You are on page 1of 9

PENGGUNAAN MODEL KEMATANGAN KEUPAYAAN PENGURUSAN KANDUNGAN ENTERPRISE (ECM3) BAGI MENENTUKAN KEDUDUKAN SISTEM PENGURUSAN REKOD ELEKTRONIK

(SPRE) KERAJAAN Intan Fadzliana Ahmad, Zawiyah M. Yusof Fakulti Teknologi dan Sains Informasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 43300 Bandar Seri Putra Bangi, Selangor, Malaysia. intanfadzliana@kuis.edu.my Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, selangor, Malaysia. zmy@ftsm.ukm.my Abstrak Kertas ini bertujuan untuk mencadang penggunaan Model Kematangan Keupayaan Pengurusan Kandungan Entreprise bagi menentukan kedudukan Sistem Pengurusan Rekod Elektronik (SPRE) dalam kerajaan. Dapatan bagi kertas ini diperolehi melalui kajian perpustakaan dan perbandingan beberapa teori yang diguna pakai dalam pembangunan sistem pengurusan maklumat elektronik sebelum ini. Tidak terdapat satu kaedah atau alat bagi mengukur status atau tahap sistem pengurusan rekod / maklumat elektronik bagi menentukan kedudukan SPRE dalam organisasi kerajaan. Kertas ini memperkenalkan rangka kerja bagi menilai status dan kedudukan sistem pengurusan rekod elektronik dalam organisasi serta mengintegrasi teori pembangunan perisian dan pengurusan maklumat melalui Model ECM3 untuk diguna pakai dalam bidang pengurusan rekod elektronik. Hasil kajian ini diharap dapat membantu kerajaan Negeri Selangor menilai semula tahap dan kedudukan sistem pengurusan rekod elektronik yang diamalkan pada masa kini, seterusnya menyusun strategi yang sewajarnya untuk meningkat keberkesanan dan kecekapan pentadbiran awam negeri. SPRE yang baik dan berkesan mampu meningkatkan akauntabiliti, transparensi dan integriti kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat. Katakunci : Pengurusan Rekod, Rekod elektronik, Sektor Awam Jenis kertas: Viewpoint 1.0 Pengenalan Rekod adalah satu sumber dan aset organisasi yang berharga. Organisasi harus mencari kaedah untuk melindungi dan mengekalkan rekod mereka sebagai bukti tindakan atau transaksi. Organisasi yang tidak mengurus rekod dengan baik, sering menghadapi masalah pada ketika hendak membuat keputusan seperti kehilangan rekod, rekod musnah atau dilupus di luar dari tempoh sewajarnya (Shephard 2006). Menurut Bank Dunia, takrifan bagi kerajaan yang baik bergantung kepada bagaimana sesebuah kerajaan mengguna kuasanya dalam mengurus dan mengguna sumber yang boleh menguntungkan dari aspek sosial dan ekonomi dalam pembangunan negara. Ini termasuk bagaimana sesebuah kerajaan mengendalikan sumber maklumatnya. Kerajaan yang baik juga dilihat melalui kesahan politik, kebertanggungjawaban, ketelusan, keterbukaan dan kedaulatan undang-undang.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

