You are on page 1of 22

1

1 9 9 8
Gunakan digit 1, 9, 9, 8 dalam tertib ini dan sebarang operasi matematik untuk membentukkan ungkapan yang bernilai 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, dan 10. Misalnya: 1 (99) 8= 0.

6
BINTANG AJAIB - HEKSAGRAM

Isikan nombor 1, 2, , 12 dalam bulatan pada rajah di atas supaya hasil tambah 4 nombor dalam setiap garisan dan hasil tambah 6 nombor pada bucu adalah sama.

11
SEMBILAN TITIK


Rajah di atas menunjukkan sembilan titik yang telah disusun dalam bentuk segi empat sama. Lukis empat garis lurus melalui kesemua sembilan titik di atas, tetapi pen anda tidak dibenarkan meninggalkan kertas atau mengulangi garisan.

16
6 + 6 + 6 + 6 + 6 + 6 + ...

Tanpa menggunakan buku sifir, hitungkan nilai bagi ungkapan di atas.

2 1
MEMBAHAGIKAN 100 BIJI KEK DI ANTARA 100 ORANG Dalam suatu jamuan ringan, 100 biji kek telah disediakan. Sejumlah 100 orang tetamu dewasa dan kanak-kanak menghadiri jamuan tersebut. 100 biji kek ini telah dibahagikan dengan tepat di antara 100 orang tetamu, di mana setiap orang dewasa menerima 3 biji kek dan setiap 3 orang kanak-kanak menerima 1 biji kek. Berapakah orang dewasa dan berapakah orang kanak-kanak itu?

2 6
KATAK DALAM PERIGI
Seekor katak berada di dalam sebuah perigi sedalam 30 kaki. Dalam setiap lompatan, katak itu boleh melompat setinggi 3 kaki, tetapi oleh kerana tebing perigi itu licin, ia jatuh balik 2 kaki setiap lompatan. Berapa lompatan yang perlu dilakukan oleh katak itu

supaya ia boleh keluar daripada perigi itu?

3 1
PETI BARANG KEMAS RAJA SOLOMEN
Baran g kemas ada di sini Baran g kemas tiada di sini Barang kemas ada dalam peti A

Di antara tiga peti di atas, hanya satu peti mengandungi barang kemas, dan hanya satu peti membawa kenyataan yang benar. Peti yang manakah mengandungi barang kemas; A, B atau C? (Huraikan!)

3 6
PEMBIAKAN ARNAB
Pak Mat memelihara sepasang arnab yang baru lahir. Pasangan arnab mula membiak apabila mereka berumur dua bulan dan

membiakkan sepasang arnab setiap bulan selepas itu. Berapa pasang arnab yang dipelihara oleh Pak Mat selepas satu tahun?

4 1
MASALAH SARUNG KAKI
Encik Salleh mempunyai 100 pasang sarung kaki dalam begnya. 20 pasang sarung kaki itu berwarna merah, 30 pasang

berwarna putih dan 50 pasang berwarna hitam. Berapakah bilangan terkecil sarung kaki yang Encik Salleh perlu ambil supaya dia pasti dapat sepasang sarung kaki yang sama warna?

4 6
JAM DINDING

Sebuah jam dinding mengambil masa 5 saat untuk berbunyi 6 kali pada pukul 6. Berapa saatkah yang diambil oleh jam dinding itu untuk berbunyi 12 kali pada pukul 12?

5 1

PROJEK BUMI HIJAU


Dalam satu projek Bumi Hijau, pokok-pokok hendak ditanam sepanjang sebatang jalan tertentu dari satu hujung ke hujung yang satu lagi. Jika pokok ditanam pada selang 100 meter, 11 batang pokok adalah diperlukan. Berapakah batang pokok yang diperlukan jika ditanam pada selang 50 meter?

5 6

JAM PASIR
Jam pasir boleh digunakan untuk mengukur masa bagi satu tempoh tertentu sahaja. Bagaimanakah anda boleh memasak sebiji telur selama 15 minit tepat, jika anda hanya mempunyai sebuah jam pasir 11 minit dan sebuah jam pasir 7 minit?

6 1
SEND MORE MONEY
Seorang pelajar matematik menghatar taligram berikut kepada ayahnya meminta ayahnya menghantar wang perbelanjaan kepadanya. S E N D + M O R E M O N E Y Jika setiap abjad itu mewakili satu digit yang unik, tentukan

berapakah jumlah wang yang diminta oleh pelajar itu?

6 6
ARNAB DAN AYAM DALAM REBAN YANG SAMA

Pak Mat memelihara beberapa ekor ayam dan arnab dalam reban yang sama. Jumlah kepala ayam dan arnab ialah 70 dan jumlah kaki ayam dan arnab ialah 150. Berapa ekor ayam dan

berapa ekor arnab yang berada dalam reban itu?

7 1
MUSANG, AYAM DAN PADI
Seorang peladang membawa seekor musang, seekor ayam dan sekampit padi. Peladang itu hendak menyeberangi sebatang sungai dengan sebuah sampan kecil yang hanya boleh memuatkan peladang

dan satu barang lain, musang, ayam atau padi. Bagaimanakah peladang itu dapat membawa ketiga-tiga barang itu menyeberangi sungai dan memastikan supaya musang tidak makan ayam dan ayam tidak makan padi apabila ditinggalkan tanpa jagaannya?

7 6
SANG KANCIL BERBOHONG
Cakap bohong adalah kelakuan yang tidak baik. Dalam cerita berikut, anda mungkin tahu Sang Kancil sedang bercakap benar atau bercakap bohong.

Sang Kancil bercakap bohong pada hari Jumaat dan hari Ahad tetapi bercakap benar pada hari-hari yang lain. Pada suatu hari, Sang Kancil berkata kepada Harimau, Semalam saya bercakap bohong. Kemudian Sang Kancil berkata kepada Buaya, Lusa saya akan bercakap bohong. Pada hari apakah Sang Kancil berkata demikian?

8 1
KUMAN DALAM TABUNG UJI
Dua tabung uji yang sama besar digunakan untuk mengkaji sejenis kuman

yang boleh membiak dan menjadi dua kali ganda dalam setiap saat. Pada mulanya, tabung uji A mengandungi seekor kuman manakala tabung uji B mengandungi dua ekor kuman. Jika tabung uji A dipenuhi dengan kuman dalam masa 1 jam, berapakah masa yang diambil untuk tabung uji B dipenuhi dengan kuman?

8 6

PENGAKAP MENYEBERANGI SUNGAI

25 orang pengakap ingin menyeberangi sebatang sungai. Mereka cuma ada sebuah sampan yang boleh membawa 5 orang. Sampan itu mengambil masa 5 minit untuk menyeberangi sungai. Berapakah masa yang diambil untuk semua pengakap menyeberangi sungai itu?

9 1

MASALAH 3 BUAH RUMAH DAN 3 BATANG JALAN


Tiga buah rumah A, B dan C telah dibina dalam satu kawasan yang berpagar. Tiga batang jalan hendak dibina supaya rumah A menggunakan pintu pagar a, rumah B menggunakan pintu pagar b, dan rumah C menggunakan pintu pagar c. Tugas anda ialah merancang pembinaan jalan itu supaya tidak melintasi satu sama lain. A B c a C b

9 6
NOMBOR ABCDE
Jika abjad-abjad A, B, C, D dan E masing-masing mewakili satu digit tertentu, selesaiakn kiraan darab yang berikut. ABC DE 4 E DC BA

You might also like