You are on page 1of 8

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB DENGAN MULTIMEDIA Muhammad Haron Husaini, Mohamad Rofian b Ismail

, Mohammad Imran b Ahmad, Ghazali b Zainuddin dan Normah bt Husin Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor muhdharon@kuis.edu.my, mohdrofian@kuis.edu.my, imranahmad@kuis.edu.my, ghazali@kuis.edu.my, normah@kuis.edu.my Abstrak Kajian ini menganalisis persepsi pelajar bahasa Arab terhadap kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia. Penyelidik menggunakan kaedah kajian lapangan yang melibatkan 87 orang responden dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangasa Malaysia (UIAM), Nilai Negeri Sembilan dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian mendapati, sebanyak 87.3% pelajar bersetuju dengan pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia kerana pengintegrasian tersebut mempunyai kepentingan yang signifikan dan nilai komersial yang tersendiri. Melalui pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia, sebanyak 83.9% pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap prospek kerjaya dalam bidang ini pada masa hadapan. Majoriti pelajar iaitu 90.8% berpandangan bahawa penggunaan multimedia dalam pendidikan bahasa Arab akan menjadikan proses P&P lebih efektif dan interaktif. Didapati bahawa sebanyak 85.7% pelajar berminat untuk mendalami dan menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab. Sebagai rumusan, penyelidik mempunyai pandangan yang positif terhadap pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi dan kajian ini perlu diteruskan dengan kajian-kajian susulan. Kata Kunci: Persepsi, Pelajar, Integrasi, Bahasa Arab dan Multimedia

1. Pendahuluan 1.1 Objektif Kajian Objektif kajian antara lain dapat digariskan sebagai: 1. Mengkaji kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab dengan multimedia. 2. Menganalisis sejauhmana keyakinan pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang Bahasa Arab dengan multimedia. 3. Mengenalpasti penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif dan interaktif. 4. Menjelaskan sejauhmana minat pelajar terhadap pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab dengan multimedia.

1.2 Soalan Kajian Kajian akan memastikan persoalan berikut terjawab: 1. Apakah kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab dengan multimedia?

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

750

2. 3. 4.

Sejauhmana keyakinan pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang Bahasa Arab dengan multimedia? Adakah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif dan interaktif? Sejauhmana minat pelajar terhadap pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab dengan multimedia?

2. Latar Belakang Kajian Terdapat beberapa kajian yang dibuat oleh para penyelidik menyentuh tentang kepentingan multimedia dan teknologi maklumat dalam melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah kajian Janudin Sardi dan Mohd Zaki Abdul Rahman (2009:195-207) yang menyorot perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semasa turut memberi impak yang besar dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Pendekatan terkini memperlihatkan teknologi multimedia digunakan dalam menghasilkan perisian kursus yang lebih kreatif dan menarik. Dengan mengambil contoh Aplikasi Multimedia Mursyidi, kajian menyelusuri proses pembangunan sebuah aplikasi multimedia berasaskan web yang dihasilkan untuk meningkatkan pemerolehan pelajar dalam menguasai nahu Bahasa Arab. Objektif utama kajian ini ialah mengaplikasikan penggunaan teknologi multimedia berasaskan web dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, menghasilkan model pembangunan aplikasi bahasa Arab dalam konteks e-pembelajaran, mengenal pasti kaedah pembangunan aplikasi berasaskan aksara Arab dan membangunkan perisian kursus nahu dalam Bahasa Arab Komunikasi. Antara persoalan yang diutarakan dalam kajian tersebut adalah bagaimana penggunaan teknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab?, apakah yang dihasilkan dalam pembangunan aplikasi bahasa Arab?, apakah tujuan pembangunan aplikasi berasaskan aksara Arab dan apakah perisian yang hendak dibangunkan dalam Bahasa Arab Komunikasi?. Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kaedah kajian perpustakaan digunakan untuk mengkaji sumber-sumber tiga bidang utama dalam kajian ini, iaitu nahu BAK, teknologi multimedia dan reka bentuk instruksi. Semasa proses pembangunan, kaedah ini juga digunakan semasa fasa analisis dan fasa reka bentuk, selain sumber-sumber tinjauan kajian berkaitan di peringkat awal kajian menggunakan kaedah ini. Hasil kajian menunjukkan beberapa kelebihan aplikasi dapat dikenalpasti, antaranya fleksibiliti pengguna dalam mengakses aplikasi, tarikan pembelajaran yang menarik melalui persembahan elemen multimedia seperti grafik, animasi dan audio, di samping pengguna juga mudah menerokai semua pautan dalam aplikasi. Oleh itu, produk yang dihasilkan melalui kajian ini merupakan contoh kepada salah satu pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang terkini. Kajian Mohd Azidan B Abdul Jabar (2009: 221-230) pula mengakui kepantasan perkembangan teknologi komunikasi dan multimedia pada alaf baharu ini turut melampiaskan kesannya kepada bidang pendidikan secara umumnya serta pengajaran dan pembelajaran bahasa asing khususnya. Penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