597

Kebertanggungjawaban merupakan antara asas penting bagi sesebuah kerajaan yang baik. Ini kerana perkongsian kawalan dan tujuan kuasa politik, menggambarkan hubungan kesalingbergantungan antara pemerintah dan rakyat. Kedaulatan perlembagaan turut memastikan bahawa pemegang tampuk pemerintahan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap tindakan mereka. Blunt dalam Wamukoya (2004) menjelaskan kaitan antara kebertanggungjawapan pemerintah dan maklumat yang direkodkan sebagai kebertanggungjawapan birokrasi dan kerajaan bergantung sepenuhnya kepada kesediaan dan kesahihan maklumat. Pengurusan rekod yang cekap, berkesan, sistematik dan terancang, mampu memperbaiki dan mempertingkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan. Untuk menjadi kerajaan yang cekap, berkesan, mengekal dan memperbaiki daya saing, maklumat yang ada hendaklah diurus khususnya dalam bentuk rekod yang dicipta dan diterima. Ini boleh dilakukan sekiranya organisasi mempunyai Inisiatif Pengurusan Rekod dan Maklumat (Robek, Brown & Stephens 2000). 2.0 Pengurusan Rekod Kerajaan Menurut Wamukoya (1995), rekod merupakan kepentingan strategik kepada kerajaan dan organisasi kerana mengandungi maklumat yang mempunyai kebertanggungjawaban rasmi, meningkatkan kecekapan pengurus dalam menyalurkan maklumat dan memacu keberkesanan dalam pembuatan keputusan. Usaha ke arah mewujudkan perkhidmatan awam tanpa kertas telah diperkenal di Malaysia atas kesedaran bahawa perkhidmatan awam perlu memanfaat perkembangan teknologi terkini bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusannya. Ini bertujuan bagi membolehkan perkhidmatan awam menyediakan kemudahan terbaik kepada pelanggan. Tumpuan terus diberi kepada penggunaan teknologi maklumat dan automasi pejabat yang dapat mengurangkan penggunaan kertas dan dalam masa yang sama meningkatkan kecekapan serta menjimat masa (MAMPU 1996). Zawiyah (2004) menyatakan, program pengurusan rekod dan maklumat (PPRM) sering tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh organisasi, khususnya oleh pihak pengurusan. Antara faktor yang menyebabkan PPRM tidak mendapat tempat adalah kerana pihak pengurusan atasan keliru dan tidak yakin tentang konsep dan faedah PPRM. Faktor ini menyebabkan organisasi tidak memperuntukkan sumber kewangan dalam belanjawan kerana beranggapan PPRM tidak memberikan pulangan dalam jangka masa yang singkat. Tambahan pula Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mewujudkan jawatan khas seperti pengurus rekod untuk mengendalikan hal ehwal tentang rekod organisasi. Rusnah (2001b) mendapati beberapa masalah dihadapi oleh kerajaan sekiranya satu program pengurusan rekod dan maklumat elektronik yang tersusun dan sistematik tidak dibangunkan. Masalah tersebut ialah: i. risiko penggunaan media yang tidak stabil dan tidak sesuai untuk storan maklumat jangka panjang. ii. risiko kehilangan rekod akibat penggunaan perisian atau amalan membuat salinan bantuan yang lemah. iii. risiko berlakunya pengubahsuaian rekod serta perubahan teknologi perisian dan perkakasan. iv. pembangunan sistem maklumat berelektronik yang secara umumnya bukan dibangunkan untuk penyimpanan rekod. Pengurusan rekod elektronik adalah penting dan signifikan kerana tanpanya organisasi terdedah kepada masalah yang akhirnya menyebabkan kegagalan hasrat kerajaan untuk melaksanakan e-kerajaan. 3.0 Model Kematangan Pengurusan Kandungan Enterprise (ECM3)

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

598

Model Kematangan Pengurusan Kandungan Enterprise (Enterprise Content Management Maturity Model ECM3) boleh diguna bagi menentukan kedudukan SPRE dalam pentadbiran kerajaan. ECM3 merupakan kombinasi dari Model Pengurusan Kandungan Enterprise (Enterprise Content Management Model - ECM) dan Model Kematangan Keupayaan Integrasi (Capability Maturity Model Integrated - CMMI). ECM didefinisi oleh Association for Information and Image Management (AIIM) (2009), sebagai strategi, kaedah dan alat untuk menggarap, mengurus, menyimpan, mengekal dan menyampaikan kandungan serta dokumen berkaitan proses organisasi. Ia termasuk proses dan kemahiran yang diperlukan oleh organisasi untuk mengurus aset maklumat tanpa mengira jenis sepanjang kitar hayatnya (University of Lethbridge 2009). ECM membolehkan maklumat tidak berstruktur organisasi, seperti pembangunan taksonomi maklumat, maklumat berkaitan urustadbir atau operasi organisasi, transformasi dan pencerapan kandungan, pengurusan dokumen, proses pengurusan perniagaan, pengurusan rekod dan pematuhan, carian elektronik dan dapatan elektronik, pengurusan mel elektronik, pengurusan kandungan web dan pengurusan laporan diurus secara sistematik. Komponen maklumat yang terkandung dalam ECM adalah seperti rajah dibawah.

