You are on page 1of 17

JABATAN PELAJARAN PERAK PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

2007 PEMANTAPAN VOKAL DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH STESEN PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS OLEH EN.TARMIZI BIN CHE MAT SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SEPETANG 34010 TAIPING KELOLAAN

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK


ISI KANDUNGAN. MUKA SURAT Sekilas Bicara i Abstrak. 1 1. Refleksi Dan Pengajaran Lalu 2 -3 2. Isu Keprihatinan dan Fokus Kajian 4 3. Objektif Kajian 5 3.1. Objektif Am 3.2. Objektif Khusus 4. Kumpulan Sasaran 6 5. Pelaksanaan Kajian 6 5.1. Tinjauan Masalah 6 5.2. Analisis Tinjauan Masalah 7 5.3. Tindakan Yang Dijalankan. 9 5.4. Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian. 12 5.4.1. Pelaksanaan Aktiviti 1 13 -Pemerhatian -Refleksi 5.4.2. Pelaksanaan Aktiviti 2 13 -Pemerhatian - Refleksi 5.4.3. Pelaksanaan Aktiviti 3 14 -Pemerhatian -Refleksi 5.4.4. Pelaksanaan Aktiviti 4 14 -Pemerhatian - Refleksi 5.4.5. Pelaksanaan Aktiviti 5 15 -Pemerhatian -Refleksi 5.5.Refleksi Kajian. 15-20 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 21

7.0. Kesimpulan 23 8.0. Bibliografi. 24

SEKILAS BICARA
Assalamualaikum w.b.t.Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyempurnakan Kajian Tindakan ini. Sesungguhnya peluang yang diberikan ini,banyak mematangkan diri dan minda saya untuk membina keyakinan yang lebih tinggi dalam meningkatkan prestasi anak didik saya terutamanya yang masih mentah dalam alam persekolahan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru besar SK.Ulu Sepetang,guru-guru dan staff sokongan yang memberikan sokongan moral dan idea secara langsung mahupun tidak langsung. Dengan garapan idea ,sokongan ,tenaga dan pengalaman mereka,maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini Untuk keluargaku terima kasih kerana waktu yang diluangkan untuk kamu semua terpaksa aku korbankan bagi menyiapkan tugasan ini. Tarmizi bin Che Mat. SK.Ulu Sepetang. JUN 2007 i Abstrak. Kajian ini dijalankan untuk menanggani masalah kesukaran murid bagi memantapkan penggunaan huruf vokal a,e,i,o,dan u di dalam pembelajaran murid seharian.Melalui tinjauan masalah yang dijalankan ,didapati ramai murid tidak dapat menguasai kefungsian penggunaan vokal berkenaan.Murid-murid yang dipilih ini merupakan murid-murid yang mempunyai masalah di dalam menulis dan membaca iaitu Masalah 2M. Pengkaji mendapati murid Tahap Satu seramai 17 orang yang berada di dalam kelas Pendidikan Pemulihan Khas mengalami masalah di dalam menguasai kemahiran yang mempunyai huruf vokal terutama dari segi pengetahuan konsonan vokal(KV).konsonan vokal konsonan (KVK),Konsonan vokal Konsonan Vokal (KVKV) dan sebagainya. Justeru ,setelah meneliti pelbagai faktor pengkaji berpendapat teknik yang berkesan bagi memantapkan murid menguasai vokal ialah menggunakan satu Kaedah yang diberi nama Kaedah Stesen Vokal.Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini merupakan satu kaedah pembelajaran luar bilik darjah.Kaedah ini dapat mengelakkan murid daripada bosan kerana terlalu lama berada di dalam bilik darjah dan mereka dapat beriadah dan dapat memupuk semangat setiakawan,bantu-membantu ,perkongsian idea dan rakan sebagai pembimbing serta guru sebagai pemudah cara. Pengajaran berkonsepkan stesen ini dijalankan dengan pelbagai aktiviti yang dirancang dengan teliti supaya setiap ahli kumpulan mempunyai peranannya.Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan sedikit sebanyak akan dapat membantu murid memantapkan pengguasaan mereka di dalam menggunakan huruf vokal di dalam proses membatang,membina ayat dan membaca ayat yang mudah. 1

