You are on page 1of 13

Minit Mesyuarat Pengurusan Pejabat Daerah Kubang Pasu Kali 2/2013

Tarikh: 16 Januari (Rabu) Masa: 9.30 pagi Tempat: Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kubang Pasu

Kehadiran:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Y.Bhg Dato Abdul Aziz Bin Haji Abd Ghani, DSDK., AMK., BCK. Pegawai Daerah Kubang Pasu Encik Ruslan Bin Dato Hj Jamaludin, AMK., BKM., PCK. Penghulu Mukim Jitra Encik Hussain Bin Haji Omar, BKM. PCK., Penghulu Mukim Jerlun Tuan Haji Mohamad Ali Mustaza Bin Mohamad, BKM., PCK. Penghulu Mukim Naga/Malau Encik Azizi bin Haji Abdullah Penghulu Mukim Jeram Encik Ahmad bin Haji Ali, BKM., PCK, Penghulu Mukim Temin Encik Mohamad Hashim Bin Abu Hassan, PCK. Penghulu Mukim Bukit Tinggi/Wang Tepus/Pelubang Encik Mohd Zamkhoshari Bin Ahmad, PCK. Penghulu Mukim Putat/Ah Encik Iskandar Hasdi Bin Ismail Penghulu Mukim Binjal Encik Mohd Amran Bin Hanafiah Penghulu Mukim Padang Perahu Encik Hasnizam Bin Jahari Penghulu Mukim Sungai Laka Encik Nor Afdzal Bin Ahmad Noor, PCK. Penghulu Mukim Keplu / Pering Encik Mohd Azlan bin Jusoh Penghulu Mukim Gelong 1 - Pengerusi

14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32.

Encik Sulaiman bin Hashim, PCK. Penghulu Mukim Tunjang Encik Azahari bin Shafie Penghulu Mukim Kubang Pasu/Hosba Encik Mohamad Amin bin Hj Yahya Penghulu Mukim Sanglang Encik Hasri Bin Osman Ketua Pembantu Tadbir (Pentadbiran) Encik Diyaodin Bin Hj Shaari, PCK. Pembantu Tadbir [Pembangunan] Encik Muhamad Jamili Bin Che Nor, PCK. Juruteknik [KUP] Puan Hajjah Rogayah Binti Haji Baharom Pembantu Tadbir [KUP] Puan Noraini Binti Hashim Pembantu Tadbir [KUP] Puan Kasma Binti Bakar Pembantu Tadbir [KUP] Haji Anuar Bin Ahmad Pembantu Tadbir Puan Marsita Binti Abidin Pembantu Tadbir (Kewangan) Puan Nor Adilah Binti Sharipuddin Pembantu Tadbir (Kewangan) Encik Afiffuddin Bin Ismail Juruteknik Komputer Puan Roslina Binti Abu Pembantu Tadbir Cik Sabariah Binti Shafiee Pembantu Tadbir Puan Marsita Bt Abidin Pembantu Tadbir (Kewangan) Puan Nor Adilah Bt Sharipuddin (Pembantu Tadbir (Kewangan) Puan Fatin Syamimi Binti Jamaluddin Pembantu Tadbir Puan Faridah Binti Othman Pembantu Tadbir 2

33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45.

Puan Siti Muniroh Bt Man Pembantu Tadbir Encik Subri Bin Ismail Pembantu Tadbir Encik Abdul Mutalib Bin Hashim Pembantu Tadbir Puan Hasnah Binti Awang Kechik Pembantu Tadbir Encik Azizan Bin Mat Pembantu Tadbir Puan Azura Binti Ahmad Pembantu Tadbir Puan Nuraziah Binti Abd Hamid Pembantu Tadbir Puan Siti Maryam bt Ariffin Pembantu Tadbir Hajjah Salmah Binti Haji Hassan Pembantu Tadbir Puan Anizah Binti Arshad Pembantu Tadbir Puan Jumuni Binti Che Ani Pembantu Tadbir Jamaliah Bt Md Noh Pembantu Tdbir Encik Ismail Bin Din Pembantu Pejabat 46. Encik Jasman Bin Aziz Pembantu Pejabat

47. 48. 49.

Encik Mohd Yusri Naim Bin Yusoff Pembantu Pejabat Encik Farmizie Bin Ani Pekerja Rendah Awam Puan Nor Hasila Binti Yaakob Pekerja Rendah Awam

Tidak Hadir 3

50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 64.