Rajah: Komponen ECM. Sumber: Elkin 2009. Kajian ini memfokus kepada dua komponen ECM iaitu pengurusan dokumen serta pengurusan rekod dan pematuhan. Ini kerana pengurusan dokumen serta pengurusan rekod dan pematuhan adalah saling berkaitan (Wallace et al 1992). Pengurusan rekod dan dokumen yang diurus dengan baik, dapat meningkatkan kredibiliti, akauntabiliti dan ketelusan (Mutula, 2009) pentadbiran awam kerajaan. Model Kematangan Keupayaan (CMM) pula diperkenal oleh Cernegie Mellon Software Engineering Institute (SEI), Cernegie Mellon University, Pittsburgh, Pennsylvania, United State dan diberi peruntukan oleh Jabatan Pertahanan US untuk mengembangkan

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

599

teknologi kejuruteraan perisian. CMM kemudian diperluaskan skopnya meliputi integrasi kejuruteraan perisian, kejuruteraan sistem dan pengurusan projek, dikenali sebagai Model Kematangan Keupayaan Integrasi (CMMI). Model ini membantu dalam mewujudkan satu kaedah permodelan dan pengukuran kematangan proses pembangunan perisian oleh organisasi. Ia memberi gambaran satu skema pengkelasan dalam membangunkan perisian mengikut kemampuan organisasi. CMMI mempunyai lima peringkat dan organisasi boleh mengaplikasikan CMMI untuk keseluruhan organisasi, sebahagian jabatan atau sesuatu projek secara khusus (SEI 2009, Schwalbe 2006). Peringkat kematangan proses pembangunan perisian CMMI adalah seperti pada rajah berikut:

Rajah: Peringkat Kematangan Proses Perisian (CMMI) Sumber: SEI 2009, Schwalbe 2006, Marchewka 2006 i. Peringkat 1: Permulaan Proses pembangunan perisian dianggap sebagai ad-hoc dan kadang kala kelam kabut. Beberapa proses dikenalpasti dan kejayaan bergantung kepada usaha individu. Pembangunan perisian dilaksanakan secara informal dan bergantung kepada tahap kompetensi individu dalam organisasi pembangunan perisian berkenaan. Pembangunan dalam organisasi juga kurang sistematik. Kos pembangunan, penjadualan dan kualiti yang dihasilkan tidak boleh dijangka.

ii. Peringkat 2: Pengulangan Asas pengurusan projek diguna untuk mengurus kos, jadual dan kefungsian. Terdapat sistem pengurusan projek dan kawalan dalam projek pembangunan sistem. Pembangunan sistem adalah terkawal dari segi penjadualan tetapi masih terdapat prosedur ad-hoc. Proses pembangunan adalah berbeza mengikut projek yang dijalankan. Proses dalam organisasi adalah stabil dan aktiviti berlaku secara berulangan dengan piawaian yang dirancang.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

600

iii. Peringkat 3: Pentakrifan Proses pembangunan perisian mula didokumentasi, diseragam dan disepadu dalam piawaian proses pembangunan perisian organisasi. Semua projek mengguna piawaian yang disahkan dan mengikut keperluan organisasi. Terdapat sistem untuk memantau dan menyelaras aktiviti kejuruteraan perisian. Kos dan jadual pembangunan boleh dipercayai. Proses kerja ditakrif dengan rapi dengan pelaksanaan konsisten serta pemahaman sistem yang lebih baik. Terdapat output dan keputusan yang jelas serta peranan kakitangan yang luas. iv. Peringkat 4: Pengurusan Terdapat ukuran terperinci tentang proses pembangunan perisian dan kualiti. Proses pembangunan perisian adalah difahami dan dikawal secara sistematik. Terdapat kawalan statistik terhadap kualiti perisian dan organisasi melaksanakan pengukuran serta memperbaiki ralat berasaskan analisis sebab. v. Peringkat 5: Pengoptimuman Proses pembaikan berterusan membolehkan maklumbalas kuantitatif dari proses, idea dan teknologi inovatif dilaksanakan. Terdapat prosedur yang diwujudkan untuk pengukuran dan pembaikan berterusan mengguna teknologi baru seperti pengautomatan proses.

