You are on page 1of 14

REKA BENTUK KURIKULUM M-PEMBELAJARAN SEKOLAH MENENGAH: TEKNIK DELPHI Ahmad Sobri Shuib Institut Pendidikan Guru Kampus

Darulaman, Jitra, Kedah sobri@ipda.edu.my Abstrak Perkembangan dalam bidang teknologi telah mengubah cara manusia belajar. Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah bersifat globalisasi dan sepanjang hayat. Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mobile untuk menyokong pembelajaran. Objektif kajian ini ialah untuk mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Kajian ini menggunakan Teknik Delphi sebanyak 3 pusingan. Sampel untuk kajian ini terdiri daripada 16 orang pakar dalam dan luar negara. Instrumen kajian mengandungi soal selidik berstruktur yang direka bentuk oleh pengkaji berdasarkan kajian literatur. Hasilan analisis data menunjukkan sebanyak 123 item mencapai konsensus pakar dan 5 item tidak mencapai konsesus pakar. Item-item yang mencapai konsensus pakar ialah objektif M-Pembelajaran (7 item), perkakasan (6 item), perkhidmatan elektronik (8 item), peralatan sokongan di sekolah (8 item), cara pelaksanaan (bersepadu dengan KBSM; Tahun pelaksanaan 2010), mata pelajaran kurikulum (8 item), komponen kurikulum (5 item), Teknik pengajaran dan pembelajaran (6 item), Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (13 item), kemahiran guru (12 item), kemahiran pelajar (8 item), bentuk ujian (10 item) dan bentuk peperiksaan (7 item). Hasilan analisis konsensus pakar terhadap item-item tersebut digunakan untuk mereka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah. Reka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah adalah penting untuk pendidikan masa depan. Keyword: m-pembelajaran; mobile learning; kurikulum masa depan; delphi Pendahuluan Perkembangan dalam bidang teknologi telah mengubah cara manusia belajar (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000). Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mobile untuk menyokong pembelajaran (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang, Chan, Ko, & Yang, 2003). Kajian-kajian lalu telah menunjukkan teknologi mobile dapat memberikan kesan yang signifikan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran (Perry, 2003; Zurita & Nussbaum, 2004). Sementara itu Wood (2003) pula berpendapat penggunaan teknologi wireless dalam pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negaranegara membangun, kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan PDA adalah lebih murah berbanding komputer desktop. Projek-projek M-pembelajaran di Eropah seperti "Projek Leonardo da Vinci" dan "IST FP5" di Eropah (Keegan, 2005), projek UniWap (Sariola, Sampson, Vuorinen & Kynaslahti, 2001) menunjukkan M-Pembelajaran menjadi semakin penting dalam dunia pendidikan.Di seluruh dunia pada hari ini teknologi mobile telah menggantikan sistem talian tradisional, misalnya e-commerce bergerak ke arah m-commerce; m-perniagaan menggantikan e-perniagaan; e-perbankan digantikan dengan m-perbankan (Keegan, 2005; Mashkuri, 2003; Shim & Shim, 2003). WiFi telah menjadi teknologi pilihan untuk rangkaian

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

652

wireless setempat dalam persekitaran perniagaan ataupun di kediaman (Henry & Luo, 2002). Malah WiFi juga pada masa kini dipasang di kawasan awam bagi membolehkan pengguna mencapai akses internet jalur lebar (Henry & Luo, 2002). Sesuai dengan perubahan semasa dan kepentingan kurikulum pendidikan di Malaysia pada masa hadapan, maka penghasilan sebuah kurikulum yang sesuai dengan perubahan teknologi semasa adalah penting. Penyataan masalah Perkembangan dalam teknologi mudah alih masa kini turut mengubah corak pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Pembelajaran tidak tertumpu di bilik darjah tetapi boleh berlaku di mana dan pada bila-bila masa dengan menggunakan peralatan mudah alih dan disokong dengan teknologi mudah alih. Kajian-Kajian lalu telah menunjukkan M-Pembelajaran sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Saran, Cagility dan Seferoglu (2008) mendapati M-Pembelajaran menggunakan peralatan telefon bimbit telah meningkatkan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui penggunaan bahan berbentuk multimedia. Motivasi pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris meningkat dan pelajar dapat menggunakan masa lapang untuk belajar Bahasa Inggeris. Kajian juga mendapati penggunaan MMS dan SMS dapat mempertingkatkan perbendaharaan kata pelajar dengan berkesan. M-Pembelajaran juga berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang melibatkan pungutan data dilapangan seperti aktiviti pemerhatian burung (Chen, Kao, & Shen, 2003), aktiviti lawatan sambil belajar (deCrom & de Jager, 2005). Selain daripada itu M-Pembelajaran menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan apabila digunakan untuk pengajaran kepada pelajar-pelajar yang tidak boleh membaca dan menulis (Collet & Sstead, 2002; Traxler, 2002). M-Pembelajaran dapat juga digunakan untuk pembelajaran kursus-kursus di Universiti seperti Kursus Actuarial di Malaga Universiti (Mayorga-Toledano & Fernandez-Moales, 2003). M-Pembelajaran masih lagi diperingkat awal sama ada di Eropah mahupun di Malaysia. Walaupun terdapat banyak kajian di Eropah dan di Asia tetapi kajian tertumpu kepada fungsi digital sesuatu peralatan mudah alih (Pownell & Bailey, 2001; Savill-Smith & Kent, 2003; Vahey & Crawford, 2002) dan dilakukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi gergasi seperti Ericsson, Apple, Intel & Sun untuk tujuan perdagangan dan persaingan komersial. Disamping itu, terdapat juga kajian-kajian yang menumpukan keberkesanan sesuatu alat dalam menyediakan aktiviti belajar (Colley & Stead, 2003; Ketamo, 2002; Waycott, 2001) serta kursus dan latihan dalam talian untuk golongan professional (Burke, Colter, Little, & Riehl, 2005). Terdapat juga pengkaji-pengkaji yang menumpukan kajian mereka kepada penggunaan sesuatu alat sahaja seperti komputer bimbit (M-Learning Project, 2005; MOBIlearn Project, 2005, Chen, Kao, & Shen, 2003; Becta Report, 2005; Megan Fox, 2005). Walau bagaimanapun kajian-kajian tentang reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran agak kurang. Antara kajian terawal dalam bidang M-Pembelajaran di Malaysia ialah kajian penilaian pelaksanaan program M-Pembelajaran kepada pelajar-pelajar tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur (Saedah Siraj dan Norlida Alias, 2005). Tujuan kajian ialah untuk menyiasat sama ada pelaksanaan program M-Pembelajaran mencapai hasrat yang ditetapkan ke atasnya dan juga menilai kekuatan dan kelemahan program. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-Pembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapa kelemahan.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

