You are on page 1of 17

REKABENTUK PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB BAGI TAJUK TOPOLOGI RANGKAIAN DALAM PENDIDIKAN Norashikin

Sahadan, Helyawati Baharudin Fakulti Teknologi & Sains Informasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 43600 Bandar Seri Putra Bangi Selangor norashikin@kuis.edu.my, helyawati@kuis.edu.my Abstrak Tujuan kajian ini ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web bagi tajuk topologi rangkaian dalam pendidikan (PBSnet) mengikut ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh Herrington et al., (2000). Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi (PBS) telah diasaskan oleh Jean Lave pada sekitar akhir 80an. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran sebenarnya merupakan aktiviti, konteks dan budaya di mana ia berlaku. Ini bertentangan dengan kebanyakan aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang hanya menitikberatkan pengetahuan yang terlalu abstrak dan tidak bertepatan kepada konteks sebenar. Interaksi sosial dinyatakan sebagai salah satu komponen kritikal di dalam PBS, di mana pelajar menyertai latihan dalam komuniti di mana ia diperlukan dalam kehidupan sebenar. Lave dan Wanger (1991), menyatakan proses tersebut merupakan legitimate peripheral participation. Terdapat juga ciri-ciri yang dinyatakan oleh Jan Herrington et al.,(2000) di mana PBS dapat mewujudkan persekitaran yang autentik, yang mana menitikberatkan pengalaman sebenar, selain daripada membolehkan refleksi berlaku dan pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan penyertaan berkumpulan. Kata Kunci: pembelajaran berasaskan situasi, pembelajaran berasaskan masalah, teori pembelajaran, rekabentuk antaramuka. 1.0 Pengenalan

Perkembangan dunia yang menuju kepada pengaplikasian secara menyeluruh bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin menampakkan impak yang besar dalam kehidupan manusia dan juga bidang pendidikan. Sebagaimana yang diramal oleh Mohd Yusof dalam penulisan Nin (2005), masa hadapan pembangunan sesebuah negara banyak didominasikan perkembangan sains dan teknologi dan teknologi yang banyak mendominasi kehidupan kini pula adalah ICT. Salah satu daripada pendekatan pembelajaran menggunakan ICT ialah pembelajaran melalui web. Persekitaran pembelajaran melalui web adalah berasaskan pendekatan hipermedia, di mana pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik dan animasi, audio dan video boleh dirangkaikan dalam pelbagai bentuk (Muhamad Kasim, 2002). Menurut Hashim et al., (2002), keberkesanan pembelajaran berasaskan web merujuk kepada kebolehan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Keadaan ini membolehkan pelajar mendapatkan maklumat dengan mudah kerana persekitaran pembelajaran berasaskan web ini kaya dengan pelbagai maklumat dan sesuai dengan semua tahap pengetahuan pengguna dan mengandungi berbagai aktiviti pembelajaran (Liaw, 2001). Aktiviti pembelajaran ini bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada matapelajaran-matapelajaran tertentu malah matapelajaran yang berkaitan dengan ICT ataupun teknologi rangkaian yang semakin penting dalam

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

680

pendidikan. Transformasi teori dalam pelaksanaan sistem p&p bermula dari teori tingkah laku kepada teori kognitif dan seterusnya kini teori konstruktivisme. Kaedah pengajaran dan rekabentuk pengajaran juga turut mengalami revolusi di mana perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif dan berpusatkan pelajar semakin diambil kira dalam pembangunan rekabentuk sesuatu bahan pengajaran. Teori pembelajaran secara amnya merupakan satu teori yang memfokuskan kepada penerangan dan penjelasan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku dalam diri seseorang (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Manakala strategi pengajaran pula adalah pendekatan yang digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran boleh dicapai (Hazimah, 2001). Antara strategi pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam merekabentuk bahan pembelajaran ialah strategi pembelajaran koperatif, kolaboratif, anjal (fleksibel), aktif, refleksi, penemuan bersepadu dan banyak lagi. Menurut Dick (1989), proses membangunkan dan merekabentuk bahan p&p banyak dipengaruhi oleh teori dan strategi pembelajaran kerana dua bidang ini saling mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain. 2.0 Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS)

Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi (PBS) telah diasaskan oleh Jean Lave pada sekitar akhir 80an. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran sebenarnya merupakan aktiviti, konteks dan budaya di mana ia berlaku. Ini bertentangan dengan kebanyakan aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang hanya menitikberatkan pengetahuan yang terlalu abstrak dan tidak bertepatan kepada konteks sebenar. Interaksi sosial dinyatakan sebagai salah satu komponen kritikal di dalam PBS, di mana pelajar menyertai latihan dalam komuniti di mana ia diperlukan dalam kehidupan sebenar. Lave dan Wanger (1991), menyatakan proses tersebut merupakan legitimate peripheral participation. Terdapat juga ciri-ciri yang dinyatakan oleh Jan Herrington et al.,(1997) di mana PBS dapat mewujudkan persekitaran yang autentik, yang mana menitikberatkan pengalaman sebenar, selain daripada membolehkan refleksi berlaku dan pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan penyertaan berkumpulan. Ini bergantung kepada model yang disaran dan digunakan dalam membangunkan bahan pembelajaran yang berasaskan PBS. Terdapat model-model PBS yang telah diketengahkan beberapa pihak yang pada asalnya diasaskan oleh Jean Lave dan Wanger. Antara model yang menepati kepada rekabentuk pembangunan multimedia adalah oleh Herrington dan Oliver (1997). Mereka telah mengenalpasti ciri-ciri serta elemen yang menjadi kunci utama kepada PBS. 3.0 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS)

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Herrington et. al (2000), terdapat sembilan ciri kritikal yang boleh dijadikan panduan dalam membangunkan persekitaran pembelajaran web atau atas talian. Antara elemen-elemen yang diambil kira adalah seperti berikut : i. ii. Gambaran konteks sebenar atau autentik yang menggambarkan situasi di mana pengetahuan akan digunakan Aktiviti yang autentik : di mana aktiviti yang ill-define yang menggambarkan aktiviti sebenar di dunia nyata.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

681

iii. iv. v.

Capaian kepada pakar : capaian kepada pakar dalam pelbagai peringkat melalui saluran komunikasi seperti emel dan sebagainya. Pelbagai peranan dan perspektif : pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran dari pelbagai perspektif serta boleh menggunakan pengetahuan dalam pelbagai cara. Pengetahuan yang dikonstruk secara kolaborasi : kolaborasi boleh digalakkan dengan mewujudkan tugas yang bersesuaian melalui teknologi komunikasi (Brown et al., 1989). Refleksi : refleksi yang digunakan haruslah menggunakan contoh ataupun tugasan sebenar yang dapat dikaitkan dengan dunia nyata. Articulation : untuk mewujudkan peluang ini tugas yang diberi hendaklah bersifat semulajadi (Collins et al., 1989; Lave & Wenger, 1991). Coaching & Scaffolding : dalam mewujudkan elemen coaching dan scaffolding, persekitaran pembelajaran hendaklah mempunyai elemen pembelajaran kolaboratif yang mana membenarkan lebih ramai kumpulan yang membantu dalam membimbing pengguna.

vi. vii. viii.

4.0

Rekabentuk dan Strategi Pembelajaran PBSnet Dalam pembangunan strategi pembelajaran PBSnet, terdapat tiga bahagian utama: i) ii) iii) Reka bentuk Informasi Reka bentuk Interaksi Rekabentuk Antaramuka atau persembahan

Setiap proses kerja dalam reka bentuk ini saling berhubungan di antara satu sama lain dan diperlukan bagi memastikan perisian yang dihasilkan menepati ciri-ciri serta kualiti yang dikehendaki (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Proses kerja yang sama juga boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan laman web. Berikut dijelaskan ketiga-tiga reka bentuk yang dinyatakan dan bagaimana ianya diaplikasikan dalam proses reka bentuk sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web di dalam projek ini. 4.1 Rekabentuk Informasi / Strategi Pembelajaran Bagi mereka bentuk informasi sistem pembelajaran projek ini, pendekatan pembelajaran berasaskan situasi berdasarkan ciri ciri yang dicadangkan oleh Herrington et al (2000) telah digunakan . Ini kerana ciri- ciri