Puan Amirah Khairiah Binti Abdul Latip, BCK Ketua Penolong Pegawai Daerah [Pembangunan] Encik Afizudin Bin Dato Paduka Mohd Saad Penolong Pegawai Daerah [Pentadbiran] Puan Noraini bt Sudin Penolong Pegawai Tadbir [Eksekutif] Encik Mohd Zaini Bin Abd Rashid, PCK Juruteknik Tingkatan Kanan Puan Sharifah Salmah Bt Sharif Harun Setiausaha Pejabat Tuan Haji Anuar Bin Ahmad Pembantu Tadbir Puan Norzita Binti Abidin Pembantu Tadbir (Kewangan) Encik Yusuf Bin Ismail Pembantu Tadbir Encik Anwar Bin Mat Isa Pembantu Tadbir (Pembangunan) Puan Norzita Binti Marzuki Pembantu Tadbir (Kewangan) Puan Rosmina Binti Abu Bakar Pembantu Tadbir Puan Siti Muniroh Binti Man Pembantu Tadbir Encik Zainon Bin Zakarya, PPL. Pemandu Kenderaan Haji Ishak Bin Goi Pekerja Rendah Awam Encik Zahrul Shafri Bin Zakaria Pemandu Kenderaan Encik Shaiful Anuar Bin Abd Manaf Pekerja Rendah Awam Encik Khairul Nazad Bin Mat Taib Pekerja Rendah Awam Encik Ilias Bin Darus Pembantu Tadbir 4

65. 66. 67.

68. 69.

Encik Zainol Bin Mat Pemandu Kenderaan Puan Nor Ashikin Binti Abd Hamid Pembantu Tadbir - Pencatat Minit

1.0

BACAAN DOA 1.1 Bacaan doa disampaikan oleh Encik Hussain bin Hj Omar, Penghulu Mukim Jerlun.

2.0

ALUAN PENGERUSI 2.1 Yang Berbahagia Dato Pengerusi mengucapkan salam serta terima kasih kepada semua yang dapat hadir ke mesyuarat pada pagi ini. Yang Berbahagia Dato Pengerusi memaklumkan perancangan hala tuju yang perlu dan akan dilaksana pada tahun 2013 yang dikenali sebagai Tahun Kualiti. 2.2.1 Mesyuarat dimaklumkan pihak pentadbiran/kewangan perlu mengemaskini surat pekeliling / arahan terbaru agar setiap kakitangan mengetahui dan tidak tersasar semasa menjalankan tugas. 2.2.2 Mesyuarat dimaklumkan setiap penghulu mukim perlu memastikan tugas yang dijalankan adalah berdasar Manual Prosedur Kerja MPK dan merujuk perkaraperkara dasar melalui Ketua Jabatan. 2.2.3 Mesyuarat memohon setiap pemandu perlu mengetahui dan faham Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987 semasa menjalankan tugas. 2.2.4 Mesyuarat dimaklumkan agar kakitangan yang tidak hadir ke mesyuarat sebanyak 3 kali perlu menunjukkan surat tunjuk sebab kepada pentadbiran.
2.2.5 Hasrat Y.Bhg. Dato Pengerusi di dalam tahun 2013

2.2

supaya pemandu boleh bergerak keseluruh Malaysia, boleh bekerja sendirian, ada kemahiran diri dalam bidang tugas sepenuhnya dan mengalu-alukan Multi Skill (kemahiran pelbagai)
2.2.6 Hasrat

Y.Bhg. Dato Pengerusi juga supaya setiap pegawai dan kakitangan ada Goal Score terharap perkara-perkara yang diperbincangkan.

2.2.7 Mesyuarat

dimaklumkan mengenai Bayaran Elaun kepada Majlis Ketua Kampung [MKK] pada 16 Januari 2013, di Dewan Utama PDKP. 2.2.8 Mesyuarat dimaklumkan semua pegawai yang terlibat diminta hadir ke Majlis Bacaan Yasin sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman
6

dan Pembarisan Kehormat pada Jam 8.00 pagi serta Jamuan Negeri.
2.2.9 Mesyuarat dimaklumkan Projek Bantuan Kasih Sayang

oleh YAB. Perdana Menteri kepada Murid Sekolah di dalam Daerah Kubang Pasu pada 21 Januari 2013, dimana majlis tersebut akan di sempurnakan oleh Y.Bhg. Dato Pegawai Daerah Kubang Pasu, bertempat di Dewan Utama PDKP.

