You are on page 1of 17

PENILAIAN TEKNOLOGI PENGURUSAN PENGETAHUAN: TEKNIK AMALAN DI KALANGAN SEKTOR PERBANKAN MALAYSIA Hafizi Muhamad Alia dan Zawiyah

Mohammad Yusofb
a

Fakulti Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok Kedah Malaysia hafizi@uum.edu.my

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia 43000 Bangi Selangor Malaysia zmy@ftsm.ukm.my

Abstrak Globalisasi dan liberalisasi mendesak sektor perbankan menggunakan teknologi pengurusan pengetahuan (TPP) sebagai satu alat kelebihan untuk berdaya saing walaupun terpaksa melibatkan kos pelaburan yang tinggi. Oleh kerana TPP melibatkan kos yang tinggi, maka teknologi ini perlu dinilai bagi memastikan organisasi memperoleh pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang dilakukan. Teknik belanjawan modal konvensional atau kaedah perakaunan didapati sudah tidak lagi sesuai untuk mengukur proses penilaian TPP yang kompleks. Sebaliknya, penilaian TPP memerlukan kerangka sosio-teknikal yang terdiri daripada gabungan kandungan, proses dan konteks. Kajian ini bertujuan melihat teknik penilaian TPP yang diamalkan oleh bank perdagangan tempatan di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini melihat kekerapan penilaian yang dijalankan sepanjang kitar hayat pembangunan TPP, penggunaan teknik penilaian yang pelbagai dan kesan ciri-ciri TPP ke atas pemilihan teknik penilaian. Tinjauan dengan menggunakan teknik soal selidik untuk pengumpulan data merupakan kaedah yang dipilih. Bancian dilakukan terhadap Pengurus Teknologi Maklumat (TM) di 10 buah bank perdagangan tempatan di Malaysia. Hasil kajian mendapati kesemua bank melakukan penilaian terhadap TPP dalam fasa ketersauran. Teknik penilaian TPP yang digunakan ialah analisis kos/hasil dan analisis kos faedah. Kedua-dua teknik ini merupakan teknik asas penilaian yang berbentuk kewangan dalam menilai TPP. Faktor lain yang mempengaruhi teknik penilaian TPP ialah ciri-ciri TPP itu sendiri. Manakala, teknik penilaian bukan kewangan hanya diterima jika TPP mempunyai ciri-ciri strategik berbanding ciri-ciri wajib. Jelas, pemilihan teknik penilaian adalah dipengaruhi oleh tujuan penilaian dilakukan. Justeru itu, penilaian TPP yang tepat dan berkesan menjadi pemangkin dalam melahirkan organisasi perbankan berpengetahuan.

1.0

PENGENALAN

Sektor perbankan di Malaysia merupakan antara sektor terbesar yang secara aktif membuat perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat (TM). Perbelanjaan yang

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

722

dilakukan oleh sektor ini mewakili 35% daripada keseluruhan perbelanjaan TM negara (Bank Negara Malaysia, 2002). Perbelanjaan TM ini termasuklah perbelanjaan terhadap teknologi pengurusan pengetahuan (TPP). Perbelanjaan ini dilakukan antara lainnya adalah didorong oleh fenomenon liberalisasi yang sedang dialami oleh sektor perbankan Malaysia. Fenomenon liberalisasi ini menuntut supaya dilakukan peningkatan perkhidmatan dan kelebihan kemampuan untuk bersaing. Pelaburan ke atas TM dan TPP memberi faedah dalam bentuk peningkatan produktiviti pekerja (Strachman, 1994), operasi transaksi (Karr, 1996) dan peningkatan keuntungan (Teixeira, 1995). Oleh kerana TPP dilihat sebagai satu alat yang mempunyai kelebihan untuk bersaing, maka sektor perbankan mula melaburkan wang untuk teknologi ini bagi memastikan mereka terus kekal berdaya saing dalam pasaran kewangan global (Bank Negara Malaysia, 1999). Meskipun begitu, penggunaan TPP dalam industri perkhidmatan perbankan melibatkan pelaburan yang tinggi. Justeru, TPP perlu dinilai untuk melihat kewajarannya supaya teknik yang bersesuaian serta berkesan sahaja digunapakai. Penilaian terhadap TPP perlu dilakukan kerana tanpa mengira teknik yang digunakan, TPP tetap memberi kesan ke atas prestasi organisasi (Lubbe & Remenyi, 1999). Teknik penilaian TPP juga dapat membantu meningkatkan kesedaran organisasi untuk menerima teknologi baru ini secara meluas serta meraih faedah setimpal dengan pelaburan yang dilakukan (Fadzilah, 2001).

1.1 Latar Belakang Kajian Kajian yang melibatkan penilaian terhadap TPP secara khususnya dan sistem maklumat secara amnya semakin mendapat perhatian (Serafeimidis & Smithson, 1996). Para penyelidik sepakat berpendapat bahawa pendekatan yang digunakan dalam pengurusan sistem maklumat dan TPP perlu berubah (Remenyi et al., 1991). Pembangunan kedua-dua sistem maklumat dan TPP mengambil masa yang panjang, melibatkan pengkosan yang rumit serta tidak memberikan pulangan seperti yang dijangkakan (Brynjolfson, 1993; Lubbe & Remenyi, 1999). Oleh yang demikian penilaian ke atas pendekatan yang digunakan terutamanya dalam TPP haruslah dinilai. Tumpuan masakini diberikan kepada TPP kerana teknologi ini adalah relevan kepada organisasi yang memberi fokus kepada pengekalan pengetahuan organisasi (Lubbe & Remenyi, 1999). Majoriti penyelidik mengatakan TPP melibatkan kos yang tinggi. Namun tidak sedemikian halnya menurut Farbey et al. (1993). Farbey et al. mendakwa TPP adalah teknologi yang mudah dan murah untuk dibangunkan. Teknologi ini mula diterima umum terutamanya dalam sektor perbankan. Pada hari ini sektor perbankan menggunakan TPP sebagai alat kelebihan untuk berdaya saing dan bukannya sekadar sebagai alat bantuan untuk pemprosesan komputeran. Meskipun begitu, terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk menilai keberkesanan TPP dan sebahagian daripadanya adalah rumit. Teknik penilaian TPP seharusnya bersifat praktikal supaya bersesuaian dengan peranannya sebagai satu alat kelebihan untuk berdaya saing. Kajian yang dijalankan dari tahun 1980-an hingga penghujung 1990-an mendapati isu utama yang dihadapi oleh pengurus institusi perbankan ialah memilih teknik penilaian yang meyakinkan bagi menjustifikasi pelaburan yang dilakukan ke atas TPP (Farbey et al., 1993). Namun, isu keyakinan merupakan sesuatu yang rumit kerana penilaian mengambilkira beberapa pandangan serta melibatkan pelbagai kumpulan manusia (Dickson et al., 1988).