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

682

yang diusulkan oleh beliau meliputi elemen elemen multimedia yang merangkumi aspek pembangunan yang menjurus kepada konsep ICT. Ciri ciri yang disarankan oleh beliau dalam mengatur maklumat dan isi kandungan pembelajaran yang ingin disampaikan ialah : 4.1.1 Gambaran konteks sebenar atau autentik yang menggambarkan situasi di mana pengetahuan akan digunakan Proses pembelajaran melalui PBSnet ini akan membenarkan pelajar belajar menggunakan situasi yang autentik dan gambaran suasana sebenar di mana pengetahuan berkaitan topologi rangkaian sememangnya akan berlaku. Ini dapat dilihat seperti rajah 4.0 dan 4.1, di mana pengguna diberikan situasi yang realistik yang mana boleh membuatkan pengguna merasai situasi tersebut. Walaupun pengguna berhak memilih sama ada ingin memulakan pembelajaran dengan situasi atau tida, tetapi dengan pendekatan yang memberikan pilihan kepada pengguna, memberikan kebebasan untuk mereka membuat keputusan terhadap pembelajaran mereka.

Rajah 4.0: Paparan Antara Muka Situasi 1

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

683

Rajah 4.1: Paparan Antara Muka Situasi 2 4.1.2 Aktiviti yang autentik : di mana aktiviti yang ill-define yang menggambarkan aktiviti sebenar di dunia nyata. Jika dilihat pada konteks aktiviti yang autentik pula, yang mana melibatkan aktiviti sebenar pada dunia nyata, dapat dilihat contohnya pada paparan simulasi telefon dan email (rujuk Rajah 4.2 dan 4.3) yang melibatkan pengguna dengan aktiviti pencarian maklumat dalam dunia sebenar yang realistik. Pada dunia sebenar, maklumat sering dicapai dengan pelbagai cara antaranya melalui enjian carian, email, menelefon pakar dan sebagainya. Oleh itu, merujuk kepada ciri-ciri ini, aktiviti yang menyerupai dunia sebenar ini wujud dalam persekitaran sistem PBSnet ini.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

684

Rajah 4.2 Paparan Antara Perbualan Telefon

Rajah 4.3 Paparan Simulasi E-Mail 4.1.3 Capaian kepada pakar : capaian kepada pakar dalam pelbagai peringkat melalui saluran komunikasi seperti emel dan sebagainya

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

685

Jika dilihat pada capaian pakar, sistem PBSnet menghubungkan pengguna dengan saluran-saluran kepada pakar seperti Juruteknik, rakan-rakan dan refleksi seperti email dan sebagainya.

Rajah 4.4 Paparan Capaian kepada pakar 4.1.4 Pelbagai peranan dan perspektif : pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran dari pelbagai perspektif serta boleh menggunakan pengetahuan dalam pelbagai cara. Bagi memastikan pengguna merasai situasi sebenar dalam persekitaran PBSnet, dua situasi yang membawa watak berbeza telah diwujudkan. Ini bagi memastikan pengguna membuat pilihan watak yang ingin digunakan oleh mereka. Dengan adanya kepelbagaian watak dan perspektif situasi, mereka secara tidak langsung dapat memanipulasikan pengetahuan mereka dalam pelbagai peranan dan perspektif masalah atau keadaan pada dunia sebenar. 4.1.5 Pengetahuan yang dikonstruk secara kolaborasi : kolaborasi boleh digalakkan dengan mewujudkan tugas yang bersesuaian melalui teknologi komunikasi Kolaborasi boleh diwujudkan dengan alat yang mewujudkan interaksi sosial contohnya ruangan forum. Di sini pengguna boleh berhubung dengan pengguna lain menggunakan perbincangan pada ruangan forum. Ini menggalakkan kepada pembentukan kolaborasi di antara pengguna. (rujuk Rajah 4.5)