3.0

SOROTAN SEMINGGU 3.1 Aktiviti Seminggu Yang Lalu Sepertimana paparan. Tindakan:

Makluman 4.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Minit Mesyuarat Pengurusan Kali 01/2013 bertarikh 09 Januari 2013 yang lalu dicadang sah oleh Encik Sobri Bin Razak Pembantu Tadir (KUP) dan disokong oleh Tuan Haji Mohamad Ali Mustaza Bin Mohamed, Penghulu Mukim Naga/Malau. 5.0 LAPORAN BAHAGIAN 5.1.1 Penghulu Mukim Jitra Mesyuarat dimaklumkan permohonan peruntukan kepada UPEN bagi membaiki Titi di Kampung Pondok Haji Wan Salleh dipohon semula bagi tahun 2013. Masih dalam permohonan di UPEN. Mesyuarat dimaklumkan mengenai aduan orang awam mengenai premis cyber Cafe yang beroperasi melebihi masa dan membenarkan remaja di bawah 18 tahun memasuki premis. Akan dibuat pemantauan oleh Penguatkuasaan Bahagian Lesen Pejabat Daerah Kubang Pasu. Tindakan: Unit Pentadbiran 5.1.2. Penghulu Mukim Jerlun
7

Mesyuarat dimaklumkan mengenai bantuan rumah kepada Puan Bashah Binti Ahmad dari Pida 5, Kampung Sematang Jawa dan sedang dalam proses pembinaan. Kursus Pra Perkahwinan yang diadakan pada 18hb 19hb Januari 2013 yang melibatkan belia dan beliawanis di Kawasan Parlimen Jerlun seramai 300 orang. Program ini akan dirasmikan oleh YB. Datuk Mukhriz Mahadthir. Tindakan: Makluman 5.1.3 Penghulu Mukim Keplu/Pering Mesyuarat dimaklumkan bahawa masih dalam cadangan untuk menukar racun yang lebih sesuai berkenaan masalah penyakit pokok padi. Tindakan: Penghulu Mukim Keplu/Pering 5.1.4 Penghulu Mukim Jeram Mesyuarat memaklumkan pembelian 2 buah mesin jahit untuk 2 orang pemohon sebanyak RM5,000 akan dipohon semula pada tahun 2013. Mesyuarat dimaklumkan mengenai keadaan titi di Kampung Alor Changleh, Mukim Jeram perlu diperlebarkan bagi kemudahan orang ramai/pengguna dan ianya adalah laluan ke Sekolah dan klinik berdekatan. Tindakan: Pembangunan/ Penghulu Mukim Jeram 5.1.5 Penghulu Mukim Naga Mesyuarat dimaklumkan masih belum menerima maklumat balas daripada Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu mengenai aduan penduduk kampung mengenai penutupan jalan mini tar dan pemindahan laluan elektrik di Kampung Baru, Tanjung Pauh. Tindakan: Pembangunan Mesyuarat dimaklumkan mengenai permohonan daripada Pengerusi PIBG Sek. Keb. Padang Pekan agar pihak JKR menutup longkang besar yang membahayakan keselamatan murid. Mesyuarat mencadangkan agar laluan ke Tanjung Kapor dibuat
8

laporan bergambar/bertulis oleh pihak JKR mengenai perkara tersebut. Puan KPPD (P) telah membuat lawatan bersama Penghulu Mukim Naga pada 9/1/2013 jam 2.00 petang, didapati aduan tersebut berbetulan dan sedang diatur bersama JKR. Tindakan : Unit Pembangunan Mesyuarat dimaklumkan mengenai permohonan bagi pemasangan papan tanda jalan sehala di Pejabat Penghulu Mukim Naga. Perkara ini telah diusulkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan masih belum mendapat maklumbalas dari MDKP. Tindakan: Unit Pembangunan Mesyuarat dimaklumkan supaya diadakan line [Lot-lot parking] motosikal staff PDKP. Sedang dalam tindakan. Tindakan : Unit Pentadbiran
5.1.6 Penghulu Mukim Malau