1.Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu. Berdasarkan pemerhatian pengkaji,didapati murid-murid yang menghadapi masalah ini selalunya menghadapi pelbagai masalah yang agak kritikal.Mereka ini tidak disenangi dan dipedulikan oleh pihak guru dan pentadbir sekolah,tidak disukai oleh rakan-rakan dan kadang-kadang dianggap sebagai sampah sekolah kerana tidak memberikan sebarang keuntungan kepada pihak sekolah.Mereka jarang diberikan perhatian oleh guru di dalam bilik darjah . Justeru,saya sebagai guru terpanggil untuk merealisasikan harapan mereka kerana mereka juga ada hak untuk belajar dan ada hak untuk menikmati pembelajaran seperti murid yang lain.Pengkaji juga mendapati terdapat lain-lain faktor yang menyebabkan mereka ini tidak menguasai 2M.Antara faktor-faktornya ialah: Masalah mentaliti yang rendah Kurang sokongan di sekolah dan di rumah Persepsi pihak sekolah tentang kebolehan mereka. Masalah Keluarga Masalah Fizikal Tidak boleh membaca Tidak tahu apa yang dibaca Tertinggal pembelajaran sewaktu di PRA Sekolah,Tahun Satu. Tidak tahu bunyi-bunyi huruf yang dibaca dan.dipamer . 2 Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang saya berikan kepada mereka,saya berpendapat murid-murid ini boleh dimajukan lagi sekiranya terdapat kaedah-kaedah lain yang dapat meransang minda mereka.Satu alternatifnya ialah mencari satu pembelajaran yang menyeronokkan kepada mereka dengan pelbagai pendekatan tetapi mempunyai satu matlamat iaitu mereka dapat membaca dengan baik bagi membebaskan diri mereka daripada cengkaman buta huruf atau buta menulis dan membaca. Saya berharap sekiranya kajian saya berjaya,saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping dapat menyeronokkan murid-murid yang tidak mempunyai minat untuk belajar akan terus belajar,tanpa segan silu bertanya kepada gurunya.Dengan demikian akan terbuktilah katakata yang berbunyi .pecahkan ruyung dapatkan sagunya.. 3 2. Isu Keprihatinan/Fokus Kajian. Kajian yang dilakukan ini berfokus kepada pemantapan pengunaan vokal di dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah stesen.Setiap stesen diberikan satu vokal iaitu stesen 1 untuk vokal a,stesen 2 untuk vokal e,stesen 3 untuk vokal i,stesen 4 untuk vokal o dan stesen 5 untuk vokal u.Di setiap stesen guru boleh meminta bantuan seorang guru bagi membantu mengadakan aktiviti yang dirancangkan dan memantapkan murid bagi setiap vokal berkenaan.Perancangan aktiviti disetiap stesen berdasarkan kepada metadologi pengajaran yang telah dirancangkan .Perancangan aktiviti ini dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah.

Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf vokal dan fonetiknya supaya mereka dapat membatang,membaca dan membunyikan perkataan-perkataan dengan lancar dan betul.Pada hakikatnya,ramai murid telah menguasai kemahiran membaca suku kata tetapi memandangkan ada ketikanya mereka tidak berjaya memantapkannya apabila disambung lagi dengan suku kata yang lain menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama bagi membacakan sesuatu perkataan. Permasalahan yang amat ketara ialah mereka tidak dapat membunyikan huruf apabila digabungkan dengan huruf konsonan yang lain.Contohnya b + a ,murid .murid tidak mengetahui dan tidak tahu menyebutnya dan membunyikannya tetapi mereka mengenali huruf yang berkenaan.Begitulah seterusnya apabila digabungkan dengan vokal vokal yang lain seperti vokal e,vokal i,vokal o dan vokal u. Kemahiran ini amat penting kepada setiap individu yang ingin membaca perkataan-perkataan seterusnya.Kesukaran mereka untuk memantapkan pengggunaan vokal menyebabkan mereka akan terlalu lama dan mengambil masa yang lama untuk membaca sesuatu perkataan.Di sinilah punca masalah membaca yang harus kita bersama-sama membantu menangganinya. 4 Di samping itu juga ,sebagai guru kita perlu komited dan sentiasa memotivasikan murid supaya sentiasa rajin membaca pelbagai bahan seperti buku cerita,majalah kanak-kanak dan sebagainya.Guru juga perlu mengadakan pelbagai alatan audiovisual seperti penggunaan ICT,gambar,kad imbasan,kad gambar dan pelbagai bahan interaktif supaya murid lebih tertarik untuk terus belajar. 3.0. Objektif Kajian. 3.1 .Objektif Am. Membantu meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran yang melibatkan penggunaan vokal a,e,i,o dan u dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. 3.2. Objektif Khusus. Meningkatkan moral murid-murid yang mempunyai masalah di dalam menguasai kemahiran 2M Menimbulkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu Membina keyakinan murid untuk menjawab soalan Bahasa Malaysia Meningkatkan kesedaran guru bahawa murid-murid perlu dibimbing dan diberikan kesedaran tentang pentingnya penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Membolehkan murid melihat pencapaian kendirinya. Dapat mengukur pencapaian objektif pengajaran guru. Murid dapat muhasabah dirinya tentang kebolehan dan pencapaiannya. Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis. 5 4.0.Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 17 orang murid Tahap Satu yang mempunyai masalah di dalam penguasaan membaca dan menulis iaitu 2M

5.0 .Pelaksanaan Kajian. 5.1. Tinjauan Masalah. 5.1.1. Pemerhatian. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini.Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan ,semakan kerja rumah,latihan menulis dan ujian pra. 5.1.2. Temubual Kaedah lain yang saya gunakan adalah temubual yang mana dilakukan secara tidak formal.Temubual ini secara tidak langsung dapat mencari punca sebenar murid tidak menguasai kemahiran berkenaan. 5.1.3.Soal Selidik Borang soal selidik disediakan kepada murid untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan kemahiran yang hendak dikuasai .Borang ini diisi oleh murid-murid secara jujur dan tertutup bagi mendapatkan maklumat yang tepat.Guru membimbing murid bagi mengisi borang berkenaan. 6 5.1.4.Ujian Pra. Ujian Pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid didalam kemahiran yang hendak diuji. 5.1.5. Ujian Pos Ujian ini dijalankan selepas semua aktiviti dijalankan bagi mengetahui pencapaian sebenar murid. 5.2. Analisa Tinjauan Masalah. 5.2.1. Pemerhatian. Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran konsonan vokal kv/kvk/kvkv sebilangan murid tidak dapat menguasai pengajaran berkenaan.Pelbagai teknik dijalankan seperti latihtubi,bacaan individu dan berkumpulan tetapi murid berkenaan tidak dapat memantapkan penguasaan kemahiran berkenaan.Pada pendapat saya,saya perlu mencari satu kaedah lain yang bertujuan pengajaran menyeronokkan kepada mereka supaya mereka dapat mencapai sasaran pencapaian objektif pengajaran .Saya juga berpendapat setiap murid berbeza kebolehan mereka,ini berdasarkan kepada Teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner(1983). 5.2.2. Temubual Hasil daripada temubual,saya dapat merumuskan bahawa murid-murid berkenaan memerlukan bantuan dan sokongan daripada guru dan rakan mereka.Di dalam bilik darjah aliran perdana mereka tidak dipedulikan.Guru-guru hanya menumpukan kepada murid yang dapat menguasai sahaja.Mereka juga tidak dapat menguasai kemahiran asas yang diajarkan oleh guru mereka sewaktu mereka berada di Pra Sekolah dan di Tahun Satu.Malah mereka tidak tahu langsung membunyikan suku kata yang mudah-mudah. 7 \ 5.2.3.Soalselidik.