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

686

Rajah 4.5 Paparan Forum 4.1.6 Refleksi : refleksi yang digunakan haruslah menggunakan contoh ataupun tugasan sebenar yang dapat dikaitkan dengan dunia nyata Apabila memperkatakan tentang refleksi, PBSnet membenarkan pengguna membuat refleksi secara terus. Ini menggambarkan kepada kesinambungan pencarian maklumat yang membawa kepada refleksi dalam dunia nyata. Contohnya pada situasi 1(rujuk Rajah 4.0), setelah mendapatkan maklumat daripada pakar atau juruteknik, dan mencari bahan pada enjian pencarian Google, pengguna akan dihubungkan dengan paparan refleksi sebenar di mana pengguna perlu membalas email tersebut dan dalam masa yang sama pengguna perlu menandakan jawapan kepada persoalan pada ruangan penghantaran email. Pengguna boleh membuat refleksi secara terus tanpa perlu menunggu hingga kepada akhir pembelajaran.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

687

Rajah 4.6 Paparan Refleksi Email 4.1.7 Articulation : untuk mewujudkan peluang ini tugas yang diberi hendaklah bersifat semulajadi Sepertimana yang dilihat pada aspek kolaborasi melalui forum, aktiviti melalui email dan menelefon pakar yang dibincangkan sebelum ini, aspek articulation secara tidak langsung telah wujud dalam persekitaran PBSnet ini. 4.1.8 Coaching & Scaffolding Coaching & Scaffolding merupakan ciri-ciri yang membimbing dan memandu pengguna sepanjang proses pembelajaran. Jika dilihat pada PBSnet ini, proses pembelajaran pengguna dalam sistem pembelajaran ini akan di pandu oleh satu fungsi Arahan untuk memandu pengguna melayari dan menjelajah sistem pembelajaran yang dibangunkan supaya pengguna tidak sesat semasa melayari laman web ini. Pengguna akan memilih sumber maklumat mana yang diperlukan dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Terdapat juga panduan lain yang memandu pengguna contohnya arahan butang seterusnya dan sebelumya yang memastikan pengguna tidak sesat sepanjang melayari sistem PBSnet ini. 4.1.9 Penilaian yang autentik Dalam aspek penilaian autentik, PBSnet mewujudkan persekitaran di mana pengguna boleh membuat penilaian kepada diri sendiri melalui
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 688

aktiviti refleksi. Contoh yang telah dibincangkan ialah melalui refleksi email yang menilai pengguna secara autentik pada situasi sebenar dan masa nyata. Jika dilihat pada situasi yang digunakan dalam sistem pembelajaran ini, ia melibatkan penyesuaian dan berpandukan kepada elemen-elemen yang terkandung dalam pembelajaran berasaskan situasi dalam persekitaran multimedia oleh Herrington et al.,(1997). Ini dapat dilihat pada Rajah 4.7 di mana ciri-ciri yang disarankan dibentuk dalam keseluruhan bahan pembelajaran yang berunsur multimedia dibangunkan. Pada elemen IMM iaitu Interactive Multimedia Program terdapat empat ciri diintegrasikan iaitu konteks autentik, aktiviti yang autentik, capaian kepada pakar dan daripada pelbagai sudut dan persepektif dan mungkin juga pelbagai peranan. Manakala pada Learner terdapat aktiviti refleksi, kolaborasi dan artikulasi dan pada keseluruhan pelaksanaan sistem pembelajaran pula konsep scaffolding, modelling dan coaching telah dimasukkan.