Lima peringkat kematangan proses pembangunan perisian CMMI sahaja, bagaimana pun kurang sesuai diguna untuk menentukan status sistem pengurusan rekod elektronik kerajaan dalam kerana penilaian tidak melibatkan pembangunan sistem atau mengkaji tentang proses membangun sistem perisian pengurusan rekod elektronik dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Oleh itu, ECM3 adalah tepat dan sesuai diadaptasi bagi menilai status pengurusan rekod elektronik sesebuah kerajaan kerana merangkumi aspek kematangan pengurusan rekod dan dokumen (dari ECM) dan kematangan dalam pembangunan perisian (dari CMMI) bagi menilai tahap SPRE. Model ECM3 yang dibangun dari kombinasi dua model, iaitu Model Pengurusan Kandungan Enterprise (ECM) dan Model Kematangan Keupayaan Integrasi (CMMI), dihasilkan dari usahasama empat firma iaitu Wipro, Smigiel Consulting Group dan Hartman Communicatie bagi konsultasi dan sebuah syarikat analis iaitu CMS Watch yang berpangkalan di USA. Model ECM3 merangkumi dan menyentuh pelbagai bidang dalam pengurusan organisasi., khususnya pengurusan rekod. Bagi meningkatkan keberkesanan model ini, ECM3 memerlukan strategi yang tersusun, teknologi, urustadbir dan pelaksanaan secara menyeluruh (Sharpe 2009). 4.0 Pengukuran Kematangan Terdapat pelbagai kaedah pengukuran kematangan ECM3. Kematangan yang dimaksudkan memberi kesan kepada pengembangan pelaksanaan sistem dari peringkat jabatan kepada peringkat seluruh organisasi, kesempurnaan dalam mengurus kitar hayat rekod kritikal organisasi, serta jumlah rekod yang diurus dengan baik. Model ECM3 dibahagikan kepada 13 atribut melalui tiga kategori iaitu manusia, maklumat dan sistem. Kategori ini dinamakan dimensi kematangan, yang diaplikasi merentasi organisasi tanpa mengira jenis industri, saiz, teknologi dan objektif perniagaan. Susunan 13 atribut dalam dimensi kematangan adalah

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

601

secara rawak dan tidak mengikut susunan keutamaan (Sharpe 2009). Berikut adalah rajah dimensi kematangan bagi ECM3:

Rajah: Dimensi Kematangan ECM3 Sumber: Sharpe 2009. Berdasarkan rajah Dimensi Kematangan ECM3, terdapat 13 pecahan dalam dimensi kematangan mengikut kategori. Bagi dimensi manusia, atribut yang diambil kira bagi menilai tahap kematangan adalah kepakaran dalam urusan kerja, kemahiran teknologi maklumat, proses dan penjajaran. Dimensi maklumat mengambil kira kandungan dan metadata, kedalaman atau kesempurnaan dalam pengurusan kitar hayat rekod, urustadbir yang meliputi polisi dan prosedur berkaitan teknologi maklumat, peluang guna semua rekod dan keupayaan untuk mencapai semula rekod yang perlu pada masa yang sepatutnya. Dimensi sistem mengandungi skop atau keupayaan fungsi sistem, kelebaran atau kebolehupayaan untuk pengembangan sistem apabila perlu, keselamatan terhadap akses rekod dan kebolehgunaan yang sesuai dengan keperluan organisasi. Perincian tentang setiap atribut bagi dimensi kematangan adalah seperti jadual berikut. Jadual: Penerangan atribut bagi dimensi kematangan ECM3 Atribut Penerangan Kepakaran Kelulusan akademik kakitangan serta kefahaman terhadap teras Operasi Kerja ECM. Teknologi Keupayaan menggunakan kelebihan sistem dan Maklumat bertanggungjawab terhadap sistem baru. Proses Mengembang hasil analisis organisasi terhadap proses kerja yang berorientasi kandungan. Penjajaran Mengembang keberkesanan organisasi melalui kolaborasi IT, kefahaman dan penyelarasan. Kandungan/ Mengembang hasil analisis organisasi tentang kandungan rekod metadata dan metadata. Kedalaman Kesempurnaan dalam konteks pengurusan kitar hayat rekod. Urustadbir Membangunkan polisi dan prosedur berkaitan pengurusan rekod. Guna semula Meningkatkan kesedaran tentang konsep guna semula rekod. Kebolehcarian Keupayaan untuk mencari rekod yang tepat pada masa yang perlu.
602

