You are on page 1of 8

FACEBOOK : FENOMENA YANG MEMBAWA KETAGIHAN?

Mohd Effendi @ Ewan bin Mohd Matore Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat Jabatan Pengajian Tinggi effendi_ewan@yahoo.com Abstrak FACEBOOK, suatu fenomena yang menyerap dengan pantas dan dilihat sebagai tsunami baru selepas myspace dan friendster. Sehingga Februari 2010, Facebook telah meluaskan pengaruhnya kepada 400 juta pengguna seluruh dunia. Ketagihan terhadap facebook telah menembusi semua peringkat lapisan masyarakat terutamanya pelajar. Maka, kajian awal ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari daripada aspek keseluruhan dan gender. Kajian mengkaji jumlah jam penggunaan Facebook sehari, jangka pengalaman penggunaan Facebook dan anggaran jumlah rakan dalam Facebook pelajar. Selain itu, kajian mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar daripada aspek gender dan sama ada terdapat hubungan antara tahap ketagihan Facebook dengan tahap pencapaian akademik. Seramai 50 orang pelajar (pengguna Facebook) di SMK Khir Johari telah dipilih secara persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap ketagihan yang tinggi terhadap Facebook ialah sebanyak 54.0%. Pelajar lelaki mempunyai tahap ketagihan Facebook lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Jumlah masa penggunaan Facebook oleh pelajar yang paling dominan ialah sebanyak 2 jam sehari iaitu sebanyak 38 %. Jangka pengalaman menggunakan Facebook paling dominan ialah selama 3 tahun iaitu 56 %. Anggaran jumlah rakan yang paling dominan dalam kalangan adalah antara 201 hingga 300 orang rakan iaitu sebanyak 36 %. Tidak wujud perbezaan yang signifikan secara statistik pada tahap ketagihan Facebook bagi gender di samping memiliki hubungan yang lemah bagi tahap ketagihan Facebook (r= .103, p=.475) dengan pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan beberapa keputusan keputusan kajian yang diperoleh, maka cadangan utama telah dikemukakan. Keywords: facebook, ketagihan, gender, pencapaian akademik 1. Pengenalan

Facebook telah diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada Februari 2004 dan beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab dalam merangka hala tuju dan strategi pemasaran syarikat. Beliau mengetuai rekabentuk perkhidmatan Facebook merangkumi teknologi dan infrastruktur. Mark telah menamatkan pengajian di Universiti Harvard dalam pengajian sains komputer sebelum memindahkan syarikat ke Palo Alto, California. Antara mereka yang berada di sebalik kekuatan penubuhan Facebook ini adalah Mark Zuckerberg, Marc Andreessen, Jim Breyer, Don Graham dan Peter Thiel. Pemerhatinya pula terdiri daripada David Sze dan Paul Madera. Sehingga kini, Facebook memiliki ibu pejabat pengurusan yang beroperasi di Palo Alto, California, Amerika Syarikat. Pejabat lain merangkumi Atlanta; Birmingham, Michigan; Chicago; Dallas; Detroit; New York; Venice Beach, Calif. dan Washington, DC. Manakala pejabat antarabangsa pula menjalankan operasi di Dublin; London; Milan; Paris;

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

606

Stockholm; Sydney dan Toronto. Facebook mempunyai kekuatan lebih kurang 1200 orang pekerja bagi menjayakan visi dan misi syarikat. Facebook sebenarnya berperanan sebagai medium sosial bagi membantu masyarakat berkomunikasi dengan lebih efisien bersama rakan, keluarga dan rakan sekerja. Facebook membina yang menghubungkan perkongsian maklumat melalui jaringan sosial di seluruh pelusuk dunia, malah turut digunakan untuk pembangunan negara. Menurut Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Shahlan Ismail, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadikan cadangan bernas yang dikemukakan oleh rakyat melalui facebook kepada beliau sebagai panduan dalam memperkasakan 1Malaysia melalui Facebook (Utusan Malaysia, 9 Mac 2010). Selain itu, Perdana Menteri telah menerima beratus ratus cadangan yang berguna daripada rakyat selepas beliau membentangkan Bajet 2010. Ini suatu petanda yang baik bahawa masyarakat kini telah memanfaatkan penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)(Utusan Malaysia, 14 Mac 2010).Sesiapa sahaja boleh mendaftar dengan Facebook seterusnya berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang mereka percayai di Facebook. Ellison, Steinfield, dan Lampe (2007) menyatakan Facebook menyediakan ruang yang luas kepada pengkaji yang berminat dalam komunikasi yang menghubungkan tren offline kepada online. 1.1. Fenomena Facebook Melanda Dunia