Berikut adalah dapatan daripada soal selidik yang telah saya jalankan. BILANGAN KUMPULAN SASARAN PERKARA Setuju Tidak Setuju 1.Minat Mata pelajaran Bahasa Malaysia 17 0 2.Minat Kemahiran yang diajar sukukata kv/kvk/kvkv 17 0 3.Tidak membuat kerja rumah 9 7 4. Boleh membatang sukukata 12 5 5 Boleh membunyikan sukukata 13 4 6.Boleh membaca ayat ringkas 10 7 7.Mudah lupa ajaran guru 8 9 8.Selalu dimarahi guru 10 7 9.Tidak faham pengajaran guru 9 8 10.Selalu kena denda dengan guru 17 0 11.Tidak dihargai 17 0 8 5.2.4. Ujian Pra. Hasil dapatan daripada ujian pra dapat dikelaskan seperti jadual beriku: GRED BILANGAN A0 B2 C6 D4 E5 JUMLAH MURID 17 Berdasarkan ujian pra di atas di dapati seramai 9 orang yang tidak dapat menguasai kemahiran kv,kvk dan kvkv yang mudah.Walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi boleh dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera memandangkan ketidakbolehan mereka menguasai kemahiran berkenaan. 5.3.Tindakan yang dijalankan. 5.3.1. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sebanyak 5 aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran dengan menggunakan Kaedah Stesen Vokal ini.Pada setiap minggu murid akan didedahkan kepada kaedah stesen ini sehinggalah aktiviti ini selesai. .Masa yang diperuntukkan bagi menjayakan program ini ialah setiap aktiviti selama 90 minit.Aktiviti ini akan dijalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah mengikut kesesuaian perancangan aktiviti. 9 AKTIVITI 1. 1. Aktiviti .PULIH JAYA. - Vokal .a. 2. Aktiviti dijalankan bagi stesen 1 3. Rujuk kepada lampiran yang disediakan. AKTIVITI 2 1. Aktiviti.TEROKA. . Vokal .e.

2. Aktiviti ini dijalankan bagi stesen 2 3. Rujuk kepada lampiran yang disediakan. AKTIVITI 3 1.Aktiviti .IDENTITI. - Vokal . i.. 2. Aktiviti ini dijalanlan bagi stesen 3 3. Rujuk kepada lampiran yang disediakan. AKTIVITI 4. 1.Aktiviti.JELAJAH. .Vokal . o. 2.Aktiviti ini dijalankan bagi stesen 4 3.Rujuk kepada lampiran yang disediakan. AKTIVITI 5. 1.Aktiviti.JELAJAH. .Vokal . u. 2.Aktiviti ini dijalankan bagi stesen 5 3.Rujuk kepada lampiran yang disediakan 10 Bahan .bahan yang digunakan dalam kajian ini adalah Bil Nama Aktiviti Bahan 1. Pulih Jaya-Vokal a Kad perkataan Kad gambar Lembaran kerja 2. Teroka- Vokal e Pensel Manila Kad Kad gambar Lembaran Kerja 3. Identiti . Vokal i Kad gambar Lembaran Kerja Benda konkrit Kertas majung Kad manila Pita Pelekat Lembaran Kerja 4. Jelajah . Vokal o Kad gambar Kad perkataan Benda Mauju 5 Kunci Khazanah Kad suku kata Benda-benda Maujud. Lembaran Kerja 11 5.3.3. Instrument dan langkah-langkah pemerhatian. a. Kajian ini dijalankan selama 7 Minggu mulai April 2007 hingga Jun 2007 b. Saya memperuntukkan masa selama 90 Minit setiap pengajaran. c. Pengkaji sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan bersama-sama dengan bantuan guru-guru pembantu. d. Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan oleh guru pada waktu aktiviti dijalankan. e. Soalselidik dijalankan terhadap kumpulan sasaran.Borang soalselidik diedarkan

