You are on page 1of 4

UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

MINIT MESYUARAT KELAB KEUSAHAWANAN SEKSYEN 3 KALI KEEMPAT

Tarikh Masa Tempat Penasihat

: : : :

04 April 2012 4.00 petang Bilik Hikmah 13, Perpustakaan UTHM Prof Madya Dr Hj Ahmad Bin Esa 10 orang

Kehadiran :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Azrullisam B. Sakif (Pengerusi) Asma Alia Bt Mohd Jamil (Timbalan Pengerusi) Siti Aishah Bt Md Aris (Setiausaha) Nor Faridah Bt Yahya (Naib Setiausaha) Elyayuzaida Bt Harun FarahDilla Bt Mohd Pauzi Noor Hidayah Bt Abu Hanapiah Norazmawani Abdullah @ Mahmud Noraini Bt Yahya Rahina Bt Zaidan

AGENDA MESYUARAT 1. KATA ALU-ALUAN 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli lembaga ke mesyuarat kali keempat Syarikat Sapu Bersih Sdn. Bhd. yang diadakan. 1.2 Tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk Simulasi Perbentangan Profil Syarikat.
1

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 2.2 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat kali ketiga kepada semua ahli lembaga. Minit Mesyuarat kelab Keusahawanan Kali Ketiga telah disahkan melalui: Cadangan Pengesahan : FarahDilla Bt Mohd Pauzi Sokongan Pengesahan : Rahina Bt Zaidan

3.

PERKARA BERBANGKIT 3.1 Perkara 4.1: Pengerusi mengingatkan semula ahli lembaga agar membayar baki modal seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Perkara 5.1: Syarikat telahpun didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perkara 6.1(ii): Pembinaan blog masih masih belum dapat dijalankan kerana kekangan masa. Blog tersebut akan dibina dalam masa terdekat.

3.2 3.3

4.

SIMULASI PEMBENTANGAN PROFIL SYARIKAT 4.1 4.2 Setiausaha telah membentangkan profil syarikat di hadapan ahli lembaga. Semasa pembentangan dan perbincangan, terdapat beberapa rombakan yang perlu dilakukan ke atas profil syarikat dan slaid pembentangan. Antaranya: 4.2.1 Carta organisasi syarikat di mana strukturnya perlu diubah sedikit mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Tindakan: Nor Faridah yahya 4.2.2 Profil ahli lembaga yang perlu ditukar format bullet kepada nombor agar lebih formal. Tindakan: Noraini yahya 4.2.3 Visi dan Misi yang perlu diletakkan gambar berkaitan supaya Nampak lebih jelas. Tindakan: Rahina Bt Zaidan
2

4.2.4 Produk utama syarikat adalah roti John dan perlu diletakkan nama khas keluaran syarikat. Tindakan: Rahina Bt Zaidan 4.2.5 Banner perlu diletakkan logo halal. Tindakan: Elya Yuzaida Harun 4.2.6 Kepala surat syarikat perlu direka dan diletakkan di dalam slaid pembentangan. Tindakan: Asma Alia Mohd Jamil

5.

HAL-HAL LAIN 5.1 Pengerusi mengingatkan semua ahli agar menghantar sebarang dokumen yang perlu kepada Rahina Bt Zaidan sebelum jam sebelas malam ini melalui email. Pengerusi meminta agar timbalan pengerusi juga bersedia pada majlis pembentangan esok sebagai sandaran sekiranya beliau tidak sihat. Tindakan & Makluman: Semua Ahli

5.2

6.

PENUTUP 6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah bertungkus-lumus menyiapkan profil syarikat yang perlu dibentangkan di hadapan guru penasihat Kelab Usahawan esok (5 April 2012). Pengerusi mengucapkan selamat berjaya kepada semua untuk pembentangan tersebut. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.45 petang. Disahkan oleh,

6.2

Disediakan oleh,

(Nor Faridah Bt. Yahya) Naib Setiausaha Sapu Bersih Sdn. Bhd

(Azrullisam B. Sakif) Pengerusi Sapu Bersih Sdn. Bhd


3

You might also like