You are on page 1of 11

SULIT Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit]

1103/1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pelancongan di Malaysia

Pelbagai budaya dan bangsa

Banyak tempat yang menarik

Pelbagai kemudahan awam


1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT Bahagian B [100 markah] [Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]

1103/1

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada tahun 2020. Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut. 2. Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih berkesan jika bermula dari rumah. Bincangkan peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak. 3. Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama merupakan amalan hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan perpaduan antara kaum. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. 4. Ekonomi Malaysia yang sedang berkembang pesat telah menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah Kesan-kesan Kemasukan Buruh Asing Kepada Negara Kita. Tulis rencana itu selengkapnya 5. Ibu anda menghadiahkan sebuah novel sempena ulang tahun kelahiran anda. Berikan ulasan anda tentang keistimewaan novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT Soalan 1: Rumusan [30 markah]

1103/2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan bersukan dan cara-cara memajukan mutu sukan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kehidupan yang berkualiti boleh diertikan dengan pelbagai cara dan kaedah, antaranya memiliki kebahagian, kesenangan dan tidak kurang pentingnya elemen kesihatan. Bersukan merupakan aktiviti yang mendapat sambutan hangat daripada semua lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja dan belia untuk mencapai matlamat kehidupan tersebut. Namun, apakah definisi sukan? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang menyihatkan badan dan dilakukan secara hiburan terutama pada masa senggang. Bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang, iaitu apabila seseorang bersukan pasti peluhnya keluar dan selepas peluh keluar dari badan, kita akan berasa lebih cergas. Semua bahan buangan seperti air dan kandungan garam yang berlebihan akan dikeluarkan dari badan.Selain itu, toksin yang juga berbahaya akan dikeluarkan dari badan kita. Murid-murid yang aktif dalam aktiviti sukan juga mampu menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah cepat dan merangsang organ hati menyalurkan darah yang banyak ke setiap anggota badan. Individu yang mempunyai bekalan darah yang banyak memiliki bekalan oksigen yang mencukupi dan dapat meningkatkan daya tumpuan apabila melakukan sesuatu aktiviti. Kebanyakan orang menjadikan aktiviti bersukan untuk mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfeadah. Cuba bandingkan murid yang sering belajar di rumah dan murid yang belajar dan bersukan tiga hari seminggu. Murid manakah yang akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan? Murid yang membahagikan dan mengelolakan masanya dengan bijak akan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Oleh hal yang demikian, kita perlu sentiasa bersukan untuk mencegah daripada penyakit. Integrasi kaum dapat dipupuk melalui aktiviti sukan kerana individu dapat menambah kenalan apabila berkomunikasi dan melakukan aktiviti sukan bersama-sama mereka.Melalui aktiviti sukan juga dapat mengeratkan tali silaturahim dengan kaum yang lain. Apabila perkara ini berlaku, negara dapat mencapai kemajuan kerana rakyatnya bersatu.Bagi sesetengah individu yang mengalami tekanan bersukan mampu mengurangkan stres dan merehatkan minda seseorang kerana badan akan berpeluh dan mengeluarkan sejenis hormon endokrin.Apabila kita sering bersukan,hormon endokrin akan seimbang dapat mengelak daripada stres dan daya ingatan kita akan meningkat. Sebaliknya, apabila kita jarangjarang bersukan, hormon endokrin akan bertambah dan proses kimia yang berlaku akan menyebabkan kita berasa tertekan dan letih.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah Bersukan, oleh


Liaw Yung May, Dewan Siswa,November2009)

1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) Petikan Umum

1103/2

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii) Berikan maksud rangkai kata masa senggang Mengapakah badan kita menjadi segar dan cergas apabila berpeluh? [2 markah] [3 markah]

Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak mereka berminat dalam aktiviti sukan? Jelaskan dua cara. [4 markah]

1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

1103/2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sudahlah tu, paknya. Tak perlu menyesal. Kita bukannya sengaja mahu merosak harta warisan alam ini. Kita cuma cari makan. Terdengar selamba suara Mak Tua. Dia sedang menyiang ikan tapah untuk dimasak gulai asam pedas. Mak Tua rajin merambat ikan di sepanjang anak-anak sungai dalam hutan tempat kem-kem balak yang didiami oleh mereka. Kalau ya pun kita cari makan, tapi taklah sampai merosak hutan, keluh Pak Tua. Allah dah bagi rezeki kita di sini, kita terimalah. Lagi pula usaha kita tak sia-sia. Lihat anakanak kita yang membesar dan mampu kita sekolahkan hingga peringkat yang paling tinggi tanpa bantuan daripada sesiapa." Betul, pak. Tiba-tiba dari tunggul belian muncul Ajam, anaknya y a n g sulung. Saya mampu membuka perniagaan pengangkutan bas antara kota melalui hasil daripada modal ribuan ringgit yang diberikan oleh bapa. Kemudian perniagaan saya semakin berkembang berkat suntikan dana demi dana yang juga diberikan oleh bapa." Lagi pulak pak, hutan yang dulu digondol oleh bapa itu kini sudah menjadi kawasan perladangan. Lihat estet-estet kelapa sawit yang saujana mata memandang. (Dipetik daripada cerpen Hutan Rimba, oleh Sasjira dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, hal. 168 - 169, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan alasan yang diberikan oleh Mak Tua untuk meredakan rasa kesal Pak Tua akibat merosakkan hutan. [2markah] Pada pendapat anda, jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan supaya negara dapat mencapai kemajuan tanpa mengorbankan hutan warisan alam. [3 markah] Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4markah]