kepada murid-muriddan mereka menjawab secara jujur dan tertutup.Tujuan dijalankan sesi soal selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. f.Proses temubual dijalankan secara spontan. g.Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos dijalankan selepas akhir tempoh kajian.Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisa bagi mengetahui perubahan prestasi murid. 5.4.PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN. Jadual pelaksanaan adalah seperti berikut. Minggu Hari TARIKH PELAKSANAAN MASA AKTIVITI 1 Isnin 16 April 2007 90 minit Ujian Pra 2 Isnin 23 April 2007 90 minit Pulih Jaya(Vokal a) 3 Isnin 30 April 2007 90 minit Teroka (Vokal e) 4 Isnin 7 April 2007 90 minit Identiti (Vokal i) 5 Isnin 14 April 2007 90 minit Jelajah (Vokal o) 6 Isnin 21 April 2007 90 minit Kunci Khazanah(Vokal u) 7 Isnin 11 Jun 2007 90 Minit Ujian Pos 12 Perincian aktiviti. Bil Aktiviti Masa 1 Penerangan guru 10 Minit 2 Aktiviti guru 30 Minit 3 Aktiviti kumpulan 20 Minit 4 Aktiviti individu 30 Minit JUMLAH 90 minit 5.4.1.Aktiviti 1. Rujuk kepada lampiran yang disediakan. i. Pemerhatian. Berdasarkan kepada pemerhatian guru ,murid amat berminat mempelajari aktiviti .Pulih Jaya . Vokal a ini kerana mereka boleh belajar sambil bermain.Guru menggunakan metodologi seperti sumbangsaran,tunjuk ajar,pelajaran koperatif,latihtubi dan permainan kecil.Murid dapat menjawab dengan bimbingan guru dan rakan mereka.Mereka menunjukkan komitmen dari segi kerjasama,keyakinan dalam menguasai vokal a. ii. Refleksi. Saya merasakan pendekatan belajar kaedah stesen ini amat digemari oleh mereka.Di samping itu guru berjaya mewujud suasana, keceriaan,harmonis,keseronokan Kepada murid untuk terus menguasai kemahiran seterusnya.Setelah penerangan diberikan guru mereka dapat melaksanakan dengan jayanya.Perubahan ini begitu menggembirakan saya. 5.4.2.Aktiviti 2 Rujuk kepada lampiran yang disediakan i. Pemerhatian. Aktiviti Stesen Kedua iaitu Aktiviti Teroka Vokal e ini menggalakkan murid

berbincang sesama mereka bagi menyelesaikan arahan yang diberikan oleh guru.Semangat bantu-membantu dapat dilihat dan mereka sentiasa riang dan rasa tidak sabar melakukan aktiviti yag diteruskan.Di dalam aktiviti individu murid-murid dapat membulatkan perkataan berdasarkan perkataan dan gambar berdasarkan vokal e. 13 ii.Refleksi. Sebagai seorang pendidik saya merasakan setiap murid memerlukan bimbingan dan sokongan daripada guru,rakan dan keluarga.Aktiviti berkumpulan akan membolehkan mereka lebih faham tentang pencapaian kendiri mereka. 5.4.3. Aktiviti 3 Rujuk kepada lampiran yang disediakan. Aktiviti 3 iaitu Aktiviti .Identiti-Vokal i i. Pemerhatian. Guru memberikan penerangan kepada murid-murid mengenai tugasan yang mereka akan lakukan.Penggunaaan kad perkataan,kad gambar dan lembaran kerja yang dilakukan secara individu dan kumpulan banyak mencabar kebolehan mereka. Murid dapat menyesuaikan gambar dengan memadankan perkataan berdasarkan gambar yang diberikan. ii. Refleksi. Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi bimbingan di jalankan.Terdapat perubahan yang ketara di mana mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. 5.4.4.Aktiviti 4 Aktiviti .Jelajah. . Vokal o. Rujuk kepada lampiran yang disediakan. i. Pemerhatian. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat,murid-murid kumpulan sasaran dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dan mereka memberikan respon yang baik sewaktu guru memberikan penerangan mengenai aktiviti Jelajah . Vokal o .Murid dapat mencapai objektif pembelajaran mereka . Guru juga dapat menilai objektif pengajaran mereka tercapai melalui jawapan yang diberikan oleh murid. 14 ii.Refleksi. Pencapaian murid bertambah baik.Mereka dapat mengenal dan menguasai vokal o berdasarkan suku kata yang diberikan dan cantuman sukukata kv,kvk dan kvkv. Contohnya o + bor o + tak o + ren Aktiviti Permainan Jelajah mencari harta karun amat disukai oleh murid. 5.4.5.Aktiviti 5 Aktiviti .Kunci Khazanah.- Vokal u. Rujuk kepada lampiran yang disediakan. i.Pemerhatian.