653

Berdasarkan kepada kurangnya kajian reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran seperti objektif kurikulum, kandungan mata pelajaran, cara pelaksanaan dan bentuk penilaian, maka perlunya satu kajian reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran dijalankan. Dapatan kajian ini akan dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan M-Pembelajaran. Dapatan kajian juga dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia mempertingkatkan prasarana teknologi di sekolah seperti membekalkan ke sekolah lebih banyak peralatan mudah alih dan melaksanakan latihanlatihan kemahiran kepada guru-guru. Objektif Kajian Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti bentuk kurikulum MPembelajaran sekolah menengah dari segi objektif, jenis perkakasan, perkhidmatan elektronik, perkakasan sokongan di sekolah, cara pelaksanaan, kandungan kurikulum, strategi pengajaran pembelajaran, kemahiran guru, kemahiran pelajar dan bentuk penilaian mengikut pandangan pakar. Soalan Kajian Bagaimanakah konsensus pakar terhadap bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah dari segi objektif, jenis perkakasan, perkhidmatan elektronik, perkakasan sokongan di sekolah, cara pelaksanaan, kandungan kurikulum, strategi pengajaran pembelajaran, kemahiran guru, kemahiran pelajar dan bentuk penilaian mengikut pandangan pakar? Batasan kajian Kurikulum M-Pembelajaran yang dibina merupakan satu kurikulum umum yang tidak menumpukan kepada mana-mana mata pelajaran tertentu. Walau bagaimanapun Kurikulum yang dibina diuji kepada pelajar-pelajar tingkatan satu menggunakan mata pelajaran Sejarah. Hanya tajuk-tajuk tertentu sahaja dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan satu dipilih untuk pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran. Kurikulum M-Pembelajaran yang dihasilkan dalam kajian adalah sebagai panduan asas kepada guru-guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi mobile. Pelaksanaan kajian melibatkan insfrastuktur sistem wireless yang sedia ada di sekolah. Sistem yang sedia ada merupakan sistem wireless yang dibekalkan oleh pihak schoolNet ke sekolah-sekolah. Sementara itu bagi perkhidmatan telefon mudah alih pula ianya menggunakan talian perkhidmatan pembekal mudah alih yang telah sedia ada. Kajian menggunakan tiga peralatan mudah alih iaitu laptop, telefon bimbit dan Personal Digital Assisant (PDA). Metodologi Kajian Kajian mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah dilaksanakan menggunakan teknik Delphi sebanyak 3 pusingan. Teknik Delphi digunakan untuk kajian kerana didapati bahawa teknik Delphi adalah kaedah yang terbaik untuk memperolehi persetujuan pakar dalam menentukan perkara-perkara yang akan dimasukkan dalam mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran peringkat sekolah menengah. Menurut Helmer (1968) kaedah Delphi ialah cara yang sistematik menggabungkan keputusan individu bagi memperoleh satu kesimpulan bersama. Dalkey (1972) pula menyatakan Delphi merupakan satu kaedah untuk mendapatkan dan menyaring pendapat panel yang terdiri daripada pakar sesuatu bidang Pada pusingan yang pertama, responden diberikan soal selidik berstruktur yang digabungkan dengan solan terbuka untuk mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara berikut: 1) Objektif kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah; 2) Perkakasan dan

