You are on page 1of 9

MODEL PEMBELAJARAN E-TAJWID (ETLM) BERASASKAN SEMANTIK DAN ELEMEN MULTIMEDIA.

Nor Hashidah Mohd Nasir, Fauziah Baharom, Harryizman Harun, Haslina Mohd, Ali Yusny Daud, Norida Darus, Ahmad Ghadafi, Azman Yasin Bidang Sains Gunaan, College of Art & Sciences Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah Darul Aman shidanadira@yahoo.com Abstrak Penyelidikan ini akan membangunkan model pembelajaran e-Tajwid (eTLM) untuk memudahkan pengguna mempelajari Ilmu Tajwid dengan lebih praktikal. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari Ilmu Tajwid. Antaranya pelajar tidak dapat mengingati dan memahami hukum Tajwid dengan baik, bantuan pembelajaran adalah terhad dan kelemahan pengajaran guru menjadi faktor pencapaian pelajar dalam menguasai AlQuran dan Tajwid. Penyelidikan ini menfokuskan kepada pembangunan eTLM yang melibatkan gabungan semantik dan elemen multimedia dalam menghasilkan persekitaran yang lebih interaktif dan intuitif. Konsep semantik diadaptasikan ke dalam eTLM supaya ia mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pengguna tentang sesuatu hukum Tajwid. Manakala, penggunaan multimedia pula boleh membantu menarik minat serta meningkatkan lagi daya ingatan pengguna tentang Ilmu Tajwid. Penyelidikan ini melibatkan lima fasa utama iaitu kajian secara teori dan pengumpulan maklumat, pembangunan model, rekabentuk prototaip berdasarkan model yang telah dibangunkan, serta pembangunan dan penilaian prototaip. Kata kunci: Tajwid, e-pembelajran, semantik, elemen multimedia. 1. Pengenalan Dunia kini telah mengecapi perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Anjakan paradigma ini telah merubah corak, konsep dan gaya kehidupan manusia. Namun begitu, perubahan seperti ini tidak mampu untuk mengubah keperluan manusia terutama keperluan mempelajari Al-Quran. Ini adalah kerana Al-Quran merupakan asas dalam kehidupan seorang muslim khususnya dalam bidang pendidikan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud, Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain (HR. Bukhari). Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan mengamalkannya iaitu membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf (HR Bukhari). Pembelajaran Al-Quran dan Tajwid masa kini dilaksanakan melalui pelbagai kaedah yang berbeza. Namun, terdapat pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari Ilmu Tajwid. Antaranya adalah pelajar tidak dapat mengingati dan memahami hukum Tajwid dengan baik, kegagalan guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang baik kepada pelajar dan penggunaan e-pembelajaran berkenaan Tajwid yang terdapat di Malaysia terhad dan kurang interaktif. Oleh itu, satu pendekatan telah diambil bagi memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Ilmu Tajwid di mana penyelidikan ini akan mengaplikasikan epembelajaran, semantik dan elemen multimedia. Semantik diaplikasikan dalam Ilmu Tajwid