Murid dapat mengenal dan menguasai vokal u.Metodologi yang digunakan guru ialah kaedah sumbangsaran,tunjukcara,pengajaran koperatif dan permainan amat mudah difahami murid.Aktiviti mewarna gambar,mewarnakan huruf dan membina perkataan bersesuaian dengan pengajaran guru. ii. Refleksi. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dapat menambahkan minat murid untuk belajar.Seterusnya murid akan dapat memahami penggunaan vokal di dalam proses membina ayat. 5.5.Refleksi Kajian. 5.5.1. Penilaian Pencapaian Murid. Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos,didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik di dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran pencapaian murid.Kaedah stesen merupakan satu kaedah yang berkesan dan harmonis.Kaedah ini juga membolehkan murid berinteraksi dalam suasana yang berkesan.Di samping itu juga membolehkan murid berasa gembira dan berminat untuk belajar di stesen yang telah ditetapkan.Aktiviti ini dapat memupuk keyakinan dan minat murid di dalam pengajaran Bahasa Melayu. 15 Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid . murid dalam penilaian individu sewaktu aktiviti dijalankan. a) Aktiviti Pulih Jaya - Vokal "a" Gred Bil % A 4 23.50 B 6 35.30 C 2 11.70 D 2 11.70 E 3 17.60 JUMLAH 17 100% Peratus lulus ABC = 70.5 % 16 b) Aktiviti Teroka - Vokal "e" Gred Bil % A 5 29.40 B 5 29.40 C 3 17.60 D 1 0.06 E 3 17.60 JUMLAH 17 100% Peratus lulus ABC = 76.5 % 17 c) Aktiviti Identiti Vokal i Gred Bil % A 5 29.40 B 4 23.50 C 3 17.60 D 3 17.60

E 2 11.70 JUMLAH 17 100% Peratus lulus ABC = 70.5 % 18 d) Aktiviti Jelajah Vokal " o " Gred Bil % A 5 29.40 B 5 29.40 C 3 17.60 D 2 11.70 E 2 11.70 JUMLAH 17 100% Peratus lulus ABC = 76.5 % 19 e) Aktiviti Kunci Khazanah - Vokal "u" Gred Bil % A 8 47.00 B 2 11.70 C 2 11.70 D 2 11.70 E 3 17.60 JUMLAH 17 100% Peratus lulus ABC = 76.5 % 20 Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos Bilangan Murid Kumpulan Sasaran GRED Ujian Pra Ujian Pos A08 B23 C61 D42 E53 JUMLAH 17 17 UJIAN GRED
ABCDE POS 8 3 1 2 3 PRA 0 2 6 4 5 BIL GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E

21 Peratus lulus ABC di dalam ujian Pra ialah 47 % Peratus lulus ABC di dalam ujian Pos ialah 70.5 % Kesimpulan yang didapati daripada kaedah pengajaran ini dapat meningkatkan pemahaman murid memantapkan penggunaan vokal di dalam pembelajaran mereka. 6.0.Cadangan untuk kajian seterusnya.