Sehingga Februari 2010, Facebook memiliki lebih 400 juta pengguna yang aktif. Berdasarkan Rajah 1, bilangan pengguna aktif terhadap Facebook ini telah meningkat saban bulan dan tahun. Kadar kenaikan peratusannya sejak April 2009 menokok sebanyak 50 juta pengguna. Hanya dalam tempoh antara 5 hingga 6 tahun, Facebook telah memperlihatkan peningkatan mendadak dengan kenaikan daripada 1 juta pengguna kepada 400 juta pengguna. Di Malaysia, Facebook mengumpul lebih daripada 5 juta pengguna aktif di Malaysia. Fenomena Facebook ini bakal terus berkembang menerusi kempen oleh kerajaan dan media dalam mempromosikan gagasan 1Malaysia dan laman peminat mereka (Utusan Malaysia, 17 Mac 2010).
500 400 300 200

Bilangan Pengguna Aktif Bilangan FACEBOOK (JUTA) Di Seluruh 350 400 300 Dunia 250
50 1 5.5 12 20 100 150 175 200

100
0

Rajah 1 : Bilangan Pengguna Facebook di Seluruh Dunia (Juta) 1.2. Penyataan Masalah

Berdasarkan laman web rasmi Facebook.com, Jadual 1 menunjukkan beberapa data yang boleh dilihat berhubung senario sebenar fenomena Facebook yang melanda dunia kini. Stutzman (2005) dalam Neil Selwyn (2007) menyatakan pengguna boleh menggunakan

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

607

Facebook salah satunya untuk membuang masa dan merupakan pembunuh sebenar kepada pelajar. Orang ramai cenderung untuk menghabiskan masa mereka dengan Facebook akibat ketagihan ditambah pula dengan golongan sasaran utama adalah kalangan pelajar. Jadual 1 : Statistik Umum berkenaan laman Facebook Bil Statistik Umum Berkaitan Laman Facebook 1 50% pengguna aktif telah melayari Facebook pada setiap hari. 2 Lebih daripada 35 juta pengguna memperbaharui status mereka setiap hari. 3 Lebih daripada 60 juta menghantar status diperbaharui mereka setiap hari. 4 Lebih daripada 3 billion foto diupload ke facebook setiap bulan. 5 Lebih daripada 3.5 juta majlis dianjurkan ke Facebook setiap bulan. 6 Terdapat lebih 70 terjemahan terdapat di Facebook. 7 Sebanyak 70 peratus pengguna Facebook adalah di luar United States. 8 Terdapat lebih 100 juta pengguna aktif telah melayari laman facebook menggunakan peralatan telekomunikasi. Dewasa ini, terdapat liputan meluas bahawa kajian menunjukkan pengguna Facebook mendapat gred yang lebih rendah. Bagi pelajar PhD iaitu Aryn Karspinki dari Ohio State University dengan tajuk A Description of Facebook Use and Academic Performance Among Undergraduate and Graduate Students dan mendapati terdapat hubungan yang munasabah antara Facebook, penurunan gred dan kekurangan peruntukan masa belajar (Renay San Miguel, 2009). Antara dapatan beliau adalah : a. Pengguna Facebook mendapat purata nilai mata 3.0 3.5 berbanding bukan pengguna Facebook mendapat 3.5 4.0. b. Pengguna Facebook memperuntukkan masa belajar 1-5 jam berbanding bukan pengguna Facebook memperuntukkan 11 15 jam masa belajar seminggu. c. Pelajar yang dominan menggunakan Facebook adalah mereka yang mengikuti kursus Sains, Teknologi, Matematik, Kejuruteraan dan Perniagaan. Kini terdapat hasil kajian baru yang mengkritik dapatan lama dengan mendapati bahawa tiada korelasi antara Facebook dengan pencapaian akademik (gred). Keputusan kajian oleh calon PhD di Stanford University iaitu Josh Pasek mendapati ia tiada hubungan atau hubungan positif yang kecil (Josh Pasek, Eian More, & Eszter Hargittai, 2009). Menurut Wendy Leopold (2009), ia bukan bermaksud bahawa penggunaan Facebook yang berlebihan memberi kesan buruk pada pencapaian akademik Maka kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap ketagihan Facebook dengan tahap pencapaian akademik pelajar di SMK Khir Johari. 1.3. Objektif Kajian a) b) c) Mengenalpasti tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari daripada aspek keseluruhan. Mengenalpasti tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari daripada aspek gender. Mengenalpasti jumlah jam penggunaan Facebook sehari, jangka pengalaman penggunaan Facebook dan anggaran jumlah rakan dalam Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

