You are on page 1of 17

HBEF2803

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SANDAKAN, SABAH

HBEF 2803

TAJUK KURSUS: PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

JERRY ANAK BARAT 761223135495001

SEMESTER SEPTEMBER 2012

HBEF2803

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PERAYAAN. 1.1 1.2 1.3 1.4 NAMA PERAYAAN. ETNIK / KAUM YANG MERAYAKAN. TARIKH PERAYAAN. TUJUAN PERAYAAN. 1 1 1 2

2.0

LATAR BELAKANG PERAYAAN. 2.1 2.2 2.3 2.4 SEJARAH / ASAL-USUL PERAYAAN. UPACARA KHUSUS DI DALAM PERAYAAN. INDIVIDU YANG MENGETUAI UPACARA KHUSUS. TEMPAT KHUSUS UPACARA DIADAKAN. 3 4 5 6

3.0

PERSEDIAAN 3.1 SEBELUM PERAYAAN. 3.1.1 3.2 3.3 BULAN RAMADHAN. 6 6 7 8 8 8 10 11 11

SEMASA PERAYAAN. SELEPAS PERAYAAN. 3.3.1 3.3.2 BULAN ZULKAEDAH. BULAN ZULHIJJAH.

4.0 5.0 6.0 7.0

PAKAIAN TRADISIONAL. KUIH-MUIH / JUADAH UTAMA / KHAS. AMALAN DAN PANTANG LARANG. KESAN PERAYAAN 7.1 7.2 7.3 7.4 KELUARGA. PERPADUAN. PELANCONGAN. KEAGAMAAN.

12 13 13 13 14 15

8.0 9.0

RUMUSAN. RUJUKAN.

HBEF2803 1.0 PERAYAAN.

1.1

NAMA PERAYAAN. Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ' ; Ayd al-Fir; "perayaan fitrah")

disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayrami (Turki).

1.2

ETNIK / KAUM YANG MERAYAKAN.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

1.3

TARIKH PERAYAAN.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

HBEF2803 1.4 TUJUAN PERAYAAN.

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat Islam setalah dapat mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

HBEF2803 2.0 LATAR BELAKANG PERAYAAN.

2.1

SEJARAH / ASAL-USUL PERAYAAN.

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.Kalimat fitri sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

HBEF2803 2.2 UPACARA KHUSUS DI DALAM PERAYAAN.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri. Lalu baginda segera bertanya: Kenapa wahai saudaraku? Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

HBEF2803 Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.

Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah.

Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

2.3

INDIVIDU YANG MENGETUAI UPACARA KHUSUS.

Individu yang akan mengetuai upacara solat raya ialah imam. Di rumah, individu yang akan mengetuai upacara ialah tuan rumah atau orang yang lebih tua.

HBEF2803 2.4 TEMPAT KHUSUS UPACARA DIADAKAN.

Tempat sambutan Hari Raya Puasa dijalankan di Masjid pada waktu pagi.Selain itu, sambutan ini juga disambut di desa. Mereka akan berkumpul satu keluarga pulang ke desa untuk menyambut Hari Raya. Selain itu, kubur adalah tempat khusus kerana pada waktu pagi umat Islam akan menziarahi keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.

3.0

PERSEDIAAN

3.1

SEBELUM PERAYAAN.

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan.

Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari dan kadang-kala sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

3.1.1 BULAN RAMADHAN Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

HBEF2803 Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain. Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan. Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

3.2

SEMASA PERAYAAN.

Pada pagi raya,umat Islam bersarapan pagi untuk isi perut.Selepas itu mereka bermaaf-maafan dengan orang yang lebih tua.Umat Islam pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah selepas bermaaf-maafan.Umat Islam pergi menziarahi kubur keluarga yang telah meninggal dunia.Selesai menziarahi kubur,umat Islam pergi ke rumah sedara-mara mereka yng terdekat dan ke rumah kawan-kawan.Bagi yang kanak-kanak,mereka akan dapat Duit Raya dari orang tua atau tuan rumah.

HBEF2803 3.3 SELEPAS PERAYAAN. Selepas sebulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya dengan penuh hikmah dan meriah. Umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

3.3.1 BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

3.3.2 BULAN ZULHIJJAH Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu : Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat. Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan. Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabinabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat 8

HBEF2803 Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa. Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

a) b)

Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.

c)

Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.

d) e)

Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid. Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

HBEF2803 4.0 PAKAIAN TRADISIONAL. Dalam masyarakat kita, hari raya juga bermakna hari untuk menggayakan fesyen dan berbagai ragam bentuk pakaian. Tidaklah salah jika fesyen yang ditunjukkan itu selaras dengan syariat. Apa yang malang ialah jika mengenakan fesyen yang disangka sudah menutup aurat tetapi sebenarnya tidak. Umpamanya mengenakan pakaian yang ketat sehingga menonjolkan bentuk tubuh atau pakaian yang jarang yang boleh dibuat wayang kulit walaupun sudah bertudung. Bentuk pakaian ini amat biasa kita temui semasa merayakan hari raya. Larangan berpakaian sebegini telah disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah dinukilkan oleh Abu Hurairah. Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya (Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian, marilah kita kembali kepada konsep asal menutup aurat sepertimana yang telah digariskan oleh Islam supaya nanti perayaan yang disambut mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan bajubaju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi

10

HBEF2803 5.0 KUIH-MUIH / JUADAH UTAMA / KHAS.

Kuih-muih yang biasa dihidangkan semasa Hari Raya adalah seperti kuih Semprit, Batang Buruk, kuih lapis Sarawak, kek Batu Karang, kek Hati Pari, biskut Makmur dan banyak lagi jenis kuih muih yang berlainan.

Juadah yang lazim dihidangkan semasa Hari Raya pula adalah seperti lemang, ketupat, nasi himpit, rendang, masak kurma dn juga kari ayam. Walau bagaimanapun, sekarang banyak juadah yang berbentuk fusion iaitu yang menggabungkan unsur kemelayuan dan unsur dari bangsa lain turut dihidangkan.

6.0

AMALAN DAN PANTANG LARANG. Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.

Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah. 11

HBEF2803 Dari sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." ], dan juga riwayat dari Umar ( ) menyebutkan bahawa:"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjidmasjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

7.0

KESAN PERAYAAN

7.1

KELUARGA.

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan

ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

12

HBEF2803 7.2 PERPADUAN.

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadi amalan rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

7.3

PELANCONGAN.

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan negara.

7.4

KEAGAMAAN.

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan Ramadhan.

13

HBEF2803 8.0 RUMUSAN.

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa

perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara Malaysia. Salam Satu Malayasia.

14

HBEF2803 9.0 RUJUKAN.

Mohammad Sukki Bin Othman (2004), Pendidikan Islam Tingkatan 3, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Sukki Bin Othman (2009), Nexus Vista PMR Tingkatan 1, 2 , 3, Petaling Jaya, Sasbadi Sdn. Bhd.

8.00 a.m. 23 November 2012 -http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/9754-sejarah-hariraya.html

8.10 a.m. 23 November 2012 - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

15

You might also like