You are on page 1of 27

PENGGUNAAN KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH

NURSAFRA BINTI MOHD ZHAFFAR Kolej Komuniti Jelebu, KPT Emel: saff07@yahoo.com

WAN ALI AKBAR BIN WAN ABDULLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu Emel: wanaliakbar@yahoo.com

DR AB HALIM BIN TAMURI Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence) menyatakan terdapat lapan jenis kecerdasan utama yang berbeza-beza kekuatannya dalam diri setiap pelajar. Justeru, guru perlu kreatif dalam merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki pelajar-pelajar agar mereka memperoleh pengalaman dan hasil pembelajaran semaksimum mungkin. Kajian tindakan ini dijalankan ke atas 18 orang pelajar lelaki kursus Sijil Teknologi Elektrik (PW2) semester satu Sesi Januari 2012 Kolej Komuniti Jelebu dalam silibus ibadah. Sebanyak tiga gelung kajian dijalankan selama satu bulan untuk meningkatkan motivasi dan penguasaan amali ibadah pelajar menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai fokus kepada kecerdasan bahasa, kinestetik dan interpersonal. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual, tinjauan soal selidik dan markah penilaian amali pelajar bagi mengumpul

data tentang keberkesanan tindakan. Analisis dapatan menunjukkan pendekatan ini berjaya meningkatkan motivasi dan pengusaan amali ibadah pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu menambahbaik amalan pengajaran guru agama untuk meningkatkan motivasi pelajar mengikuti dan mengamalkan ibadah ke arah melahirkan generasi Rabbani yang cemerlang.

Kata kunci: Teori Kecerdasan Pelbagai, Motivasi, Penguasaan Ibadah, Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah, Pengajaran Berpusatkan Pelajar

Tinjauan Literatur Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan satu pendekatan berpusatkan pelajar yang boleh diintegrasikan dalam strategi pengajaran guru Pendidikan Islam bagi memenuhi kepelbagaian pelajar dari sudut keupayaan kognitif dalam menerima rangsangan daripada persekitaran. Amnya, institusi pengajian tinggi menumpukan kepada dua jenis kecerdasan sahaja; kecerdasan verbal / bahasa dan logik / matematik. Namun, setiap pelajar mempunyai cara berbeza bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran. Barrington (2004) menyatakan Teori Kecerdasan Pelbagai relevan kepada pengajaran peringkat pengajian tinggi sebagai respon kepada kepelbagaian pelajar dari sudut bidang pengajian, jantina, bangsa, etnik, latar belakang akademik dan asal-usul. Kajian (Barrington 2004) menunjukkan kesemua (n=21) pensyarah daripada Institut Pendidikan Vokasional, Hong Kong bersetuju bahawa kualiti pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya teori ini diaplikasikan dalam kelas.

Banyak kajian telah menunjukkan kesan positif daripada aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Siti Nurul Mahfuzah & Mohd Azran 2010; Douglas 2008; Mustafa & Mustafa Serdar 2007). Melalui kajian Siti Nurul Mahfuzah dan

Mohd Azran (2010) ke atas pelajar-pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan pembelajaran Teknologi Maklumat dalam ujian pos selepas pengajaran menggunakan perisian interaktif berasaskan Kecerdasan Pelbagai. Pelajarpelajar didapati seronok belajar menggunakan perisian yang dibangunkan serta mampu merangsang kemahiran dan ilmu pelajar berbanding pengajaran tradisional.

Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai ke dalam pengajaran Ibadah diharap dapat memberikan pembelajaran bermakna kepada pelajar di mana mereka dapat menggunakan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Ianya juga merupakan strategi guru untuk merubah pembelajaran pasif kebanyakan pelajar dalam kelas di Malaysia (Lob 2004) kepada pembelajaran aktif.

Refleksi Masalah Pelajar-pelajar Kolej Komuniti merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan datang daripada pelbagai latar belakang keluarga, pendidikan, taraf ekonomi dan minat. Seharusnya pensyarah menyampaikan pengajaran dengan mengambilkira aspek kepelbagaian tersebut bagi mewujudkan pembelajaran bermakna (Barrington 2004). Ini kerana kelemahan penyampaian pengajaran oleh pensyarah antara faktor pelajar ponteng kelas dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti (Zainab 2010).

Menurut Laporan Sesi Kaunseling Pelajar Kolej Komuniti Jelebu (2007-2010), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 20% daripada pelajar-pelajarnya terlibat dengan kes ponteng1 kelas pada tahun 2007. Gejala ponteng dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti didapati semakin berleluasa dan tidak terkecuali kelas Pendidikan Islam.
1

Ponteng di sini bermaksud tidak hadir ke kelas melebihi 20% jumlah kehadiran dan hadir ke kelas lewat tanpa alasan yang munasabah.