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

654

perkhidmatan elektronik Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah; 3) Kandungan Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah; 4) Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah; 5) Kemahiran guru dan pelajar dalam Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah; dan 6) Bentuk penilaian dalam Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Selepas semua data pusingan pertama diperoleh ia dianalisis untuk digunakan bagi pusingan kedua. Item-item dibina berdasarkan pandangan pakar dalam pusingan pertama. Untuk pusingan kedua dan ketiga, soal selidik di hantar melalui pos atau e-mel. Data yang diperolehi dari pusingan kedua dianalisis. Setelah dianalisis, untuk pusingan ketiga pengkaji telah menghantar analisis dapatan dan juga item soal selidik dengan memasukkan pandangan tambahan daripada pakar. Di pusingan ini, pakar diberi peluang untuk mempertimbangan kembali sebarang maklum balas ataupun untuk menyokong pandangan asal mereka. Konsensus pakar terhadap item-item dalam reka bentuk kurikulum disusun mengikut skor median tertinggi dan nilai Julat antara Kuartil (IQR) yang terkecil. Tahap konsensus dalam dalam kajian ini dipetik daripada kajian Kaseem Boonan (1979) dan Ibrahim Narongsakhet (2003). Konsensus tinggi = Julat antara Kuartil (IQR) 0 hingga 1.00 Konsesus sederhana = Julat antara Kuartil 1.01 hingga 1.99 Tiada konsensus = Julat antara Kuartil 2.00 ke atas. Sampel Kajian Sampel kajian ialah panel pakar daripada dalam dan luar negeri dalam bidang Teknologi Maklumat dan bidang pendidikan. Panel pakar yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 16 orang. Saiz 16 orang panel didapati bersesuaian dengan panduan yang dicadangkan untuk kajian Delphi. Helmer and Dalkey menggunakan panel pakar seramai tujuh orang dalam kajian asal mereka dalam tahun 1953 (Helmer, 1983). Turoff (1975) mencadangkan bilangan panel pakar di antara 10 hingga 15 orang. Instrumen Kajian Instrumen kajian mengandungi soal selidik berstruktur yang direka bentuk oleh pengkaji berdasarkan kajian literatur. Instrumen kajian diubahsuai berdasarkan contoh daripada kajian Delphi (Clark & Wenig, 1999; Feridah Mohd Nazar, 2002; Meyer & Booker, 1990; Volk, 1993). Dalam pusingan yang pertama responden diberikan soal selidik berstruktur yang digabungkan dengan soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat seperti objektif kurikulum, perkakasan dan perkhidmatan elektronik, kandungan kurikulum, srategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran guru dan pelajar, dan bentuk penilaian dalam Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Untuk pusingan kedua dan ketiga kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah survey. Pusingan kedua dan ketiga pula mengandungi soal selidik yang dibentuk berdasarkan dapatan dalam pusingan satu. Dapatan kajian Berikut adalah dapatan kajian bagi pusingan dua dan tiga berdasarkan soal selidik yang dikemukakan kepada pakar.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

655

Jadual 1Item-item yang mencapai konsensus pakar No. Item Median Item 1 Supaya pelajar-pelajar dapat meneroka aktiviti-aktiviti pembelajaran yang baru melalui pendekatan-pendekatan 4 yang inovatif dalam mPembelajaran 22 GPRS 4 20 MMS 4 127 Soalan berbentuk struktur 4 21 WAP 4 45 Tahun 2012 4.5 56 Bahasa Inggeris 5 47 Bersepadu KBSM 5 53 Biologi 5 18 e-mail 5 34 Firewall 5 86 Forum 5 27 Internet Jalur Lebar 5 16 Internet Jalur Lebar 5 64 Komponen kemahiran 5 65 Komponen latihan 5 67 Komponen pengetahuan 5 66 Komponen tugasan luar 5 8 Komputer Laptop 5 77 Kuiz 5 10 Laman web 5 28 Makmal Komputer 5 52 Matematik 5 79 Memberi maklum balas 5 78 Mencari maklumat didalam internet 5 90 Mengakses internet daan menggunakannya untuk mencari 5 maklumat 103 Mengakses internet dan menggunakannya untuk mencari 5 maklumat. 91 Menggunakan email untuk berkomunikasi 5 104 Menggunakan e-mail untuk berkomunikasi 5 92 Menggunakan sistem pengurusan pembelajaran LMS 5 128 Menghasilkan e-folio 5 24 Rangkaian Wayarless 5 23 Router 5 50 Sains 5 22 Server 5 36 Tahun 2010 5 39 Tahun 2020 5 69 Teknik inkuiri penemuan 5 73 Teknik penyelesaian masalah 5 71 Teknik projek 5 IQR

0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

656

49 28 33 81 82 5 4 118 124 19 54 122 37 43 45 44

34 120 114 117 94 93 128 119 124 63 7 12 123 75 126 24 85 101 87 97 10 42 72 110 95 96

Teknologi Maklumat Tingkatan 1 Tingkatan 6 Menghantar MMS Persidangan Video Telefon bimbit 3G Telefon bimbit biasa Ujian kertas pencil dalam bilik darjah Ujian kertas/pencil di dalam bilik darjah Access Point (AP) Fizik Soalan objektif dalam talian (online test) Tahun 2011 Supaya dapat menggalakkan lebih banyak peluang belajar sendiri di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Supaya dapat menjimatkan masa tenaga dan kos (kepada guru dan juga pelajar) Supaya dapat menyediakan perhubungan mobile yang pantas antara individu kepada individu yang lain berbanding sistem konvensional Tahun 2008 Interview Kuiz melalui SMS Membuat kertas kerja. Menggunakan aplikasi persembahan untuk pembentangan Menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet) untuk memproses maklumat. Menghasilkan e-folio Pemerhatian Pemerhatian Pengajian Am Printer SMS Soalan esei dalam talian (online test) Teknik latih tubi Ujian amali Bluetooth Chat Kemahiran menganalisa data Membaca nota guru Menyelaras dan mengemaskini maklumat dan data PDA Tahun 2009 Teknik penyoalan Menggunakan peralatan teknologi seperti kamera digital, scanner, pen drive dan sebagainya. Mengetahui cara merancang keperluan perkomputeran organisasi Menyenggara peralatan sistem komputer dan rangkaian