751

bahasa asing mampu menseimbangkan kandungan pengajaran bahasa dengan kaedah penyampaian dan penggunaan bahasa dalam konteks moden hari ini. Dalam erti kata lain, penggunaan teknologi dapat memudahkan pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa asing. Metodologi kajian tersebut adalah berbentuk kajian lapangan berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas 20 orang responden yang terlibat dalam pengajaran kursus kemahiran bahasa asing di Universiti Putra Malaysia. Penggunaan teknologi pengajaran dalam kelas dan makmal bahasa semasa pembelajaran kemahiran bahasa asing memberi manfaat kepada pelajar dan pengajar .Penggunaan teknologi menjana minat pelajar terhadap apa jua yang disampaikan dalam kelas, lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai kelemahan dalam aspek pengajarn yang tertentu. Penerangan pengajar disertakan dengan maklumat yang dipaparkan menerusi skrin LCD umpamanya, dapat mengekalkan konsentrasi pelajar di dalam kelas dan melatih pelajar berfikir dengan pantas dan terbuka. Dengan bantuan peralatan teknologi, pengajar dapat mempastikan kualiti setiap penerangan dan maklumat yang disampaikan. Penggunaan teknologi menjadikan pengajaran kelihatan lebih menarik, ini adalah kerana mempelajari bahasa asing sememangnya mencabar, jadi pengajar mesti pandai memikat minat pelajar menerusi penyampaian yang menggunakan pelbagai teknik, kesan bunyi dan warna. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa asing yang menggunakan peralatan teknologi pengajaran sebenarnya dapat membebaskan pengajar daripada kaedah pengajaran tradisional yang dikenali sebagai kaedah pengajaran satu hala yang berpusatkan pengajar. Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar (2009:71-76) juga telah membuat tinjauan terhadap pengaruh positif penggunaan video drama dalam pembelajaran agama Islam di kalangan pelajar sekolah menengah. Sebuah video drama telah dibentuk untuk membantu guru dan pelajar sekolah menengah dalam proses pemahaman dan penghayatan agama Islam khasnya puasa. Kajian tersebut bermula daripada rekabentuk sehinngalah penilaiannya menggunakan kaedah ADDIE: Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation. Kajian melibatkan kaji selidik di lapangan yang mana instrument yang digunakan adalah open-ended question. Instrument ini digunakan untuk melihat pandangan pelajar tentang keberkesanan video drama yang digunakan untuk mengajar Pendidikan Islam. Dapatan kajian tersebut menunjukkan secara keseluruhan semua responden bersetuju bahawa penggunaan teknologi seperti video drama sangat membantu guru dan pelajar tidak sahaja dari aspek kognitif tetapi juga dari aspek afektif, penghayatan dan pemahaman. Kaedah video drama di blik darjah boleh meningkatkan pemahaman, psikomotor dan penghayatan pelajar dan disokong dengan persepsi pelajar yang positif terhadap penggunaan video drama untuk pembelajaran agama Islam di bilik darjah. Mohd Arif Ismail dan rakan-rakan (Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). 2008 : 26-42) berpandangan bahawa multimedia merupakan gabungan teks, grafik, audio dan video serta unsur animasi dalam satu perisian komputer. Penggunaan multimedia dalam pendidikan sudah menjadi satu lumrah dewasa ini. Menggunakan multimedia dalam pendidikan bermakna kita menggunakan pelbagai media yang merangsang penglihatan dan pendengaran