Seterusnya, gejala ponteng kelas membawa kepada pencapaian yang tidak memuaskan. Markah Amali Ibadah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di Kolej Komuniti mewakili 40% daripada keseluruhan markah. Oleh itu, kegagalan pelajar menghadirkan diri ke kelas menyebabkan amali ibadah mereka tidak dicerap dan mempengaruhi sebahagian besar markah Pendidikan Islam. Menurut statistik peratusan pencapaian pelajar kursus Pendidikan Islam Kolej Komuniti Jelebu tiga semester kebelakangan, kebanyakan kelas menunjukkan keputusan yang tidak homogenus dengan serakan markah pencapaian akhir pelajar terlalu luas. Peratusan pelajar yang lulus cemerlang hampir sama dengan peratusan pelajar gagal dalam peperiksaan akhir Pendidikan Islam. Selain itu, data menunjukkan peratusan pelajar cemerlang daripada ketiga-tiga semester terlalu sedikit manakala, separuh daripada pelajar mendapat keputusan sederhana dan lemah iaitu markah 60% ke bawah.

Selain isu ponteng dan pencapaian akademik, satu lagi isu penting dalam Pendidikan Islam ialah berkaitan penguasaan pelajar dalam amali ibadah-ibadah khusus dan pengamalannya. Seterusnya, menurut Laporan Amali Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Jelebu untuk subjek SPA 101 Pendidikan Islam (2009-2010), 10% pelajar tidak menguasai bacaan Tahiyat Akhir, manakala sebahagian kecil sahaja iaitu 39% pelajar menguasai amali wuduk dengan sempurna perkara rukun dan sunatnya. Di samping itu, terdapat juga kelemahan dalam penguasaan bacaan-bacaan sunat seperti Doa Iftitah dan Doa Qunut. Kegagalan pelajar menguasai perkara rukun dalam wuduk dan solat perlu dipandang serius walaupun peratusannya kecil kerana pelajar-pelajar ini telah melalui pengalaman pembelajaran Pendidikan Islam khususnya mempelajari tentang solat dan bersuci di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Seterusnya, menyentuh isu pengamalan solat dalam kehidupan harian pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Jelebu. Menurut Laporan Bengkel Smart Solat Kolej Komuniti Jelebu (2011), 100% responden (n=31) yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir pengajian Sijil Sepenuh Masa tidak menunaikan solat fardhu dengan lengkap 5 waktu sehari semalam. Antara alasan tidak menunaikan solat fardhu ialah malas, pengaruh rakan dan tidak diberi dorongan. Laporan ini menunjukkan pelajar tidak bermotivasi secara berterusan untuk menunaikan solat wajib.

Fokus Kajian Daripada kesemua isu di atas berkaitan ponteng, pencapaian keseluruhan kursus Pendidikan Islam, penguasaan ibadah dan motivasi melaksanakannya di luar daripada kelas menunjukkan satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Pengkaji berhasrat melaksanakan kajian tindakan ke atas pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Islam dengan mengintegrasikan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran topik Ibadah kerana secara teorinya, strategi kecerdasan pelbagai ini mampu meningkatkan motivasi, pencapaian dan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang sukar dilupakan (Armstrong 1994), di samping tidak menyekat pelajar menguasai sesuatu kemahiran dan nilai (Ikhsan & Rohizani 2010). Kajian ini memfokuskan pengintegrasian tiga jenis kecerdasan pelbagai sahaja iaitu kecerdasan bahasa, kinestetik dan interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah.

Objektif Kajian Meningkatkan motivasi pelajar mengikuti kelas ibadah selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai. Meningkatkan motivasi pelajar mengamalkan ibadah dipelajari di luar kelas selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai

Meningkatkan penguasaan hasil pembelajaran pelajar dalam amali Ibadah selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai .

Metodologi Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan secara kajian tindakan menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh (Somekh 2006) yang melibatkan lapan fasa iaitu mengenal pasti masalah atau fokus yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membentuk hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai dan putaran seterusnya.

Responden Kajian Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Jelebu melibatkan satu kelas Program Sijil Teknologi Elektrik (Perkhidmatan dan Pemasangan) semester satu sesi Januari 2012 seramai 18 orang. Kajian berlangsung dalam surau kolej dan perkarangannya.

Kaedah Pengumpulan Data Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data utama bagi mengesan keberkesanan tindakan ialah temu bual refleksi pelajar. Data refleksi pelajar ini disokong oleh data-data berikut:

Jadual 1: Data sokongan pelaksanaan pelan tindakan Jenis Data Sokongan Soal selidik Motivasi Belajar Sumber Adaptasi daripada kajian Zuria et al. (2002). Soal selidik diedarkan Kaedah Analisis Analisis deskriptif menggunakan perisian SPSS

selepas setiap kali selesai sesi P&P Markah Penilaian Amali Borang penilaian amali ibadah yang ditanda untuk menilai penguasaan ibadah

16.0 (skor min) Analisis deskriptif menggunakan peratusan.

Analisis Dapatan Kajian Gelung pertama Topik pengajaran dan pembelajaran (P&P) ibadah yang pertama ialah Konsep Bersuci (Rujuk Lampiran A) dengan mengintegrasikan kecerdasan pelbagai dalam pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.