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

723

1.2

Penyataan Masalah Perubahan peranan yang dibawa oleh TPP memerlukan penelitian dijalankan ke atas pelaburan yang dilakukan terutamanya dari segi analisis kos dan justifikasi. Oleh itu, pendekatan perakaunan tradisional yang lazimnya digunakan sebagai analisis pelaburan dalam perbelanjaan modal tidak lagi sesuai. Ini disebabkan penilaian terhadap pelaburan TPP mempunyai pelbagai tujuan. Berdasarkan senario di atas, kertas kerja ini cuba menyelesaikan dua persoalan iaitu: Pertama, bagaimanakah sektor perbankan Malaysia membuat keputusan terhadap pelaburan TPP? Kedua, apakah teknik penilaian yang digunakan dalam pembuatan keputusan pelaburan TPP? 1.3 Matlamat Kajian Memandangkan TPP adalah penting dalam menyokong objektif strategik sektor perbankan, maka semakan semula terhadap amalan penilaian TPP di kalangan bank perdagangan tempatan di Malaysia perlu dijalankan. Amalan penilaian yang berasaskan kos kewangan dan analisis hasil terhadap sesuatu projek tidak lagi relevan kepada organisasi moden masa kini (Serafeimidis & Smithson, 1996; Giaglis et al., 1999; Fitzgerald, 2000). Semakan semula perlu memfokus kepada teknik penilaian yang digunakan sebagai amalan dalam menilai TPP. Oleh itu, matlamat kajian ini ialah: i. ii. iii. menentukan kekerapan penilaian dijalankan dalam kitar hayat pembangunan TPP, mengenalpasti teknik penilaian yang digunakan dalam setiap fasa pembangunan TPP, menentukan sama ada ciri-ciri TPP mempengaruhi pemilihan teknik penilaian.

2.0 2.1

SOROTAN SUSASTERA/KARYA

Pengetahuan dan Pengurusan Pengetahuan (PP) Pengetahuan merupakan data dan maklumat yang berstruktur dan tidak berstruktur. Maklumat berstruktur dan tidak berstruktur dihasilkan melalui pengurusan maklumat. Manakala definisi pengetahuan pula diperoleh dari aspek teori maklumat. Hubungan antara data, maklumat dan pengetahuan dijelaskan dalam Rajah 1 di bawah.

Tukar Asing Tambah Proses Saring Susun

PENGETAHUAN

Maklumat

Data

Rajah 1 Hubungan Antara Data, Maklumat dan Pengetahuan Pengetahuan berasal dari maklumat, manakala, maklumat pula berasal dari data (Rajah 1). Maklumat tidak menjadi pengetahuan melainkan nilainya ditambah melalui penafsiran,

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

724

penyusunan, penyaringan, pemilihan atau kejuruteraan. Suatu kumpulan data bukannya maklumat. Secara amnya data adalah suatu set fakta yang berasingan. Data merupakan bahan mentah kepada pengetahuan dan tidak mempunyai nilai sehingga ianya diisih, dicerna dan diletakkan di suatu tempat serta boleh dianalisis. Apabila data disusun, dikemas dan disimpan dalam bentuk logik, seperti dokumen dan manual ia dianggap sebagai maklumat atau bahan rujukan yang berguna. Suatu kumpulan maklumat bukannya pengetahuan. Maklumat adalah hasil dari perolehan dan penyediaan hubungan kepada pengalaman dan idea. Maklumat atau pengalaman nyata, selalunya disimpan dalam bentuk separa struktur seperti dokumen, mel-e, pesanan suara atau multimedia. Berbeza dengan data, maklumat mempunyai makna iaitu kaitan dan tujuan. Semua unsur ini, iaitu data dan maklumat perlu dipertimbangkan apabila ingin membuat proses penyelesaian dalam pembangunan PP. PP mengalami pelbagai perbahasan dari segi definisi sejak awal kemunculan disiplin ini. Jadual 1 di bawah menghuraikan definisi PP dari beberapa pandangan yang berbeza. Jadual 1 Definisi PP Thomas Bertels Pengurusan organisasi ke arah pembaharuan berterusan dalam organisasi berasaskan pengetahuan. Ini termasuklah penciptaan struktur sokongan organisasi, kemudahan ahli organisasi, meletakkan alat teknologi maklumat dalam pasukan kerja dan pecahan pengetahuan bertempat. Karl-Eric Sveiby Seni penciptaan nilai daripada aset tidak nyata organisasi. Karl Wiig Tumpuan dalam menentukan, mengurus, mengarah, menyempurna dan mengawal amalan pengetahuan serta aktiviti yang diperlukan dalam mencapai strategi dan objektif perniagaan. Zack PP merupakan suatu proses yang cekap dan berkesan untuk mencipta, mengesan, memperoleh dan berkongsi pengetahuan serta kemahiran agar dapat digunakan sebagai penyelesai masalah dan mengeksploitasi peluang yang ada. Snowden PP boleh didefinisikan sebagai identifikasi, pengoptimuman dan pengurusan aset intelektual secara aktif sama ada dalam bentuk pengetahuan tersurat yang berada dalam artifak atau pengetahuan tersirat yang dimiliki oleh individu atau komuniti. Frappaolo dan Toms PP merupakan satu set alat bagi deduktif automasi antara objek maklumat, pengguna dan proses. Ia memberikan wadah dalam memperoleh dan menyimpan pengetahuan serta menyebarkannya kepada individu yang memerlukan. Sumber: Gray, 2002; Snyder & Templeton, 1997.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