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

752

untuk menbantu proses P&P. Penggunaan multimedia dalam P&P memberi kelebihan kepada guru antaranya menyediakan pembelajaran secara aktif, bergambar dan interaktif, menyedia laluan pelbagai hala yang boleh dikawal sendiri oleh penggun auntuk menyampaikan maklumat. Penggunaan multimedia menawarkan pelbagai bentuk penyampaian dan memudahkan perkembangan kemahiran membuat persepsi dan pentafsiran. Tidak dapat dinafikan, penggunaan multimedia yang meluas dalam subjek-subjek teknikal telah mula menular ke dalam subjek sains sosial seperti bahasa. Misalnya dalam pelajaran Bahasa Melayu, penggunaan multimedia mampu meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dan pengajaran guru akan lebih berkesan dan menyeronokkan. Bahan yang biasa digunakan adalah teks, video dan juga pita audio dan terbaru ialah perisian multimedia dan bahan berasakan web. Ada di antara bahan ini menggunakan teks seperti pantun, syair, sajak, novel, drama, cerpen dan sebagainya sebagai asas. Kesimpulannya ciri-ciri interaktif multimedia yang lebih terbuka dan mesra pengguna akan menjadi daya penarik kepada pengguna yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Kemahiran menyediakan perisian multimedia akan menjadi aset penting kepada perkembangan teknologi negara. Manakala buku suntingan Norazah Mohd Nordin dan Mohamed Amin Embi (2008: 1-11) pula telah mamaparkan pandangan bahawa ICT merupakan pemudahcara (enabler) dalam bidang pendidikan. ICT digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan di sekolah. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan iaitu literasi ICT yang bermaksud pelajar memperolehi kemahiran menggunakan kemudahan ICT, peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P dan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan. Sebagai contoh, KPM telah mengambil langkah drastik untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam P&P dan pengurusan sekolah dengan memperkenalkan Projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau nama singkatannya PPSMI. Selain itu, semua sekolah akan menjadi sekolah bestari menjelang tahun 2010 sebagaimana dalam Program Pembestarian Sekolah yang bermula pada tahun 2006. Terdapat tiga pilihan penggunaan teknologi atau ICT; menggunakan teknologi sebagai alat untuk menganalisis data, menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah atau model matematik atau menggunakan teknologi untuk mengintegrasikan matematik dalam konteks. Teknologi menjimatkan masa dan mebolehkan pelajar mengakses dengan cara baru untuk meneroka konsep dengan lebih mendalam. Antara cabaran-cabaran dalam pengintegrasian ICT adalah para guru perlu bersedia untuk melakukan perubahan dalam kepercayaan dan kaedah pengajaranuntuk inovasi agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Guru perlu mengubah peranan dan belajar bagaimana untuk mengajar menggunakan alat teknologi baru selain didedahkan dengan pelbagai kursus untuk pelbagai kemahiran tentang penggunaan ICT dalam pelbagai peringkat dari aspek pengurusan sehinnga ke aspek profesional. Semua pihak harus bersedia untuk memberi kerjasama sewajarnya agar pengintegrasian ICT ini dapat dilaksanakan dengan jayanya (Ibid). 3. Analisis Kajian dan Perbincangan Borang soal selidik melibatkan 2 bahagian iaitu bahagian 1 melibatkan jawapan dalam 5 skala Likert. Melalui bahagian ini, data diproses melalui perisian Statistical Package for

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

753

Social Sciences (SPSS) versi 17. Manakala bahagian 2 melibatkan jawapan secara terbuka. Secara keseluruhannya, sebanyak 87 borang soal selidik telah dianalisis untuk menentukan kekerapan dan peratusan bagi setiap item soalan berdasarkan persoalan kajian. Kajian memperuntukkan 6 item soalan untuk dijawab oleh responden. Berikut dibentangkan hasil analisis terhadap item-item tersebut berserta perbincangan ringkas bagi setiap item. Dalam analisis ini, penyelidik menggunakan skala 1 untuk menunjukkan sangat setuju, 2 setuju, 3 tidak pasti, 4 tidak setuju dan 5 sangat tidak setuju. Jadual 1: Persepsi pelajar bahasa Arab terhadap kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia Item Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat Setuju Pasti Setuju Tidak Setuju 1. Multimedia penting dalam bahasa Arab 60.9% 26.4% 5.7% 3.4% 3.4% 2. Bahasa Arab akan lebih mempunyai nilai komersial dengan adanya elemen multimedia 63.2% 24.1% 4.6% 3.4% 3.4% 3. Graduan yang mempunyai kelulusan dalam bahasa Arab dengan multimedia mempunya peluang kerjaya yang lebih cerah 58.6% 25.3% 8.0% 2.3% 5.7% 4. Pengajaran & pembelajaran bahasa Arab akan lebih interaktif dan efektif dengan penggunaan multimedia 69.0% 21.8% 2.3% 1.1% 5.7% 5. Saya berminat untuk menghasilkan animasi/ video/ merekacipta grafik dan bahan multimedia interaktif dalam bahasa Arab 40.2% 43.7% 5.7% 6.9% 3.4% 6. Saya berminat mendalami bahasa Arab dan multimedia 59.8% 27.6% 4.6% 2.3% 5.7%
3.1 Item 1: Multimedia penting dalam bahasa Arab