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

89

kerana dapat menghuraikan makna sesuatu hukum Tajwid dengan lebih terperinci dan mendalam. Tambahan lagi, multimedia pada masa kini telah memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Multimedia dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan, dan dengan pengaplikasiannya juga dapat menyumbang serta memudahkan perkembangan intelektual seseorang pelajar (Heinich, et al., 1996). 2. Tajwid Takrifan Tajwid dari segi bahasa, ialah memperelokkan atau mencantikkan (Abdullah alQabbani, 1990; Bashir et al., 2003). Manakala dari segi istilah pula, Tajwid bermaksud sesuatu ilmu untuk melafaz huruf-huruf Al-Quran dengan betul (Abdullah al-Qabbani, 1990). Rasulullah S.A.W pernah bersabda, dalam hadisnya yang maksudnya: Bacalah olehmu AlQuran, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat/pertolongan ahli-ahli Al-Quran (yang membaca dan mengamalkannya.) (HR. Muslim). Terdapat beberapa kelebihan mempelajari Ilmu Tajwid (Zarina et al., 1999) termasuk, Ilmu Tajwid adalah semulia-mulia ilmu kerana Ilmu Tajwid berkait secara langsung dengan kitab Allah iaitu Al-Quran, mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat (Glosari Al-Quran, 1992). Justeru, e-pembelajaran juga turut memainkan peranan penting dalam proses P&P Tajwid untuk menyampaikan kandungan serta maklumat tentang Tajwid melaluinya seperti Mad Asli, Idhgam dan sebagainya. 3. E-Pembelajaran dan Pembelajaran Tradisional Secara umum, menurut Rosenberg (2001), e-pembelajaran adalah sebarang P&P yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcara. Pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi apabila menggunakan e-pembelajaran berbanding pembelajaran secara tradisional yang telah disenaraikan dalam Jadual 1 dibawah (Rosenberg, 2001). Jadual 1: Perbezaan pembelajaran Tradisional dengan e-pembelajaran (Rosenberg, 2001) Tradisional Pembelajaran adalah berpusatkan guru Elektronik lebih difokuskan

Pembelajaran kepada pelajar Modul pengajaran hanya bergantung kepada Pencarian maklumat tidak terbatas buku teks semata-mata Pengetahuan pelajar adalah terbatas Tahap pemahaman pelajar lebih tinggi Masa pengajaran dan pembelajaran terhad Masa pengajaran dan pembelajaran lebih fleksibel Pelajar hanya bergantung kepada guru Pelajar lebih berdikari Oleh itu, penggunaan e-pembelajaran sebagai suatu penambahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah harus dipertingkatkan di setiap sekolah di Malaysia. Selain itu, aspek keberkesanan dan faktor-faktor penggunaan e-pembelajaran juga harus dikenalpasti supaya pelaksaan pembelajaran mendatangkan kesan kebaikan berbanding keburukan. Justeru, penggunaan e-pembelajaran perlu diadaptasikan ke dalam pembangunan eTLM kerana pelbagai kelebihan diperoleh berbanding dengan pembelajaran tradisional. Penggunaan e-pembelajaran dapat dijadikan sebagai medium untuk menyampaikan Ilmu

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

90

Tajwid kepada pengguna pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Untuk membangunkan epembelajaran Tajwid yang lebih berkesan, menarik minat pengguna, interaktif dan intuitif, elemen multimedia perlu dimasukkan agar penyampaiannya lebih berkesan. 4. Multimedia dan Kepentingannya Menurut Hofstetter (1995), multimedia merupakan penggunaan komputer bagi mempersembahkan dan menggabungkan teks, grafik, audio dan video dengan alatan yang membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta, dan berkomunikasi. Multimedia menukar gaya pembelajaran pada hari ini dengan menjadikan pembelajaran lebih dinamik dengan penggunaannya (Feldman, 1997). Justeru itu, dalam pendidikan, anjakan paradigma dalam sistem masyarakat secara tidak langsung mempengaruhi pembangunan sistem pembelajaran. Antara kelebihan multimedia adalah (Heinich et al., 1996): i. ii. iii. Membolehkan penyampaian sesuatu maklumat menjadi lebih efektif hasil daripada penggunaan pelbagai media. Elemen-elemen multimedia menyokong penggunaan pelbagai sensor (multisensory) serta mampu merangsangkan penggunaan pelbagai deria manusia. Menyokong pembelajaran yang bersifat penyelesaian masalah, membentuk dan menguji hipotesis, penilaian berasakan keupayaan serta meningkatkan kreativiti pelajar. Multimedia interaktif terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh masa yang panjang dan boleh dicapai kembali dengan pantas berbanding kaedah pengajaran tradisi. Menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses P&P

iv.

v.