-Tiada laporan 5.1.7 Penghulu Mukim Padang Perahu Mesyuarat dimaklumkan pemasangan lampu jalan di sepanjang jalan JKR iaitu di Kampung Pulau Maharaja telah dibincang dengan pihak Kontraktor dan dijangka siap pada hujung bulan Januari 2013. Kini sedang dalam proses pemasangan cable. Tindakan: Unit Pembangunan 5.1.8 Penghulu Mukim Putat/Ah Mesyuarat dimaklumkan telah menerima aduan masalah bena perang dan telah dimaklumkan kepada pihak MADA dan sedang dalam tindakan. Penghulu mukim akan mengemukakan laporan bergambar mengenai masalah tersebut. Tindakan: Penghulu Mukim Putat 5.1.9 Penghulu Mukim Temin Mesyuarat memaklumkan pembelian 2 buah mesin jahit untuk 2 orang pemohon sebanyak RM5,000 akan dipohon semula pada tahun 2013. Masih dalam tindakan. Tindakan: Penghulu Mukim Temin 5.1.10 Penghulu Tepus/Pelubang Mukim Bukit Tinggi/ Wang

Mesyuarat dimaklumkan mengenai banner yang berselerak di sepanjang jalan JKR akan diselesaikan dengan menyediakan tempat untuk digantung atai dipasang benar dengan lebih teratur. Surat kepada MDKP telah dikeluarkan. Tindakan: Pembangunan Mesyuarat dimaklumkan mengenai ketiadaan lampu jalan di sepanjang Jalan Bukit Tinggi hingga ke Pekan Kepala Batas dan Kem Tok Jalai hingga ke Taman Tengku Maheran. Surat kepada JKR Elektrik telah dikeluarkan. Tindakan: Pembangunan Mesyuarat dimaklumkan mengenai aduan awam iaitu lori-lori pasir yang beroperasi awal sebelum jam 8.00 pagi dan selepas jam 5.00 petang yang mengundang risiko kemalangan terutama semasa sesi persekolahan. Penghulu Mukim diminta membuat laporan bergambar mengenai perkara ini. Surat kepada Pentadbir Tanah Daerah telah dikeluarkan. Tindakan : Penghulu Mukim Bukit Tinggi/Wang Tepus/Pelubang Biro Pengaduan Awam Negeri Kedah telah membuat aduan tentang pusat karaoke yang mengganggu ketenteraman awam dan bunyi bising, dan pemilik telah dimaklumkan dan didapati tiada lesen hiburan dan lesen premis yang mana masih beroperasi, iaitu bermula pada jam 3.00 pagi hingga 4.00 pagi. Lawatan telah dilakukan dan laporan serta gambar telah disediakan. Tindakan: Pentadbiran 5.1.11 Penghulu Mukim Sungai Laka

Mesyuarat dimaklumkan mengenai pusat kuartin lembulembu (swasta) yang masih bertambah. Sisa kumbahan telah disalurkan ke dalam sungai/parit berhampiran. Siasatan perlu dilakukan oleh pihak Veterinar bagi pengeluaran lesen. Tuan Penghulu Mukim dalam cadangan membuat perjumpaan secara rasmi bersama Pengarah Jabatan Veterinar Daerah Kubang Pasu bagi membincangkan berkaitan perkara ini. Tindakan: Penghulu Mukim Sungai Laka 5.1.12 Penghulu Mukim Hosba/Kubang Pasu
10