5 5 5 4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 4 5 3.5 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4.5 4.5 4.5 4.5 4.5 4.5 4.5 4.5 5 5 5

0 0 0 0.75 0.75 0.75 0.75 0.75 0.75 0.75 0.75 0.75 0.75 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
657

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

58 35 86 51 16 109 102 100 110

60 55 68 13 111 84 106 99 105 108 80 89 88 98 83 59 83 25 26 57 7 6 5 74 70 29 30 31 32 112 115 62

Bahasa Melayu Blog Forum Geografi Kamera web Kemahiran bekerja dalam kumpulan. Kemahiran berfikir yang tinggi Kemahiran berkomunikasi Kemahiran menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan perisian seperti Movie Maker, Ulead dan vcd cutter. Kesusasteraan Kimia Komponen membina nilai-nilai murni. Komputer Tablet Membuat kerja kumpulan Menerima arahan guru Mengguna aplikasi persembahan untuk pembentangan Menggunakan aplikasi pemprosesan kata untuk membentuk bahan elektronik. Menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet) untuk memproses maklumat. Menggunakan pemprosesan kata untuk menghasilkan bahan elektronik. Menghantar SMS Menghasilkan laman web interaktif Mengumpul data dilapangan Mengurus keselamatan data dan peralatan. Pembentangan tugasan Peng. Agama Islam Perbincangan kumpulan Rangkaian LAN Rangkaian WAN Sejarah Supaya dapat membuat penilaian dinamik dan pantas atas progres pembelajaran murid. Supaya dapat memperkukuh proses kolaboratif dalam kalangan murid. Supaya dapat mengekalkan minat pelajar untuk terus belajar Teknik Kajian kes Teknik perbincangan kumpulan kecil Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Ujian dalam talian (online test) Menghasilkan produk Perakaunan

5 5 5 5 5 5 5 5 5

1 1 1 1 1 1 1 1 1

5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 4

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1.75 1.75

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

658

Jadual 2 Item yang tidak mencapai konsensus pakar No. item 2.1 2.8 7.2 8.13 10.8 Item Komputer desktop Scanner Berasingan KBSM MPV(Elektrik & Elektronik) Teknik syarahan Median 4 4 2.5 4 3 IQR 2 2 2 2 2

Rajah 1: Model Reka Bentuk Kurikulum M-Pembelajaran

Perbincangan Pakar telah mencapai konsensus terhadap tujuh objektif Kurikulum M-Pembelajaran (Rajah 1). Ketujuh-tujuh objektif kurikulum M-Pembelajaran yang diperolehi dalam kajian jelas menunjukkan ia selaras dengan prinsip-prinsip pembinaan sesuatu objektif dalam reka bentuk kurikulum seperti yang disyorkan oleh Taba (1962). Objektif Kurikulum yang dihasilkan juga selaras dengan apa yang dikatakan oleh Ornstein & Hunkins (2004) iaitu objektif adalah suatu penyataan khusus yang menunjukkan hasil yang diperolehi secara umum atau spesifik. Dapatan kajian menunjukkan pakar bersetuju sebanyak enam perkakasan yang boleh dimasukkan dalam reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran. Perkakasan itu ialah komputer riba, telefon bimbit biasa, telefon bimbit 3G, PDA dan kamera Web (Rajah 1). Dapatan kajian selaras dengan kajian-kajian terdahulu yang telah menggunakan peralatan mudah alih seperti komputer riba (Devinder Singh & Zaitun Abu Bakar., 2006; Efaw, Hampton,