725

2.2

Teknologi Pengurusan Pengetahuan (TPP)

TPP merupakan pembangunan sistem PP yang dibina berasaskan kandungan disiplin pengetahuan yang diwarisi daripada disiplin sains maklumat dan sains komputer. Perubahan minat kepada TPP sebenarnya dipengaruhi oleh faktor globalisasi dan desakan untuk mengurangi tenaga kerja. Pengkategorian TPP diasaskan kepada konsep pengetahuan tersirat dan pengetahuan tersurat - dua bentuk pengetahuan yang dapat mempengaruhi keberkesanan organisasi (Nonaka & Takeuchi, 1994) - diperkenalkan oleh Polanyi pada tahun 1950-an (Polanyi, 1996, 1997). Nonaka menghuraikan teori pembelajaran organisasi yang memfokus kepada perubahan pengetahuan dalam bentuk yang tersirat dan tersurat (Nonaka, 1991). Huraian yang dilakukan oleh Nonaka adalah didasarkan kepada pendapat Polanyi. Pengetahuan tersirat yang juga dikenali sebagai pengetahuan bolehtindak iaitu merupakan apa yang diketahui oleh individu. Pengetahuan bolehtindak ini bersumberkan pengalaman, kepercayaan dan nilai. Pengetahuan ini mempunyai nilai dan penting sebagai asas penjanaan dan penciptaan pengetahuan baru (Nonaka, 1991). Pengetahuan tersurat pula diwakili oleh artifak seperti dokumen atau video yang dicipta dengan matlamat untuk berkomunikasi dengan individu lain. Jadual 2 menunjukkan contoh teknologi yang boleh diaplikasikan bagi melicinkan proses penukaran pengetahuan. Jadual 2 Teknologi yang Menyokong Transformasi Pengetahuan Tersirat kepada Tersirat E-Mesyuarat Kerjasama segerak (Synchronous collaboration) Chat Tersurat kepada Tersirat Visualisasi Browsable Video/ Audio Persembahan Sumber: Nonaka & Takeuchi, 1994. Tersirat kepada Tersurat Menjawab Pertanyaan Anotasi Tersurat kepada Tersurat Carian Teks Pengkategorian Dokumen

Penggunaan teknologi dalam PP bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum kemunculan solusi seperti LotusNotes (Kalwell et al., 1988) yang dijadikan asas dalam penyelesaian kontemporari PP, organisasi menerima intranet seperti EPRINET (Mann et al., 1997) yang berasaskan generasi awal rangkaian untuk meningkatkan capaian pengetahuan dalam talian. Kerjasama dan penyelesaian perkongsian pengetahuan juga muncul hasil daripada inovasi persidangan dan forum dalam talian (Foulger, 1991) yang menggunakan teknologi kerangka komputer. Jadual 3 menunjukkan alat TPP yang digunapakai oleh pengguna TPP pada masa kini.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

726

Jadual 3 Alat TPP Kategori Alat Pembelajaran Tujuan Pemindahan pengetahuan peribadi/tersirat kepada pengetahuan tersurat yang membenarkan pengguna belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa. Membangunkan struktur untuk mencipta, mengekal dan mencapai kandungan serta membenarkan rujukan silang untuk topik yang berkaitan. Memudahkan pengesanan corak tersembunyi daripada data mentah dan menyatukan penemuan antara entiti. Memudahkan hubungan dan pemahaman antara kakitangan dan pihak luaran. Memberikan tapak untuk perkongsian pengetahuan antara pengguna. Produk Sistem Pengurusan Pembelajaran seperti BlackBoard dan WebCT.

Alat Kandungan

Plumtree Server dan Semio Tagger.

Alat Penemuan/Pencarian

Polyanalyst dan Powersim.

Alat Hubungan

Alat Kerjasama

Analisis Rangkaian Sosial seperti KNETMAP, Pengurusan Perhubungan Pelanggan seperti solusi SAS. Orbital Software, Share 360.

Sumber: Foulger, 1991; Mann et al., 1997. Pengetahuan manusia yang diurus dan digemblengkan dengan keupayaan kebijaksanaan mesin masa kini menjadikan pengetahuan manusia sebagai sumber yang bernilai dalam aplikasi bisnes masa depan. TPP senantiasa mempengaruhi tindakbalas terhadap disiplin PP yang dijangka berpanjangan. Oleh itu, pengetahuan yang mendalam mengenai kajian TPP mestilah diterima secara sah dalam program penguasaan pengetahuan organisasi.

2.3

Kepentingan Penilaian TPP

Penilaian didefinisikan sebagai aktiviti menyeluruh dalam perancangan dan penghantaran program inovatif yang membolehkan individu terlibat mempelajari dan membuat keputusan mengenai andaian asas, proses implementasi dan hasil inovasi (Farbey et al., 1993). Penilaian perlu dimasukkan ke dalam rekabentuk dan implementasi projek. Ia menitikberatkan perkembangan projek dan pembuatan keputusan yang membawa kepada penilaian semula tindakan dan polisi. Tujuan utama penilaian adalah untuk memberi maklumat yang dapat digunakan sebagai asas pembuatan keputusan (Jackson, 2001). Sesetengah bentuk penilaian yang dilakukan memerlukan pengurus melakukan proses pembuatan keputusan formal berbanding keputusan peribadi yang berasaskan persepsi mereka sendiri. Keputusan yang berpandukan proses penilaian formal adalah lebih baik berbanding keputusan subjektif (Farbey et al., 1993).