Oleh itu, bertepatan dengan cadangan penyelidikan iaitu membangunkan eTLM diharap penggunaan teknologi multimedia dapat menyokong dan mempermudahkan proses P&P Tajwid dengan menggabungkan kaedah semantik di dalam perlaksanaan eTLM. 5. Semantik Secara umumnya, semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran (Adenan, 2007). Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti. Kemudian semainein diinggeriskan menjadi semantik, dan dalam bahasa Melayu menjadi semantik. Orang pertama yang menggunakan perkataan semantik ialah M. Breal, 1900 (Adenan, 2007). Dari segi istilah pula, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik, 1997). Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Matlamat utama penyelidikan ini, adalah untuk menunjukkan bagaimana, semantik dalam Ilmu Tajwid dapat diteliti dari aspek huraian makna setiap hukum Tajwid dengan lebih terperinci. Semantik dalam konteks Ilmu Tajwid adalah memberi penerangan makna kepada setiap hukum-hukum Tajwid yang terlibat dalam pembangunan eTLM. Setiap hukum Tajwid akan diterangkan dengan terperinci dan mendalam dengan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan dengan hukum Tajwid tersebut. Contohnya hukum Mad Asli, semantik akan memainkan peranannya dalam mendefinisikan maksud hukum tersebut dan seterusnya akan

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

91

memberi contoh hukum tersebut. Contoh medan makna Tajwid diterjemahkan dalam bentuk gambarajah. Rajah 1 dibawah menunjukkan contoh medan makna bagi Tajwid.

Rajah 1: Contoh medan makna bagi Tajwid 6. Kaedah Penyelidikan/Metodologi Terdapat lima fasa utama untuk melaksanakan eTLM. Langkah-langkah proses tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah. Kajian Secara Teori dan Pengumpulan Maklumat Analisis Rekabentuk Prototaip Berdasarkan Model yang dibangunkan Pembangunan Prototaip Penilaian Prototaip

Rajah 2: Fasa Penyelidikan eTLM Proses metodologi ini bermula dengan kajian secara teori dan pengumpulan maklumat, kemudian disusuli dengan langkah kedua iaitu pembangunan model, seterusnya ialah rekabentuk prototaip berdasarkan model yang dibangunkan, pembangunan prototaip dan proses terakhir ialah penilaian prototaip. Jadual 2 menunjukkan langkah-langkah, teknik dan hasil setiap fasa.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

92

Jadual 2: Langkah-langkah, teknik dan hasil setiap fasa Fasa Langkah-langkah Kajian secara teori Bangunkan dan pengumpulan perancangan kerja maklumat Mengkaji kajian sedia ada berkenaan dengan epembelajaran, semantik dan multimedia Analisis Analisis Pengumpulan maklumat Pemodelan use case Konseptual model Rekabentuk Prototaip Berdasarkan Model yang dibangunkan Rekabentuk kandungan Rekabentuk cerita Rekabentuk prototaip Rekabentuk antaramuka Aturcara Teknik Mengenalpasti tugas-tugas Carta gantt Kajian sedia ada dikaji Hasil Perancangan kerja Dapatan hasil kajian sedia ada seperti kelebihan, kekangan, persamaan dan perbezaan. Perancangan analisis Maklumat Model fungsi Konseptual Model eTLM Kandungan Tajwid Papan cerita Prototaip Rekabentuk antaramuka Aturcara Hasil pengujian