Penilaian dan Refleksi Hasil dapatan temu bual individu dan berkumpulan pelajar mendapati pelajar berasa seronok dengan pengalaman mereka menjalani kaedah pembelajaran ibadah berbentuk amali terutamanya amali wuduk menggunakan air yang terhad. Tema lain yang muncul daripada temu bual ialah memperbaiki amalan semasa, keinginan mengamalkan ibadah dan cadangan penambahbaikan.

Kenyataan peserta tentang penambahbaikan teknik amali, Part yang ustazah suruh dua orang buat amali wuduk, dua orang buat amali tayamum, saya rasa perlu semua orang buat. Biar semua orang faham. Setiap orang buat wuduk pastu semua orang buat tayamum. (G1R1:9-12).

Data Deskriptif Motivasi Belajar Secara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.3952.

Jadual 2: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 1 Aspek Perasaan terhadap subjek yang diajar Perasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini Perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini Nilai Min 6.33 6.44 6.41 Tahap Tinggi Tinggi Tinggi

Penilaian Penguasaan Amali Pada awal penilaian, terdapat enam orang peserta kajian yang tidak sah wuduknya iaitu lima orang didapati tidak meratakan air mengenai keseluruhan muka dan tangannya apabila berwuduk menggunakan botol mineral. Baki seorang peserta didapati salah turutan rukun wuduknya dalam amali wuduk menggunakan air paip. Kesemua enam peserta ini diberi peluang melakukan amali wuduk sekali lagi dengan memperbaiki kesalahan sebelum. Hasilnya seperti dalam jadual di atas, 83% peserta dapat berwuduk dengan sah dan sempurna dengan sebahagian peserta berwuduk menggunakan botol mineral 500ml dan sebahagian lagi menggunakan paip. Manakala, 17% peserta didapati sah wuduknya namun kurang sempurna iaitu meninggalkan mana-mana sunat berwuduk Tiada pelajar yang tidak sah wuduknya. Bagi amali tayamum, 100% pelajar mampu bertayamum dengan sempurna. Skema pemarkahan amali adalah seperti berikut:
Skor 0 Tidak sah Skor 1 Sah tetapi kurang sempurna Skor 2 Sah dan sempurna

Jadual 3: Skor Amali Ibadah Gelung 1


Amali Wuduk menggunakan air terhad menggunakan air paip Tayamum Skor 2 9 (50%) 6 (33%) 18 (100%) Skor 1 1 (6%) 2 (11%) 18 Skor 0 Bilangan peserta 18

Perubahan tindakan Daripada hasil dapatan dalam gelung kajian pertama ini, pengkaji membuat perubahan dari segi teknik pengajaran amali berdasarkan refleksi pelajar. Manakala, pendekatan pengajaran ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai dikekalkan (Rujuk Lampiran B).

Gelung Kedua Sesi P&P kedua mengintrgrasikan kecerdasan pelbagai ini dijalankan ke atas topik Jenis-jenis Najis dan Hadas serta Cara Menyucikannya.

Penilaian dan Refleksi Temu bual individu pelajar yang sama sebelum ini dan temu bual berkumpulan mendapati pelajar konsisten menyatakan keseronokan pembelajaran ibadah dengan teknik amali, penggunaan bahan sebenar dalam amali dan aktiviti berkumpulan. Selain itu, pelajar juga menyatakan pengalamannya mempelajari perkara baru dan keinginan mengamalkan ibadah.

Data Deskriptif Motivasi Belajar Secara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.56.

Jadual 4: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 2 Aspek Perasaan terhadap subjek yang diajar Perasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini Perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini Nilai Min 6.57 6.58 6.54 Tahap Tinggi Tinggi Tinggi

Penilaian Penguasaan Amali Secara keseluruhannya, kesemua pelajar mampu menguasai kaedah menyucikan najis mengikut jenisnya dengan betul dan menepati syariat. Kerjasama antara ahli kumpulan sangat baik, terdapat seorang yang menerangkan kaedah menyucikannya sambil membantu ahli lain menyucikan bahan yang terkena najis tersebut. Skema penilaian adalah seperti berikut:
0 Tidak Sah Sah tetapi tidak sempurna proses penyucian (tertinggal mana-mana langkah proses penyucian dan 2 berlaku pembaziran air atau bahan) 4 6 Sah tetapi tidak sempurna proses penyucian (tertinggal mana-mana langkah proses penyucian) Sah dan sempurna proses penyucian

Jadual 5: Skor Amali Ibadah Gelung 2 Amali Menyucikan najis mughallazah Menyucikan najis mutawasitah Menyucikan najis mukhaffafah Menyamak kulit binatang Skor 6 5 5 5 3 Skor 4 Skor 2 Skor 0 18 Bilangan Peserta

Perubahan Tindakan Pengkaji mengekalkan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai seperti dalam gelung kedua kajian berikutan refleksi positif pelajar, motivasi belajar dan penguasaan amali ibadah pelajar (Rujuk Lampiran C).