Dimensi Manusia

Maklumat

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

Sistem

Skop

Penerimaan terhadap keupayaan fungsi ECM yang relevan dan sesuai (seperti pengurusan dokumen, pengurusan proses kerja, pengurusan aset digital). Kelebaran Evolusi dari sistem peringkat jabatan kepada seluruh sistem pengurusan organisasi, mengikut keperluan. Keselamatan Mengawal akses kandungan rekod kepada pengguna yang berhak. Kebolehgunaan Aplikasi yang sesuai dengan tujuan penggunaan. Sumber: Sharpe 2009

Berdasarkan dimensi kematangan, ECM3 telah membentuk 5 peringkat kematangan bagi mengenalpasti tahap kesediaan organisasi dalam melaksana strategi atau matlamat dalam pengurusan rekod. Lima peringkat kematangan dalam ECM3 adalah seperti dalam jadual berikut. Jadual: Peringkat kematangan ECM3 dan ciri-ciri utama. Peringkat Penyataan Ciri-ciri 1 Tidak Terurus Organisasi tidak mengurus rekod secara formal. Penyimpanan rekod dibuat melaui sistem teragih (distributed), ruang kerja dan dalam hard disk, mengakibatkan pertindanan data, kesukaran menjejak rekod, pengulangan kerja yang tinggi serta kesulitan pengguna akhir. Terdapat pendekatan pengurusan rekod dalam sebahagian projek dan fungsi organisasi. Mengguna teknologi (seperti kolaborasi, pengurusan dokumen) dan pelbagai produk pengurusan rekod tetapi masih pada tahap penggunaan lemah dan aplikasi yang tidak mencukupi. Organisasi telah mempunyai perancangan, polisi dan prosedur yang sesuai, tetapi masih mengekalkan cara kerja lama. Pelbagai projek pengurusan rekod dirancang tetapi konflik risiko dan kegagalan masih kurang diberi perhatian dalam pembangunan strategi. Kefahaman tentang kitar hayat maklumat mula meluas dalam organisasi. Amalan pengurusan rekod yang baik mula meluas dalam organisasi, termasuk dalam pelbagai sistem. Penggunaan jadual pelupusan diaplikasi bagi semua rekod elektronik kritikal. Organisasi juga mengenalpasti rekod yang tidak perlu diurus oleh organisasi dan membangun ruang untuk kerjasama. Fungsi pengurusan rekod diguna secara meluas melalui perkongsian dan meningkatkan mutu perkhidmatan . Organisasi mampu menerima teknologi baru apabila perlu dan mengaplikasi dalam senibina maklumat yang fleksibel. Kefahaman yang jitu tentang isu pengurusan rekod dan maklumat serta operasi kerja utama menjadikan organisasi lebih tangkas meningkat kualiti perkhidmatan. Sumber: Sharpe 2009

Permulaan

Pembentukan

Pengoperasian

Proaktif

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

603

Setiap peringkat mempunyai ciri-ciri yang dinilai, namun menganalisis dimensi kematangan bagi 13 atribut yang dinyatakan sebelumnya memerlukan perincian yang lebih khusus bagi menjelaskan peringkat kematangan setiap dimensi. Kajian ini mengadaptasi 5 peringkat kematangan ECM3 untuk disesuaikan bagi menilai kedudukan SPRE di pejabat SUK Selangor. Perincian penilaian adalah seperti rajah berikut:

Rajah: Perincian Peringkat ECM3 Sumber: Sharpe 2009 Penilaian terhadap tahap pelaksanaan SPRE dalam sesebuah pentadbiran kerajaan ataupun oreganisasi boleh diukur dan dinilai berasas rajah ECM3. 5.0 Rumusan Pembangunan dalam sektor awam memberi kesan yang besar kepada penyimpanan rekod dan maklumat kerajaan, yang seterusnya memberi kesan langsung kepada keupayaan agensi kerajaan dalam mendokumentasi semua urusan kerajaan serta memenuhi keperluan rakyat, akauntabiliti dan budaya setempat (Rusnah 2001b). Ketiadaan polisi, dasar dan garis panduan yang jelas berhubung penyimpanan dan capaian semula rekod elekronik dalam persekitaran elektronik dan sistem kerajaan elektronik yang baru boleh mendedahkan negara kepada pelbagai risiko kehilangan dan kerosakan maklumat. Justeru, satu kajian bertujuan mengetahui status pengendalian dan pengurusan rekod elektronik di pejabat SUK Selangor., seterusnya menyokong program pembangunan ekerajaan perlulah dilakukan (Rusnah 2001b). Perkembangan ilmu dalam zaman maklumat ini, menyebabkan jangkaan masyarakat umum terhadap sektor awam menjadi terbuka, telus dan memiliki akauntabiliti dalam pembuatan keputusan. Pengurusan rekod dan maklumat harus dilihat sebagai elemen

