuk mendekati dan mendalami agama. Sofia yang agak seksi apabila berpakaian sudah pun bertudung. Cerita Sofia, tiada siapa yang mempengaruhi dirinya untuk berubah termasuklah ibu bapa dan suaminya. Dia sendiri yang ingin mendalami agama dan dia tahu apa yang sewajarnya seorang wanita Islam lakukan. Sebaik saja saya mengandungkan anak sulung, Sharifah Ariana, yang kini berusia setahun lima bulan, saya mula mendirikan solat dan membaca al-Quran. Bagaimanapun katanya, saya tidak mahu berubah secara drastik kerana saya mahu setiap perubahan ke jalan Allah SWT itu biarlah berlaku secara perlahan-lahan dan terus kekal selamanya. Saya banyak belajar agama dengan bertanya mereka yang cerdik pandai dan menerusi pembacaan. Sebagai wanita Islam, saya berasakan perubahan yang dialami sangat bagus dan rasa selesa serta tenang. Hasrat saya untuk bertudung juga bukan kerana bermimpi sesuatu yang aneh atau berlakunya perkara yang pelik. Apa yang dilakukan adalah perubahan biasa. Walaupun keluarga agak terkejut dengan perubahan saya tetapi bapa menerimanya dengan baik dan suami pula puji saya cantik bertudung, katanya. Jelasnya lagi, segala yang saya biasa dilakukannya sebelum berkahwin dulu semuanya sudah ditinggalkan. Tiada lagi berparti dengan kawan-kawan dan tidak meninggalkan solat. Dia bersyukur kerana Allah SWT memberi hidayah kepadanya ketika dia masih muda dan doanya setiap hari agar perubahan dirinya itu akan berkekalan.

Soseh Soseh: Rizal nikah 26 Januari

Mutakhir

Pilihan tertinggi

Kaki judi berang maki polis 01:00:14 AM KUALA LIPIS: Berang selepas diarah berhenti berjudi, seorang lelaki memaki sepasukan anggota polis ...

Tujuh jam jadi tahanan 00:05:11 AM


lagi berita
IKLAN

Yatt Hamzah Selepas berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, Suci Hanania Malika, Haryati Hamzah atau Yatt mula terfikir untuk berhijrah menjadi isteri dan ibu yang baik buat cahaya matanya itu. Dia ingin mendidik anaknya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama. Apa yang mengganggu fikirannya, bagaimana dia mahu mendidik anaknya sedangkan dia sendiri tidak berubah dan masih mendedahkan aurat. Sejak remaja Yatt suka membaca buku agama, tetapi hatinya belum cukup kuat untuk merubah penampilan diri apatah lagi apabila dia terkenangkan jika dia bertudung, masih adakah produser dan pengarah yang ingin mengambilnya berlakon. Kebimbangannya itu membuatkan dia liat untuk bertudung. Namun kalau Allah SWT mahu hamba-Nya berubah, dengan sekelip mata perkara itu akan berlaku. Yatt memang mahu bertudung, tetapi dia tidak yakin untuk melakukannya dan ada saja kekangan untuknya melakukan kebaikan. Rakan baik saya, Irma Hasmie yang terlebih dulu berhijrah, mengajak saya ke kelas agama yang diadakan setiap Isnin di Wangsa Melawati, Hulu Kelang yang dibuka oleh syarikat penerbitan buku, Must Read Sdn Bhd. Dari November tahun lepas, kalau ada kelapangan setiap Isnin saya ke kelas itu bersama Irma. Di sana diadakan kelas mengaji al-Quran, belajar tauhid dan fiqah serta pelbagai kelas lain bagi memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap agama Islam. Sejak saya mengikuti kelas itu saya tidak bimbang apa-apa lagi dan saya semakin faham tujuan hidup kita. Allah SWT yang tentukan urusan hidup, mati dan rezeki setiap manusia. Hati yang berkobar-kobar untuk berubah, saya melakukan solat taubat dan dalam doa yang panjang, saya teringatkan dosa terhadap Allah SWT terutama dosa tidak menutup aurat. Meleleh air mata mengingatkan dosa saya selama ini. Sejak ada anak, saya perlu menambah ilmu dan menunjukkan teladan yang baik kepadanya.

Tutup Ikla

1 of 2

24/12/2012 11:04 AM

myMetro | Hijrah atas kerelaan hati

http://www.hmetro.com.my/articles/Hijrahataskerelaanhati/Article

Bukan tak ingat nak bertudung, tetapi saya takut tak boleh bekerja (berlakon) lagi dan tak boleh pegang pelbagai watak. Tetapi selepas melakukan solat taubat pada malam itu, ia merubah seluruh hidup dan pemikiran saya. Pada rakaat terakhir, saya sujud lama di atas sejadah dan perasaan rasa lain macam. Hati saya tiba-tiba sangat aman. Selepas saya memberi salam, saya nekad untuk berubah masa itu juga kerana saya sudah benar-benar yakin dengan ketentuan Allah SWT, katanya yang kini banyak terbabit dalam kerja bersama kumpulan Usrah Fitrah yang disertai ramai artis tanah air seperti Diana Amir, Salima AF, Iqram Dinzly, Irma Hasmie, Siti Nordiana dan Zoey.