Gelung ketiga Topik P&P yang ketiga ialah Amali Solat Jamak Qasar dan Solat ketika Sakit.

Penilaian dan Refleksi Daripada hasil temu bual responden individu dan berkumpulan, pelajar memaparkan respon yang konsisten daripada gelung pertama dan kedua kajian berkenaan pengalaman pembelajaran. Pelajar juga mengaitkan ibadah dipelajari dengan kehidupan harian serta menunjukkan kesedaran atas pengabaian ibadah wajib sebelum ini khususnya solat.

Data Deskriptif Motivasi Belajar Secara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.67.

Jadual 6: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 3 Aspek Perasaan terhadap subjek yang diajar Perasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini Perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini Nilai Min 6.63 6.75 6.63 Tahap Tinggi Tinggi Tinggi

Penilaian Penguasaan Amali Secara keseluruhan, 100% pelajar yang dinilai mempamerkan penguasaan dalam kaedah menyusun saf solat. Imam yang dilantik memantau susunan saf makmum sebelum solat. Seterusnya, kesemua ahli dalam Kumpulan 1, 2 dan 3 melaksanakan solat jamak atau qasar dan solat ketika sakit dengan sah dan sempurna berdasarkan soalan tugasan masing-masing. Namun, Kumpulan 4 diberikan peluang kedua untuk menunaikan solat ketika duduk kerana mereka tidak berdiri tegak semasa takbiratul ihram. Pada akhirnya, ahli kumpulan ini turut berjaya melaksanakan tugasan dengan sah dan sempurna. Berikut adalah skema penilaian amali ibadah kali ini yang terdiri daripada 3 bahagian penilaian;

Susunan saf
2 1 0 Saf yang tersusun dan betul kedudukannya Saf yang tersusun tetapi tidak betul kedudukannya Saf yang tidak tersusun dan tidak betul kedudukannya

Penilaian Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit pula seperti di bawah:
4 Sah dan sempurna 2 Sah tetapi kurang sempurna 0 Tidak sah

Jadual 7: Skor Amali Ibadah Gelung 3 Amali Susunan saf Solat Jamak/Qasar atau Jamak Qasar Solat ketika sakit 15 15 Skor 4 15 Skor 2 Skor 0 15 Bilangan Peserta

Perbincangan dan Kesimpulan Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya meningkatkan motivasi pelajar yang hadir mengikuti kelas ibadah daripada awal kelas sehingga ke akhirnya berdasarkan tema refleksi pelajar yang konsisten iaitu pengalaman pembelajaran yang seronok dengan amali, penggunaan bahan sebenar dan aktiviti berkumpulan. Dapatan ini selari dengan kajian Douglas et al. (2008) dan Akkuzu dan Akcay (2011) di mana penggunaan kecerdasan pelbagai dalam P&P mampu meningkatkan motivasi pelajar dan komitmen terhadap tugasan. Selain itu, kajian ini juga berjaya meningkatkan motivasi pelajar mengamalkan ibadah dipelajari dalam kehidupan harian berdasarkan tema refleksi yang diperolehi secara konsisten iaitu keinginan mengamalkan ibadah. Al-Qardhawi (1998) pernah membincangkan supaya guru-guru agama tidak hanya menumpukan pengajaran agama kepada aspek teoritikal yang

kaku sahaja, malah memfokuskan kepada aspek pengamalannya sebagai hamba Allah. Pengkaji berpendapat kaedah pengajaran yang berkesan sangat penting supaya pelajar melihat ibadah bukanlah sesuatu yang rumit, tetapi sebagai jalan melahirkan rasa kehambaan kepada Allah. Peserta kajian menyatakan ibadah yang dipelajari kelihatan mudah untuk dilaksanakan serta bermotivasi melakukannya di luar kelas. Hal ini menunjukkan pelaksanaan kajian berjaya menyentuh aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.

Seterusnya, motivasi belajar peserta kajian kekal berada pada tahap tinggi sepanjang pelaksanaan kajian. Daripada tiga aspek yang terdapat dalam borang soal selidik, min perasaan terhadap kelas berkaitan subjek Pendidikan Islam lebih tinggi dalam ketiga-tiga gelung kajian berbanding aspek perasaan terhadap subjek yang diajar dan aspek perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek Pendidikan Islam. Sebagai pendidik, harapan supaya dengan terbentuknya motivasi pelajar terhadap kelas ibadah akan menjadi pendorong pelajar mengamalkan ibadah tersebut secara konsisten. Hal ini kerana pendidik hanya mampu memastikan pelajar memahami, meminati dan menasihati pelajar supaya tidak mengabaikan ibadah fardhu. Namun, hidayah Allah yang memastikan ketekalan pelajar mengamalkannya secara konsisten (Surah Al-Qasas: 56).

Penggunaan kecerdasan pelbagai dalam kajian ini ternyata tidak menyekat perkembangan kemahiran pelajar dalam menguasai ibadah-ibadah yang dipelajari selari dengan dapatan kajian Ikhsan dan Rohizani (2010). Kajian Ikhsan dan Rohizani mendapati perkembangan sikap saintifik pelajar seiring dengan pemerolehan ilmu yang dipelajari. Demikian juga penguasaan ibadah pelajar dalam kajian ini yang semakin bertambah baik daripada gelung pertama hingga gelung ketiga kajian.