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

659

Martinez, & Smith., (2004), telefon bimbit (Strohlein, 2005; McNeal & Vant Hooft, 2006), PDA (Chen, Kao, & Shen, 2003), komputer tablet (Corlet & Sharples, 2004) dan kamera Web dalam kajian M-Pembelajaran. Begitu juga kajian oleh Devinder Singh dan Zaitun Abu Bakar (2006) yang menggunakan perkakasan seperti Pocket PC, notebook dan telefon bimbit. Pakar juga mencapai persetujuan terhadap enam perkhidmatan elektronik yang boleh dimasukkan dalam reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran. Perkhidmatan elektronik itu seperti Laman Web, emel, MMS, GPRS, Internet Jalur Lebar, SMS, Bluetooth dan Blog (Rajah 1) boleh menjadi medium komunikasi penting untuk pelajar berhubung, berbincang dan mengakses maklumat. Perkakasan sokongan di sekolah adalah penting dalam melaksanakan Kurikulum MPembelajaran sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan pakar ini telah bersetuju perkakasan seperti makmal komputer, server, router, rangkaian wireless, access point, rangkaian LAN dan Rangkaian WAN dimasukkan sebagai elemen dalam reka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran (Rajah 1). Keputusan ini sangat bertepatan kerana pada masa kini secara umumnya hampir semua sekolah di Malaysia telah pun mempunyai makmal komputer dan di dalamnya telah dilengkapi dengan perkakasan seperti server, router, access point, gabungan rangkaian wireless dan rangkaian LAN dan juga firewall. Malah talian Internet turut dibekalkan menerusi projek SchoolNet. Panel pakar juga bersetuju pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran bermula dengan pelajar-pelajar Tingkatan 1. Dapatan kajian juga menunjukkan tahun 2012 memperoleh konses yang paling tinggi sebagai tahun yang sesuai untuk pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran. Kajian ini juga mendapati panel pakar bersetuju kurikulum M-Pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu dengan KBSM (Rajah 1). Berdasarkan kepada hasilan kajian, kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza sedikit daripada KBSM ialah seperti menggunakan peralatan mudah alih untuk mencari maklumat pembelajaran, menggunakan SMS untuk menjawab soalan guru, perbincangan dalam blog, kuiz melalui SMS dan memberi maklum balas kepada soalan-soalan guru melalui SMS. Dapatan kajian menunjukkan panel pakar bersetuju dengan lapan mata pelajaran yang sesuai untuk pelaksanaan M-Pembelajaran. Mata pelajaran itu ialah Teknologi Maklumat, Sains, Matematik, Geografi, Bahasa Inggeris, Sejarah, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam (Rajah 1). Dapatan ini selaras dengan kajian-kajian lalu telah membuktikan banyak matapelajaran dapat dilaksanakan pengajaran menggunakan M-Pembelajaran seperti Matematik (Mitchell, 2007; Zhao & Okamoto, 2008; Yerushalmy dan Ben-Zaken, 2004) Sains (Pastore, Boccato, Nobili, Lazzaretto, dan Benacchio, 2005; Scanlon, Jones, & Waycott, 2005; Wu, Yang, Hwang, & Chu, 2008), Bahasa Inggeris (Liu, Yu, & Ran, 2008; Saran, Cagiltay, & Seferoglu, 2008; Lin, Liu, & Niramitranon, 2008; Upadhyay & Upadhyay, 2007) bahasa asing (Shih, 2005; Kimura, 2006) dan aktiviti kerja lapangan (Rost & Holmquist, 2008). Dapatan kajian menunjukkan sebanyak lima komponen Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah telah mencapai konsesus pakar (Rajah 1). Dapatan kajian adalah selaras dengan kandungan kurikulum KBSM yang turut mengandungi lima komponen ini iaitu komponen kemahiran, komponen latihan, komponen tugasan luar, komponen pengetahuan dan komponen membina nilai-nilai murni (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979) Berdasarkan dapatan kajian sebanyak enam teknik pengajaran telah mencapai konsesus pakar. Teknik-teknik itu ialah Teknik inkuiri penemuan, Teknik projek, Teknik penyelesaian masalah, Teknik penyoalan dan Teknik latih (Rajah 1). Berdasarkan dapatan kajian sebanyak tiga belas aktiviti telah mencapai konsesus pakar, iaitu kuiz, mencari maklumat di dalam internet, memberi maklum balas, forum, menghantar SMS, menghantar MMS, persidangan video, perbincangan kumpulan, menerima arahan guru, chat, membaca nota guru, mengumpul data dilapangan dan menghasilkan laman
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 660

Web yang interaktif (Rajah 1). Dapatan kajian mengesahkan kajian oleh Waycott & Kukulska-Hulme (2003) yang menilai penggunaan PDA oleh pelajar untuk aktiviti membaca bagi kurus Sarjana yang dianjurkan oleh UK Open Universiti. Dapatan kajian menunjukkan pelajar sangat teruja dengan pelbagai fungsi pada PDA dan bahan dalam bentuk elektronik mempunyai banyak kelebihan seperti mudah dibawa ke mana sahaja dan tidak membebankan. Bahan juga boleh di baca bila-bila masa. Begitu juga kajian oleh Bollen, Eimler dan Hoppe (2004) yang menggunakan SMS sebagai aktiviti perbincangan untuk mata pelajaran kesusasteraan. Kajian ini menunjukkan SMS dapat digunakan sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran M-Pembelajaran. Kemahiran guru dalam pelbagai bidang adalah penting dalam apa jua pelaksanaan kurikulum. Hasil kajian ini menunjukkan panel pakar bersetuju memasukkan dua belas yang diperlukan oleh kemahiran guru (Rajah 1) dalam reka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran. Misalnya guru perlu menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti kemahiran menggunakan internet untuk mencari maklumat berkaitan pembelajaran, kemahiran menggunakan e-mel, kemahiran menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet), kemahiran menggunakan aplikasi persembahan (power point) dan kemahiran asas teknikal berkaitan penyelenggaraan komputer. Berdasarkan dapatan kajian, daripada lapan kemahiran pelajar yang mencapai konsensus pakar, tujuh daripadanya adalah kemahiran dalam bidang teknologi, sementara satu lagi adalah kemahiran dalam bidang lain (rajah 1). Dapatan tersebut menunjukkan kemahiran pelajar dalam bidang ICT sangat penting untuk pelaksanaan Kurikulum MPembelajaran. Kemahiran pelajar dalam bidang ICT penting sebagai sokongan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan aktivitiaktiviti dalam M-Pembelajaran memerlukan kemahiran dalam bidang ICT. Berdasarkan dapatan kajian sebanyak sepuluh bentuk ujian dan tujuh bentuk peperiksaan telah mencapai konsesus pakar (Rajah 1). Dapatan kajian mengesahkan kajian oleh Saedah Siraj dan Faridah Abdullah (2005) yang mendapati penggunaan teknologi dalam kurikulum akan memberi kesan kepada cara pelaksanaan penilaian dan juga format penilaian. Dapatan kajian ini menunjukkan bentuk penilaian dalam kurikulum M-Pembelajaran agak berbeza dengan bentuk penilaian dalam kurikulum sedia ada. Menurut Sharples (2003) terdapat tiga situasi pembelajaran yang perlu diberi perhatian dalam membuat penilaian. Antaranya ialah: 1) Pembelajaran melalui peralatan mudah alih; 2) Mobiliti pelajar (Tanpa mengambil kira peralatan mudah alih mereka); dan 3) Mobiliti isi kandungan atau sumber dengan mengambil kira ia dapat dicapai dimana-mana sahaja.