Hasil daripada kajian dan refleksi kajian ,saya cadangkan aktiviti di dalam kajian ini perlu dilaksanakan diperingkat awal topik kemahiran kerana sebelum murid berkenaan menghadapi pembelajaran yang lebih tinggi lagi.Kebolehan murid memahamkan sesuatu tajuk kemahiran dapat ditingkatkan sekiranya murid itu membina pembelajarannya hasil daripada pengalaman pembelajarannya di masa lampau. Sewaktu di peringkat asasnya,guru perlu memahirkan pengajaran yang asas sebelum murid meneroka pembelajaran yang seterusnya.Cadangan kajian seterusnya aktiviti penerokaan dengan penggunaan bahan interaktif dan ICT dapat digabungjalinkan di dalam kaedah stesen ini. 7. Kesimpulan Hasil daripada kajian ini dapatlah saya rumuskan bahawa kaedah pengajaran ini dapat membantu guru: Menilai prestasi murid dengan jelas dan tepat. Kaedah ini merupakan satu kaedah pengajaran yan berkesan. Kaedah ini membolehkan murid berinteraksi di dalam suasana yang lebih aktif Pembelajaran murid lebih bermakna dengan penggunaan pelbagai bahan untuk belajar. Murid berpeluang menggunakan masa belajar yang lebih maksima. 22 Selain itu,guru dapat membina satu pengajaran yang berterusan dan menggalakkan mobiliti murid berdasarkan peranan dan tugas murid sendiri.Guru dapat melihat penglibatan murid secara pemerhatian dan guru juga sebagai pemudah cara bagi murid yang dahagakan ilmu pengetahuan. Tanpa kerjasama,bantuan dan sokongan daripada pihak guru dan pihak pentadbiran sekolah sesuatu aktiviti atau perancangan tidak akan berjaya.Pengkaji akan tersekat kajiannya tanpa sokongan idea,kewangan dan bahan material.Yang pasti,kejayaan anak didik kita bergantung kepada keikhlasan kita mengajarnya. 23 Bibliografi. 1. Jabatan Pendidikan Khas (2003).Stesen Pengajaran Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. 2. Philip.S.C.,Kamaliah Muhammad dan Rahim Razak (2003),Pelaksanaan Kaedah Stesen Pembelajaran Dalam Pembelajaran Sekolah Rendah . Implikasi dan Keberkesanannya. 3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan ,Buku Manual Kajian Tindakan ,Unit Penyelidikan (2003) 4. Haji Kamaruddin Bin Hussin,Haji Hazil B. Abdul Hamid (1991) Kurikulum Dan Pengajaran ,Skudai Johor: Unit Penerbitan Akademik UTM. 5. Morrison,K.R.B. (1993).Planning an Accomplishing School-Centered Evaluation Norfolk: Peter Francis Publishers. 6. Ary Donald.Lucy Cheser Jacobs and Asghar Razaveih (2002).Introduction to Research in Education,Sixth ed. Belmont CA: Wadsworth. 24

LAMPIRAN 1 1. Nama Program : Pulih Jaya Vokal a 2. Matlamat : Pada dasarnya, guru Pemulihan Khas telah memberikan memberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilik darjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekanan pengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapat sebahagian murid-murid belum dapat menguasai kemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal ini satu program Kaedah Stesen diadakan bagi memantapkan kemahiran ini.Di samping itu,murid murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan bertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan dapat : 3.1. menguasai vokal a 3.2. memantapkan penggunaan vokal a 3.3. bekerjasama di antara satu sama lain. 3.4. menanamkan keyakinan serta minat untuk terus belajar. 3.5. berinteraksi antata satu sama lain secara harmonis. 4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas. 5.Bilangan Peserta : 17 orang. 6.Stesen : 1 7.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran 7.2.Tunjuksebab 7.3.Pengajaran koperatif 7.4.Latihtubi 7.5. Permaianan. 8. Aktiviti : 8.1. Set induksi 8.2. Latih tubi 8.3. Permainan 8.4. Menjawab soalan. 9.Bahan Bantu Mengajar : 8.1.Kad Perkataan. 8.2.Kad Gambar 8.3.Lembaran Kerja. 10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu 10.2. Pemerhatian. LAMPIRAN 2 1. Nama Program : Teroka Vokal e 2. Matlamat : Pada dasarnya, guru Pemulihan Khas telah memberikan memberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilik darjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekanan bengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapat sebahagian murid-murid belum dapat menguasai kemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal

ini satu program Kaedah Stesen diadakan bagi memantapkan kemahiran ini.Di samping itu,murid murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan bertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran dan bembelajaran mereka. 3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan dapat : 3.1 menguasai vokal e 3.2.memantapkan penggunaan vokal e 3.3.bekerjasama di antara satu sama lain. 3.4.menanamkan keyakinan serta minat untuk terus belajar. 3.5.berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis. 4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas. 5.Bilangan Peserta : 17 orang. 6.Stesen : 2 7.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran 7.2.Tunjuksebab 7.3.Pengajaran koperatif 7.4.Latihtubi 7.5. Permaianan. 8. Aktiviti : 8.1. Set induksi 8.2. Latih tubi 8.3. Permainan 8.4. Menjawab soalan. 9.Bahan Bantu Mengajar : 9.1.Manila kad 9.2.Kad Gambar 9.3.Lembaran Kerja. 9.4.Kad Perkataan. 10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu 10.2. Pemerhatian. 11. Masa : 90 Minit. LAMPIRAN 3 . 1. Nama Program : Aktiviti Program Identiti Vokal i. 2. Matlamat : Pada dasarnya, guru Pemulihan Khas telah memberikan memberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilik darjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekanan pengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapat sebahagian murid-murid belum dapat menguasai kemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal ini satu program Kaedah Stesen diadakan bagi memantapkan kemahiran ini.Di samping itu,murid murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan bertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan

dapat : 3.6. menguasai vokal i 3.7. memantapkan penggunaan vokal i 3.8. bekerjasama di antara satu sama lain. 3.9. menanamkan keyakinan serta minat untuk terus belajar. 3.10. berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis. 4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas. 5.Bilangan Peserta : 17 orang. 6.Stesen : 3 7.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran 7.2.Tunjuk cara 7.3.Pengajaran koperatif 7.4.Latihtubi 7.5. Permaianan kecil 8. Aktiviti : 8.1. Set induksi 8.2. Latih tubi 8.3. Permainan 8.4. Menjawab soalan. 9.Bahan Bantu Mengajar : 8.1.Kad Perkataan. 8.2.Kad Gambar 8.3.Lembaran Kerja. 10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu 10.2. Pemerhatian. 11. Masa : 90 Minit LAMPIRAN 4 1. Nama Program : Kunci Khazanah Vokal o 2. Matlamat : Pada dasarnya guru Pemulihan Khas telah memberikan memberikan pengajaran yang terbaik didalam bilik darjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekanan pengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapat sebahagian murid-murid belum dapat menguasai kemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal ini satu program Kaedah Stesen diadakan bagi memantapkan kemahiran ini.Di samping itu,murid murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan bertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan dapat : 3.1.menguasai dan mengenal vokal o 3.2.memantapkan penggunaan vokal o 3.3.bekerjasama di antara satu sama lain. 3.4.membina perkataan yang mempunyai vokal o 3.5.berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis. 4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.

5.Bilangan Peserta : 17 orang. 6.Stesen : 4 7.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran 7.2.Tunjuksebab 7.3.Pengajaran koperatif 7.4.Latihtubi 7.5. Permaianan. 8. Aktiviti : 8.1. Set induksi 8.2. Latih tubi 8.3. Permainan 8.4. Menjawab soalan. 8.5. Mewarna gambar 8.5. Membina perkataan 9.Bahan Bantu Mengajar : 9.1.Kad Perkataan. 9.2.Kad Gambar 9.3.Lembaran Kerja. 9.4.Benda-benda maujud/konkrit. 10.Penialaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu 10.2. Pemerhatian. 11. Masa : 90 Minit LAMPIRAN 5 1. Nama Program : Jelajah Vokal u 2. Matlamat : Pada dasarnya guru Pemulihan Khas telah memberikan memberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilik darjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekanan pengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapat sebahagian murid-murid belum dapat menguasai kemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal ni satu program Kaedah Stesen diadakan bagi kemantapkan kemahiran ini.Di samping itu,murid murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan bertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan dapat : 3.1. menguasai dan membina perkataan yang mempunyai vokal u 3.2. memantapkan penggunaan vokal u 3.3. bekerjasama di antara satu sama lain. 3.4. membunyikan vokal u. 3.5. berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis. 4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas. 5.Bilangan Peserta : 17 orang. 6.Stesen : 5 7.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran 7.2.Tunjuksebab

7.3.Pengajaran koperatif 7.4.Latihtubi 7.5. Permaianan. 8. Aktiviti : 8.1. Set induksi 8.2. Latih tubi 8.3. Permainan 8.4. Menjawab soalan. 8.5. Mewarna 9.Bahan Bantu Mengajar : 9.1.Kad Perkataan. 9.2.Kad Gambar 9.3.Lembaran Kerja. 9.4.Benda maujud. 10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu 10.2. Pemerhatian. 11. Masa : 90 Minit. NAMA : ................................ TAHUN : ............................... NAMA : ................................ TAHUN : ............................. NAMA : ........................ TAHUN : ........................ NAMA : .......................... TAHUN : .......................... NAMA : ............................... TAHUN : ..............................

LAMPIRAN

You might also like