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

727

Amalan penilaian TPP berjaya menarik minat ramai pengkaji disebabkan oleh pelaburan dan kosnya yang tinggi (Remenyi et al., 1991; Farbey et al., 1993; Willcocks, 1994). Pelaburan yang tinggi terhadap TPP menjadikan pihak pengurusan dan pemegang saham meragui sama ada ia benar-benar dapat memberikan pulangan seperti yang diharapkan. Kajian terhadap penilaian TPP adalah penting disebabkan ia dapat memberikan panduan dalam mengimplementasikan TPP yang strategik dan berjaya (Farbey et al., 1993). Walaupun penilaian merupakan sesuatu yang kompleks (Dickson et al., 1988), ia boleh dipertimbangkan sebagai proses diagnosis pelbagai fungsi yang dapat mencadangkan pembaikan kepada perancangan aktiviti organisasi (Hawgood & Land, 1998). Dari perspektif sistem, penilaian adalah fungsi tindakbalas yang berguna dalam membantu pembelajaran organisasi dan membantu pengurus merancang serta mengawal pelaburan mereka (Angell & Smithson, 1990). Pihak pengurusan pula berpendapat (Farbey et al., 1993; Willcocks & Lester, 1994) penilaian terhadap TPP perlu dilaksanakan melalui analisis kuantitatif dan kualitatif. Kajian lampau dalam bidang perakaunan mendapati penilaian ke atas pelaburan yang dilakukan dalam sistem maklumat dan TM adalah tidak berbeza dengan pelaburan modal yang lain. Oleh itu, fokus kajian ini menumpukan kepada teknik kewangan yang digunakan untuk menilai pelaburan ke atas TPP. Di samping itu, kajian ini juga mencadangkan fokus baru dalam penilaian TPP yang mengambil kira proses sosial iaitu teknik bukan kewangan (Giaglis et al., 1999; Fitzgerald, 2000).

2.4

Teknik Penilaian Teknik penilaian TPP melibatkan dua kategori iaitu teknik kewangan dan teknik bukan kewangan. Dalam teknik kewangan, bukanlah mudah untuk mengenalpasti perbelanjaan kewangan ke atas TPP (Willcocks, 1994). Manakala, teknik bukan kewangan pula merangkumi aspek kualitatif untuk mengukur kos dan faedah. Perbelanjaan ke atas TPP perlu dikaitkan dengan prestasi organisasi seperti jumlah jualan dan penunjuk utama perniagaan (Willcocks, 1994; Cronk & Fitzgerald, 1999). Prestasi organisasi yang menerima pendekatan Balanced Score Card yang diperkenalkan oleh Kaplan dan Norton (1992) merupakan teknik bukan kewangan yang dipraktikkan dewasa ini dalam amalan penilaian TPP. Lima teknik kewangan yang digunakan dalam kajian ini ialah: 1. Analisis Kos/Hasil Teknik ini menerapkan pengiraan kos pembangunan dan pengimplementasian sistem. Kos yang dijangka dibandingkan dengan nilai faedah nyata yang dijangka diperoleh daripada sistem baru (Farbey et al., 1993). Kajian lampau mendapati 40% daripada kos yang berkaitan dengan sistem maklumat adalah di luar belanjawan tradisional (Willcocks, 1994). Kajian oleh Willcocks dan Lester (1994) mendapati perbelanjaan oleh jabatan sistem maklumat dan kos latihan adalah 29% daripada jumlah kos tetapi tersembunyi dalam belanjawan jabatan lain yang tidak melibatkan sistem maklumat. Pulangan atas Pelaburan Pulangan atas pelaburan merupakan nisbah purata pendapatan bersih tahunan projek dibahagikan dengan pelaburan dalaman projek (Willcocks, 1994). Teknik ini disokong oleh teknik belanjawan tunai yang berasaskan perakaunan rasmi (Farbey et al., 1993). Teknik utama dalam pulangan atas pelaburan ialah teknik belanjawan tunai terdiskaun yang menggunakan kadar pulangan dalaman dan nilai kini bersih. Teknik lain yang digunakan ialah indeks keberuntungan, tempoh

2.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

728

bayar balik dan pulangan terkini (Wiseman, 1994; Bacon, 1994; Coleman & Jamieson, 1994; Farbey et al., 1993). 3. Analisis Kos-Faedah Teknik ini cuba memperbaiki penggunaan teknik analisis kos/hasil. Teknik ini membolehkan elemen tidak nyata dinilai dengan meletakkan nilai kewangan pada setiap elemen yang menyumbang kepada kos dan faedah dalam projek TPP (Farbey et al., 1993). Teknik ini cuba untuk menggantikan pengukuran kos tidak nyata dengan terma kewangan. 4. Pulangan atas Pengurusan Pulangan atas pengurusan merupakan pengukuran prestasi yang berasaskan nilai tambah organisasi (Strassman, 1990). Jika pulangan atas pengurusan ditaksir sebelum dan selepas TPP dilaksanakan dalam organisasi, maka, sumbangan TPP kepada organisasi boleh dinilai. Pulangan atas pengurusan merupakan nilai tambah pengurusan yang dibahagikan dengan kos pengurusan. 5. Nisbah Perbelanjaan Nisbah perbelanjaan menunjukkan secara kasar bagaimana organisasi membandingkan prestasinya dengan prestasi organisasi lain dalam industri yang sama. Ia adalah berasaskan kepada nisbah keseluruhan perbelanjaan dengan nilainilai terkumpul yang dikenalpasti (Farbey et al., 1993). Teknik ini merupakan cara mudah kepada organisasi untuk melihat prestasi organisasi berbanding dengan pesaingnya. 6. Maklumat Ekonomi Teknik ini dicipta oleh Marilyn Parker dan Robert Benson dalam tahun 1988. Ia mengekalkan pengiraan pulangan atas pelaburan bagi kos dan faedah yang boleh dijangkakan melalui analisis kos-faedah tradisional. Teknik ini diperbaiki dengan mempertimbangkan nilai tambah yang dijangka diperoleh oleh organisasi kesan daripada implementasi TPP. Dalam maklumat ekonomi, nilai dibezakan daripada faedah di mana ia mengandungi faktor risiko dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh organisasi (Farbey et al., 1993). Oleh itu, nilai keseluruhan hanyalah boleh diperoleh melalui risiko (Wiseman, 1994). Teknik bukan kewangan merupakan teknik yang secara semulajadinya adalah kualitatif. Teknik bukan kewangan yang digunakan dalam kajian ini ialah: 1. Pelbagai Objektif, Pelbagai Kriteria Teknik ini cuba mengukur nilai selain daripada nilai kewangan dengan menggunakan pengukuran utiliti am (Farbey et al., 1993). Utiliti didefinisikan sebagai kepuasan individu untuk memilih. Pengguna sistem meletakkan pemberat bagi setiap pilihan dan keputusan berdasarkan kepada sistem yang memberikan pemberat kepuasan yang lebih tinggi. 2. Analisis Nilai Analisis nilai menekankan kepentingan faedah berbanding kos. Teknik ini biasanya digunakan untuk menilai faedah tidak nyata daripada pelaburan ke atas TPP. Terma nilai diwakilkan oleh pembuatan keputusan yang lebih baik, manakala, nilai tambah kepada organisasi pula merupakan kesan daripada sistem baru yang mencapai objektif organisasi (Farbey et al., 1993; Cronk & Fitzgerald, 1999). 3. Faktor Kejayaan Kritikal Teknik ini adalah berdasarkan tanggapan Rockart (Farbey et al., 1993) yang menyatakan bahawa pihak pengurusan atasan terlibat dalam menentukan strategi