Rajah 4.7 : Elemen Elemen dalam Pembelajaran Berasaskan Situasi dalam Persekitaran Multimedia ( Herrington et al., 1997) 4.2 Rekabentuk Interaksi Reka bentuk interaksi sistem pembelajaran menerusi web ini adalah berbentuk struktur komposit (Rujuk Rajah 4.8). Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), struktur komposit ini sering digunakan dalam aplikasi multimedia pendidikan. Ia juga bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan dapat dicapai dengan lebih mudah mengikut keperluan pengguna dan juga keperluan semasa.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

689

Rajah 4.8: Struktur Komposit (Jamalludin & Zaidatun, (2003) Reka bentuk interaksi sistem pembelajaran ini juga memberi kuasa kawalan kepada pengguna bagi membolehkan pengguna berkomunikasi atau berinteraksi dengan sistem selain menentukan sendiri laluan penerokaan (di bawah kawalan pengguna) yang ingin digunakan. Menurut William (1996), kawalan pengguna merujuk kepada suatu rekabentuk pengajaran di mana pelajar mempunyai kebebasan membuat keputusan semasa proses pembelajaran seperti kawalan aliran, laluan dan peristiwa Ini boleh dilihat dalam situasi yang diberikan dalam sistem pembelajaran ini di mana pelajar berhak membuat pilihan sama ada ingin menggunakan nota ringkas yang telah disediakan atau menggunakan situasi dalam sistem pembelajaran ini dalam memahamkan konsep topologi dalam rangkaian. Dalam situasi yang diberikan pula pelajar berhak menggunakan pautan sumber bahan yang diwujudkan seperti telefon, ruangan sembang Yahoo Messanger dan komputer untuk mendapatkan sumber bahan bagi pembelajaran topologi rangkaian. Oleh itu, dapat dilihat pelajar tidak perlu mengikut aturan dalam mencari maklumat berkaitan pembelajaran topologi rangkaian ini. Mereka juga bebas membuat pilihan sama ada akan memperolehi bahan secara mudah atau perlu melalui beberapa peringkat dalam situasi untuk mendapatkan bahan akhir pembelajaran. Di sini akan dapat dilihat aktiviti autentik di mana pelajar melibatkan diri sepenuhnya dalam pencarian maklumat. Dalam sistem pembelajaran ini dapat dilihat terdapat metafora yang digunakan bagi memudahkan pelajar membuat perkaitan di antara benda atau alat pada dunia nyata dengan gambaran situasi yang diberikan (Rujuk Rajah 4.9).

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

690

Rajah 4.9 Paparan Antara Muka Metafora CD dan Komputer Manakala pada butang navigasi yang berbentuk pautan teks yang telah diintegrasikan dengan elemen mouse over membenarkan pelajar mengetahui bahawa terdapat pautan pada setiap butang navigasi yang akan diklik. Pada pautan sumber bahan yang melibatkan simulasi pula, pelajar akan dapat melihat Objek Pembelajaran Digital (OPD) (Rujuk Rajah 4.10 dan 4.11) dalam paparan pop up window, di mana elemen seperti ini yang berskala kecil dan konsep pengadaptasian yang fleksibel mengekalkan paparan web dibelakang bahan tersebut. Ini akan membantu pelajar dalam mengaitkan nota dengan simulasi yang diperolehi dalam sistem pembelajaran ini.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

691

Rajah 4.10 Paparan Simulasi OPD yang terkumpul

Rajah 4.11 Paparan Simulasi OPD yang boleh dibesarkan

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

692

4.3

Rekabentuk Antara Muka

Rajah 4.12 : Paparan Montaj Pengenalan Sistem Pembelajaran Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, penggunaan montaj (Rujuk Rajah 4.12) di awal persembahan adalah untuk menarik perhatian pelajar menggunakan bahan pembelajaran ini. Penggunaan elemen audio yang ringkas dan ringan akan digunakan supaya menampakkan permulaan persembahan yang segar dan bertenaga. Penggunaan montaj digunakan oleh pembangun di awal sistem pembelajaran ini bagi menarik perhatian pengguna dan bagi merangsang pengguna untuk menerokai maklumat yang terkandung di dalam sistem pembelajaran ini. Penggunaan audio di awal persembahan sistem pembelajaran sebagai montaj akan menjadikan reka bentuk antara muka kelihatan nyata pada deria pendengar pengguna dan mampu menghidupkan keadaan semasa pengguna menggunakan sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web ini. Penggunaan skema warna biru bagi warna latar belakang dan warna putih mewakili warna teks memudahkan pengguna menggunakannya kerana terdapat kontra di antara warna latar belakang dan teks yang akan membuatkan penglihatan pengguna lebih jelas. Teks jenis Verdana dari jenis Sans Serif digunakan bagi menarik perhatian pengguna pada maklumat yang hendak di sampaikan dan meningkatkan ke boleh bacaan pengguna. Susun atur menu pilihan pengguna bagi antara muka sistem pembelajaran ini akan di letakkan di bahagian tengah skrin komputer kerana menurut Baharuddin et al., (2002) lazimnya pergerakan mata seseorang pengguna itu akan pergi ke bahagian kiri tengah skrin komputer, kemudian akan ke bahagian kiri-atas skrin komputer. Kemudian ke bahagian kanan skrin komputer akan menurun secara melintang ke bahagian bawahkiri skrin komputer dan akhir sekalu bergerak mendatar ke sebelah kanan skrin komputer.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