Jadual di atas menunjukkan bahawa 60.9% responden sangat bersetuju dengan kepentingan multimedia dalam pengajian bahasa Arab. Dalam pada itu, 26.4% responden bersetuju dengan persepsi tersebut. Namun hanya segelintir responden tidak pasti iaitu 5.7%, tidak setuju iaitu 3.4% dan sangat tidak setuju iaitu 3.4%. Memandangkan pelajar pada masa kini amat mudah untuk mengakses maklumat sama ada melalui internet mahu pun perisian atau software, maka keperluan multimedia dalam bahasa dilihat mempunyai kepentingan yang tersendiri. Berdasarkan pengalaman penyelidik, pelajar ada menggunakan perisian flash dan Microsoft Power Point dalam mempersembahkan tugasan bagi kursus bahasa Arab.
3.2 Item 2: Bahasa Arab akan lebih mempunyai nilai komersial dengan adanya elemen multimedia

Majoriti pelajar sangat bersetuju dengan multimedia merupakan unsur yang boleh mengkomersialkan bahasa Arab. Mereka mewakili sebanyak 63.2%. 24.1% daripada responden pula bersetuju. Hanya segelintir responden tidak pasti iaitu 4.6%, tidak setuju iaitu 3.4% dan sangat tidak setuju iaitu 4.6%. Majoriti pelajar mempunyai pandangan yang positif terhadap pengkomersialan bahasa melalui multimedia. Teknologi pendidikan bahasa yang semakin berkembang menuntut kepada mereka yang mahir dalam bahasa dan multimedia

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

754

untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terkini. Ini menjadikan bahasa Arab mampu untuk dipasarkan bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara.
3.3 Item 3: Graduan yang mempunyai kelulusan dalam bahasa Arab dengan multimedia mempunyai peluang kerjaya yang lebih cerah

Peratusan responden mengenai kenyataan lulusan bahasa Arab dan Multimedia mempunyai peluang kerjaya yang lebih luas dapat dilihat dengan jelas. Sebanyak 58.6% responden sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. 25.3% responden lagi bersetuju. Manakala 8% responden tidak pasti, 2.3% responden tidak bersetuju dan 5.7% sangat tidak bersetuju. Graduan bahasa Arab di IPT dan IPTS tempatan menghadapi saingan hebat daripada graduan IPT luar negara dalam meraih peluang pekerjaan. Mereka ini hanya menguasai disiplin ilmu linguistik, sastera dan pengajaran bahasa sahaja. Justeru, peluang kerjaya hanya terhad kepada bidang pendidikan, penterjemahan, pelancongan dan kewartawanan semata-mata. Namun dengan multimedia, mereka mempunyai kelainan dengan graduan bahasa Arab yang lain, sekaligus membuka dimensi baru dalam dunia prospek kerjaya bahasa Arab.
3.4 Item 4: Pengajaran & pembelajaran bahasa Arab akan lebih interaktif dan efektif dengan penggunaan multimedia

Majoriti pelajar amat bersetuju dengan penggunaan multimedia dalam pendidikan bahasa Arab akan menjadikan proses P&P lebih interaktif dan berkesan. Jadual menunjukkan bahawa 4. 69% sangat bersetuju, 21.8% bersetuju, 2.3% tidak pasti, 1.1% tidak setuju dan 5.7% sangat tidak setuju. Teknik pengajaran secara konvensional seperti penggunaan buku dan papan putih, menjadikan P&P bahasa kurang interaktif dan efektif. Penggunaan teks grafik, animasi, audio dan video dalam P&P bahasa amat dituntut dalam dunia pendidikan bahasa Arab pada kini. Sebagai contoh jika pelajar tidak memahami perkataan atau kaedah tatabahasa yang diajar, melalui unsur-unsur multimedia tersebut pelajar akan lebih cepat memahami berbanding dengan cara konvensional seperti merujuk kepada kamus atau buku. Hasil pembelajaran (Learning Outcome) bahasa Arab dengan menggunakan multimedia akan menjadikan P&P bahasa Arab akan lebih interaktif dan efektif.
3.5 Item 5: Saya berminat untuk menghasilkan animasi/ video/ merekacipta grafik dan bahan multimedia interaktif dalam bahasa Arab