(ii)

(iii)

1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

1103/2

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah demikian maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun makin sangat menangis takut akan ayahanda baginda. Maka Raja Indera Bumaya pun memujuk tuan puteri juga dengan kata yang manis-manis seraya katanya, Ya tuanku, nyawa badan kakanda, janganlah menangis. Mata yang manis menjadi balut, suara yang merdu menjadi parau. Tuan janganlah tuan merosakkan kalbu abang. Biarlah hilang abang seorang, mahulah lenyap kakanda seorang. Maka tuan puteri, Jika kakanda mati masakan adinda hidup. Hidup pun tiada apa gunanya. Maka Raja Indera Bumaya pun tersenyum mendengar kata tuan puteri itu, seraya katanya, Kasih sungguh ruparupanya tuan akan kakanda serta juga kakanda mati yang kasih tuan itu setelah terjunjunglah di atas batu kepala kakanda. Maka Raja Indera Bumaya pun mencita gemala hikmat yang daripada Raja Johan Syahperi itu maka keluar jin empat ribu dari dalam gemala hikmat itu. Maka titah baginda, Hai saudaraku, pergilah tuan hamba berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa itu. Maka ia pun menyembah lalu turun berperang. Maka menjadi perang besarlah kedua pihak itu gegak gempita terang cuaca menjadi kelam-kabut.Setelah seketika itu maka orang berperang pun terlalu banyaklah darah tumpah ke bumi maka bergeraklah tasik indera itu sementara itulah segala hulubalang rakyat sekalian. (Dipetik daripadaHikayat Langlang Buana dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) (ii)

Berikan maksud rangkai kata merosakkan kalbu.

[2 markah]

Bagaimanakah Raja Indera Bumaya memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi yang sedang menangis? [3 markah] Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab Raja Indera Bumaya memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi yang sedang menangis itu? Kemukakan tiga sebab. [3 markah]

(iii)

1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT Soalan 2 (d) Sajak

1103/2

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ADAT SEZAMAN Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik Santun si dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana Masa itu telah berlalu zaman sudah berlalu santun sang dara dan warak sang teruna telah lenyap si tua berduka lara memandang teruna dara berganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasan adat sezaman ditinggalkan adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan

WAN NAZIHAH WAN ABDULLAH Antalogi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka
1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT (i) Mengapakah si tua tersenyum mesra?

1103/2 [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat memastikan mereka tidak mudah dipengaruhi oleh kesan negatif akibat perubahan zaman? [4 markah]

(iii)

Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.

[3 markah]

1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a)

1103/2

Tulis dua ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas. (i) (ii) (iii) mendukung celik sempit [6 markah]

(b)

Tulis petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Apa barang-barang awak yang hilang? tanya polis kepada Jaafar. Sebuah komputer riba dan seutas jam tangan Rolex, jawab Jaafar. Bagaimana mereka pecah masuk rumah awak? tanya polis lagi. Mereka masuk melalui tingkap, setelah tidak berjaya mengumpil pintu hadapan, beritahu Jaafar. Baiklah, saya fikir pencuri ini jugalah yang pecah masuk sebuah rumah semalam dan kami akan menjalankan siasatan, beritahu polis. Terima kasih tuan, saya harap pencuri itu dapat diberkas, balas Jaafar. [6 markah]

(c)

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) (ii) (iii) Para pelajar yang ponteng sekolah suka berhabis masa di pusat snooker dan kafesiber. Penetapan gaji minima tidak akan memuflis negara sebaliknya dilihat sebagai pemangkin kepada golongan pekerja untuk meningkatkan prodaktiviti. Kita perlu mengembeleng tenaga untuk memajukan negara dalam semua aspek penghidupan dengan mengekalkan budaya tempatan yang murni. [6 markah]

1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT (d)

1103/2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) (ii) (iii) Selain daripada kurangnya didikan agama,pengaruh media massa ialah punca kehilangan moral dalam kalangan remaja. Di masa ini, banyak pelajar sekolah menengah menghisap rokok secara terangbenderang di luar kawasan sekolah. Senarai nama peserta-peserta yang akan turut serta dalam ekstradisi berkayak diserahkan kepada urus setia program. [6 markah]

(e)

Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa yangmenggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan. (i) (ii) (iii) Husin bercadang untuk membeli sebuah jam tangan yang mahal sedikit kerana dia faham bahawa barangan yang tinggi harganya akan tahan lebih lama. Para pemimpin dan pejuang negara akan tetap dikenang oleh rakyat kerana jasa dan bakti mereka kepada negara. Pemuda yang menjadi penagih itu memang degil sejak kecil lagi kerana setiap nasihat dan teguran ibu bapanya tidak pernah diturutinya. [6 markah]

1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (a) Papa (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof Melunas Rindu karya Hartini Hamzah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah Renyah karya Gunawan Mahmood Interlok karya Abdullah Hussain Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

1103/2

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan beberapa peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b)

Setiap watak utama dalam mana-mana novel pasti akan berhadapan dengan pelbagai dugaan kehidupan. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani satu konflik yang dihadapi dalam setiap novel. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching

[Lihat halaman sebelah SULIT

You might also like