693

Reka bentuk antara muka yang dibangunkan ini membolehkan pelajar mengakses keseluruhan bahan pengajaran sepenuhnya dan pelajar boleh mengkonstruk pembelajaran sendiri selain paparan teks yang ringkas dan bernas, maklumat yang pelbagai dan penggunaan grafik yang digunakan dapat mendorong pelajar terus membuat penjelajahan terhadap setiap ruang di dalam sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web ini dan meningkatkan minat serta motivasi pelajar. 5.0 Kesimpulan Kertas kerja ini telah mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi(PBS) yang sesuai digunakan dalam pembangunan sistem pembelajaran menerusi web bagi tajuk topologi rangkaian dalam pendidikan (PBSnet). PBSnet juga melibatkan penyesuaian dan berpandukan kepada elemen-elemen yang terkandung dalam pembelajaran berasaskan situasi dalam persekitan multimedia oleh Herrington et al (2000).

Rujukan Adnan bin Ahmad dan Mohd Faisal Ibrahim (2004).Interactive and Animated Web Based Course Development. Persidangan e Pembelajaran Kebangsaan 2004. Ahmad Muhaimin Mohamad (2004 ). Pembinaan dan Penilaian Laman Web Interaktif Berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai. Tesis Sarjana : Universiti Teknologi Malaysia ( UTM). Albion, P.R. (2000). Developing Interactive Multimedia Using A Problem Based Learning FrameWork. Kertas Kerja di bentangkan di ASET / HERDSA Conference, Toowoomba. Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir.(2001) Sistem Komputer dan Aplikasinya. Venton Publishing Baharudin Aris, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Noraffandy Yahaya (2002).Pembangunan dan Penilaian Perisian Alat Will (Web-Based Integrated Learning Tool): Kajian Pola Interaksi Pelajar dalam Persekitaran Pembelajaran melalui Web. Vote No : VOT 71604. Universiti Teknologi Malaysia. Bransford, J. D., Sherwood, R. D., Hasselbring, T. S., Kinzer, C. K. and Williams, S. M. (1990).Anchored instruction: Why we need it and how technology can help. In D. Nix and R. Spiro (Eds.),Cognition, education and multimedia: Exploring ideas in high technology, Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum, pp. 115-141. Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated Cognition and The Culture of Learning. Educational Researcher Chang, R.K.C ( 2004 ). Teaching computer networking with the help of personal computer networks. Proceeding of the 9th Annual SIGCSE conference on Innovation and technology in computer science education ITiCSE 04 June 2004 United Kingdom ACM Press, 208-212 Dick ,W., Dan Reiser, R.A. (1989). Planning Efective Instruction. Prentice-Hall. Griffin, M. M. (1995). You cant get there from here: Situated learning, transfer and map skills.Contemporary Educational Psychology, Vol. 20, pp. 65-87. Hashim Asman, Azizah Aziz, Mohd. Hidzir Abdul Rashid. Samudin Kassan (2002). Educational Learning Management System (ELMaS) : Model Generik Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web Untuk Latihan Perguruan. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