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

729

4.

organisasi. Keputusan yang diambil oleh pihak pengurusan adalah penting dalam menentukan pelaburan ke atas TPP (Lubbe & Remenyi, 1999). Eksperimen Teknik eksperimen melibatkan penggunaan alat pembangunan perisian dan teknik simulasi untuk membangunkan prototaip atau model sistem baru secara cepat dan murah (Farbey et al., 1993; Remenyi & Sherwood-Smith, 1999). Teknik ini memberi peluang kepada pengguna untuk menilai sistem semasa direkabentuk dan dibangunkan. Manakala, pihak pengurusan dapat menilai risiko yang terlibat secara berkala. Proses penilaian ini melibatkan ramai penyertaan yang secara langsung bermatlamatkan proses pembelajaran (Symons, 1994). Oleh itu, apa yang dipelajari pada setiap peringkat proses pembangunan boleh dimasukkan ke dalam proses pembangunan keseluruhan (Serafeimidis & Smithson, 1999; Giaglis et al., 1999; Remenyi & Sherwood-Smith, 1999).

3.0 3.1

KAEDAH KAJIAN Populasi dan Sampel Kajian ini menggunakan teknik tinjauan untuk mengumpul data mengenai kekerapan dan teknik penilaian yang digunakan dalam kitar hayat pembangunan TPP. Populasi kajian ini merangkumi kesemua 10 Pengurus Teknologi Maklumat daripada 10 buah bank perdagangan tempatan di Malaysia. Keseluruhan populasi diambil sebagai sampel kajian (bancian). Ini bermakna persampelan kebarangkalian diadaptasi dalam kajian ini disebabkan elemen dalam populasi yang diketahui mempunyai peluang untuk diterima sebagai subjek kajian (Sekaran, 2003). Bancian digunakan kerana terdapat hanya 10 buah bank perdagangan tempatan di Malaysia dengan memfokus kepada ibu pejabat bank tersebut sahaja. Jumlah sampel yang kecil membolehkan pengkaji memberi lebih tumpuan kepada setiap data yang dikembalikan (Sekaran, 2003). Teknik bancian juga secara umumnya boleh menghasilkan data yang tepat (Babbie, 1998).

3.2

Pengumpulan Data Sebanyak 10 borang soal selidik dihantar secara pos kepada Pengurus Teknologi Maklumat di 10 buah bank perdagangan tempatan di Malaysia. Responden diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan soal selidik tersebut dan mengeposkannya kembali kepada penyelidik. Sebanyak 10 borang soal selidik diterima dan sah untuk dianalisis. 3.3 Analisis Data Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences versi 11.0 (SPSS versi 11.0). Teknik analisis statistik perihalan yang melibatkan kekerapan, peratusan mudah, min dan sisihan piawai digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri responden, amalan penilaian, teknik penilaian dan pilihan teknik penilaian untuk ciri-ciri TPP yang berbeza.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

730

4.0

ANALISIS DATA

Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science 11.0 (SPSS versi 11.0). Statistik perihalan yang diwakili oleh teknik analisis statistik kekerapan, peratusan mudah, min dan sisihan piawai digunakan untuk menghuraikan dapatan kajian.

4.1

Ciri-Ciri Responden Profil responden ditunjukkan dalam jadual 4 di bawah. Majoriti responden adalah orang Melayu (80%), diikuti oleh orang Cina (20%). Bilangan responden lelaki adalah lebih ramai (70%) berbanding dengan bilangan responden wanita (30%). Majoriti umur responden adalah 31-40 tahun (50%) diikuti 41-50 tahun (40%) dan 21-30 tahun (10%). Ini menunjukkan majoriti pengurus adalah dalam umur pertengahan. 60% daripada responden mempunyai ijazah pertama, 30% memiliki ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (Ph.D) hanyalah 10%. Jadual 4 Profil Responden Demografi Jantina Etnik Umur Kekerapan 7 3 8 2 1 5 4 1 3 6 Peratus 70 30 80 20 10 50 40 10 30 60

Tahap Pendidikan

Lelaki Wanita Melayu Cina 21-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun PhD Sarjana Sarjana Muda