608

d) e)

Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari daripada aspek gender. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara tahap ketagihan Facebook dengan tahap pencapaian akademik pelajar SMK Khir Johari.

1.4. Kepentingan Kajian Kajian ini juga boleh dijadikan asas pada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan Facebook dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Selain itu, kajian ini juga diharap mampu menghasilkan penyelesaian mengurangkan ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar. 2. 2.1 Metodologi Kajian Sampel dan Populasi

Sampel bagi kajian ini adalah pelajar di SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak seramai 50 orang. Pelajar yang dipilih adalah mereka yang mempunyai akaun Facebook dan pernah menggunakannya. Persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah.

Rajah 2 : Aliran hubungan Antara Pembolehubah Kajian Rajah 2 menunjukkan variabel bersandar bagi kajian ini adalah tahap ketagihan Facebook pelajar dan variabel bebas adalah gender, jumlah jam penggunaan Facebook sehari, jangka pengalaman penggunaan Facebook dan anggaran jumlah rakan dalam Facebook. Gender merupakan jantina (lelaki atau perempuan), jangka pengalaman penggunaan Facebook (dalam tahun), jumlah jam penggunaan Facebook sehari (dalam jam) dan anggaran jumlah rakan dalam Facebook (bilangan rakan). Pencapaian akademik pula diukur dengan jumlah bilangan A dalam ujian terbaru. 2.2 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan alat ukuran yang diadaptasi daripada instrumen Facebook Addiction Test (F.A.T) oleh Amanda Proffit Gill dari Chicago. Soal selidik ini masih baru dan mengandungi 20 soalan yang menguji respon responden sama ada mereka mengalami ketagihan Facebook. Jadual 1 : Klasifikasi Tahap Ketagihan Poin Tahap Ketagihan Kenyataan Anda mesti mengawal penggunaan 20 - 49 poin Tahap Ketagihan Tinggi berlebihan daripada Facebook. Anda seharusnya mempertimbangkan kesan 50 -79 poin Tahap Ketagihan Sederhana utamanya pada kehidupan. 80 - 100 poin Tahap Ketagihan Rendah Anda harus menilai impak Facebook pada

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

609

kehidupan anda dan mengenalpasti masalah utama disebabkan penggunaan Facebook. 2.3 Normaliti Data Berdasarkan ujian Kolmogorov-Smirnov(a) dan Shapiro-Wilk, didapati nilai aras signifikan (p>0.05) iaitu 0.134 dan 0.411 menunjukkan nilai adalah tidak signifikan. Ini membuktikan data kajian bertaburan normal. Hal ini juga disokong oleh nilai skewness dan kurtosis yang menunjukkan nilai adalah masing masing 0.157 dan -0.295. Oleh kerana nilai kedua duanya berada antara 2.0, maka data adalah bertaburan normal. Maka ujian yang sesuai bagi analisis statistik inferensi adalah ujian statistik berparametrik iaitu Ujian t bagi dua sampel tidak bersandar dan Ujian Korelasi Pearson. 2.4 Analisis Data Kaedah statistik yang digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan bagi kajian ini adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah : Jadual 2 : Kaedah statistik penganalisaan data bagi setiap objektif kajian Objektif 1 2 Jenis Analisis Mengenalpasti tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari daripada aspek keseluruhan. Mengenalpasti tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari daripada aspek gender. Mengenalpasti jumlah jam penggunaan Facebook sehari, jangka pengalaman penggunaan Facebook dan anggaran jumlah rakan dalam Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari daripada aspek gender. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara tahap ketagihan Facebook dengan tahap pencapaian akademik pelajar SMK Khir Johari. Keputusan Kajian dan Perbincangan Objektif Kajian 1 : Mengenalpasti tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari dari aspek keseluruhan. Jadual 3: Tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari daripada aspek keseluruhan. Tahap Ketagihan Facebook Frekuensi Peratus Tahap Ketagihan Tinggi 27 54.0 % Tahap Ketagihan Sederhana 23 46.0 % Tahap Ketagihan Rendah 0 0.0 % Jumlah 50 100.0 % Secara keseluruhannya, semua responden pelajar SMK Khir Johari mempunyai tahap ketagihan yang tinggi terhadap Facebook iaitu sebanyak 54.0% (27 orang) berbanding ketagihan yang sederhana sebanyak 46.0% (23 orang). Alat Ujian Analisis Deskriptif Analisis Deskriptif Analisis Deskriptif Analisis Ujian t Ujian Korelasi Pearson