Penutup Reka bentuk kurikulum ini adalah penting untuk pendidikan masa depan. Malaysia tidak boleh ketinggalan daripada negara-negara maju yang lain dalam menyediakan sistem pendidikan yang terkini. Dalam era mobiliti pada masa kini, peluang terbuka luas untuk mereka bentuk pembelajaran yang berbeza, mencipta komuniti pembelajaran yang luas, menghubungkan manusia dalam dunia nyata dan maya, menyediakan kepakaran atas permintaan dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2006). M-Pembelajaran dilihat sebagai alat perantara dalam proses pembelajaran. M-Pembelajaran tidak boleh terasing dan patut dikaitkan dengan alat pembelajaran lain yang telah sedia diguna oleh guru dan pelajar (Winters, 2006).

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

661

Bibliografi Becta Report. (2005). Dimuat turun pada July 18, 2005 daripada http://www.becta.org.uk/research/reports/portableict.cfm Benta, K.L., Cremene, M., & Padurean, R. (2004). Multimedia m-learning using mobile phones. Dalam J. Attewell & C. Savill-Smith (Ed.), Mobile learning anytime anywhere: A books of papers from MLEARN 2004 (ms. 27-28). London, UK: Learning and Skills Development Agency. Bollen, L., Eimler, S., & Hoppe, H.U. (2004). SMS-based discussion technology enhanced collaboration for a literature course. Kertas kerja dibentangkan di 2nd IEEE Workshop on Wireless and Mobile Technology in Education (WMTE04). Birmingham, UK. Boonon, Kasem (1979). The future of teacher education in Thailand: A Delphi application, Tesis Ph.D. University of Alabama, Tuscaloosa, Alabama. Photocopy. Ann Abor, Mich.: University Microfilms International, 1980. 20 cm. Burke, M., Colter, S., Little, J., Riehl, J. (2005). Promote collaboration in field-based courses. Kertas kerja dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning. Cape Town, South Africa. Chen, Y. S., Kao, T. C., & Shen, J. P. (2003). A mobile learning system for scaffolding bird watching learning. Journal of Computer Assisted Learning, 19(3), 347-359. Clark, A. C., & Wenig, R. E. (1999). Identification of quality characteristics for technology education programs: A North Carolina case study. Journal of Technology Education, 11(1), 18-26. Dimuat turun pada Februari 18, 2006, daripada http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JTE/v11n1/pdf/clark.pdf. Collett, M., & Stead, G. (2002). Meeting the challenge: Producing M-Learning materials for young adults with numeracy and literacy needs. Kertas kerja dibentangkan di European Workshop on Mobile and Contextual Learning. Birmingham, UK. Colley, J. & Stead, G. (2003). Take a bite: Producing accessible learning materials for mobile devices. Dalam J. Attewell, & C. Savill-Smith (Eds.), Learning with mobile devices: Research and development (ms.43-46). London, UK: Learning and Skills Development Agency. Corlet, D., & Sharples, M. (2004). Tablet technology for informal collaboration in higher education. Dalam J. Attewell, & C. Savill-Smith (Ed.), Mobile learning anytime anywhere: A books of papers from MLEARN 2004 (ms. 59-63). London, UK: Learning and Skills Development Agency. Dalkey, N. C. (1972). The Delphi method: An experimental study of group opinion. Dalam N. C. Dalkey, D. L. Rourke, R. Lewis, & D. Snyder (Eds.), Studies in the quality of life (ms.13-54). Lexington, MA: Lexington Books. de Crom, E. P., & de Jager, A. (2005). The ME-Learning experience: PDA technology and e-learning in ecotourism at the Tshwane University of Technology (TUT). Kertas kerja dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning. Cape Town, South Africa. Devinder Singh & Zaitun A. B. (2006). Mobile learning in wireless classrooms. Malaysian Online Journal of Instructional Technology (MOJIT), 3(2), 26-42. Efaw, J., Hampton, S., Martinez, S., & Smith, S. (2004). Miracle or menace: Teaching and learning with laptop computers in the classroom. Educause Quarterly, 27(3). Dimuat turun pada Ogos 10, 2005 daripada http://www.educause.edu./pub/eq/eqm04/eqm0431.asp?bhcp=1 Feridah Mohd Nazar (2002). Development of information technologies for administrative support staff in networked organizations in Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tidak diterbitkan.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