Elemen kecerdasan interpersonal dalam kajian ini menggunakan aktiviti berkumpulan sebagai asas setiap aktiviti P&P. Kumpulan dibentuk daripada hari pertama kelas dan dikekalkan sehingga akhir semester. Kajian mendapati aktiviti berkumpulan sesuai dengan kebanyakan peserta kajian malah mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Perbincangan berkumpulan dilakukan setiap kali kelas dan setiap ahli saling membantu dalam penjanaan maklumat tentang konsep sesuatu ibadah di peringkat awal kelas. Namun, terdapat juga responden yang menyatakan aktiviti berkumpulan hanya sesuai ketika membincangkan teori di awal kelas dan mencadangkan amali dilakukan secara individu. Ini disokong oleh Teori Andragogi (Knowles 1984) yang menyatakan pelajar dewasa mementingkan proses berbanding isi kandungan dan cenderung mendapatkan maklum balas daripada penilaian aktiviti pembelajaran yang dibuat. Disebabkan peruntukan masa hanya dua jam seminggu, pengkaji mengambilkira pendapat tersebut dengan mengekalkan amali berkumpulan, namun penglibatan dan penguasaan amali dinilai secara individu.

Kajian ini memberikan implikasi kepada: a) Amalan pengajaran pengkaji sendiri sebagai seorang pensyarah agama di kolej komuniti. Kajian ini dapat menambah baik perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran pengkaji di samping menghasilkan modul pengajaran ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai. Pengkaji boleh menggunakan modul dan pendekatan dalam kajian ini dalam pengajaran sesi akan datang sekiranya konteks bersesuaian. b) Para pelajar yang mengikuti kajian tindakan. Kajian ini dapat meningkatkan motivasi mengikuti kelas ibadah dan motivasi mengamalkan ibadah dalam kehidupan. Selain itu, pelajar-pelajar ini dapat menguasai kemahiran melaksanakan ibadah tanpa ada keciciran. c) Pendidik yang mengajar Pendidikan Islam dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan dalam merancang dan melaksanakan P&P Ibadah kepada sasaran pelajar seperti di kolej

komuniti atau konteks yang bersesuaian. Guru atau pensyarah Pendidikan Islam disarankan mempelbagaikan teknik pengajaran menggunakan kecerdasan pelbagai mengikut kesesuaian topik dan pelajar. d) Membuktikan Teori Kecerdasan Pelbagai boleh diserapkan dalam Pendidikan Islam khususnya bidang ibadah mengikut kesesuaian topik pengajaran, sasaran pelajar dan tempoh pengajaran. Aplikasi teori dalam kajian berupaya meningkatkan motivasi pelajar dan penguasaan ibadah pelajar. e) Modul dalam kajian ini boleh digunakan oleh guru Pendidikan Islam atau pensyarah agama di kolej komuniti. Modul ini menekankan pembelajaran ibadah perlu kepada aktiviti amali setiap individu pelajar kerana belajar ibadah tanpa amali bagi pelajar berkecerdasan kinestetik seperti sasaran kajian menyebabkannya tidak kekal di ingatan dan kurang difahami aplikasinya.

Berikut merupakan cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan ke arah memperbaiki mutu pendidikan khususnya Pendidikan Islam. Cadangan tersebut ialah: a) Menjalankan kajian penggunaan kecerdasan pelbagai ini dalam bidang lain dalam Pendidikan Islam selain ibadah seperti akidah, akhlak, tasawwur Islam dan sebagainya. Pengadaptasian teori pembelajaran Barat dalam kerangka Pendidikan Islam boleh dilihat kesesuaiannya dengan melihat impak pelaksanaannya. b) Sasaran kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Jelebu sahaja. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kajian tindakan yang sama boleh dijalankan di kolej-kolej lain atau institusi teknikal yang lain untuk melihat

kecenderungan corak pembelajaran pelajar jurusan teknikal dalam kelas agama yang dapat meningkatkan motivasi.

c) Menjalankan kajian penggunaan kecerdasan pelbagai ini dalam reka bentuk eksperimen supaya dapat membanding beza kesan kaedah pengajaran tradisional dengan kaedah pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai. d) Kajian lanjutan boleh digunakan dengan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran menggunakan kesemua jenis kecerdasan pelbagai untuk melihat kesannya kepada pelajar.

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu memperbaiki amalan pengajaran pengkaji dalam menggalakkan minat pelajar terhadap kursus Pendidikan Islam khususnya kelas ibadah. Di samping itu, kajian ini boleh memberikan idea atau contoh modul kepada pendidik agama sebagai keperluan untuk kita mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dan kandungan pelajaran. Hal ini supaya pembelajaran berlaku dengan menyentuh aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar sehingga mampu melahirkan generasi Rabbani yang cermerlang minda, akhlak dan peribadi.