3.0 3.1

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

610

3.2

Objektif Kajian 2 : Mengenalpasti tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari dari aspek gender. Jadual 4: Tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari daripada aspek gender. Jantina N Mean SP Lelaki 30 3.9817 .16942 Perempuan 20 3.9600 .17366 Jumlah 50 3.9730 .16970 Dapatan menunjukkan bahawa pelajar lelaki (min = 3.9817) mempunyai tahap ketagihan Facebook yang lebih tinggi sedikit berbanding pelajar perempuan (min = 3.9600). Objektif Kajian 3 : Mengenalpasti jumlah jam penggunaan Facebook (sehari), jangka pengalaman penggunaan Facebook dan anggaran jumlah rakan dalam Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari. Jadual 5: Jumlah masa penggunaan Facebook (sehari) dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari. Jumlah Masa Penggunaan Frekuensi Peratus Facebook (sehari) 1 jam 4 8.0% 2 jam 19 38.0% 3 jam 14 28.0% 4 jam 11 22.0% 5 jam 2 4.0% Jumlah 50 100.0 % Dapatan menunjukkan bahawa jumlah masa penggunaan Facebook sehari oleh pelajar yang paling dominan ialah sebanyak 2 jam iaitu sebanyak 38 peratus (19 orang), diikuti selama 3 jam iaitu 28 peratus (14 orang) dan paling tidak dominan ialah 5 jam iaitu sebanyak 4 peratus (2 orang). Jadual 6: Jangka pengalaman penggunaan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari. Pengalaman Menggunakan Facebook Frekuensi Peratus Kurang daripada 1 tahun 0 0.0% 1 tahun 0 0.0% 2 tahun 22 44.0% 3 tahun 28 56.0% Melebihi 3 tahun 0 0.0% Jumlah 50 100.0 % Dapatan menunjukkan bahawa jangka pengalaman menggunakan Facebook paling dominan ialah selama 3 tahun iaitu 56 peratus (28 orang) diikuti selama 2 tahun iaitu 44 peratus (22 orang). Jadual 7: Anggaran Jumlah rakan dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari di Facebook. Jumlah rakan di Facebook Frekuensi Peratus Bawah 100 orang rakan 3 6.0% 101 hingga 200 orang rakan 3 6.0% 201 hingga 300 orang rakan 18 36.0%

3.3

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

611

301 hingga 400 orang rakan 401 hingga 500 orang rakan Lebih 500 orang rakan Jumlah