662

Helmer, O. (1968). Analysis of the future: The Delphi Method. Dalam J. R. Bright (Ed.), Technological forcasting for industry and government: methods and application (ms.79-84). Englewood Cliff, NJ: Prentice-Hall. Henry, P. S. & Luo, H. (2002). Wifi: Whats next?. IEEE Communication Magazine, 40(12), 66-72. Ibrahem Narongraksakhet (2003). Developing local-based curriculum for Islamic schools in Southern Thailand. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Tidak diterbitkan. Keegan, D. (2005). The incorporation of mobile learning into mainstream education and training. Kertas kerja dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning. Cape Town, South Africa. Ketamo, H. (2002). mLearning for kindergartens mathematics teaching. Kertas kerja yang dibentangkan di IEEE International Workshop on Wireless and Mobile Technologies in Education (WMTE 2002). Vxj, Sweden. Kimura, M. (2006). English language learning by multimedia mobile phones. In E. Pearson & P. Bohman (Eds.), Proceedings of World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2006 (ms.2575-2578). Chesapeake, VA: AACE. Dimuat turun pada Mac 23, 2008 daripadahttp://www. editlib.org/index.cfm?fuseaction=Reader.ViewAbstract&paper_id=23370 Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran (1979). Jawatan Kuasa Kabinet : Kementerian Pelajaran Malaysia. Lin, C. P., Liu, K. P., & Niramitranon, J. P. (2008). Tablet pc to support collaborative learning: An empirical study of english vocabulary learning. Kertas kerja dibentangkan dibentangkan di 5th IEEE International Conference on Wireless, Mobile, and Ubiquitous Technology in Education (pp.47-51). Beijing, China. doi.ieeecomputersociety.org/10.1109/WMUTE.2008.22. Liu, T. C., Wang, H. Y., Chan, Ko, H. W., Yang, J. C. (2003). Wireless and mobile technologies to enhance teaching and learning. Journal of Computer Assisted Learning, 19(3), 371-382. Mashkuri Hj. Yaacob (2003). Architecture of m-learning system. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Mobile Learning. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. McNeal, T., & Vant Hooft, M. (2006). Anywhere anytime: Using mobile mobile phones for learning. Journal of the Research Center for Educational Technology. Kent State University. Dimuat turun pada Mac 20, 2008 daripada http://www.rcetj.org/? type= art&id=79575& Meyer, M. A., & Booker, J. M. (1990). Eliciting and analyzing expert judgement: A practical guide. Washington DC: U.S. Nuclear. Mitchell, R. (2007). Pc-tablets: The next dimension, Kertas kerja First International Workshop on Pen-Based Learning Technologies (PLT 2007), Catania, Itali. M-learning project. (2005). Dimuat turun pada Jun 25, 2005, daripada http://www.mLearning.org/ MOBIlearn project. (2005). Dimuat turun pada Jun 26, 2005, daripada http://www.mobi learn.org/ Megan Fox. (2005). Dimuat turun pada Jun 26, 2005, daripada http://web.simmons.edu/ ~fox/PDA.html Naismith, L., Lonsdale, P., Vavoula, G., & Sharples, M. (2004). NESTA Futurelab Report 11: Literature review in mobile technologies and learning. Bristol, UK: NESTA Futurelab. Dimuat turun pada Disember 27, 2005, daripada http://www. futurelab.org.uk/resources/documents/lit_reviews/Mobile_Review.pdf