Rujukan Al-Quran al-Karim. Akkuzu, N. & Akcay, H. 2011. The Design of a Learning Environment Based on the Theory of Multiple Intelligence and the Study its Effectiveness on the Achievemnets, Attitudes and Retention of Students. Procedia Computer Science. 3 (2011): 1003-1008. Al-Qardhawi, Yusuf. 1998. Ibadah dalam Islam. Penterjemah: H. Umar Fanani. Surabaya: PT, Bina Ilmu. Armstrong, T. 1994. Multiple Intelligences in the Classroom. Alexandria: Association for Supervision and Curriculum Development. Barrington, E. 2004. Teaching to student diversity in higher education: how Multiple Intelligence Theory can help. Teaching in Higher Education. 9 (4): 421- 434. Douglas, O., Burton, K.S., Durham, N.R. 2008. The Effects of the Multiple Intelligence Teaching Strategy on the Academic Achievement of Eighth Grade Math Students. Journal of Instructional Psychology. 35 (2):182-187. Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub. 2010. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pelaksanaan Kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education. 25: 21-32. Knowles, M. 1984. The Adult Learner: A Neglected Species (3rd Ed.). Houston, TX: Gulf Publishing. Laporan Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Jelebu 2010. 2010. Jelebu: Kolej Komuniti Jelebu. Laporan Bengkel Smart Solat Kolej Komuniti Jelebu. 2011. Jelebu: Kolej Komuniti Jelebu. Laporan Sesi Kaunseling Pelajar Kolej Komuniti Jelebu 2007-2009. 2009. Jelebu: Kolej Komuniti Jelebu Lob, Sau Cheong. 2004. Transfer of Learning among Malaysian Learners. Masalah Pendidikan. 27: 99-108.

Mustafa Serdar & Mustafa. 2007. The Effect of Multiple Intelligences Theory-based Instruction on Attitudes Towards the Course, Academic Success and Permanence of Teaching on the Topic of Respiratory Systems. Educational Sciences: Theory & Practice. 7 (11): 231-239. Siti Nurul Mahfuzah. 2010. Learning Tool for Malaysian Community College Based on Multiple Intelligence. Prosiding Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti Negeri Melaka 2010: 1-9. Somekh, B. 2006. Action Research: a Methodology for Change and Development. Maidenhead: Open University Press. Zainab Othman. 2010. Gejala Ponteng di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. Prosiding Seminar Kebangsaan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti 2010.: 14-19. Zuria, Mohammad & Thantawi Jauhari. 2002. Persepsi Pelajar ke Atas Amalan Kod Etika Professional Pensyarah dan Kesannya Ke Atas Motivasi Belajar Pelajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesional Perguruan. 401-415.

LAMPIRAN Lampiran A: Rancangan Pengajaran Harian 1 _____________________________________________________________________


Kursus: Pendidikan Islam Unit: Ibadah-ibadah Khusus Topik: Konsep Taharah (Bersuci) Masa Pertemuan: 8.15 pagi 10.15 pagi Kursus: JLE 1 Kedatangan: /18 Tajuk: Wuduk dan Tayamum Tarikh:

________________________________________________________________________ Objektif P&P: Pada akhir P & P pelajar dapat: Pelajar mengetahui konsep dan kepentingan taharah dalam kehidupan. Pelajar dapat membezakan perkara rukun dan sunat dalam berwuduk Pelajar dapat berwuduk dengan sempurna Pelajar dapat bertayamum dengan sempurna ________________________________________________________________________ Bahan Bantu Mengajar: Borang Penilaian Amali (Lampiran 1.1), Lembaran Latihan Wuduk (Lampiran 1.2), debu tanah, botol air mineral 500ml.

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar: Pelajar telah melalui pengalaman pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah merangkumi topik wuduk dan tayamum.

Langkah & Masa Set Induksi 5 minit

Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran

Jenis Kecerdasan

1. Pelajar membaca doa diketuai oleh seseorang (mengikut giliran). Kecerdasan

2. Guru menunjukkan air daripada botol mineral sambil bertanya apakah yang boleh dibuat dengan air ini selain diminum? 3. Pelajar meneka air tersebut boleh dibuat berwuduk. 4. Guru mengaitkan jawapan tersebut dengan tajuk pembelajaran. 5. Guru menerangkan objektif pembelajaran. Isi Satu Pembahagian Taharah SuSumbangsaran berkumpulan Pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan dan diberi soalan:

Bahasa

Kecerdasan Bahasa, Kinestetik

dan Mengapakah Islam mementingkan soal kebersihan dan dan kesucian setiap masa? K1: Sudut Ibadah K2: Sudut Kesihatan K3: Sudut Hubungan Sosial K4: Sudut Alam Sekitar

Kepentingannya 30 minit

Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Guru mengaitkan dengan pembahagian taharah; suci dalaman dan suci luaran. Isi Dua Wuduk 50 minit Amali wuduk Pelajar diberi Borang Penilaian Wuduk. Secara berpasangan, pelajar diminta berwuduk sambil diperhatikan pasangan dan guru. Penilaian dilakukan. Kecerdasan Kinestetik, Interpersonal