694

Hazimah Hj Samin (2001). Teknologi Komunikasi Dan Maklumat: Teori Dan Realiti. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. [Atas Talian] : http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/ge6433/ge6433_tugasan4_1.html Hazimah Hj Samin, 2001. Teori Dan Strategi Pengajaran Pembelajaran Dalam Merekabentuk Perisian Kursus PPBK. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. [Atas Talian] : http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/ge6663/ge6663_tugasan4_1.html Heinich, R., Molenda, M., Russel, J. D. dan Smaldino, S. E. (1999). Instructional Media and Technology for Learning, 6th ed., Upper Saddle River, NJ : Prentice Hall. Herrington, J.,Oliver, R., Herrington, T., & Sparrow, H(2000). Towards a new transition of online instruction: using situated learning theory to design web-based units. Paper presented at the ASCILITE 2000 CONFERENCE, December 9-14 2000, Coffs Harbour, Australia Herrington, J.,Oliver, R.,(1997). Critical Characteristics of Situated Learning: Implications for the Instructional Design of Multimedia. Ibrahim Ahmad (2005).Pembangunan Prototaip Perisian Multimedia Interaktif Sistem Komputer dan Aplikasinya Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Tesis Sarjana, UTM. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000). Pengenalan Kepada Multimedia. Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). Pembangunan Perisian Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik. Venton Publishing (M) Sdn Bhd. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. PTS Publications and Distributors Sdn Bhd. Jamalludin Harun (2003). Pembinaan Dan Penilaian Keberkesanan Sistem Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Program Perguruan. Tesis PhD UTM Jonassen, D.H. (1991). Objectivism versus Constructivism : Do We Need a New Philosophical Paradigm? Educational Technology Research and Development Juliyana Baharudin (2006).Pembangunan dan Penilaian Sistem Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web bagi Tajuk Grafik Digital Dalam Pendidikan. Tesis Sarjana : Universiti Teknologi Malaysia ( UTM). Lave, J. and Wenger, E. (1991). Situated learning: Legitimate peripheral participation. Cambridge:Cambridge University Press. Liaw, S.S. (2001). Designing The Hypermedia-Based Learning Environment. Strategising Teaching and Learning in the 21st Century. Universiti Teknologi Malaysia. Muhamad Kasim Basir (2002). Pembelajaran Konsep Sains Menggunakan Perisian Web Dalam Konteks Sekolah Bestari. Tesis PhD, Universiti Teknologi Malaysia. Nin Hayati Mohd Yusoff (2005 ). Keperluan Pembelajaran Berbantu Multimedia Bagi Subjek Sistem Elektronik I di Politeknik Malaysia. Tesis Sarjana : Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn ( KUiTTHO)Pusat Pekembangan Kurikulum (2002). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Grafik Berkomputer Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). ICT Dalam Pendidikan, Satu Tanda Tanya. Edisi Khas. Kementerian Pendidikan Malaysia Rio Sumarni Shariffuddin, Widad Othman dan Tang Howe Eng (2002).Iventori Proses Kognitif (IPK) Berasaskan Web Untuk Menguji Kemahiran Berfikir Secara Kritis (KBK) Dan Penilaian Stail Pembelajaran Pelajar. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan, Fakulti Pendidikan, UTM

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

695

Saifullizam Puteh, Ahmad Rizal Madar dan Mohd Zairulniza Jaludi(2005).Pembelajaran Melalui Simulasi Komputer Dalam Membangunkan Proses Kognitif. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan 2005. Shaharom Noordin (1996). Pengajaran Individu Menggunakan Modul Pengajaran Kendiri di Sekolah Menengah. Jurnal Akademik Tripp, D. S. dan Bichelmeyer, B. (1990). Rapid Prototyping : An Alternative Instructional Design Strategy, Educational Technology Research and Development, 38 (1), ms. 31-44. Wan Salihin Abdullah dan Mohd. Yusof Arshad (1996). Penggunaan Teknologi Maklumat Sebagai Alat Kognitif Dalam Pendidikan Sains. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Wiley, David A. (2000). The Instructional Use of Learning Objects. Bloomington, IN AECT.[atas talian] http://reusability.org/read/

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

696

You might also like