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

663

Ornstein, A. C., & Hunkins, F. P. (2004). Curriculum: Foundation, principles and isssues. Boston, MA: Allyn and Bacon. Pastore, S., Boccato, C., Nobili, L., Lazzaretto, E., Benacchio, L. (2005). Experiences of mobile learning in science: Technological solutions for wireless network and content delivery. National Institute of Astrophysics, Padova, Italy. Dimuat turun pada Januari 18, 2008 daripada http://www.carnet.hr.CUC/cuc2005/program/ papers/abs/h1_pastore_abs.pdf Perry, D. (2003). Hand-held computers (PDAs) in schools. Coventry, UK: Becta (for DfES). Dimuat turun pada Ogos 26, 2008, daripada http://www.becta.org.uk/ research. Pownell, D., & Bailey, G. D. (2001). How to use rubric for implementing handheld computers: A tool for educational leader. Dimuat turun pada Februari 27, 2005 daripada http://educatorspalm.org. Rost, M., & Holmquist, L. E. (2008). Tools for students doing mobile fieldwork. Kertas kerja dibentangkan di Fifth IEEE International Conference on Wireless, Mobile, and Ubiquitous Technology in Education (pp.74-81). Beijing, China. doi.ieeecomputersociety.org/10.1109/WMUTE.2008.14 Saedah Siraj dan Norlidah Alias (2005). An evaluation of M-Learning. The International Journal of Learning, 12(4), 187-198. Saran, M., Cagiltay, K., Seferoglu, G. (2008). Use of mobile phones in language learning: Developing effective instructional materials. Kertas kerja dibentangkan di 5th IEEE International Conference on Wireless, Mobile, and Ubiquitous Tech- nology in Education (pp.39-44). Beijing, China. doi.ieeecomputersociety.org/10.11. 09/WMUTE.2008.49 Sariola, J., Sampson, J. P., Vuorinen, R., & Kynslahti, H. (2001). Promoting mLearning by the uniwap project within higher education. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Technology and Education (ICTE 2001). Dimuat turun pada Mac 25, 2005, daripada http://www.icte.org/T01_Library/T01_254.pdf Savill-Smith, C., & Kent, P. (2003). The use of palmtop computers for learning: A review of the literature. London, UK: Learning and Skill Development Agency. Scanlon, E., Jones, A., & Waycott, J. (2005). Mobile technologies: Prospects for their use in learning in informal science settings. Journal of Interactive Media in Education. Special Issue. Dimuat turun pada Januari 21, 2008 daripada http//jime.open.ac.uk/2005/25/scanlon-2005-25.html Sharples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning. Computer & Education, 34, 177-193. Dimuat turun pada Jan 15, 2006, daripada http://www.eee.bham.ac.uk/sharplem/Papers/handler%20comped.pdf. Sharples, M. (2002). Disruptive devices: Mobile technologies for conversational learning. International Journal of Continuing Engineering Education and lifelong learning, 12(5-6), 504-520. Shih, Y. E. (2005). Language in action: Applying mobile classroom in foreign language learning. Kertas kerja dibentangkan di 5th IEEE International Conference on Advanced Learning Technologies (ms.548-549). Kaohsiung, Taiwan. Dimuat turun daripada http://ieeexplore.ieee.org/xpl/freebs_all.jsp?tp=arnumber=32317 Shim, J. P., & Shim, J. M. (2003, September-October). M-commerce around the world: Mobile service and applications in Japan, Korea, Hong Kong, Finland, and the U.S. Decision Line. Dimuat turun pada Januari 25, 2008, daripada http://decision sciences.org/DecisionLine/Vol34/34_5/34_5ecom.pdf Strhlein, G. (2005). Using mobile phones for mobile learning: Evaluation of histobrick. FernUniversitat in Hagen: technical working paper. Dimuat turun pada Mac 14, 2008

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

664

daripada http://learningericsson.net/mlearning2/files/workpackages/ feu_evalhistrobrick.pdf Taba, H. (1962). Curriculum development: Theory & practice. New York, NY: Harcourt. Ting, Y. R. (2007). The advanced mobile learning practices: Learning features and implications. Kertas kerja 7th IEEE International Conference on Advanced Learning Technologies (ICALT 2007). Niigata, Japan. Upadhyay, S., & Upadhyay, N. (2007, September). Mobile language class: Language learning through mobile gaming. International Journal of Instructional Technology & Distance Learning, 4(9). Dimuat turun pada Februari 19, 2008 daripada http://www.itdl.org/Journal/Sep_07/article03.htm Vahey, P., & Crawford, V. (2002). Palm educators pionners program: Final evaluation report. Dimuat turun pada Januari 23, 2005 daripada http://www.plamgrants.sri. com. Volk, K. S. (1993). Curriculum development using the Delphi Techniques, The Technology Teacher, 52(4), 35-36. Voong, M. (n.d.). Contextual cues: Aiding wireless multimedia collaborative learning. Dimuat turun pada Februari 22, 2008 daripada http://www.michaelvoong.com/documents/papers/michael_voong-alpine_rendezvous-contextual_cues.pdf Waycott, J. (2001). An Investigation into the use of mobile computing devices as tools for supporting learning and workplace activities. Kertas kerja dibentangkan di 5th Human Centred Technology Postgraduate Workshop (HCT2001). Brighton, UK. Dimuat turun pada Jan 15, 2005, daripada http://www.cogs.susx.ac.uk/lab/hct/hctw2001/papers/waycott.pdf Waycott, J., & Kukulska-Hulme, A. (2003). Students' experiences with PDAs for reading course materials. Journal Personal and Ubiquitous Computing, 7(1), 30-34. Dimuat turun pada Februari 22, 2008, daripada http://www.springerlink.com/content/ w288kry251dd2vcd/ Wood K. (2003). Introduction to Mobile Learning (M Learning). [Online]. Dimuat turun pada April 8, 2008 daripada http://ferl.becta.org.uk/display.cfm?page=65&catid=192resid=5194 &printable=1 Yerushalmy, M., & Ben-Zaken, O. (2004). Mobile phones in education: the case of mathematics. The Institute for Alternatives in Education, University of Haifa. Dimuat turun pada Februari 26, 2008 daripada http://contruct.haifa.ac.il/~michalyr/cellular%20 report.pdf. Zhao, X., & Okamoto, T. (2008). A personalized mobile mathematics tutoring system for primary education, 4(1). Dimuat turun pada Februari 23, 2008 daripada http://www. rcetj.org/?type=art&id=87831& Zurita, G. & Nussbaum, M. (2004). A constructivist mobile learning environment supported by a wireless handheld network. Journal of Computer Assisted Learning 20(4), 235 243.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

665

You might also like