Mesyuarat memaklumkan mengenai sebuah rumah yang daif yang didiami oleh Puan Zurina Binti Jaafar bersama 3 anak di Kampung Belakang Sekolah Menengah Hosba tidak dapat dilakukan pembaikan berikutan pemilik sebenar tidak memberi izin. Cadangan memberi sebuah rumah rancangan perumahan KEDA. Mesyuarat dimaklumkan supaya jalan Kampung Padang Lurah ke Kampung Nongka di naik taraf jalan. Tindakan: Makluman 5.1.13 Penghulu Mukim Tunjang Mesyuarat dimaklumkan mengenai bil elektrik Rumah dan Pejabat Penghulu Mukim Tunjang yang perlu dibayar walaupun Kerajaan Persekutuan telah menjanjikan bil dibawah RM 20.00 dikecualikan pembayaran. Perkara ini akan dipanjangkan kepada TNB bagi maklumbalas selanjutnya. Mesyuarat dimaklumkan perlu kaji semula pemberian sumbangan kepada guru Al-Quran Kafa yang sedang dipersoalkan tentang mereka telah dibayar elaun oleh Jabatan Agama Islam sendangkan disebelah malam masih mengajar secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Isu yang timbul, adakah perlu disenaraikan sebagai penerima sumbangan . Tindakan: KPPD [Pembangunan] 5.1.14 Penghulu Mukim Binjal Mesyuarat dimaklumkan, Aduan daripada penduduk berkenaan dengan bendera-bendera parti yang digantung di pagar-pagar rumah. Pohon disemak dibawah KTN atau seksyen berkaitan, samada boleh dipamerkan atau tidak, supaya maklumbalas daripada Penghulu bertepatan dengan Akta. Tindakan: Penghulu Binjal/Pentadbiran 5.1.15 Penghulu Mukim Sanglang Mesyuarat dimaklumkan mengenai permohonan penduduk Kg. Pida 15 di mana kekurangan peruntukan bagi menyiapkan pembinaan surau di Kampung Pida 15. Pohon peruntukan RM 20,000.00 untuk kerja-kerja akhir surau tersebut. Akan disenaraikan dalam senarai cadangan projek 2013. Tindakan: KPPD[Pembangunan]
11

Mesyuarat dimaklumkan Komiti Benteras Gejala Penyakit (combi) (Berkaitan Kesihatan), Y.Bhg. Dato Pengerusi meminta supaya disenaraikan combi di setiap mukim dan melaporkan di dalam mesyuarat pengurusan yang diadakan setiap minggu. Tindakan : Penghulu Mk. Sanglang/Semua Penghulu Mesyuarat juga dimaklumkan mengenai dahan/ranting pokok besar di KM 25 hingga KM 26, yang membahayakan pengguna jalanraya ketika ini. Laporan bergambar mengenai perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak JKR untuk tindakan selanjutnya. Tindakan: Unit Pembangunan 5.1.16 Penghulu Mukim Gelong

Sistem pengaliran/perparitan di Kampung Kemunting Baru dan Taman Setia Jaya, tidak mengikut sistem yang sepatutnya menyebabakan banjir kilat yang sering melanda di kawasan berkenaan kerana longkang yang sediada terlalu kecil. Mesyuarat dimaklumkan mengenai permohonan lampu isyarat di persimpangan Jalan Kemunting dan Taman Bersatu oleh Pengerusi Rukun Tetangga. Kesesakan lalulintas kerap berlaku setiap hari terutama pada waktu pagi dan tengahari. Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak JKR. Tindakan : Unit Pembangunan 5.2 Bahagian Pembangunan 5.2.1 Daftar e-Sinar pertambahan sebelumnya . Daftar keseluruhan 1,993 orang, sebanyak 42 orang daripada Tindakan: KPT (Pembangunan)

5.3

Bahagian Pentadbiran/Kewangan 5.3.1 Mesyuarat melaporkan mengenai prestasi perbelanjaan mengurus seperti lampiran C berkelat.
12

5.3.2 Peratus perbelanjaan, belanja mengurus B.40 sehingga 31 Disember 2012 ialah 96.23% berbaki 3.77%. 5.3.3 Mesyuarat melaporkan Kutipan Tabung Bencana Daerah Kubang Pasu sehingga 09 Januari 2013 berjumlah RM2,058.00. Tindakan: Pembantu Tadbir (KEW) 5.4. Hal-Hal Lain
5.4.1 Mesyuarat memohon dibekalkan vest kepada

Pekerja Rendah Awam semasa bekerja. Dalam proses menyediakan.


5.4.2 Y.Bhg.

Dato Pengerusi akan mengadakan mesyuarat bersama semua Pembantu Tadbir (Penghulu) bagi membincangkan berkaitan Aset di Pejabat Penghulu Mukim.
5.4.3 Y.Bhg. Dato Pengerusi meminta supaya sentiasa

melihat dan kenalpasti jenis pokok-pokok yang ditanam di luar dan dalam kawasan Pejabat Daerah Kubang Pasu yang mana lebih sesuai dan penjagaan yang lebih teliti agar ianya cantik dan tersusun. Tindakan: Unit Pentadbiran 6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguh jam 11.15 pagi
Minit Mesyuarat dicatat oleh : Puan Nor Ashikin Binti Abd Hamid Minit Mesyuarat disemak oleh : Encik Afizudin Bin Dato Paduka Mohd Saad

13

You might also like