Arahan amali terbahagi kepada 2: 1.Sebahagian pelajar golongan awal diminta berwuduk menggunakan air paip sempurna segala rukun dan sunat. 2. Sebahagian lain diminta berwuduk menggunakan sebotol air

mineral dengan menyempurnakan perkara rukun sahaja. Pelajar yang menungu giliran diminta menjawab latihan wuduk. Setelah selesai amali wuduk, pelajar diminta mereflek kesalahan yang biasa dilakukan ketika berwuduk. Kecerdasan bahasa, interpersonal, intrapersonal Guru mengaitkan dengan dalil bersuci, dan kelebihan berwuduk. Isi Tiga Tayamum 30 minit Amali Tayammum 1. Setiap kumpulan telah diminta membawa debu tanah masingmasing. 2. Seorang pelajar dipanggil sebagai model tayammum. Pelajar lain memberi pandangan sama ada betul atau salah amali tayamum model tersebut. 3. Pelajar melakukan amali tayammum dalam kumpulan dengan pemerhatian guru. Penilaian dilakukan. Penutup 5 minit Pelajar diminta memberi satu isi pelajaran baru yang dapat dipelajari pada sesi itu. Guru membuat kesimpulan bahawa Islam amat menitik beratkan kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya dalam beribadat. Guru bersoal jawab tentang keharusan tayammum. Kecerdasan Interpersonal, Kinestetik

Lampiran B: Rancangan Pengajaran Harian 2 ________________________________________________________________________


Kursus: Pendidikan Islam Unit: Ibadah-ibadah Khusus Kursus: JLE 1 Kedatangan: /18

Tajuk: Jenis-jenis Najis dan Hadas serta Cara Menyucikannya Masa Pertemuan: 8.15 pagi 10.15 pagi Tarikh:

________________________________________________________________________ Objektif P&P: Pada akhir P & P pelajar dapat: Menyatakan jenis-jenis najis dan menerangkan cara menyucikannya. Menyatakan jenis-jenis hadas dan menerangkan cara menyucikannya. Menyatakan cara menyamak kulit binatang. ________________________________________________________________________ Bahan Bantu Mengajar: Carta Jenis-jenis Najis dan Hadas serta Cara Menyucikannya, Kain Pelekat, Gayung, Tuala Kecil (menggantikan kulit lembu), Tawas, Artikel tentang najis dan hadas. ________________________________________________________________________ Pengetahuan Sedia Ada Pelajar: Pelajar telah menguasai amali wuduk dan tayamum dalam topik sebelum ini.

Langkah Masa Set Induksi 5 minit

& Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran

Jenis Kecerdasan

1. Pelajar duduk dalam separa bulatan besar. 2. Kelas dimulakan dengan bacaan doa. 3. Guru menegur terdapat bau najis kucing dalam surau. 4. Pelajar tercari-cari najis tersebut dan guru mengaitkan najis tersebut dengan tajuk pembelajaran. Kecerdasan Kinestetik, Bahasa

Isi Satu

Perbincangan Berkumpulan

Kecerdasan Kinestetik, Bahasa.

Pembahagian 1. Setiap pelajar dibekalkan dengan lembaran artikel tentang najis dan najis, hadas dan hadas. cara 2.

penyuciannya. 3. Hasil perbincangan berkumpulan berpandukan artikel, pelajar 25 minit mengisi lembaran carta berkenaan pembahagian najis, hadas dan cara penyuciannya. 4. 5. Guru membincangkan jawapan setiap kumpulan dalam kelas dan menerangkan secara keseluruhan konsep najis dan hadas. Isi Dua Demonstrasi Kecerdasan

Simulasi Mandi Seorang model daripada pelajar dipanggil ke hadapan untuk Kinestetik Wajib 15 minit menunjukkan simulasi cara mandi wajib yang sempurna. Pelajar lain mengulas langkah-langkah mandi wajib model tersebut sama ada tepat atau tidak. Isi Tiga 60 minit Amali Menyucikan Najis 1.Pelajar dikelompokkan dalam 4 kumpulan untuk menjalani amali menyucikan najis di perkarangan surau. K1: Mencuci Najis Mukhaffafah K2: Mencuci Najis Mutawasitah K3: Mencuci Najis Mughallazah K4: Menyamak Kulit Binatang Kecerdasan Kinestetik, Interpersonal

2.Setiap kumpula mengambil bahan dan peralatan yang berkaitan dengan soalan tugasan amali.

3.Pelajar berbincang ringkas dalam kumpulan.