Farah Asyikin Beberapa hari sebelum Farah Asyikin mengambil keputusan untuk bertudung, dia rasa seperti ada sesuatu yang akan berlaku padanya. Pada Februari lalu dalam perjalanan balik ke rumahnya selepas menghadiri majlis pertunangan sahabat baiknya, Farhan AF4, dia rasa gelisah. Farah terkenang semula sejak dia akil baligh, dia tidak pernah menjaga auratnya dan tiba-tiba dia berasa sangat takut dengan balasan Allah SWT. Saya rasa lain macam tetapi sebelum itu memang saya rasa ada sesuatu yang mana orang yang dekat dengan saya boleh nampak perubahan itu. Malam itu, apabila sampai di rumah, saya beritahu PA (Pembantu Peribadi) saya mahu mengerjakan solat sunat taubat dan selepas ini kalau berlaku sesuatu pada saya, jangan terkejut. Sepanjang solat saya menangis teringatkan dosa saya pada Allah SWT dan saya mohon pada-Nya leraikan kekusutan di hati ini sebab saya rasa tak tenang. Saya tak tahu kenapa. Saya juga minta petunjuk daripada Allah SWT jika taubat saya diterima-Nya. Sebaik saja selesai berdoa, tiba-tiba saya dengar guruh berdentum kuat dan hujan turun dengan lebatnya. Sama ada itulah petunjuk daripada-Nya ataupun secara kebetulan, saya tak tahulah. Tetapi hujan lebat itu turun sekejap saja. Alhamdulillah, Allah SWT menjawab soalan saya. Beginilah saya sekarang dengan imej baru yang menjadikan saya lebih tenang. Tinggalkan segala yang glamor kerana nikmat daripada Allah SWT itu adalah segalanya untuk saya sekarang. Perubahan ini bukanlah ikutan tetapi lahir dari hati saya sendiri, katanya.

Natasha Hudson Natasha yang mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas keruntuhan mahligainya yang lalu, tampil dengan imej bertudung dan tegasnya dia berubah bukan kerana mahu berkahwin ataupun paksaan suami. Selepas pulang dari mengerjakan umrah pada 21 Mac lalu, dia tiada niat untuk bertudung tetapi kuasa Allah SWT tiada siapa yang dapat menghalang. Saya selalu dengar macam-macam pengalaman orang ke Makkah dan saya sendiri ke sana dengan hati yang gementar dan banyak berdoa minta kehidupan yang lebih baik dalam kerjaya dan keluarga. Ketika di Makkah, saya tidak terfikir pun nak bertudung tetapi apabila tiba di tanah air dan mahu berjumpa keluarga serta rakan, saya rasa macam mahu meletakkan sesuatu atas kepala. Apabila saya pakai tudung, ibu orang paling gembira termasuklah suami. Syukurlah, sampai hari ini hati saya kuat untuk terus bertudung, katanya.

Shila Amzah Ramadan lalu membuka pintu hati Shila Amzah untuk bertudung. Dia menjadikan bulan yang amat mulia itu untuk untuk berhijrah dengan doa berserta harapan, perubahan itu akan kekal sampai bila-bila. Syukur apabila peminat menyokong dan mendoakan saya supaya terus mengekalkan imej bertudung. Alhamdulillah, sejak berimej baru ini, Allah SWT memberi kejayaan dalam kerjaya saya yang mana tidak pernah saya duga langsung. Selama 12 tahun berjuang dalam industri, baru kini saya nampak hasilnya. Setiap hari saya mensyukuri nikmat yang diberikan oleh-Nya dan saya tak mahu leka dengan anugerah-Nya ini. Dia memberi dan dalam sekelip mata juga dia boleh mengambilnya semula, katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23

Kongsi artikel ini menerusi media sosial Kongsi Artikel | Facebook MySpace Google Twitter

Recommend this on Google

UTAMA

BERITA

EKSTRA

METROPLUS

GIGS

HATI

RAP

VARIASI

TANYA PAKAR

BIMBINGAN

KOLUMNIS

ARKIB SEMINGGU

VIDEO

MAKLUM BALAS Hantarkan sebarang pendapat, aduan atau komen anda mengenai laman web Harian Metro ke hmonline@nstp.com.my

PENGIKLANAN Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam akhbar dan laman web Harian Metro.

2012 Harian Metro


Dapatkan tajuk-tajuk berita utama & ikuti perkembangan terkini Harian Metro melalui Twitter

Tutup Ikla

2 of 2

24/12/2012 11:04 AM

You might also like