4.2

Amalan Penilaian Bagi memudahkan tinjauan dan analisis data dijalankan, kitar hayat pembangunan TPP dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa ketersauran, fasa pembangunan dan fasa selepas implementasi. Kesemua responden didapati melakukan penilaian dalam fasa ketersauran di mana mereka menandakan Selalu (90%) dan Kerap Kali (10%) (Rajah 2). Rajah 2 juga menunjukkan bagaimana trend penilaian menurun dari fasa pembangunan hinggalah ke fasa selepas implementasi.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

731

90 90 80 70 60 50

Peratus

50 40 3030 30 20 20 10 10 0 Selalu Kerap Kali KadangKadang Tidak Pernah 10 30 30

Ketersauran Pembangunan Selepas Implementasi

Rajah 2 Peratusan Amalan Penilaian Di antara fasa pembangunan dan fasa selepas implementasi, terdapat sebilangan responden yang menjalankan penilaian dalam fasa selepas implementasi berbanding semasa fasa pembangunan TPP (Jadual 5). Nilai min dalam jadual 5 di bawah menunjukkan penilaian dalam fasa selepas implementasi lebih kerap dilakukan berbanding semasa fasa pembangunan TPP (min 2.7778>2.3335). Jadual 5 Nilai Min dan Sisihan Piawai Amalan Penilaian Fasa Ketersauran Pembangunan Selepas Implementasi 4.3 N 10 10 10 Minimum 3 1 1 Maksimum 4 4 4 Min 3.9100 2.3335 2.7778 Sisihan Piawai 0.3100 1.1100 1.0054

Teknik Penilaian Nilai min bagi kesemua (10) teknik di kira dan dipangkatkan untuk menentukan teknik penilaian yang manakah kerap digunakan dalam setiap fasa kitar hayat pembangunan TPP (Jadual 6).

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

732

Jadual 6 Nilai Min dan Pangkat untuk Setiap Teknik Penilaian (N=10, Minimum=1, Maksimum=2) Fasa Kitar Hayat Pembangunan TPP Ketersauran Pembangunan Selepas Implementasi Min Pangkat Min Pangkat Min Pangkat 2.1111 1.7778 1 4 1.1111 1.1111 4 4 1.6667 1.5555 1 2

Teknik Penilaian Analisis Kos/Hasil Pulangan atas Pelaburan Analisis Kos-Faedah Pulangan atas Pengurusan Nisbah Perbelanjaan Maklumat Ekonomi Pelbagai Objektif, Pelbagai Kriteria Analisis Nilai Faktor Kejayaan Kritikal Eksperimen

1.9990 1.3333

2 6

1.2222 1.2222

3 3

1.5555 1.3333

2 3

1.3333 1.3333 1.6667

6 6 5

1.2222 1.2222 1.3333

3 3 2

1.3333 1.2222 1.3333

3 4 3

1.8889 1.6667

3 5

1.2222 1.5555

3 1

1.3333 1.5555

3 2

1.2222

1.3333

1.1111

Berdasarkan nilai maksimum bagi min ialah 2 dan nilai minimumnya ialah 1, dapatan mendapati analisis kos/hasil (min=2.1111) dan analisis kos-faedah (min=1.9990) merupakan teknik penilaian yang popular semasa fasa ketersauran dan juga dalam fasa selepas implementasi. Semasa fasa pembangunan, responden memilih teknik bukan kewangan seperti teknik faktor kejayaan kritikal (min=1.5555), teknik pelbagai objektif, pelbagai kriteria (min=1.3333) dan teknik eksperimen (min=1.3333) yang dipangkatkan pertama dan kedua (Jadual 6). Begitu juga dalam fasa selepas implementasi, faktor kejayaan kritikal (min=1.5555) dipilih. Bagi mendapatkan analisis yang lebih terperinci, nilai min bagi teknik kewangan dan teknik bukan kewangan dikira bagi setiap fasa kitar hayat pembangunan TPP. Teknik penilaian yang dipilih oleh responden semasa fasa ketersauran, fasa pembangunan dan fasa selepas implementasi ditunjukkan dalam jadual 7 di bawah.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

733

Jadual 7 Nilai Min Teknik Penilaian Kewangan dan Teknik Bukan Kewangan Fasa Kitar Hayat Pembangunan TPP Ketersauran Pembangunan Selepas Implementasi 1.6480 1.1963 1.4444 1.6000 1.4325 1.3600

Teknik Penilaian Kewangan Bukan Kewangan

Nilai min yang ditunjukkan dalam jadual 7 di atas mendapati responden memilih penilaian yang berteknikkan kewangan semasa fasa ketersauran (min 1.6480>1.6000) dan fasa selepas implementasi (min 1.4444>1.3600). Bagaimanapun, dalam fasa pembangunan, teknik bukan kewangan menjadi pilihan (min 1.4325>1.1963). 4.4 Pilihan Teknik Penilaian untuk Ciri-Ciri TPP yang Berbeza Jadual 8 Nilai Min Teknik Penilaian dan Ciri-Ciri TPP Ciri-Ciri TPP Strategik 3.7778 3.3333 4.2222 2.8889 2.6667 2.8889 3.4444 4.3333 4.4444 2.8889

Teknik Penilaian Analisis Kos/Hasil Pulangan atas Pelaburan Analisis Kos-Faedah Pulangan atas Pengurusan Nisbah Perbelanjaan Maklumat Ekonomi Pelbagai Objektif, Pelbagai Kriteria Analisis Nilai Faktor Kejayaan Kritikal Eksperimen

Wajib 3.7778 3.4444 4.3333 2.2222 2.5555 2.7778 3.5555 3.7778 3.7778 2.4444

Nilai Tambah 4.1111 3.7778 4.7778 2.6667 2.6667 2.7778 3.3333 4.1111 3.8889 2.4444

Transformasi Bisnes 4.3333 3.9990 4.3333 2.9990 2.7778 3.2222 3.7778 4.3333 4.3333 3.1111