4. Setiap kumpulan melakukan amali sambil diperhatikan oleh kumpulan lain.

5.Sekiranya ada pelajar yang tidak boleh melakukan amali, peluang kedua diberikan dengan bantuan ahli kumpulan. 10 minit Refleksi Aktiviti Amali Setelah selesai amali menyucikan najis, pelajar diminta mereflek Kecerdasan bahasa,

aktiviti amali tersebut: Apa perkara baru yang dapat kamu pelajari intrapersonal dalam amali ini? Apa kesalahan kerap dilakukan dalam menyucikan najis atau hadas? Rumusan 5 minit Guru merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran dan mengaitkan dengan kepentingan kebersihan dalam Islam. Kecerdasan Bahasa

Lampiran C: Rancangan Pengajaran Harian 3 ________________________________________________________________________


Subjek: Pendidikan Islam Unit: Ibadah-ibadah Khusus Tajuk: Amali Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit Masa Pertemuan: 8.15 pagi 10.15 pagi Tarikh: Kursus: JLE 1 Kedatangan: /18

________________________________________________________________________ Objektif P&P: Pada akhir P & P pelajar dapat: Mempraktikkan amali solat jamak dan qasar dengan betul. Mengetahui cara-cara bersolat ketika sakit. ________________________________________________________________________ Bahan Bantu Mengajar: Gambar, Artikel mengandungi gambar kaedah solat ketika sakit, Soalan tugasan, Kerusi, Bantal ________________________________________________________________________ Pengetahuan Sedia Ada Pelajar: Pelajar mengetahui cara bersuci sebelum solat, pelajar pernah belajar tentang solat fardhu di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Langkah & Aktiviti Masa Set Induksi 1. Pelajar duduk dalam separa bulatan besar. 5 minit 2. Kelas dimulakan dengan bacaan doa.

Jenis Kecerdasan

Kecerdasan

3. Guru menayangkan dua keping gambar tentang lelaki muda bertongkat Visual, sedang menuruni tangga dan gambar lelaki berkerusi roda sedang solat berjemaah. 4. Pelajar meneka isi pembelajaran tentang solat ketika sakit. Kecerdasan Bahasa

Isi Satu

1. Setiap kumpulan diagihkan artikel yang berbeza tentang kepentingan dan faedah/hikmah solat dari pelbagai sudut. Kecerdasan

Kepentingan Solat 20 minit

2. Pelajar dikehendaki berbincang, memahami dan mengeluarkan isi Bahasa, penting untuk dibentangkan. Guru akan masuk ke dalam perbincangan kumpulan mengikut giliran untuk merangsang idea dengan soalan terarah. 3. Setiap kumpulan membentang faedah solat. 4. Guru merumuskan kepentingan dan faedah solat dari sudut spiritual, fizikal dan emosi didasari oleh dalil Al-Quran, Hadis dan kajian saintifik. Kecerdasan Interpersonal

Isi Dua

Amali Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit

Kecerdasan

Solat Ketika Setiap kumpulan diberi nota bergambar dan tugasan yang berbeza Kinestetik, 1. Sakit 60 minit tentang pelaksanaan solat ketika sakit dan solat jamak qasar. 2. Pelajar diberi peluang berbincang dalam kumpulan dan membuat persediaan amali. 3. Pelajar mempersembahkan tugasan masing-masing di hadapan kelas sambil dinilai oleh guru. 4. Pelajar yang silap melakukan amali ditegur dan diberi peluang kedua sambil dibantu oleh ahli kumpulan. Isi Tiga Bacaan 1. Guru memilih wakil seorang pelajar memperdengarkan bacaan solat dan melantik yang fasih bacaannya sebagai ketua. mendengar bacaan rakan sekumpulan dan membantu Kecerdasan Bahasa Interpersonal

dalam Solat 2. Ketua 30 minit

memperbaikinya. 3. Tasmi disambung selepas kelas sekiranya tidak habis.

Rumusan 5 minit

Guru merumuskan isi pembelajaran dan menekankan kepentingan solat sebagai hak Allah yang perlu dipenuhi.

Lampiran D: Soal Selidik Motivasi Belajar Berikut merupakan soal selidik bagi mendapatkan maklumat motivasi belajar responden. Anda diminta membulatkan skala bipolar bagi menunjukkan sokongan anda terhadap setiap kenyataan di bawah.

A. Perasaan anda terhadap subjek yang diajar adalah


1 2 3 4 5 Tidak Bermotivasi Bosan Tidak Berminat Tiada Perasaan Berat Hati 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 6 6 6 6 6 7 7 7 7 7 Sangat Bermotivasi Sangat Menarik Sangat Berminat Sangat Menjiwai Sangat Ternanti-nanti

B. Perasaan anda terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini adalah


1 2 3 4 5 Tidak Bermotivasi Bosan Tidak Berminat Tiada Perasaan Berat Hati 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 6 6 6 6 6 7 7 7 7 7 Sangat Bermotivasi Sangat Menarik Sangat Berminat Sangat Menjiwai Sangat Ternanti-nanti

C. Perasaan anda terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini adalah
1 2 3 4 5 Tidak Bermotivasi Bosan Tidak Berminat Tiada Perasaan Berat Hati 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 6 6 6 6 6 7 7 7 7 7 Sangat Bermotivasi Sangat Menarik Sangat Berminat Sangat Menjiwai Sangat Ternanti-nanti

You might also like