Analisis masalah Temuduga Soal selidik Use case Model use case Konseptual model eTLM Kandungan Tajwid Papan cerita Prototaip Carta struktur antaramuka Aturcara dibagunkan Pengujian heuristic

papan

Pembangunan Prototaip Penilaian Prototaip

Pengujian pakar

6.1 Fasa 1: Kajian secara teori dan pengumpulan maklumat Pelbagai kajian sedia ada yang berkaitan dengan e-pembelajaran, semantik dan multimedia dalam persekitaran pembelajaran akan dimasukkan sebagai rujukan daripada jurnal, buku dan kajian akademik yang lain. Pengumpulan maklumat amat penting kerana melibatkan analisis keperluan daripada sasaran pengguna. 6.2 Fasa 2: Analisis Fasa analisis menumpukan kepada sasaran pengguna yang akan menggunakan aplikasi ini. Fasa ini akan mengaplikasikan proses SQIRO iaitu sampling, questionnaires, reading and observation yang diambil daripada Haslina, Azizah, Azida dan Azlin (2002). Temuduga adalah teknik yang digunakan untuk memahami dan dapat membantu untuk mengetahui keperluan pengguna untuk membangunkan eTLM. Temuduga tidak berstruktur akan digunakan bagi membangunankan eTLM. Temuduga telah dijalankan di lima buah sekolah

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

93

rendah di daerah Kubang Pasu dimana melibatkan seramai lima orang responden iaitu guru Pendidikan Islam. Dalam fasa ini juga, model gambarajah use case dibangunkan. Model Gambarajah uise case menunjukkan interaksi antara pengguna iaitu guru/pelajar dengan aplikasi Tajwid. Pengguna boleh berinteraksi dengan aplikasi dengan memilih fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi ini seperti pengenalan, makhraj huruf, menganal baris hukum-hukum Tajwid dan carian. Use case digunakan bagi menentukan keperluan kefungsian bagi aplikasi yang dicadangkan. Rajah 3 menunjukkan gambarajah use case pembangunan eTLM.

Rajah 3: Model gambarajah use case eTLM Manakala, model konseptual bagi pembangunan eTLM turut direkabentuk. Model konseptual eTLM telah direkabentuk bagi memudahkan proses P&P Tajwid. Rajah 4 menunjukkan aliran proses P&P Tajwid dalam perlaksanaannya. Model konseptual eTLM mengandungi dua bahagian iaitu Tajwid dan proses penilaian dan pengukuhan.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

94

TEORI KOGNITIF PEMBELAJARAN MULTIMEDIA MAYER (Sumber: Mayer & Moreno, 2001)

Rajah 4: Model konseptual eTLM 6.3 Fasa 3: Rekabentuk prototaip berasaskan model yang telah dibangunkan Rekabentuk prototaip memerlukan proses dan model papan cerita untuk proses pembangunan prototaip eTLM. Melalui papan cerita pengguna boleh melihat apakah hasil yang akan diperolehi daripada eTLM. Perisian yang akan digunakan bagi membangunkan eTLM ialah perisisan adobe flash. 6.4 Fasa 4: Pembangunan Prototaip Pembangunan prototaip eTLM melalui aturcara dan rekabentuk kandungan secara maya berasaskan rekabentuk prototaip yang telah dibuat akan dibangunkan dalam fasa ini. Hasil

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

95

daripada prototaip ini akan dipersembahkan kepada pengguna dan segala cadangan daripada pengguna akan dianalisis semula untuk penambah baikan prototaip eTLM. 6.5 Fasa 5: Penilaian Prototaip Akhir sekali fasa ini memfokuskan kepada pengujian kebolehgunaan dan keberkesanan prototaip eTLM yang telah dibangunkan. Fasa ini akan menggunakan penilaian heuristic oleh Jacob Nielsen (2005) sebagai garis panduan untuk menilai prototaip eTLM (Nielsen, 2005). 7. Kesimpulan Perkembangan teknologi pada masa kini berkembang dengan pesat dalam pelbagai bidang khususnya dalam pendidikan. Perkembangan teknologi dalam pendidikan turut memberi impak dalam pendidikan Al-Quran khususnya Tajwid di kalangan umat Islam. Dengan pembangunan model eTLM, di harap dapat membantu menjadikan proses P&P Tajwid lebih menyeronokkan malah mampu menangani pelbagai limitasi P&P Tajwid akibat gaya hidup masyarakat yang berubah. Justeru, dengan menggabungkan e-pembelajaran, semantik dan elemen multimedia membolehkan model eTLM yang dicadangkan ini lebih dinamik.