Majoriti pelajar berminat untuk menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab iaitu sebanyak 40.2% sangat berminat dan 43.7% berminat. Manakala 5.7% tidak pasti, 6.9% tidak berminat dan 3.4% sangat tidak setuju. Industri animasi negara telah mula menampakkan beberapa kejayaan. Kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada pelajar bahasa Arab untuk menghasilkan animasi tempatan berbahasa Arab. Ini sekaligus dapat mempromosikan negara kepada dunia luar negara terutama negara-negara timur tengah. Dengan perkembangan arus teknologi, pelajar juga dapat menghasilkan perisian-perisian pendidikan bahasa Arab yang terkini.
3.6 Item 6: Saya berminat mendalami bahasa Arab dan multimedia

Sebanyak 59.8% responden sangat berminat untuk mendalami bahasa Arab dan multimedia. Sebanyak 27.6% pula berminat. Manakala 4.6% tidak pasti, 2.3% tidak berminat dan 5.7% sangat tidak berminat. Keputusan analisis ini menunjukkan persepsi yang sangat positif terhadap bidang bahasa Arab dan multimedia. Kedua-dua bidang ini merupakan gabungan

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

755

yang diminati oleh majoriti pelajar pada masa kini. Pelajar dapat mendalami ilmu linguistik, sastera dan pada masa yang sama mereka dapat mendalami bidang multimedia. 4. Dapatan Kajian Berikut merupakan dapatan kajian yang dapat disimpulkan berdasarkan persoalan kajian: 1. Secara umumnya, sebanyak 87.3% pelajar bersetuju dengan pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia kerana pengintegrasian tersebut mempunyai kepentingan yang signifikan dan nilai komersial yang tersendiri. 2. Melalui pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia, sebanyak 83.9% pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap prospek kerjaya dalam bidang ini pada masa hadapan. 3. Majoriti pelajar iaitu 90.8% berpandangan bahawa penggunaan multimedia dalam pendidikan bahasa Arab akan menjadikan proses P&P lebih efektif dan interaktif. 4. Didapati bahawa 50% pelajar sangat berminat untuk mendalami dan menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab. Manakala 35.6% pelajar berminat mendalami dan menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab. 5. Cadangan Kajian Sebagai kesimpulan, penyelidik mempunyai pandangan yang optimis terhadap pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia berdasarkan dapatan kajian yang telah dibincangkan. Namun, skop kajian ini perlu diperluaskan dan disusuli dengan kajian-kajian lanjutan yang melibatkan pelbagai pihak bagi merealisasikan pengintegrasian ini, sekaligus dapat memperkasa pendidikan bahasa Arab khususnya dan multimedia umumnya.

6. Rujukan Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar. (2009). Kesan Penggunaan Video Drama Terhadap Peningkatan Penghayatan Pelajar, Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi PengajaranPembelajaran: 71-76. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort. Janudin Sardi dan Mohd Zaki Abdul Rahman. (2009). Aplikasi Multimedia Mursyidi: Pendekatan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian, Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi PengajaranPembelajaran: 195-207. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort. Mohd Azidan B Abdul Jabar. (2009). Faedah Teknologi Pengajaran, dalam Pembelajaran Kemahiran Bahasa Asing. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi PengajaranPembelajaran: 221-230. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort. Norazah Mohd Nordin dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). (2008). Pengintegrasian ICT Dalam Pendidikan Penyelidikan, Amalan Dan Aplikasi. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd. Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). 2008. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

756

7. Lampiran Berikut adalah pandangan responden yang kurang bersetuju terhadap pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab dengan multimedia: 1. Kurang pasti pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia kerana masih belum mendalami bahasa Arab dengan baik. Saya tidak yakin tentang pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia kerana asas dalam bahasa Arab masih lagi belum cukup kuat. Saya memerlukan lebih masa untuk mempelajari bahasa Arab. Asas bahasa Arab saya lemah, akan tetapi saya merasakan untuk zaman sekarang teknologi amatlah penting dan pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia adalah idea yang bernas. Saya mungkin akan menerima pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia kerana ia boleh menambahkan pengalaman dan ilmu saya.

2.

3.

4.

http://www.kuis.edu.my/ictconf/ Please visit the website to download the digital copy of all the proceedings. Thank you very much for the contributions.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

757

You might also like