Nilai min yang digelapkan dalam jadual 8 menunjukkan amalan teknik penilaian TPP utama yang dipilih oleh responden berdasarkan ciri-ciri TPP. Bagi TPP yang bercirikan wajib (min=4.3333) dan nilai tambah (min=4.7778), responden memilih analisis kos-faedah sebagai teknik yang penting. Bagaimanapun, bagi TPP yang mempunyai ciri-ciri strategik, teknik faktor kejayaan kritikal (min=4.4444) dianggap penting oleh responden. Manakala, bagi ciri transformasi bisnes, terdapat empat teknik yang menghasilkan nilai min yang sama (min=4.3333) iaitu teknik analisis kos/hasil, teknik analisis kos-faedah, teknik analisis nilai dan teknik faktor kejayaan kritikal. Data juga dianalisis dengan mengira nilai min untuk teknik kewangan dan teknik bukan kewangan bagi setiap ciri-ciri TPP. Jadual 9 di bawah menunjukkan nilai min bagi kedua-dua teknik tersebut berdasarkan ciri-ciri TPP.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

734

Jadual 9 Nilai Min Teknik Kewangan dan Teknik Bukan Kewangan untuk Ciri-Ciri TPP Ciri-Ciri TPP NilaiTambah Strategik 3.4620 3.4444 3.2963 3.7778

Teknik Penilaian Kewangan Bukan Kewangan

Wajib 3.1852 3.3889

Transformasi Bisnes 3.6000 3.8889

Nilai min dalam jadual 9 di atas mengesahkan teori Project Ladder (Farbey et al., 1993) kerana teknik bukan kewangan dipilih apabila ciri-ciri TPP berubah (min 3.38893.8889). Penggunaan teknik bukan kewangan adalah penting apabila sistem berubah daripada ciri-ciri strategik kepada ciri-ciri transformasi bisnes (min 3.77783.8889). Bagaimana pun, bagi TPP yang mempunyai ciri-ciri wajib, nilai min tertinggi diperoleh daripada teknik analisis kos-faedah (min=4.3333) (Jadual 8) tetapi nilai min keseluruhan bagi teknik kewangan (min=3.1852) menunjukkan ia lebih rendah (Jadual 9) daripada teknik bukan kewangan (min=3.3889). Walaupun pengiraan kos dan faedah adalah penting kepada TPP yang bercirikan wajib yang secara langsung menyokong teori Project Ladder, responden juga menyatakan bahawa teknik bukan kewangan sama pentingnya dengan teknik kewangan. Bagi TPP yang bercirikan nilai tambah, teori Project Ladder mengesahkan bahawa teknik eksperimen adalah penting tetapi dapatan kajian mendapati teknik ini jarang digunakan. Nilai min yang ditunjukkan oleh teknik ini kurang daripada 3 (min=2.4444) (Jadual 8) yang membuktikan ia tidak penting kepada responden. 5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Kajian ini meneroka amalan penilaian TPP di kalangan bank perdagangan tempatan di Malaysia. Persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini ialah untuk melihat kekerapan penilaian yang dijalankan sepanjang kitar hayat pembangunan sistem, penggunaan teknik penilaian yang pelbagai dan kesan ciri-ciri TPP ke atas pemilihan teknik penilaian. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan ke atas bank perdagangan tempatan Malaysia mendapati penilaian terhadap pelaburan TPP dilakukan dalam fasa ketersauran. Penemuan ini selari dengan kajian oleh Canevet dan Smithson (1995). Bagaimana pun, penilaian jarang dilakukan dalam fasa pembangunan TPP dan fasa selepas implementasi TPP. Analisis kos/hasil dan analisis kos-faedah merupakan dua teknik penilaian yang digunakan secara meluas oleh pihak bank. Ini bermakna penilaian TPP dilakukan lebih kerap dengan tujuan justifikasi kewangan bagi memperoleh kebenaran untuk menjalankan projek TPP berbanding menjadikannya sebagai alat pembelajaran organisasi seperti yang dicadangkan oleh Symons (1994). Walaupun teknik penilaian bukan kewangan seperti teknik pelbagai objektif, pelbagai kriteria, teknik faktor kejayaan kritikal dan teknik eksperimen digunakan dalam fasa pembangunan TPP tetapi ia dilakukan mengikut kesesuaian. Meskipun begitu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tujuan penilaian dilakukan mempengaruhi pemilihan teknik penilaian itu sendiri. Teori Project Ladder (Farbey et al., 1993) disahkan oleh dapatan kajian ini dengan penggunaan teknik penilaian bukan kewangan. Teknik bukan kewangan bagi penilaian TPP adalah penting disebabkan teknologi berubah daripada yang bercirikan wajib kepada yang bercirikan transformasi bisnes. Sektor perbankan tempatan sedar bahawa risiko dan ketidakpastian bertambah apabila sesuatu projek bercirikan strategik serta melibatkan pihak pengurusan atasan. Bagaimana pun, teknik eksperimen tidak penting kepada sektor

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

735

perbankan. Manakala, teknik kewangan yang digunakan dalam penilaian TPP adalah penting dan merupakan teknik utama yang dipilih oleh sektor perbankan sebagai teknik penilaian TPP. Kajian mendapati sektor perbankan sedar tentang perlunya pengukuran kualitatif dalam penilaian TPP. Walaupun begitu, pendekatan tradisional perakaunan tetap juga digunakan sebagai salah satu kaedah penilaian TPP. Kajian ini mencadangkan agar kajian masa depan menumpukan kepada sebab dan akibat yang membawa kepada pemilihan teknik penilaian kewangan dan teknik penilaian bukan kewangan.