Rujukan Abdullah al-Qabbani bin Hj. Salleh. (1990). Kursus Qari dan Qariah, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. h. 17. Adenan bin Ayob. (2007). HBML3803: Ilmu Makna dan Bahasa Melayu: Open Universiti Malaysia; Kuala Lumpur. Ahmad Mahmood Musanif. Ph.D. (2004). Modul Pembelajaran: BBM 3206 Semantik: Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan. Al-Azahari. (1998). Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani, Kuala Lumpur: Pustaka Salam. h 23. Bashir, S.F. Rasheed, M.M. Awais, S. Masud, S.Shamail (2003). Simulation of Arabic Phoneme Identification through Spectrographic Analysis. Department of Computer Science LUMS, Lahore Pakistan. Drucker, P. (2000). Need to Know: Integrating e-Learning with High Velocity Value Chains. A Delphi Group White Paper. Dicapai pada 1 Mei 2009 daripada http://www.delphigroup.com/pubs/whitepapers/20001213-e-learning-wp.pdf Feldman, T. (1997). An introduction to digital media. Routledge: London. Glosari Al-Quran. (1992). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Mohd Isa bin Abd. Razak. (2003). KDPM Mod Latihan Pengurusan Berasaskan Sekolah: Pengajian Melayu; Bahagian Pendidikan Guru. Haslina Mohd, Azizah Ahmad, Azida Zainol & Azlin Nordin. (2000). Analisis dan Rekabentuk Sistem. Prentice Hall. Heinich, R., Molenda, Russel, Smaldino (1996). Instructional media and technology. Edisi Kelima. New Jersey: Prentice Hall. Hofstetter, F.T. (1995). Multimedia Literacy. New York: McGraw Hill. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publications: Bentong. Dicapai pada 16 November 2009 daripada http://www.jzmedia.com Jonassen, D. H., Davidson, M., Dollins, M., Campbell, J. & Bannan Haag, B. (1995). Constructivism and computer-mediated communication in distance education. The American Journal of Distance Education 9(2):7-15.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

96

Kaplan-Leiserson, E. (2000). E-learning glossary. Dicapai pada 17 Jun 2009 daripada http://www.learningcircuits.org/glossary.html. Logan. D. (2001). E-learning in the knowledge age. Gartner Symposium Itxpo 2001. 30 July 1 August 2001, Johannesburg, South Africa. Maurer, H., & Sapper, M. (2001). E-Learning Has to be Seen as Part of General Knowledge Management, In Proc. of ED-MEDIA 2001 World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications, pp. 1249-1253. Norashikin Fabil. (2002). Pembangunan Perisian Kursus Tajwid: Pendekatan Talaqqi dan Musyafahah. Tesis Sarjana Teknologi Maklumat. Universiti Kebangsaan Malaysia. h. 30. OConnor, C., Sceiford, E., Wang, G., Fourcar, Scocki, D., & Griffin, O. (2003). Departure, bandonmment, and dropout of e-learning: Dilemma and Solutions. Dicapai pada 16 November 2009, daripada www.masie.com Rosenberg, M. J. (2001). New York: McGraw-Hill. E-learning: strategies for delivering knowledge in the digital age. Taylor D.R. (2002). E-learning: the second wave. Learning Circuits: ASTDs online magazine. October 2002. Dicapai pada 12 Jun 2009 daripada http:www.learningcircuits.com Wahyu binti Idrus & Yahya Isa. (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia: isu dan cadangan perlaksanaannya. Zarina Shukur et al. (1999). Pengajian Tajwid Al-Quran Berbantukan Multimedia dlm Prosiding Seminar Kebangsaan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Stategi Pengajaran dan Pembelajaran di Abad 21. h 237.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

97

You might also like