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

604

terpenting dalam menjayakan matlamat sebagai kerajaan elektronik, seperti yang dihasratkan oleh kerajaan Malaysia. Bagi menyokong aspirasi ini, adalah menjadi tanggungjawab pihak pentadbir sektor awam untuk mewujudkan dan menyenggara sistem rekod elektronik yang cekap dan berkesan. Ia harus dimulakan segera bagi membantu sektor awam membangunkan rangka kerja yang disokong oleh polisi, prosedur, piawaian dan kawalan. Sehubungan itu, kerajaan negeri harus mengambil langkah proaktif dalam mengetengahkan aplikasi teknologi maklumat dalam segenap aspek pengurusan pentadbirannya, khususnya dalam mengurus rekod. Hanya dengan pengurusan rekod yang terurus, cekap dan berkesan mampu meningkatkan akauntabiliti, kredibiliti dan pertanggungjawaban kerajaan terhadap rakyat. Rujukan Association for Information and Image Management (AIIM). 2009. What is a good definition of ECM?. Online http://www.aiim.org/. [12 Jan 2009]. Elkins M. 2005. ECM + Maturity Model: Defining the Corporate Benchmark Against Best Practices. Online http://www.cm-mitchell.com. [12 Disember 2007]. Elizabeth Shepherd. 2006. An archives and records management research network (ARMReN) for the UK: plans, activities and prospects. UK Society of Archivists Annual Conference, Lancaster 8/09/2006. MAMPU. 1996. Perkhidmatan Awam Malaysia: Ke Arah Kecemerlangan Melalui ISO 9000. Kuala Lumpur: Unit Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Marchewka J.T. 2006. IT Project Management, Providing Measureable Organizational Value. 2nd ed. USA: John Wiley Sons. Mutula, S. & Wamukoya, J.M. 2009. Public sector information management in east and southern Africa: Implication for FOI, democracy and integrity in government. International Journal of Information Management. 29(5):333-341. Rusnah Johare .2001b. Electronic Record Management in Malaysia: the need for an organizational and legal framework. Record Management Journal. Vol.11.no 2. Robek, Brown, Stephens. 2000. Information and Records Management Document-based Information Systems. 4 th ed. Mc Graw Hill. Schwalbe Kathy. 2006. IT Project Management. 4th ed. Canada: Thomson Course Technology. Sharpe. A.P, Durga A., Smigiel. D., Hartman. E & Byrne. T. 2009. ECM Maturity Model. http://ecmmaturity.files.wordpress.com/2009/02/ec3m-v01_0.pdf. [3 Disember 2009]. Software Engineering Institute. 2009. CMMI: Overview. http://www.sei.cmu.edu/cmmi/index.cfm. [14 Dis 2009]. University of Lethbridge. 2009. Record Management Terms. http://www.uleth.ca/lib/archives/records_Management/display.asp?PageID=226. [14 Disember 2009]. Wallace, Lee & Schubert,.1992,. Record Management: Integrated Information Systems. Ed. Ke-3. New Jersey: Prentice Hall. Wamukoya, J. M. 2004. E-Governance: The Need for E-Records Readiness Assessment Tool, SADC Regional Consultation on National e-Government Readiness, Botswana. http://www.irmt.org/download/CVs/Wamukoya.pdf. [22 Feb 2007] Wamukoya, J. M. 1995. Records: A neglected information resources in Africa. Record Management Journal. Vol. 5, No.1, 1995: 15-22 Zawiyah Mohd Yusof. 2004. Nota Kuliah TP 6123: Pengurusan dan Pencarian Maklumat.UKM. Bangi.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

605

You might also like