12 9 5 50

24.0% 18.0% 10.0% 100.0 %

Dapatan menunjukkan bahawa anggaran jumlah rakan yang paling dominan dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari adalah antara 201 hingga 300 orang rakan iaitu sebanyak 36 peratus (18 orang). 3.4 Objektif Kajian 4 : Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap ketagihan Facebook dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari daripada aspek gender. Jadual 8: Ujian T bagi dua sampel tidak bersandar digunakan untuk menentukan sama ada wujud perbezaan yang signifikan daripada aspek gender bagi tahap ketagihan Facebook. Ujian t Aspek Jantina Min Sisihan Piawai t Sig (2 hujung) Lelaki 3.9817 .16942 Gender 0.439 0.663 Perempuan 3.9600 .17366 * perbezaan yang signifikan pada aras keertian = 0.05 Dapatan (p > 0.05) menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan secara statistik dalam tahap ketagihan Facebook bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari. 3.5 Objektif Kajian 5 : Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara tahap ketagihan Facebook dengan tahap pencapaian akademik pelajar SMK Khir Johari. Jadual 9: Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara tahap ketagihan Facebook dengan tahap pencapaian akademik pelajar SMK Khir Johari. Pencapaian Akademik Ketagihan Facebook Pearson Correlation .103 Sig. (2-tailed) .475 N 50 Dapatan di atas menunjukkan kekuatan korelasi yang lemah bagi tahap ketagihan Facebook (r= .103, p=.475) terhadap pencapaian akademik pelajar. 4.0 Kesimpulan Terdapat beberapa kesimpulan penting dalam kajian ini iaitu : (a) (b) (c) Pelajar SMK Khir Johari mempunyai tahap ketagihan yang tinggi terhadap Facebook iaitu sebanyak 54.0%. Pelajar lelaki mempunyai tahap ketagihan Facebook yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Jumlah masa penggunaan Facebook sehari oleh pelajar yang paling dominan ialah sebanyak 2 jam iaitu sebanyak 38 %.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

612

(d) (e) (f)

Jangka pengalaman menggunakan Facebook paling dominan ialah selama 3 tahun iaitu sebanyak 56 %. Anggaran jumlah rakan yang paling dominan dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari adalah antara 201 hingga 300 orang rakan iaitu sebanyak 36 %. Tidak wujud perbezaan yang signifikan secara statistik dalam tahap ketagihan Facebook bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan dalam kalangan pelajar SMK Khir Johari. Terdapat korelasi yang lemah bagi tahap ketagihan Facebook (r= .103, p=.475) dengan pencapaian akademik pelajar.

(g)

5.0

Cadangan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, beberapa cadangan telah dikemukakan. Cadangan berikut adalah berdasarkan dapatan dan isu yang bersesuaian untuk direnung bersama. Antara cadangan dan kesimpulan yang boleh dikemukakan kepada pihak sekolah SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak adalah : (a) Meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan Facebook di sekolah. Ia disokong oleh Sturgeon C. M. & Walker C. (2009) yang menyatakan 50 peratus ahli akademik berpendapat Facebook berpotensi sebagai alat akademik. (b) Pelajar mesti diberi banyak aktiviti luar/kokurikulum/sosial bagi mengelakkan tumpuan berlebihan kepada Facebook. (c) Mewujudkan Ahli Kelab Facebook di sekolah bagi tujuan manfaat berunsurkan sharing knowledge, promosi, silaturahim dan banyak lagi. 7.0 Rujukan Ellison, N. B., Steinfield, C., & Lampe, C. (2007). The benefits of Facebook friends: Social capital and college students use of online social network sites. Journal of ComputerMediated Communication, 12(4), 1143-1168. Josh Pasek, Eian More, & Eszter Hargittai (2009). Facebook and academic performance : Reconciling a media sensation with data First Monday. 14(5). Neil Selwyn (2007). Screw Blackboard .. do it on Facebook!: An investigation of students educational use of Facebook. Facebook Social Research Symposium: University of London. Renay San Miguel (2009). Study on Facebook and Grades Becomes Learning Experience for Researcher. TechNewsWorld. Sturgeon C. M. & Walker C. (2009). Faculty on Facebook: Confirm or Deny?. 14th Annual Instructional Technology Conference : Middle Tennessee State University. Wendy Leopold (2009). Is there a relationship between Facebook, Grades?. Newscenter: Northwestern University Cadangan bernas dalam Facebook jadi panduan PM. (2010, 09 Mac).Utusan Malaysia. Guna Facebook Secara Positif. (2010, 17 Mac).Utusan Malaysia. Lima juta warga Malaysia aktif dalam Facebook. (2010, 14 Mac).Utusan Malaysia. Laman Web Rasmi Facebook. Retrieved April 1, 2010 from the World Wide Web: http://www.facebook.com

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

613

You might also like