RUJUKAN Angell, I.O. & Smithson, S. (1990). Managing information technology: a crisis of confidence? European Management Journal, 5(1), 27-36. Babbie, E.R. (1998). The Basic of Social Research. Belmont: Wadsworth Publishing. Bacon, C.J. (1994). Why companies invest in information technology. Information Management: The evaluation of information systems investment. Willcocks, L. (ed.). London: Chapman & Hall. Bank Negara Malaysia. (1999). Laporan Tahunan 1999. Kuala Lumpur: Percetakan Kum Sdn Bhd. Bank Negara Malaysia. (2002). Laporan Tahunan 2002. Kuala Lumpur: Percetakan Kum Sdn Bhd. Brynjolfson, E. (1993). The productivity paradox of information technology. Communication of the ACM, 36(12), 67-77. Canevet, S. & Smithson, S. (1995). A survey of evaluation practice in the UK. London School of Economics and Political Science working paper. Coleman, T. & Jamieson, M. (1994). Beyond return on investment. Information Management: The evaluation of information systems investments. Willcocks, L. (ed.). London: Chapman & Hall. Cronk, M.C. & Fitzgerald, E.P. (1999). Understanding IS business value derivation of dimensions. Logistics Information Management, 12(1/2), 40-49. Dickson, G.W., Weels, C.E. & Wilkers, R.B. (1988). Towards a derived set of measures for assessing IS organizations. Information Systems Assessment: Issues and Challenges. Bjorn-Andersen, N. & Davis, G.B. (eds). Amsterdam: Chapman & Hall. Fadzilah, Y. (2001). Evaluating New Technology?. Akauntan Nasional, 14(July), 20-24. Farbey, B., Targett, D. & Land, F. (1993). How to assess your IT investment. A study of methods and practices. Oxford: Butterworth-Heinemann Ltd. Fitzgerald, B. (2000). System development methodologies: The problem of tenses. Information Technology and People, 13(3), 174-185. Foulger, D.A. (1991). Medium as process : The Structure, Use and Practice of Computer Conferencing on IBMs IBMPC Computer Conferencing Facility. Ph.D thesis, Department of Communications. Temple University: Philadelphia, PA. Giaglis, G.M., Paul, R.J. & OKeefe, R.M. (1999). Research note: Integrating business and network simulation models for IT investment evaluation. Logistics Information Management, 12(1/2), 108-117. Gray, P.H. (2002). Knowledge sourcing effectiveness. [WWW] <http://80wwwlib.umi.com.eserv.uum.edu.my/dissertations/fullcit/NQ73300 [Accessed 25 December 2004].

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

736

Hawgood, J. & Land, F. (1998). A Multivalent Approach to information systems assessment. Information Systems Assessment: Issues and Challenges. Bjorn-Andersen, N. & Davis, G.B. (eds.). Amsterdam: Springer-Verlag. Jackson, M. (2001). Whats so important about evaluation. Library Management, 22 (1/2), 50-57. Kalwell, L., Beckhardt, S., Halvorsen, T., Ozzie, R. & Greif, I. (1988). Replicated Document Management in a Group Communication System. Proceedings of the Conference on Computer Supported Cooperative Work, Portland:OR. Karr, J. (1996). Technology spending and alliances: new highs in financial service firms. Journal of Retail Banking Services, 183, 45-48. Kaplan, R. S., & Norton, D. P. (1992). The Balanced Scorecard - Measures That Drive Performance. Harvard Business Review, 70(1), 71-79. Lubbe, S. & Remenyi, D. (1999). Management of information technology: The development of a managerial thesis. Logistics Information Management, 12(1/2), 145-156. Mann, M.M., Rudman, R.L., Jenckes, T.A. & McNurlin, B.C. (1997). EPRINET:Leveraging Knowledge in the Electric Utility Industry. Knowledge in Organization. Prusak, L., (ed.). Woburn, MA: Butterworth-Heinemann. Nonaka, I. (1991). The Knowledge Creating Company. Harvard Business Review, 69 (November-December), 96-104. Nonaka, I. & Takeuchi, H. (1994). A Dynamic Theory of Organizational Knowledge Creation. Organizational Science, 5(1), 14-37. Polanyi, M. (1996). The Tacit Demension. London: Routledge & Kegan Paul. Polanyi, M. (1997). The Tacit imension. Knowledge in Organization. Prusak, L., (ed.). Woburn, MA: Butterworth-Heinemann. Remenyi, D. & Sherwood-Smith, M. (1999). Maximise information systems value by continuous participative evaluation. Logistics Information Management, 12(1/2), 1431. Remenyi, D., Money, A. & Twite, A. (1991). A Guide to Measuring and Managing IT Benefits. Oxford: NCC Blackwell. Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business A Skill Building Approach. New York: John Wiley and Sons. Serafeimidis, V. & Smithson, S. (1996). Understanding and Supporting Information Systems Evaluation. Journal of Computing and Information Technology-CIT, 4(2), 121-136. Serafeimidis, V. & Smithson, S. (1999). Rethinking the Approaches to Information Systems Investment Evaluation. Logistics Information Management, 12(1/2), 94-107. Snyder, C. & Templeton, G. (1997). Toward a method of providing database structures derived from an ontological specification process: The example of Knowledge Management, Proceedings, KI97, 1-11. Strachman, D. (1994). PCs are catching on faster at community banks. American Banker, 159(156), 4-6. Strassmann, P. (1990). The Business Value of Computers. New Canaan: The Information Economic Press. Symons, V. (1994). Evaluation of information systems investments: towards multiple perspectives. Information Management: The evaluation of information systems investments. Willcocks, L. (ed.). London: Chapman & Hall. Teixeira, D. (1995). Technology investment have led to excess banking capacity. American Banker, 160(24), 8-12.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

737

Willcocks, L. (1994). Introduction of capital importance. Information Management: The evaluation of information systems investments. Willcocks, L. (ed.). London: Chapman & Hall. Willcocks, L. & Lester, S. (1994). Evaluating the feasibility of information systems investments: recent UK evidence and new approaches. Information Management: The evaluation of information systems investments. Willcocks, L. (ed.). London: Chapman & Hall. Wiseman, D. (1994). Information economics: a practical approach to valuing information systems. Information Management: The evaluation of information systems investments. Willcocks, L. (ed.). London: Chapman & Hall.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

738

You might also like